Sedap!! Klik gambar di atas!

PAS dan kebebasan bersuara

Ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama di Auditorium MBSA, Shah Alam pada 19/12/09 lalu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mencadangkan supaya diwujudkan Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act). Cadangan itu disuarakan bersama-sama institutional changes yang lain (lihat ucapannya di sini).

Hari ini, dalam berita bertajuk "PAS mahu ‘kawal’ kenyataan media elak imej negatif," Malaysian Insider melaporkan:
PAS akan menggunakan mekanisme khas yang hanya membolehken sesetengah pemimpinnya mengeluarkan kenyataan media, dipercayai usaha terbaru parti itu untuk mengawal impak kerosakan akibat liputan media massa.

Di bawah mekanisme itu hanya pemimpin tertentu dalam PAS sahaja yang akan dibenarkan mengeluarkan kenyataan media.
Sambil mengakui bahawa kenyataan media juga merupakan perantara antara PAS dan rakyat negara ini, kaedah yang paling popular di dalam PAS untuk membolehkan para pemimpinnya 'reach the masses' ialah melalui ceramah-ceramah umum. Malah, ceramah bukan sahaja menjadi tradisi PAS malah ia boleh dianggap menjadi sebahagian dari diri PAS sendiri.

Mungkin satu hari nanti, kita akan baca pula berita seperti berikut:
PAS akan menggunakan mekanisme khas yang hanya membolehken sesetengah pemimpinnya mengeluarkan kenyataan umum melalui ceramah-ceramah, dipercayai usaha terbaru parti itu untuk mengawal impak kerosakan akibat pelbagai kenyataan yang dibuat melalui ceramah-ceramah umum.

Di bawah mekanisme itu hanya pemimpin tertentu dalam PAS sahaja yang akan dibenarkan mengeluarkan kenyataan di dalam ceramah-ceramah umum.
Selepas itu, mungkin kita akan baca pula kenyataan seperti berikut:
PAS akan menggunakan mekanisme khas yang hanya membolehken sesetengah pemimpinnya mengeluarkan kenyataan di dalam blog-blog, dipercayai usaha terbaru parti itu untuk mengawal impak kerosakan akibat penggunaan blog di dalam parti itu.

Di bawah mekanisme itu hanya pemimpin tertentu dalam PAS sahaja yang akan dibenarkan mengeluarkan kenyataan melalui blog.
Hari ini, kira-kira 20 orang berhimpun di di pekarangan pejabat Perhubungan PAS Selangor di Shah Alam menuntut PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat. Jika benar mereka adalah ahli, penyokong dan pengundi PAS, saya mempertahankan hak demokratik mereka untuk bersuara walaupun saya tidak bersetuju dengan apa yang mereka suarakan.

Kita berhak untuk tidak bersetuju. Tetapi kita tidak berhak untuk menyekat hak mereka untuk berhimpun dan bersuara.

Bagaimanapun, jika mereka berbohong bahawa mereka adalah ahli, penyokong dan pengundi PAS sedangkan hakikat sebenarnya mereka adalah babi-babi tunggangan Umno (parti mana pula yang menjadi babi tunggangan tauke-tauke, penipu-penipu dan penindas-penindas?), mampoih pi lah babi-babi tunggangan tu!

Bagi saya, Umno wajib dihambat dari kerusi kuasa. Dan, oleh kerana menghambat Umno dari kerusi kuasa hanya dapat dilakukan dengan kerjasama parti-parti utama yang ramai penyokong mereka seperti PAS, PKR dan DAP, berkerjasama dengan mereka juga wajib (Gambar di atas ihsan Malaysiakini).

