Tok Guru Mursyidul Am kata:
Saya cuba setakat bodo saya untuk berlawan dengan hujah apabila saya tak setuju pandangan Tok Guru mengenai perlantikan anak menantu sendiri di dalam kerajaan yang beliau pimpin. Beliau mengaitkannya dengan tindakan RasuluLlah s.'a.w. yang dikasihi yang beliau kata melantik mertua dan menantunya. Saya lawan hujah Tok Guru dengan menyatakan Nabi meletakkan mereka di tempat mereka diletakkan berasaskan merit sebagai "سابقون الاولون".
Dan, katakan anak menantu Tok Guru juga mempunyai merit, 'uruf zaman ini memandang hodoh perbuatan melantik anak menantu sendiri. Itu kronisme, bagi orang sekarang. Ia membuka ruang fitnah dan Tok Guru sepatutnya menghapuskan segala ruang fitnah yang berpunca dari tindakannya sendiri.
Hujah saya mungkin lemah. Hujah yang lemah boleh dibelasah sampai ia tak bernyawa lagi. Debiklah cukup-cukup hujah saya itu dengan hujah. Setakat menuduh saya Yahudi, mewarisi kedengkian serta mengkafirkan saya, tak ada maknanya!
Berbalik kepada doa Tok Guru, sambil saya tak nak kata apa-apa sebab Tok Guru mempertahankan doanya itu dengan hujah, saya juga memohon agar Tok Guru bersungguh-sungguh merayu kepada Allah agar dihapuskan buruk kelaku di kalangan para pemimpin PAS khususnya.
Seperti saya sebut sebelum ini, kadang-kadang kita tak boleh buang si buruk kelaku sebab penyokong bangangnya ramai dan membentuk jumlah majoriti. Nak-nak pula dia tu ulama'. Bukan senang nak buang - perangai mentaqdiskan ulama pemimpin PAS dan candu masyarakat yang bernama thiqah dan wala' sudah menjadi benda celaka yang amat sebati di dalam PAS.
Yang boleh kita harapkan ialah si buruk kelaku itu membuang buruk kelakunya. Yang boleh kita harapkan ialah orang PAS tidak lagi memaksumkan ulama yang menjadi pemimpin mereka. Yang boleh kita harapkan ialah kita dapat menggerakkan "Opium War" untuk memusnahkan candu masyarakat yang bernama thiqah dan wala' di dalam PAS.
Ingat tak sedih ka apabila ajaran Islam mengenai thiqah dan wala' yang begitu suci dan murni tiba-tiba menjadi candu masyarakat di dalam PAS!?!
Saya harap sangat Tok Guru dan kita semua berdoa agar orang-orang PAS khususnya para pemimpin parti itu dapat melafazkan cerai talak tiga terhadap buruk kelaku mereka dan melaksanakan tuntutan cerai talak tiga itu. Jangan cuba-cuba nak Cina buta.
Saya nak ulang lagi apa yang saya sebut dalam posting bertajuk "Kalau pemimpin pun jahat macam aku...":
Yang menjadi masalah ialah apabila pemimpin politik menjemput apa yang mereka dakwa sebagai fitnah dengan buruk kelaku mereka.
Berkaitan:
Nik Aziz pertahan doa minta bala
Saya tak nak kata apa-apa kerana Tok Guru mempertahankan tindakannya dengan hujah. Kalau tak setuju, lawanlah dengan hujah.Saya hanya doa kepada Allah minta Allah perbetulkan fikiran Perdana Menteri Malaysia iaitu beri (royalti) gas petrol kepada Kelantan... kalau tidak beri sah ada mala fide.. niat yang tak baik, itu saya minta musnahkan. Sebab jahat... salah apa saya.
“Saya tetap mempertahankan tindakan itu dan Nabi Muhammad s.'a.w. di antara orang yang doa balas bela terhadap orang zalim. Pertama zalim ini kerana kita menganiayai diri sendiri. Iaitu kita syirik dengan Allah s.w.t.
“Saya tak salah sebab saya buat itu saya ada hujah. Bukan buat dengan emosi. Tidak...”
Saya cuba setakat bodo saya untuk berlawan dengan hujah apabila saya tak setuju pandangan Tok Guru mengenai perlantikan anak menantu sendiri di dalam kerajaan yang beliau pimpin. Beliau mengaitkannya dengan tindakan RasuluLlah s.'a.w. yang dikasihi yang beliau kata melantik mertua dan menantunya. Saya lawan hujah Tok Guru dengan menyatakan Nabi meletakkan mereka di tempat mereka diletakkan berasaskan merit sebagai "سابقون الاولون".
