Sedap!! Klik gambar di atas!

Orang muda mengajar orang tua

Seingat saya, sejak 2005 dahulu, saya selalu sebutkan bahawa orang-orang muda terbukti lebih layak dan lebih mampu menjadi peneraju. Saya ambil pencapaian beberapa badan korporat sebagai contoh.

"Bila umoq dah capai umoq macam aku ni, lebih banyak merapu ja. Otak pun dah jadi serupa kereta buruk. Hampa orang-orang muda yang lebih kreatif, tangkas, berimaginasi nak buat pencapaian, buat perubahan," kata saya kepada beberapa anak muda penggiat media apabila mempertahankan pendapat saya supaya lebih banyak anak muda yang menerajui akhbar-akhbar pembangkang.

Tadi, bila mendapat tahu bahawa Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kader meletakkan semua jawatannya dalam parti demi menjaga nama baik PAS, saya memberitahu blogger-blogger muda yang bersembang dengan saya dari pukul 1 hingga kira-kira pukul 3 lebih pagi ini bahawa "zaman la ni zaman orang muda ajar orang tua (tentang akauntabiliti)".

"Puak-puak tua ni, termasuk ulama, buat perangai lembu kenyang dan pantang berundur walaupun dah buat taik. Depa nak bertapuk pada jawatan depa," kata saya.

Saya harap orang-orang tua yang terus nak bergayut pada kedudukan dan jawatan mereka walaupun dah buat salah dapat ambil cuti sehari dua dan pergi belajar kepada Dr Rosli tentang akauntabiliti.

Berkaitan:
Tahniah Dr Rosli Allani letak semua jawatan, manakala kawannya berdegil … (Jiwo Kelate 22/12/09)
Dr Rosli tunjuk jalan keluar kepada Ariffahmi dan pemimpin PAS yang bermasalah (Misai Merah 23/12/09)
Pemimpin bermasalah perlu contohi Dr. Rosli Allani - Mahfuz (mStar Online 23/12/09)
Pemuda Pas Kelantan hormati keputusan Dr Rosli Allani (mStar Online 23/12/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Orang tua masih penting. Kalau orang muda banyak ikut perasaan, perlu lebih pengalaman supaya tidak buat keputusan silap.

    Kerja apa2 pun perlu pengalaman. lebih penting ialah kesabaran. Allah bersama orang yang sabar.

  2. Betul Pak Bakaq, betul. Dah tua gayut, otak dah tepu pun nak bergayut kat situ lagi.

  3. Rosmah berkata "Dan saya kata, tidak payahlah tukar kerajaan. Inilah kerajaan yang telah banyak memberikan sokongan dan kerjasama terhadap berbagai-bagai isu."

    kalau rosmah terus berkata dan bernada semacam ini nampak gaya dalam PRU akan datang BN akan hancur....hai penyokong/pendukung UMNO janganlah berdiam diri, selamatkanlah UMNO daripada kesombongan dan kebiadapan rosmah ini....tolonglahhhhhhhhh

  4. Usamah menjadi PANGLIMA PERANG ketika berumur 18 tahun..betulkan saya kalau salah fakta..TAPI Usamah ada KUALITI DUNIA dan AKHIRAT..syabas lah kalau ada orang MUDA terkini seperti itu..

  5. Tidak begitu JIJIK berbanding Anwar Berahi m yang bawak lagi anak dara org utk dinikahi di negara jiran...

  6. tambah cikit lagi,

    orang tua masih kuat nafsu tapi kurang tenaga!!!

  7. xpayah la perli2,kias2..ko tu ngn geng2 ko (wan ji, tulangbesi dll)sama je point nya..konon nak ngata ust hadi,ust nik aziz dll.ko tu padainya nulis je.orang semua dah melangkah ke depan, korang masih takuk lama..hijrah la ckit pemikiran tu..konon la nak perjuangkan islam..padahal perosak pas..nak egm konon..blah la.

  8. Alahai, cakap cakap sahaja apa pun tak jadi. Bila orang muda ini pegang jawatan , ramai di antara mereka juga akan jadi lembu kenyang. Yang baiknya hadkan masa bagi sesuatu jawatan.
    Tahniah bagi Dr Rosli kerana meletak kan jawatan kerana jika tidak, ramai ahli Pas yang akan mempertikaikan pemimpin yang tidak dapat menguruskan hal peribadi. Bagaimanapun Tahniah yang terutama adalah untuk isteri pertama Dr Rosdi yang gagah mengharungi cubaan, bagi seorang isteri bukan mudah untuk berkongsi suami.Puan telah merelakan suami puan menggambil seorang lagi isteri.Di doakan agar Allah merastui puan dengan kehidupan yang aman.

  9. pigiii dahhhhh....poooorrrraaahhhhhh...... sekali action, niat semua sudah tau daaaa... bengap sgt nak pahammm kaaa.... genetik melayu... tp allani tu ada iras2 genetik lain sikit.... genetik kaum yg putaq alammmm...

  10. Pengalaman saya memula masuk keja cam tu lah.Kerja dgn pasukan beruniform. Mean dgn gomen lah. Cuma istilah jer berbeza. Org Tua kita gelar org lama. Ingatkan kita yg memuda ni boleh lah blaja dari dia org, rupa-rupanya tak jadi mcm tu. Depa mengajar kami perkara yg langsung tak masuk akal. Cthnya kami diajar main judi, ponteng kerja dan sebagainya. Memana yg tak ikut dia org akan burukkan nama org ne kepada ketua dan dikalangan rakan sekerja. Yg jadi ketua pulak kaki botol. Pepagi dtg pejabat mulut bau arak. Ingatkan yg pangkat rendah jer cam tu. Rupanya yg pegawai atasan pun sama. Lagi teruk adalah. Yg sedihnya semua yg terlibat melayu islam. Oleh kerana dah tak tahan saya amik keputusan berhenti kerja. Memula ramai kengkawan nasihat jgn resign sebab payah nak dpt kerja dgn gomen. Akhirnya saya berhenti juga. Tak menyesal pun sebab rezeki ada dimana-mana.Berdasarkan pengalaman saya dulu Masej nya ialah usia tidak mengambarkan apa-apa pun. Tak semestinya org berpengalaman tu akalnya bijak dan kerjanya bagus. Cuma mungkin dalam politik keadannya agak berbeza.