Berkaitan:
Kursus membuat kenyataan media kepada pemimpin PAS (Greenboc 27/12/09)
"Letih nampak Bang Andir..." (Zolkharnain Abidin 28/12/09)
Pemalu rupanya Pemuda Umno (Kerajaan rakyat 27/12/09)
Pelakon: Perhimpunan anjuran Umno di Shah Alam hari ini - Satu fitnah Umno (Ikut Suka Aku 27/12/09)
Mereka bukan orang PAS (Muslimeen United 27/12/09)
Kalau suka sama suka jadila.. (Misai Merah 27/12/09)
PAS to zip lips before they sink ships (Malaysian Insider 27/12/09)
Salahuddin: Pendesak PAS keluar Pakatan, bukan ahli (Malaysiakini 27/12/09)
PAS denies association with group calling for withdrawl (Malaysian Insider 27/12/09)
Kumpulan desak PAS Selangor keluar Pakatan Rakyat (Malaysiakini 27/12/09)
PAS ‘supporters’ cause stir at Selangor HQ (Malaysian Insider 27/12/09)
Penyokong PAS Selangor gesa PAS keluar Pakatan (Malaysian Insider 27/12/09)
Group urges PAS to quit S'gor Pakatan (Malaysiakini 27/12/09)
PAS Selangor Didesak Keluar Pakatan Rakyat (mStar Online 27/12/09)
Penyokong PAS Selangor gesa PAS keluar pakatan pembangkang (Bernama 27/12/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. UMNO pun sebenarnya rugi kalau bersama PAS. Mereka pun dah tahu sekarang bahawa kajian menunujukkkan Orang Melayu tak perlu PAS. Dah terbukti. Lihat saja di Shah Alam.Buang masa baik orang UMNO tumpu perhatian dapat sokongan pengundi. Orang Melayu tak berparti dah mulai jemu dengan janiji2 kosong dan janji palsu Pakatan Rakyat.

    Lagipun UMNO hanya akan menyebabkan PAS berpecah dan sekiranya berlaku pepecahan UMNO akan disalahkan. Baik UMNO tupmupu kerjanya bersama BN. Dan biarlah PAS terus bersama Pakatan Rakyat. Tak perlu ada 2 team dala PAS lagi.

  2. Salam..
    Betulkah Tuan yang berdemo tu penyokong-penyokong PAS? Cuba tengok gambar-gambar kat blog saya ni..

    http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2009/12/gambar-demo-penyokong-pas-selangor.html

    Sorang pun tak nampak macam penyokong PAS

  3. Kaedah "damage control" sedemikian telah pun di praktikan oleh DAP buat sekian lama nya. Sehingga kan menakibatkan beberapa krisis kpd DAP. Dan letusan dari polisi yg di amalkan DAP, ia ini ...tutup pintu dan jangan hebah kemelut2 melanda mereka kpd ahli-ahli bawahan atau 'grass-root'level mereka ..memang berjaya sekali. Tiada banyak yg khlayak ramai mengetahui peri-hal laku di dalam parti socialis tersebut.

    Tapi dengan tak semena-menanya pada satu ketika dulu, isu2 seperti Fan Yew Teng, Lee Lam Thye, YB.Wee Choo Keong dan semasa PRU12 dulu kes YB.Fong Po Kuan tertiba meletus..!! Tapi dapat di tangani oleh pemimpin ditaktor mereka LKS secara berkesan sekali. Kerana apa saja yang di "dictate" kan oleh supreme "numero-uno" mereka adalah ..muktamad..!!

    Maka PAS pun perlu mencontohi ..Tindak-Laku, rakan seperjuangan mereka. Kerana ia telah terbukti akan kejayaan nya serta , keuntohan nya.

    Cronyism yang di amal kan DAP pun berjaya. Macam PAP di S'pora LKY dan anaknya seta menantu nya. DAP pula LKS serta anak nya(LGE) dan menantu nya. PAS perlu berlajar macam manakah DAP dan PAP mampu berjaya melaku kan nya.