Dan, katakan anak menantu Tok Guru juga mempunyai merit, 'uruf zaman ini memandang hodoh perbuatan melantik anak menantu sendiri. Itu kronisme, bagi orang sekarang. Ia membuka ruang fitnah dan Tok Guru sepatutnya menghapuskan segala ruang fitnah yang berpunca dari tindakannya sendiri.
Hujah saya mungkin lemah. Hujah yang lemah boleh dibelasah sampai ia tak bernyawa lagi. Debiklah cukup-cukup hujah saya itu dengan hujah. Setakat menuduh saya Yahudi, mewarisi kedengkian serta mengkafirkan saya, tak ada maknanya!
Berbalik kepada doa Tok Guru, sambil saya tak nak kata apa-apa sebab Tok Guru mempertahankan doanya itu dengan hujah, saya juga memohon agar Tok Guru bersungguh-sungguh merayu kepada Allah agar dihapuskan buruk kelaku di kalangan para pemimpin PAS khususnya.
Seperti saya sebut sebelum ini, kadang-kadang kita tak boleh buang si buruk kelaku sebab penyokong bangangnya ramai dan membentuk jumlah majoriti. Nak-nak pula dia tu ulama'. Bukan senang nak buang - perangai mentaqdiskan ulama pemimpin PAS dan candu masyarakat yang bernama thiqah dan wala' sudah menjadi benda celaka yang amat sebati di dalam PAS.
Yang boleh kita harapkan ialah si buruk kelaku itu membuang buruk kelakunya. Yang boleh kita harapkan ialah orang PAS tidak lagi memaksumkan ulama yang menjadi pemimpin mereka. Yang boleh kita harapkan ialah kita dapat menggerakkan "Opium War" untuk memusnahkan candu masyarakat yang bernama thiqah dan wala' di dalam PAS.
Ingat tak sedih ka apabila ajaran Islam mengenai thiqah dan wala' yang begitu suci dan murni tiba-tiba menjadi candu masyarakat di dalam PAS!?!
Saya harap sangat Tok Guru dan kita semua berdoa agar orang-orang PAS khususnya para pemimpin parti itu dapat melafazkan cerai talak tiga terhadap buruk kelaku mereka dan melaksanakan tuntutan cerai talak tiga itu. Jangan cuba-cuba nak Cina buta.
Saya nak ulang lagi apa yang saya sebut dalam posting bertajuk "Kalau pemimpin pun jahat macam aku...":
Tanggapan kerana dasar perjuangan akhirnya boleh lunak. Kalaupun tanggapan tetap tidak lunak, orang boleh berkompromi kerana yang satu lagi tu jahat mengalahkan syaitan.Tolonglah jangan lupa, kalau pemimpin politik tidak buruk kelaku, orang tak boleh nak kata apa-apa kat depa. Kalau buat fitnah tak berasas sekalipun, berapa hari sangat fitnah seperti itu boleh hidup?
Tetapi, tanggapan kerana buruk kelaku sendiri hampir-hampir tak ada ubat lagi.
Yang menjadi masalah ialah apabila pemimpin politik menjemput apa yang mereka dakwa sebagai fitnah dengan buruk kelaku mereka.
Berkaitan:
Nik Aziz pertahan doa minta bala
Doa' Nik Aziz dikecamSinar Harian (30/11/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan tindakannya berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan UMNO jika Kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.
Beliau berkata, tindakan itu tidak salah kerana doa ditujukan sekiranya Najib mempunyai niat jahat apabila tidak memberikan royalti petroleum.
Berikutan tindakan itu beliau mendapat kritikan hebat termasuk daripada kalangan ulama di negara ini.
“Akhbar kata ulama bidas, saya nak tanya balik ulama benda apa? Ulama ni siapa dia? Di zaman Nabi Muhammad SAW, ulamalah yang menentang Nabi Muhammad. Iaitu ahli kitab. Ahli kitab ni iaitu Nasara dan Yahudi dipanggil ulama. Kedua-dua ini disebut ahli kita. Jadi kedua-duanya sama. Jadi yang lawan nabi ialah ulama.
“Maka sebab itulah Imam Ghazali tulis dalam buku Ihya Ulumuddin mengenai ulama jahat, kerana ulama ialah waris nabi. Bila kita jadi waris satu orang dan orang itu mati, kita terima pusaka. Pusaka itu apa yang ditinggalkan oleh si mati. Kalau si mati tinggalkan tanah kita terima tanah juga betul. Tetapi kalau kita terima lori sah dah lori haram.
