Sedap!! Klik gambar di atas!

Pemimpin PAS, tolonglah jangan cakap bohong!

Saya melaporkan pertemuan antara Tengku Razaleigh Hamzah dan dua pemimpin tertinggi PAS dalam posting bertajuk "Anwar pun tak boleh pertahan TGNA?". Dua pemimpin kanan PAS itu ialah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Haji Mustapha Ali.

Saya tidak persoalkan motif pertemuan itu. Saya juga tidak tuduh bahawa itu satu perbuatan berkendak politik dalam gelap.

Yang saya rasa tak seronok ialah komen salah seorang dari mereka terhadap Tuan Guru Mursyidul Am. Bukan sangat kerana saya nak mempertahankan Tok Guru Nik Abdul Aziz. Saya dah fedup dah buat kerja bodoh tu.

Tetapi, cakap-cakap seperti itu boleh memberikan impression yang tidak baik kepada orang tentang mutu kepimpinan PAS. Orang boleh kata, sama-sama dia pun dia belasah. Ia boleh melahirkan pelbagai tanggapan atau persepsi.

Meskipun begitu, saya tak panjangkan isu itu kerana cakap-cakap tersebut mungkin slip of tongue, mungkin dibuat secara berjenaka atau sambil berjenaka, apa-apalah.

Tetapi, ia menjadi isu besar pada sesetengah kawan yang menelefon saya. Mereka mempersoalkan, kenapa Cik Gu Pa menafikan pertemuan itu? (Lihat Berita Harian Khamis lalu, 17/12/09, muka surat 20. Tajuknya saya tak ingat tetapi bermula dengan perkataan "Hadi dipersoal...")

Kalau siapa-siapa yang ada naskah Berita Harian Khamis lalu dan anda pula rajin, tolong tulis perenggan yang melaporkan penafian Cik Gu Pa itu.

Kata kawan yang menelefon saya itu, akhbar yang sama semalam melaporkan bahawa salah seorang Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mengakui berlakunya pertemuan itu. Malah, menurut kawan yang menelefon saya itu, Tengku Razaleigh sendiri mengakui berlakunya pertemuan itu dalam sidang akhbar di kediamannya di Kota Bharu, Palm Manor, semalam.

Kata Ku Li, pertemuan itu ialah mengenai kaukus tentang royalti minyak.

Jika benar laporan Berita Harian mengenai penafian Cik Gu Pa itu, ia juga mengakibatkan persepsi yang buruk kepada mutu kepimpinan PAS. Orang boleh kata, pemimpin PAS cakap bohong. Di pihak ahli dan penyokong PAS pula, macam mana mereka nak menafikan kata-kata itu bila bukti di depan mata?

Satu-satunya cara yang boleh dibuat untuk menyelamatkan PAS dari persepsi buruk (walaupun bertaraf damage control yang sangat lekeh) ialah menuduh akhbar salah petik.

Yang bernasib baik ialah mereka yang tidak beriman kepada persepsi. Saya tak bernasib baik kerana saya sangat mengambil berat tentang persepsi.

Kita jangan lupa persepsi masyarakat jahiliyyah di Mekah terhadap Nabi Muhammad s.'a.w.w. Dengan imej Al-Amin atau orang boleh dipercayai, persepsi terhadap Nabi sangat baik di kalangan mereka.

Yang jahat memang menolak dasar perjuangan Nabi dan dakwahnya. Tetapi mereka tetap tidak dapat menghapuskan persepsi masyarakat ketika itu bahawa Nabi adalah seorang yang sangat dipercayai.

Saya dah tulis, persepsi negatif yang berpunca dari dasar perjuangan PAS akhirnya boleh menjadi lunak jika orang-orang PAS tampil dengan kelaku yang menyenangkan rakyat. Tetapi, persepsi yang diakibatkan oleh buruk kelaku pemimpin atau ahli PAS, ia hampir-hampir tak ada ubat!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Salam, bro. Mengikut makluman sahih yang ana terima, memang betul Tengku Razaleigh mengakui berlakunya pertemuan itu, tetapi pengakuan Tengku Razaleigh di kediamannya di Kota Bharu, Palm Manor, semalam ini dibuat kepada beberapa individu yang menemuinya secara personal sahaja dan bukan dalam sidang akhbar. Tengku Razaleigh tidak membuat sebarang akhbar di Palm Manor semalam kerana beliau hanya singgah sekejap sahaja di situ kerana terpaksa bergegas ke Gua Musang sebelum solat Jumaat untuk menghadiri program di sana. Jawapan Tengku Razaleigh bahawa pertemuan itu mengenai caucus pun betul, cuma nampak jelas beliau berkata begitu untuk menyelamatkan diri dari kontroversi dan untuk menjaga air muka Ustaz Tuan Ibrahim (semalam akhbar Berita Harian memuat laporan Ustaz Tuan Ibrahim yang menyatakan pertemuan itu untuk bincang isu royalti).