  4. Tarik beca hoi? Tolong senaraikan apa yg PAS dah buat selama ni MENGUNTUNGKAN orang MELAYU !!!!!!kami pemuda MELAYU dapat menilai setiap percakapan Pemimpin MELAYU yg ada sekarang ini...Slogan ISLAM PAS sama saja dgn negara islam di AFRIKA....Nasib baik TUN DR MAHATHIR dah kerah supaya ramai melayu berilmu dan bolih menilai apa yg dicakap dan apa yg dilaksanakan...Apa yg berlaku hari ini PAS mengejar KUASA dan sanggop bersekongkol dgn MUSOH MELAYU dan ISLAM DAP (komunis).....Kemenangan PAS dulu PRU 12 bukan kerana PAS kuat tapi RAKYAT BENCIKAN PAK LAH dan MENANTU ejen CIA....PAK LAH dan KJ lebih berbahaya sebab tu PAK lAH disingkirkan.........Kali ini kami orang MUDA dan KENAL siapa PAS sebenar....Hanya BERTOPENGKAN ISLAM...tak Sanggop pertahankan Bangsa dan agama....Masih berpemikiran sempit dan JUmud......salam, kalau Benar iklas dan perjuang atas NAMA ALLAH tolong siarkan...jika tidak anda memang Pencacai dan pengkhianat Kesatuan UMMAH.

  5. masalahnya adalah krisis pengurusan. bagaimana menguruskan maklumat dan bagaimana menguruskan media. itu saja. dan kalau ada rancangan dan berseminar tentangnya, elok sangat. tak la asyik2 salahkan media. asyik2 salahkan media.

    pas ingat media ni musuh dia segala ka? bodo sangatkah semua media nih?

  6. Harap2 cybertrooper yg memakai pengenalan abuarif puas hati. sila dapatkan upah anda selepas ini.

  7. terimakaseh pak bakaq....Kekalutan yang ada hari ini akan menentukan masa depan kekuatan bangsa MELAYU..Sejarah banyak yang perlu kita pelajari..yg ada sekeliling kita...Hakikatnya MELAYU hari ini jauh ketinggalan dari kekuatan ekonomi berbanding kaum lain..Sebab itulah menjadi Keresahan di naluri setiap anak MELAYU dan tak sanggop melihat MELAYU berpecah dgn terok sekali....Biar mempunyai pendekatan POLITIK berbeza TETAPI MEMPUNYAI AGENDA YG SAMA.....YG PENTING MELAYU KUAT....Parti hanya "vehicle" nama apa pon kita bolih bagi.....Tidak ada makna apa2 pada PAS atau UMNO kalau pemimpin MELAYU hanya di jadikan kuda TUNGGANGAN MUSOH ISLAM.......Pak Bakaq jgn cepat melenting atau melatah soal politik bangsa...usah terlalu ghairah ....KITA rasional....Upah saya nak minta pada pak bakaq tolong dedahkan pemimpin yg korap,rasuah dan penting diri dlm UMNO dan JUGA dlm PAS.......BIAR PEMIMPIN MELAYU dlm PAS dan dalam UMNO benar2 BERSIH dan sama2 berjuang PERTAHANKAN MELAYU DAN ISLAM.......Kita perlukan PEMIMPIN2 MELAYU PAS dan UMNO dgn PEMIKIRAN BARU.... berjuang atas plat form berbeza tetapi demi BANGSA MELAYU........DLM APA KEADAAN PAS dan UMNO mesti pertahankan ISLAM dan BANGSA MELAYU.......kita kenal MUSOH sebenar SIAPA........barulah kaum lain tak berani PIJAK KEPALA MELAYU kerana kita BIJAK berpolitik.............INI bolih dilakukan............SINGKIRKAN KEKOTORAN yg ada dalam PAS dan juga UMNO..........dengan kekuatan pemikiran dan gerakan yg kuat dari semua pihak ini bolih dilakukan.....Mungkin memakan masa....tapi kita mula langkah pertama...... ini yang di tunggu2 olih umat MELAYU ..percayalah.....MELAYU perlukan SISTEM POLITIK yg MANTAP utk MENGEKANG bangsa lain kuasai kita untuk jangka masa panjang dan abad MENDATANG .......TAHNIAH pak bakaq...semoga 2010 ini memberi sinar kesedaran pada kita MELAYU...PERLUKAN PEMIKIRAN POLITIK BARU atas platform apapun....PAS ke, UMNO KE atau PKR yg PENTING kita kena PASTIKAN BANGSA MELAYU BERKUASA DI TANAH AIR INI. salam