“Begitu juga ulama. Ulama ini pusaka nabi Muhammad SAW. Bila Nabi Muhammad SAW wafat ulama ini terima ilmu Nabi Muhammad SAW. Bukan ilmu daripada Inggeris, bukan ilmu daripada sekular. Ilmu Nabi Muhammad SAW barulah ulama orang panggil,” katanya kepada media ketika ditemui di sini, semalam.
Katanya, beliau hanya berdoa supaya membuka minda Perdana Menteri untuk memberikan royalti kepada Kelantan.
“Saya hanya doa kepada Allah minta Allah perbetulkan fikiran Perdana Menteri Malaysia iaitu beri (royalti) gas petrol kepada Kelantan... kalau tidak beri sah ada mala fide.. niat yang tak baik, itu saya minta musnahkan. Sebab jahat... salah apa saya,” katanya.
Nik Abdul Aziz berkata, beliau tetap mempertahankan doanya dan menyifatkan tindakannya itu tidak bersalah kerana beliau memiliki hujah sendiri.
“Saya tetap mempertahankan tindakan itu dan Nabi Muhammad SAW di antara orang yang doa balas bela terhadap orang zalim. Pertama zalim ini kerana kita menganiayai diri sendiri. Iaitu kita syirik dengan Allah SWT.
“Saya tak salah sebab saya buat itu saya ada hujah. Bukan buat dengan emosi. Tidak...,” katanya.
Malah beliau sanggup untuk bersemuka dengan tokoh agama dan ulama termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang membidas tindakannya itu dan dalam nada sinis memberikan kiasan ‘ulama jahat’ tanpa menjelaskan ditujukan kepada siapa.
Pada hari Hari Raya Aidiladha Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz meminta orang ramai supaya berdoa perbetulkan pemikiran Najib supaya memberikan royalti minyak dan sekiranya tidak, doakan supaya Allah musnahkan masa depan Najib, UMNO dan proksinya.
Ini bukan kali pertama beliau membuat seruan tersebut malah dalam kuliah mingguannya pada 18 September lalu, Pesuruhjaya Pas Kelantan itu turut mengetuai bacaan doa khas meminta Allah menurunkan bala kepada Perdana Menteri jika Kerajaan Pusat enggan membayar royalti minyak.
Beliau mengulanginya semula pada kuliah mingguannya yang diadakan pada 2 Oktober.
Nik Abdul Aziz berkata, Nabi Muhammad SAW turut berdoa kepada Allah supaya menurunkan bala kepada mereka yang zalim.
Mohon masa depan PM binasa hanya kerana isu royalti minyak keterlaluanBerita Minggu (29/11/09): Tokoh agama dan ulama semalam membidas hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika Kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.
Mereka mengingatkan Menteri Besar Kelantan itu bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam tanpa mengira pelakunya berpangkat dan berkedudukan, apatah lagi pihak dimaksudkan itu saudara seagama dan seorang pemimpin beragama Islam.
Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.
Beliau berkata, umat Islam tanpa mengira kedudukan, pangkat, jawatan atau fahaman politik wajib mematuhi hukum Islam yang mengharamkan perbuatan mendoakan kemusnahan saudara seagamanya.
"Berdoa meminta Allah memusnahkan kehidupan dan masa depan orang lain tidak boleh, haram dan berdosa besar. Kalau kepada kafir harbi (tidak tunduk kepada pemerintahan kerajaan Islam) tidak mengapa.
"Sesama Islam tidak boleh berdoa seperti itu. Kita digalakkan mendoakan kesejahteraan orang lain, terutama saudara seagama. Orang berdoa supaya Allah memusnahkan kehidupan orang lain perlu bertaubat dan perlu memohon maaf dengan orang yang dimaksudkan. Kita tidak boleh putuskan silaturahim," katanya ketika dihubungi, semalam.
Nik Aziz kelmarin berkata, beliau dan penyokongnya sudah mendoakan agar Perdana Menteri mengubah fikiran supaya memberikan royalti kepada negeri itu, jika tidak beliau akan berdoa supaya Allah menghapuskan masa depan Najib dan Umno.
"Saya doa tadi ramai-ramai minta Allah SWT perbetulkan pemikiran Perdana Menteri, biar dia beri (royalti)...kalau tak, kita doa supaya Allah musnahkan masa depan dia, parti dia, kumpulan dia, proksi dia semua akan musnah, tak mustahil benda ini akan berlaku," katanya.