  2. aku tak anggap ini fitnah........aku tau stopa ali cakap bohong......orang kalau dah tersepit macam-macam boleh jadi........

    stopa ali ni sebenarnya kena STOP buang dari PAS.......koi lama koi mengarut dah jadi liabiliti dalam PAS...buang saja aka pecat buang dari parti...tak serik-serik lagi....aku rasa dia ni kemaruk pangkat.......suruh dia join dgn grombolan cepat sikit..aku dah meluat tengok dah muka ni.........Hadi pun satu... tak berani nak tegoq langsung........kira subahatlah tu.....

    lepas tu kelam kabut nak nafikan tak kata begitu......akhbar tersalah lapor lah konon! dah tau utusan tu macam tu jenih putaq belit......memang kereja dia pon....baru padan muka.........

    biaq kat dia ni lama-lama boleh lingkup PAS

  3. bohong sudah menjadi satu ciri yang boleh diterima dalam pas. ia bermula sejak 'pertemuan dlm gelap' diikuti dengan 'dipersetujui oleh majlis syura ulama'. pil 'kepimpinan ulama tercabar' yang ditawarkan menjelang muktamar pas ke 55 telah berjaya melayakkan 'bohong' digunapakai oleh kepimpinan pas dan direstui pula oleh para perwakilan.

    mustapha ali, salah seorang yang terlibat secara mutlak dalam proses mengabsahkan pembohongan dalam pas, sekali lagi melakukannya tanpa rasa segan silu. keberaniannya menyuntik 'bohong' untuk kesekelian kalinya, mengundang pelbagai reaksi. apakah ia sesuatu yang telah disepakati dalam menepati agenda 'melayu-islam' yang mendapat sambutan tidak berbelah bagi oleh seteru politik pas?

    mustapha ali bersikap 'buat dak' dalam hal2 melibatkan kecalaran yang diterima oleh pas. hanya dia dan Allah sahaja yang tahu apa yang ada dalam benaknya. langkah menafikan pertemuan dengan tengku razali adalah sesuatu yang perlu dibanggakan oleh semua ahli pas. dia amat licik dengan aturgerak politiknya. langkahnya ini boleh jadi sebagai menambah isu2 bagi meredakan/melupakan isu2 yang lebih besar yang sedang dilalui pas. sesuatu yang sudah dirancang untuk meredakan perkara besar yang telah ditimbulkan sehingga imej pas tercalar. untuk merealisasikan agenda politik yang beliau di belakngnya. memang hebat penasihat presiden pas ini.

    walau apa pun yang cuba diterjemah dari penafiannya, saya melihat ia mengandung hikmah besar kepada pas. ia cara Allah swt hendak mendedahkan mereka2 yang telah menjadi penghalang kepada dasar perjuangan pas. 'agenda 'melayu-islam' bukanlah dari ajaran rasulullah saw. saya yakin, ramai kalangan ahli pas memahami tentang ini. ramai sedar bahawa 'melayu-islam' sudah jadi satu virus yang telah menular di kepala segelintir pemimpin pas termasuk mereka yang bergelar ulama. ucapan mereka, penulisan mereka, hatta diam mereka, mendedahkan bahawa serangan virus ini tidak mampu diatasi oleh mana2 jk pas kecuali oleh ahli2 pas sendiri. hanya ahl2 pas sahaja yang mempunyai mekanisme untuk 'membuang' virus ini.