  8. Salam bakaq dan semua,

    Ada Hal.... pd ketika waktu masa, yg dah lephaih2 dah..!! Di laman blog ni, saya dan berapa rakan2 lain ada lah hantaq mai komen2 ! Tapi Pak Bakaq langsung tak gentle-man...semua posting2 yg dok ada tu ...Pak Bakaq teruih cantaih habih.

    Lepaih tu pulaq, teruih tuduh yg hantaq posting tu konon nya "cybertrooper" anu-anu..!! Pada hai, kami yg dok ada beberapa kerhait ni bukan nya ahli atau penyokong fanatik mana2 parti pun...!!

    Kekadang posting yg di hantaq mai tu, tak pun mengutok atau memfitnah Parti PAS atau sepupu sepapat yg sewaktu dgn depa..!! Jadi laman penarik beca ni pun kena lah bagi ...ruang orang bebas bersuara.


    Lagi satu bila kami hantaq posting yg ada Nama atau yg ada Identiti dan posting tu pulaq...cerita dan lagu yg di bawak tak berapa condong ke PR atau PAS...teruih lah kena cantaih. Langsung tak berani di siarkan oleh penarik beca....apa dah!!

    Yang peliq nya bila kami pakai nama "Anonymous-tanpa indentiti" lepaih pulaq...pada hal kandungan posting lebeh kurang saja, maksud yg ingin persampaikan.

    Posting ni pun nak tenghoq ada kah pak bakaq berani siar ke tidak...laman ni bebas bersuara ke atau... atau cakap tak serupa bikin!!

    Saya tak lah sampai nak bersumpah-sumpah nak suruh siarkan ....tapi macam oghang putih dok kata..."walk the talk" .....kurang lebib semacam tu laa...period. Wassallam.

  9. He, he..
    Masuk rumah orang beradab sopan la sikit..
    Ngaku Melayu... Islam pulak tu...
    Malu la...

  10. Anon 8

    Saya langsung tak gentleman kalau saya rasa komen-komen dihantar oleh cybertrooper yang cari makan dgn menggunakan blog ini. Lepas hantar komen kat sini, tunjuk bukti kat bos dah buat kerja dah lepas tu meleleh air liur tunggu duit.

    Hang mesti tak mengaku dan aku pun tak harap hang nak mengaku.

    Aku siarkan komen hang di atas sebab aku seronok tengok jeritan batin si pemakan upah. Barangkali orang lain pun syiok juga nak tengok.

    Kalaupun hang bukan pemakan upah, sekurang-kurang hang adalah tukang kerja orang-orang yang kononnya pemimpin-pemimpin Melayu yang siang malam kerja mereka menjadi babi tunggangan tauke-tauke Cina.

    Parti apa yang pemimpin mereka pada siang hari bercakap fasal ketuanan Melayu tetapi pada malam hari merangkak ke celah kangkang tauke-tauke Cina mengemis rasuah?

    Mereka bercakap fasal ketuanan Melayu pada siang hari sebab itulah merit yang melayakkan mereka merangkak ke celah kangkang tauke Cina untuk mengemis rasuah. Itu sahaja sebabnya dan bohong besarlah kalau nak perjuangkan Melayu.

    Pergi ke kawasan Pekan dan lihat sendiri kemiskinan Melayu di sana. Itu sebagai contoh.

    Abu Arif

    Saya setuju Tuan kata "SINGKIRKAN KEKOTORAN yg ada dalam PAS dan juga UMNO". Tapi menurut Dr Mahathir, bekas pemimpin Umno pun kata "Umno busuk hingga ke usus". Ada ka lagi yang boleh disingkirkan kalau dah busuk hingga ke usus?