Awal bulan ini, Perdana Menteri berkata, Kerajaan Pusat akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun depan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu.
Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, berkata umat Islam yang berhajat supaya orang lain yang seagama dengannya menderita dan kehidupannya musnah sebenarnya mahu mencabar al-Quran yang menegaskan orang Islam bersaudara.












Cantik? Klik 




salam pak bakaq..
dalam hal nie aku sokong sangat2 TGNA..bukan ape,knape negeri lain dapat royalti tapi bile negeri yg dipegang olah PR terus jadi wang ehsan..sama juga yang berlaku di negeri trg dulu..harap2 najib n the geng berubah sebelum rakyat mengubah kerajaan..
Aku berdoa supaya Harusani Zakaria dibutakan matanya untuk diseimbangkan dengan buta hatinya!
salam, pak bakaq, mintak bro ulas pasal pandangan blogger pria malaya pasal isu ariffahmi-kicdefella kat sini..
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/11/syeih-of-kickdefellahharapan-kini-di.html
Walaupun yakin beliau (Ariffahmi) sememangnya berkelayakan untuk menjawat amanah sebagai CEO PMBK, dan tiada unsur-unsur salahguna kuasa oleh Menteri Besar yang merestui dan mengizinkan beliau untuk ke jawatan itu, (setelah diperkenankan oleh lembaga pengarah PMKB)..
Tetapi diatas desakan pelbagai pihak, demi menjaga dan 'mengawal' persepsi, demi menjaga kepentingan jemaah dan kerajaan negeri, maka beliau seharusnya meletakkan jawatan sbegai CEO PMBK..ini dirasakan jalan hikmah yang terbaik apabila keadaan atau situasi berdepan dengan dengan 'kemelut' persepsi dan terdedah dengan bencana fitnah..
kalau tak tahan dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. tak payah gembar-gemburkan pasal doa TGNA. Ilmu kita tak sampai tahap tersebut.Dalil Aqli tak sama dalil Naqli.
Bukan TGNA sahaja bakaq, aku pun berdoa sama agar dilaknat orang-orang yang zalim - tak kira mengaku agama apa - sedangkan menzalimi kucing pun boleh masok neraka.
Doa ni standard untuk orang berjihad. Siapa yang tak berniat jahat menzalimi jangan pula terasa..
Berbalik kepada doa Tok Guru, sambil saya tak nak kata apa-apa sebab Tok Guru mempertahankan doanya itu dengan hujah, saya juga memohon agar Tok Guru bersungguh-sungguh merayu kepada Allah agar dihapuskan buruk kelaku di kalangan para pemimpin PAS khususnya.
Bukan itu saja, kepada penulis2 blogger jahat dan munafik yang mengepalai kerosakan hubungan dalam PAS. sebenarnya mereka inilah yang mengadu domba dan kedengkian untuk merosakan Islam dan jamaah islam...
Kalau ehsan = kira sagu hati, bagilah mana-mana jumlah. Kan ehsan, pemberian kesian. Kalau royalti kena kira ikut %, kena rujuk perjanjian..macam mana nie? Istilah juga memainkan peranan.
Kalau maksiat Najib itu hanya terhadap batang tubuh TGNA, mungkin doa TGNA dianggap melampau.
Persoalannyan maksiat Najib membabitkan 1.2 juta rakyat Kelantan yang dinafikan hak secara zalim! Betapa besar dosanya dengan Allah SWT dan dengan seluruh rakyat Kelantan yang pasti akan mendakwanya di akhirat nanti. Jika 1 hari dosanya terhadap 1.2 juta org dikira 1 hari seksaan di neraka, bayangkan jika berbelas atau berpuluh tahun! Jadi doa TGNA terhadap Najib dan UMNO adalah wajar. Lagipun doa itu bersyarat, iaitu jika terus menzalimi Kelantan dengan tidak memberi royalti yang menjadi haknya.
Lagipun daripada perkhabaran yang mutawattir, Najib terpalit dengan pelbagai maksiat seperti rasuah kapal selam, kapalterbang Sukhoi, pembunuhan Altantuya, tangkap basah dengan artis,
menggunakan bomoh Hindu dan bermacam-macam lagi. Semua ini tidak dinafikan dengan menyaman akhbar-akhbar yang menyiarkan cerita tersebut. Ini menimbulkan syak yang kuat terhadap dirinya!