  11. 1)Dulu ada orang kata Tun M nak jadi PM samapi mati.haha...skang ,orang tu lak nak jadi dewa pas samapi mati....

  12. anon 8:12,

    saya setuju dengan pandangan sdr, tetapi bukan semua pengalaman orang tua boleh dipakai. sebaliknya pula, orang muda perlu belajar dari pengalaman orang tua, tetapi tidak semestinya mempraktikkannya. bukan semua pengalaman sesuai dengan semua keadaan dan zaman. orang muda patut beri pertimbangan kepada kata2 seorang jeneral prussia, "people learn from their experience, but i learn form other people's experience". dan orang tua perlu sedar bahawa zaman ini bukan lagi zamaan kegemilangan mereka. semuanya sudah menjadi sejarah. sejarah yang berguna bagi orang muda meniti perjuangan semasa.

    sebagai contoh, masalah yang berlaku dalam pas kini banyak berpunca dari orang tua. lebih teruk apabila pengalaman orang tua dieksploitasi oleh pihak ketiga untuk membentuk pemikiran yang bercanggah dengan dasar parti sendiri sehingga sanggup memperlekehkan pemikiran orang muda yang bertungkus lumus memperkasakan parti. yang sedihnya, ada pula pemimpin muda pas yang sangat terpesona dengan pemikiran orang tua - 2N - timbalan presiden dan ketua pemuda. kenapa agaknya?

    kerana mereka ulama? jika beginilah keadaannya, yang rugi bukan ulama tetapi islam. mereka bangga apabila yusuf qardawi kata perjuangan pas lanjutan kepada perjuangan rasulullah saw. tetapi sedarkah mereka, tindakan serta ucapan mereka tersasar dari perjuangan rasulullah saw serta para sahabat baginda? baginda saw serta para sahabat tidak pernah memperjuangkan 'arab-islam', tetapi pas sibuk dengan 'melayu-islam'? dari mana datangnya 'melayu-islam' yang pemimpin pas begitu terpesona dengannya?

    'melayu-islam' dicipta oleh pihak2 tertentu (yang sudah tentu menguntungkan umno). di sini kita dapat lihat bagaimana pengalaman orang tua dijana serapinya sehingga berjaya mempengaruhi pandangan serta emosi orang tua. ia diperkukuhkan lagi dengan imbuhan yang boleh diraih apabila 'melayu-islam' "terpelihara". saya tidak menuduh pemimpin pas boleh diselewengkan, cuma "the son of adam grows old, but two things remain young in him: greed for wealth and hope for longer life." - al-bukhari & muslim.

    wallahu'alam.

  13. Nik Azit bukan pentadbir yang cekap , kebetulan diatas kapasiti ulama membuatkan orang lain dengar kata dia. Dia banyak dengar nasihat orang-orang disekelilingnya yang semuanya ada kepentingan. Akhir-akhir ini banyak nasihat dari keluarganya dimana tidak sebulu lagi dengan penasihat resmi. Zaman telah berubah pimpinan juga perlu berubah! . Orang kelantan tertunggu bila lagi akan muncul perubahan yang akan dibawa oleh pas diatas bumi kelantan , nampak gaya kena minta umno buatlah kalu lagu ni

  14. Pada pendapat saya kedua-duanya penting. Orang tua dan orang muda masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Saya fikir lebih rasional untuk sama-sama duduk berbincang antara pemimpin tua dan muda untuk mencapai satu titik persepakatan.

    Pendapat peribadi saya ialah pemimpin biar orang muda tetapi tidak boleh diberi kuasa penuh kerana orang muda juga mudah dipengaruhi dengan nafsu serakah yang melampau berbanding orang tua.

    Kelebihan orang muda ialah tentang idea serta pandangan jauh mereka. Tetapi orang tua juga diminta menjadi penasihat kepada pemimpin muda kerana orang tua banyak pengalaman serta ilmu yang boleh dimanfaatkan.

    Itu pun susah nak cakap sebab perkara ni berhubung kait dengan IQ serta EQ. Kalau kita lihat orang tua yang bernama Tun Mahathir juga mempunyai cara pemikiran yang agak luar biasa walau pun dia jahat. Anwar Ibrahim juga mempunyai pemikiran yang jauh lebih kehadapan berbanding pemimpin PR yang lain walaupun beliau makin dimamah usia.

    Sukar untuk menentukannya tetapi kita sama-samalah memperjuangkannya agar dapat dicari titik persamaan antara yang tua serta yang muda. Yang penting ialah pemimpin yang cerdik dan berpandangan jauh. Bukan yang cerdik tapi jahat atau yang lembab serta kelihatan lembab.

  15. mb kelantan masih mude lagi ek?

  16. Bukan semua orang tua senget dan bukan semua orang muda tegak. Kalau senget pun sukar tumbang tetapi yang tegak banyak pengsan terkulai lemah semangat terlalu banyak guna tenaga, kata puak tua-tua banyak puak muda-muda itu hangat-hangat tahi ayam, nafsu lebih, itu mau..ini mau..lama-lama pening sendiri.

  17. Semua tergantung kat titian Sirat sebab tak kenal Imam Zaman ini?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008