Sedap!! Klik gambar di atas!

Pemimpin PAS mesti bersih, tidak bodoh, tidak malas

Berkali-kali saya kata, kalau PAS nak menang, parti itu terutama para pemimpinnya mestilah bersih dan dilihat bersih, tidak bodoh murakkab dan tidak malas tahap raja. Fasal 5 Perlembagaan PAS sahaja tak cukup.

Apa guna bercakap tentang memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah kalau PAS terutama para pemimpinnya tidak bersih dan tidak dilihat bersih, bodoh murakkab dan malas tahap raja.

Hari ini, Sinar Harian melaporkan:
Menurutnya (Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin), ahli-ahli Parlimen BN juga memberi maklumat yang menjadi panduan dan kekuatan kepada PR dalam membahaskan peruntukan untuk rakyat itu. Beliau, bagaimanapun, tidak memberitahu dengan jelas apa jenis maklumat yang mereka disalurkan atau siapa yang terlibat.

"Saya tidak boleh sebut siapa antara mereka yang menyalurkannya. Ia berlaku di Parlimen".
Saya pernah kata, identiti pemberi maklumat mestilah kita rahsiakan. Mesti, mesti, mesti! Saya pernah diberitahu, ada wartawan Barat yang sanggup kena tembak. Namun, nak mendedahkan siapa pemberi maklumat kepadanya, tidak sama sekali.

Biasanya, orang bagi maklumat kat kita sebab orang yakin kita boleh jaga dia - rahsiakan identitinya dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan orang tahu siapa yang memberikan maklumat kepada kita.

Kalau dia tahu kita nak jaja nama dia ke seluruh Malaysia, tobat lahum dia takkan bagi maklumat kat kita. Sebab tu la bila orang tanya aku siapa yang bagi tau, aku jawab dalam hati, "pi mampoih la hang!"

Bagaimanapun, anda boleh tulis seperti berikut dalam ruangan komen:
Bodoh hang ni, bakaq. Dia nak main politik la. Politik tahap tinggi tu. Dia nak pecah-pecahkan Umno. Memang hang ni jenis tak faham!
Berita berkaitan:
Ahli Parlimen BN didakwa 'curang'
SHAH ALAM - Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) didakwa berlaku 'curang' dengan tindakan menyebabkan BN hampir tewas dalam undi untuk meluluskan Bajet 2010 di Parlimen 14 Disember lalu.

Tindakan 'duri dalam daging' itu didedahkan oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan menyifatkannya sebagai 'malapetaka' bagi BN.

Menurutnya, Ahli-ahli Parlimen BN juga memberi maklumat yang menjadi panduan dan kekuatan kepada PR dalam membahaskan peruntukan untuk rakyat itu. Beliau, bagaimanapun, tidak memberitahu dengan jelas apa jenis maklumat yang mereka disalurkan atau siapa yang terlibat.

"Saya tidak boleh sebut siapa antara mereka yang menyalurkannya. Ia berlaku di Parlimen," katanya di sesi dialog dengan wakil-wakil Sinar Harian ketika mengunjungi ibu pejabat Karangkraf di Seksyen 15 di sini bersama kira-kira 10 pemimpin Pas Perak.

Nizar, yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, Ahli-ahli Parlimen terbabit juga terpaksa 'mengangguk' sahaja di Dewan Rakyat, walaupun mereka tidak setuju dengan cara pimpinan mereka.

"Itu sebabnya ada di kalangan mereka tidak hadir semasa undian dijalankan (di Dewan Rakyat), walhal setengah daripada mereka berada di sekitar Lembah Klang sahaja," katanya.

Ditanya sama ada insiden di Dewan Rakyat itu dirancang atau tidak oleh mana-mana pihak, Nizar berkata, ia melibatkan kedua-dua elemen itu, tetapi tidak memberi keterangan lanjut berhubung perkara itu.

"Kita pun cukup berhati-hati...bukan tujuan untuk melakukannya di luar jangkaan...sekadar menguji kekuatan BN (untuk) menggambarkan (apakah) belanjawan terhebat ini mendapat sokongan Ahli-ahli Parlimen BN sendiri (atau tidak).

"Oleh itu kami PR telah berbisik antara satu sama lain untuk sampaikan pesanan kepada setiap Ahli Parlimen PR dan hasilnya terbukti, walaupun kami hanya ada 63 orang," katanya.

Dalam insiden mencemaskan itu, BN menang tipis, dengan mendapat 66 undi, iaitu lebih tiga undi berbanding pembangkang.

Di waktu itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sedang menjalankan tugas rasmi, terpaksa bergegas ke Dewan Rakyat untuk menambahkan bila- ngan Ahli Parlimen BN.

Nizar, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, ketidakhadiran setengah Ahli Parlimen BN pada masa itu adalah bukti jelas setengah daripada mereka tidak menyokong perbahasan Bajet 2010 tersebut.

"Sebagai contoh, (bagi Ahli Parlimen BN) tindakan Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion bagi mempromosikan sukan F1 tidak munasabah kerana mereka boleh melihat rakyat di tempat mereka sendiri ada yang 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.

"Begitu juga dengan peruntukan RM100 juta untuk projek Permata (Pusat Anak Permata Negara) yang dikendalikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan ini menunjukkan malapetaka kepada BN," katanya.