Bagi diri saya, setiap malam saya maafkan semua orang berdosa terhadap diri saya. Tetapi jika mereka melakukan fitnah dan pengkhianatan terhadap PAS saya serahkan kepda Allah SWT
memberi hukumanNya.
tok guru tak doa pun... orang ramai dah doa lama dah biar mampus je orang-orang zalim nih...
kehkehkeh...
Inilah yang di katakan bijaksana, biar musuh mejadi gerun,bercelaru abih, TGNA menggunakan senjata doa yang insyaalah makbul.Bukan seperti puak puak Mustafa Ali semasa memerintah Trennganu ,Sebaik sahaja Mahadet rentap Royalti terlopong2.Lepas Kalah mai membuat sampah ke dalam Pas Pusat: BADWI PAS
PAS akanjadi macam ARQAM
( arqam wala nak mampus , bini pun boleh kongsi dgn pemimpin)
dibatalkan registrasi
salam semua..
dalam hal ini saya bersetuju dengan TGNA sebab selama ni pun kita dah amalkan doa nazilah dalam solat, cuma belum dipertegaskan dengan jelas dan khusus jadi inilah waktunya.. sangat sesuai.. sebab selepas ni .. kemungkinan rakyat macam saya ni juga ada yang ditindas.. semoga dirahmati dan dikuatkan pejuang Islam..
salam pak bakaq..
saya nak komen sikit pada puak2 dan orang2 yang anggap dirinya pengalisa politik..Universal ker university..ker dan ulama hebat pemerintah.. kalau kita menganalisa dengan cara di dalam ruang lingkungan pemikiran kita saja dah menganggap ia adalah kenyataan hebat.. rentikan ajer ler MATTT.. dan pegiraaahhhhh...hujjahnya.. di dalam islam.. semua bidang termasuk analisa politik pun kena berlandaskan Islam kalau sekadar analisa dari buku puak misionari, simpan ajer le nampak sangat tak....kuatnya.. Islam tak dihujah melalui agama dan pahaman lain.. " bagi kamu agama kamu dan bagi ku agama Ku" satu lagi para agama 1Malaysia ni .. woiii balik cari hujah yang kuat sikit.. punya tebal alquran tuan.. tak kanlah nak bela hujjah dengan satu fasal " persaudaraanya ajer wooii".. tak kuat... saya cabar agar dicertakan hujah yang bernas lah...
Mungkin doa tok guru nik aziz lebih makbul berbanding doa2 drp haji hadi, harun taib dan abu bakar chik 9 tahun yg lalu..wallahu a'lam...
Lu tunggu la Najib & geng & menteri-menteri agama yang membela.Tak akan berkesan pada jelata rakyat dgn menikam kembali TGNA utk meraih simpati.Rakyat 1Malaysia nampak bukan buta & pekak.
Kalau dah semua orang tidak lagi mahu duduk semeja untuk berunding dengan baik dan mencari jalan penyelesaian maka apa guna dilantik wakil rakyat. Masing-masing cuba cari buruk dan dedah pada umum...apakah itu profesyenal namanya?. Mengutuk, mencaci kemudian basuh dengan al-quran dan hadis untuk menghalalkan cara....betul ke ?.
Kalau pemimpin sudah membenihkan kebencian,mana mungkin rasa sayang akan ujud sesama umat.Carilah kata muafakat...apakah sudah hilang sabarnya,apakah untungnya perpecahan umat kerana sedikit kurniaan Allah yang mahu diujiNya ?
Kegelapan tidak akan hilang dengan marah dan cacian. Bawalah cahaya padanya ..pastinya kegelapan akan terurai sendirinya.
apa najib dan puak2 umngok ni seriau sangat...kalau mereka rasa mereka tak de aniaya rakyat kelantan...tak yah la risau..pasal doa tu sekiranya mereka mempunyai niat tak baik & niat nak aniaya...kalau dah cam nie punya melenting...mesti niat si najib dan puak umngok nie mmg tak baik...hehehe....
QUOTE OF THE MONTH
"Kita dapati Tok Guru selaku Pengerusi PMBK telah menjalankan pelantikan yang ikhlas. Apa yang kurangnya ialah mereka yang bertugas di sekeliling yang tidak memberi nasihat perundangan dan politik yang betul kepada Tok Guru."