    Saya tak kata PAS bersih. Banyak di dalam PAS yang telah dan berpotensi untuk buat jahat. Bayangkan kalau PAS bergabung dengan Umno dan selepas itu berkerjasama mentedarah rasuah. Sama-sama busuk hingga ke usus.

    Pada masa itu, kita akan lihat majoriti yang jahat dan buat jahat ialah bangsa Melayu sebab Umno dan PAS sama-sama berkuasa. Sama2 sedap mentedarah rasuah dan menipu rakyat. Mereka bertolong-tolongan untuk mentedarah rasuah. Lingkup Melayu!

    Tak payahlah jadi munafik menyatakan DAP sahaja musuh Islam sedangkan pada yang sama merangkak ke celah kangkang tauke-tauke mengemis rasuah. Tak payahlah nak cakap MCA tak racist. Tak payahlah nak nafikan Gerakan menjadikan orang-orang Melayu Pulau Pinang merempat di bumi sendiri.

    Saya tak peduli sikit pun orang ak kata DAP anti-Melayu ka, anti-Islam. Kalau DAP tak anti-Melayu dan tak anti-Islam, mereka sendiri yang perlu buktikan.

    Tetapi, pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan yang hampa junjung dan hampa usung tu sayang Melayu dan sayang Islam ka?

    Apa guna bercakap fasal DAP anti Melayu dan anti Islam sedangkan pada masa yang sama kerja ampu teloq pemimpin-pemimpin MCA dan DAP. Hampa lupakah bagaimana pemimpin Umno bahagian menjadi tukang bela dan ampu Chua Soi Lek ketika pecah cerita video seksnya dulu?

    Hampa tak jijik ka tengok perangai Umno?

    Tak payahlah nak mengaku tak kisah parti mana pun asalkan Melayu sedangkan pada masa yang sama menjadi tukang kerja orang-orang yang kononnya pemimpin-pemimpin Melayu yang siang malam kerja mereka menjadi babi tunggangan tauke-tauke Cina.

  11. wow pak bakaq,well said!

  12. "Hampa lupakah bagaimana pemimpin Umno bahagian menjadi tukang bela dan ampu Chua Soi Lek ketika pecah cerita video seksnya dulu?"
    Dan Pak Bakaq pun jangan lupa,...sapa plak yang begitu mempertahankan ELI WONG.

  13. Terimakaseh pak bakaq kerana telah beri komen yg baik pada saya,pak bakaq profesional dlm medium kebebasanbersuara......Saya nak tanya Pak bakaq..Dalam KERANGKA PEMIKIRAN POLITIK pak bakaq SEBENARNYA kita MELAYU ni PERLUKAN KAREKTOR PEMIMPIN MACAMANA????? a.NIK AZIZ b.ANUAQ IBrahim c.TUN MAHATHIR Ketiga2 mereka ini berada diatas pentas POLITIK negara sekian lama ,rakyat telah maklum.......KITA tak payah retorik...tengok apa yg MEREKA telah lakukan dlm MEMPERTAHANKAN BANGSA DAN ISLAM.......Secara jujur turun survey anak2 muda apa komen mereka tentang ketiga2 PEMIMPIN MELAYU ini....salam.

  14. Sangat setuju dgn statement Pak Bakaq di no 10

  15. Saya pembaca biasa. La ni saya pun tak la sanyat sukakan umno. Pemimpinan Umno la ni pun banyak merugikan orang melayu dan islam. Kurangkan peruntukan kpd MARA akan mejadi MELAYU AKAN RUGI AKHIRNYA.Tapi mengharapkan PAS untuk membela nasib Melayu dan Islam lungsung tiada. Apabila melayu diserang PAS membisu.Tiada Melayu yg benar benar mepertahankan melayu. Cina ada DAP... India ada PKRhindraf.... Melayu ada....?

  16. Anon 12

    Saya setuju fakta yang Sdr tambahkan. Tu baru betul. Fakta lawan fakta.