    Allah swt telah pun menunjukkan siapa, dan caranya sudah pun disarankan oleh tgna - muktamar khas!

    wallahu'alam

  4. Hati2 dgn org berfahaman Syiah ni. Selagi tak berkecai PAS selagi tu hati dia tak puas. Tak tau lah kenapa. Makin ramai umat Islam di Malaysia terpengaruh dgn dakyah2 mcm ni. Dah marak dipadam...ditiup balik sekam tu supaya membara kembali. Kerja mencelarukan umat Islam di Malaysia. Mencari keburukan utk dinista2kan. Benda takde diada2kan. Mencari ruang utk memisahkan kekuatan ukhuwah parti PAS. Mengadu domba. Konon atas alasan nak menegakkan kebenaran dan kepentingan org ramai. Berhati2lah umat Islam PAS yg lain. Bukan mereka nak menyumbang ruang bagi menyatu-padukan umat islam tetapi lebih utk mencari titik perpecahan. Disuruh benci org ni...disuruh was-was dgn org tu...disuruh syak ke sana...dengki ke sini. Inikah pemikir Islam???Fikirlan wahai saudara se Islamku yg lain. Jgn lah kerana benci kite kpd seseorg menjadi kan kite zalim. Pemikir tempatan pun tidak layak utk dipanggil.
    Adakah mungkin utk ehwal Kelantan disuruh org Terengganu datang berjumpa??? Apakah tiada org ternama di Kelantan utk berjumpa Ku Li hingga perlu membawa org luar??? Dengan menggunakan sumber2 dari org ni rawi dari org ni rawi dari org ni tanpa kata sah dari asal empunya...org Syiah mencari jalan utk meretakkan binaan ummah. Benci lah org2 speerti ini wahai saudaraku. Walau tidak dgn kata2...cukup sekadar hati membenci. Dan berdoalah pada Ilahi semoga mereka yg gemar melihat PAS hancur dihancurkan Allah setimpal dgn niat kebusukan mereka.

  5. bhai..hang dah tertinggal keretapi...cerita lama digulai balik.dah lah...jangan jadi batu api semata2 nak hit blog hang...aku tengok sejak kebelakangan ni orang kurang bagi komen dan hanya membaca sepintas lalu aje.aku juga macam tu..tak da yg menarik cuma ditambah2 untuk menyedapkan cerita.macam orang muda sekarang kata lebih kasut dari kaki.

  6. Pak Bakaq,

    Sejak bermula isu Kerajaan Perpaduang ni,Hadi Awang,Nasaruddin Mat Isa dan Mustafa Ali telah beberapa kali "berbohong".Yang berbohong ni bukan dari kalangan Ketua Cawangan PAS tapi pihak paling atas dalam hiaraki PAS.Apa sudah jadi kepada Parti Islam ni? Dalam dunia politik khususnya dinegara-negara maju "berbohong" adalah suatu dosa besar.Masyarakat dapat memaafkan dan melupakan perbuatan-perbuatan seperti skandal seks,boros mahu pun zalim tapi "berbohong" masyarakat dan pengundi tak boleh terima.Amat heiran ahli-ahli PAS masih boleh menerima dan wala kepada pemimpin-pemimpin yang kuat berbohong.

  7. Bila drg yg pro "perpaduang" nie nk kene reject?
    PAS perlukan proses "pemutihan" dengan kadar segera...

  8. Anon 1

    Terima kasih kerana membuat pembetulan.

  9. Manusia, sekali berbohong, memang dah tak pandai berenti.

  10. Mana pi wakil kelantan kalu betul si stopa dan hadi jumpa kuli nak bincang pasal royalti???? aku menaruh syak wasangka yg bukan2 terhadap depa bertiga lebih2 lagi selepas ternampak muka hadi dan nasa kat tv semasa lintas langsung sambutan maal hijrah semalam!

  11. Salam...Sedapnya hang tulis benda yg xpasti...xsayang sungguh tgn hang ye,ikut sedap lepas je... Hmmm,ingatla,sekali hang buat fitnah,dan manusia telan apa yg hang tulis,api la rakan hang paling rapat... klu peringatan begini pun hang xterasa apa2,pegi dapur ,buka api,try kat jari hang satu persatu,klu luluih,teruskan kerja fitnah hang..

  12. Hai Anon 11 tak kena api pun panas jugak ka...????

  13. Anan 11 terasa bahang saja. Hangat! Ikan senohong jadi ikan duri.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008