Najib mengumumkan peruntukan RM100 juta itu ketika membentangkan Bajet 2010.

Rosmah menyifatkan peruntukan itu sebagai penghargaan kepada pentingnya penjagaan awal anak-anak dan pendidikan di Malaysia.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bakaq,

    Berbanding dgn dulu, tulisan hang semakin mengikut nafsu, bukan akal yang dipimpin oleh ilmu dan iman. Kalau hang jadi pemimpin, rasanya tak dan seminggu berpuluh blog yang muncul mengutuk hang.

    Kalau dendam pun, berpada-pada la bakaq woi.

    Idealism syiah hang lagi teruk !

  2. Bagus Nizar psycho UMNO. Lepas ni Muhyiddin sebagai chief whip kena hadir setiap kali parlimen bersidang dan ambil roster. Dan setiap MP BN akan ada dua orang spy ikut kemana saja dia pergi.Habis lah diorang tak boleh nak melilau dah lepas ni. hahaha

  3. bagus pak bakaq....teruskan penulisan yang macam ni....biaq dorang tak tido lena....PAS la ni dah kena selalu 'wake-up call' baru nak tengok atas dengan bawah

    TIBAI JANGAN TAK TIBAI

    lepas pesan dgn kebenaran...pesan plak dgn kesabaran

  4. Aduka kata : pls..pls..pls lu jgn nakal.

  5. Cilaka balak , cilaka hamsen, cilaka projek, cilaka hamsen, habis duit rakyat disedut. Gunalah sebab bangsa agama dan negara.

  6. tp maslahnya puak kita pun sama x hadiq tu.. katanya anuaq pun x bersungguh..tp xdak la depa kutuk dia..kalau lah takdiq kata mp bachok, mp marang xadiq.. huh..aku rasa begegaq blogger kutuk depa.. mcm la sama xdak orng nk kutuq bila anuaq minum teh dgn najib.. aku saja2 nk bgi kepala otak kita ni tebukak sikit..jangan duk taksub xtentu hala.

  7. Salam Bakaq,

    Nampaknya kedua duanya pun sama sahaja,tidak bertanggungjawab sebagai wakil rakyat yang memikul mandat & amanah Rakyat. Jika PR hadir semua dah pasti BN gulung tikar dan berputih mata kerana dalam sekelip mata mereka kalah di Parlimen..Pasti ada yang ke Tanjung Rambutan.Dan pilihanraya lagi..untuk tentukan siapa PM.. Siapa PM akan datang?????Awas dalam lipatan ada gunting..(ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI)

  8. sebenarnya xde maklumat pun aku rasa....tapi nizar main tembak je...last2 ahmad maslan terkincit dlm seluar...najib x ckp apa2...pada firasat aku xde maklumat pun...

    tokpengulu

  9. Bagi buak kampung la. sola mengundi menentang budget ni sepatutnya berlaku, sebab untuk kepentingan bersama khususnya rakyat.
    kalau budget tak lulus, kerajaan tak boleh laksanakan kerja, elaun Yb pembangkang pun tak masuk.

    Pengalaman kerajaan tidak cukup majoriti di Kelantan 2004-2008, nasib baik UMNO/BN tak mengundi menentang budget setiap tahun. Kalau tidak Kerajaan Kelantan boleh nahas. Selepas ni amana-mana Kerajaan negeri yg simple majoriti akan menghadapi saat yg getir dan mencemaskan.

    Dalam pada itu mengikut maklumat dari kaki lima parlimen, YB dari Sabah & Sarawak khususnya dari kaum China nak baikot budget najib. Mereka tak hadir.

    Perundingan antara Anwar ibrahim dengan BBC pun ada juga soksek-soksek di bekang tadbir. najib PM terakhir UMNO/BN masih boleh tarik nafas ......yang semput tu

  10. POak Bakaq,
    Kadang-kadang ana pun rasa tak percaya dengan sikap sekumpulan ahli parlimen PAS.Kalau kutuk ahli parlimen UMNO bukan main lagi tapi dah tahu ada sidang parlimen,waktu itulah mereka pergi keluar negeri,seolah-olah mereka dilantik rakyat untuk mementingkan hal-ehwal luar negeri.Bukan itu saja,waktu ada pilihanraya,calon PAS bertanding pun mereka pergi juga keluar negeri.Mereka ini wajar diingatkan bahawa mereka adalah "ahli parlimen Malaysia" bukan ahli-ahli parlimen negara-negara Timur Tengah dan mereka wajar berada dibangunan parlimen Malaysia sewaktu ada sidang parlimen.Mereka harus menjaga rumah sendiri dulu sebelum nak jadi hero diluar negara.

  11. mtgbertam ni kuat umno sungguh...kalau ya pun ahli umno..relax la..bagi hujah bernas bila menulis...jangan emosi..pak bakaq kata mmg betui la...

  12. Siapa kata syiah sesat? Bodoh betul, tak mengaji sejarah. Syiah, Sunni, Wahabi bukannya sesat. Mereka berpecah sebab politik jer.

    Kalau sesat, macam ayah pin tu, ataupun rasul melayu hari tu baru la sesat.

    Apala... sikit2 sesat, sikit2 sesat.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008