  17. Setakat bercakap tak apa, tapi jangan pula paksa ahli bawahan terima bulat2 apa yg hanpa mau cakap..kalu cakap tu betui, kami sokong, tapi kalu cakap songsang macam UG memanglah kami marah!

  18. THIS IS THE REAL MUSLIM LEADER STATEMENT
    On the Israeli threat to Lebanon and Gaza, Sayyed Nasrallah. “We have been hearing those threats from the Israelis and some of the political and media elite in Lebanon that has been selling this notion in a way or another. But time has changed. In the past, Israel used to do more than it speaks, however today Israel speaks more it acts because it is unable to do anything. They threaten us with we have a long experience in resisting Israel. Israel is putting Gazans in front of two choices: War or surrender.”

    Satted Nasrallah stressed the country we want is a country of peace and dignity, “but if war were imposed on us we will fight like the companions of Imam Hussein, God willing. We will achieve no less than victory.”

    ZolGoji

  19. Assalamualaikum Pak Bakaq.....

    Bagus jugak posting ni cuma banyak sgt dituruti oleh ANDAIAN sendiri.

    Kebebasan maklumat tu spt yg YB Sallehhudin ucapkan saya rasa semua setuju...cuma Pak Bakaq terkeliru sikit dgn kebebasan mendapat maklumat dgn kebebasan menyuarakan pendapat atau cadangan....dua2 tu tak sama.

    Ramai dikalangan sahabat Rasulullah adalah terkenal dan diakui sebagai hebat dari segi ilmu,amal.akhlak,keikhlasan dan sebagainya....namun hanya sahabat yg tertentu shj yg diamanahkan utk melakukan tugas2 tertentu.

    Abu Zar Al Ghiffari sebagai contoh tidak dibenarkan oleh Rasul memikul tanggung jawab sebagai Gabenor walaupun Baginda sendiri sudah menjaminnya masuk syurga.

    Maka begitulah dizaman penuh fitnah ini maka cadangan YB Salehhuddin itu adalah tetap sebagai satu cadangan....sehinggalah cadangan itu dibawa ke masyuarah,dibahaskan dan dibuat satu keputusan berasaskan sunnah.....maka baru boleh dilaksanakan.

    Sebelum dari semua itu maka silalah dibahaskan secara beradab dgn mengurangkan ketahap paling minima apa yg dinamakan ANDAIAN @ SANGKAAN......Wallahualam

  20. “Orang yang bodoh tidak memberi maaf dan juga tidak melupakan. Orang yang naif memberi maaf dan melupakan. Tetapi orang bijak, memaafkan tetapi tidak melupakan”

  21. Saya setuju dengan tulisan Pak bakaq yang akhir sekali PAS tak ada penceramah dan ceramah PAS tak dak saper nak dengar ceramah. Sebab Dia nak kawal semua dalam PAS. Sebab apa, sebab dia tu bodo

  22. sejak keblkgn ni sy minat baca post2 dri blog ni tp bkn lah ske krana sumenya bnr tp ske krana sy nk mncari ilmu. sy blum la b'kesempatan nk baca sume post2 pak bakaq tp dri sikit 2 sy dh boleh agk ape post2 yg laen akn sy bace. blog pak bakaq ni x ubah mcm harakah daily. bg sy ape yg pak bakaq ckp hnye byk mngikut kate2 org.sedar x sedar pak bakaq dh ade mmbuat dosa dlm p'cakapn.Islam sndri mnyuruh kte mnjage lidah dan p'cakapan tp adakah pak bakaq jaga? menyamakn org2 UMNO dgn babi,menuduh sana sini,adakah skiranya Pas b'kuasa kelak akn diajar ank2 mereka mambabikn org2 yg kamu bnci? sy xnk komen psl lain kerana sesungguhnya Allah lebih mngetahui kebenaran,p'soaln sy sejauh mane pak bakaq tau akn rasuah yg dilakukn UMNO? sy xske org yg hnye pndi b'kate2 tnpa bkti.salam...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008