Presiden PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
HARAKAHDAILY
1 DISEMBER 2009
IMPLIKASI KENYATAAN PRESIDEN PAS INI:
1. PECAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI KELANTAN
2. PECAT SETIAUSAHA POLITIK MENTERI BESAR KELANTAN
salamualaikum Pak Bakaq
TGNA dah uzur umurnya, tapi pemikiran dan akidah TGNA amat tajam dan patut di sanjungi. generasi muda ini cepat melatah dan membuat keputusan dan statement melulu buta, bagaikan khinzir di tumbuk hidungnya. kerajjaan BN nampak sangat amat zalim terhadap rakyat malaysia keseluruhannya, namun ramai dikalangan rakyat tetap buta mata dan hati terus menyokong kerajjaan BN membuta tuli, bagaikan Bak Kut Teh dengan supnya. Hanya ALLAH SWT yang dapat memakbulkan doa doa dari umatnya dan oleh demikian, jika berlakunya apa yang didoakan oleh TGNA, maka ALLAH SWT amat jelas dalam ketentuan dan keputusannya, antara yang hak dan batil. semoga ALLAH SWT beri rahmat dan hidayah kepada Melayu Islam yang Munafikeen dalam BN, serta ahli ahli penyokongnya sebelum mereka mati di dalam keaddaan munafik. Najib dan keluarganya adalah satu contoh yang amat baik, untuk dipelajari dan dijauhi. Sesungguhnya ALLAH SWT amat mengetahui segala sesuatu yang berlaku di alam dunia ini.
salam pak bakaq, gua nak tengok sangat teks yang TGNA baca masa khutbah tu..kalau gua nilai sebelum tau perkara yang betul jadi bertambah mengarut nanti kang..
Penyokong dan pengampu Najib membuat demo depan SUK agar TG Nik Aziz menarik balik doa laknatnya terhadap Najib dan kerajaannya.
Kenapa mereka membuat demo hanya kerana sebuah doa... Dan paling lucu bila mereka mendesak supaya TG Nik Aziz letak jawatan. Apakah itu tanda-tanda bahawa Najib nak serahkan duit royalti minyak pada kerajaan kelantan..? Agaknya ramai terlior tentang duit minyak tu....
Apakah dengan mengadakan demo akan menyebabkan orang yang teraniaya takut berdoa..? Tidak mampukah doa jahat TG Nik Aziz dilawan dengan doa baik... Dimana ulamak UMNO yang hebat... atau ulamak "cakap tak serupa bikin...?"
Alahai UMNO ku sayang......"UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).
Pada hari Hari Raya Aidiladha Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz meminta orang ramai supaya berdoa perbetulkan pemikiran Najib supaya memberikan royalti minyak dan sekiranya tidak, doakan supaya Allah musnahkan masa depan Najib, UMNO dan proksinya. - takkan tak bagi royaltipun nak berdoa kpd allah supaya menimpakan kemusnahan masa depan seseorang?
Kelantan kena lah kongsi duit royalti tu dengan kami di Perak - kami pon nak gak kerana kami ngundi PAS dulu!
Salam Pak Bakaq,
Ulama pewaris Nabi, tapi ada ulama baik, ulama kurang baik, ulama tak baik, ulama jahat, malah ada ular dlm semak, ula mama dan ada ula mamak. Macam2 ada. Satu lagi ulama perpaduan.
TGNA hujah, kalau tak suka kena hujah balik. TGNA doa, kita tak suka kena doa balik. Doa balik biar TGNA letak jawatan. Kita beritahu ALLAH s.w.t. sebab apa kita darat kat minyak kat thailand (kalau tak silap), sebab apa kita kata minyak tu luar kawasan kelantan, sebab apa kita lambatkan royalti kelantan. TGNA dan sekutunya terutama Husam degil. Sebab apa kita nafikan kerana akan memecah belahkan PAS kelantan. Dengar nak dapat wang ehsan (bukan royalti), TGNA pun orang suruh letak jawatan, Husam nak kena buang kelantan.
Orang kafir pun kita kena doa baik. Tapi kalau jahat macamana? Takbir raya tu apa maksudnya?
apakah candunya didalam 'opium war' ini? harta duniawi!
Salam..Banyak betul dosa-dosa fitnah bergelandagan blog ni.
Minta dibukan pintu hati mereka tuk menrima kenyataan dan kebenaran
Ampatuan Jr, hangpa undi pas tapi tak dpt perintah Perak. Jika hangpa perintah bolehlah bagi wang ehsan. Pemimpin Pas Perak tak matang lagi dlm politik umnobn. Insha'Allah panjang umur dpt juga. Jika dah rezeki tak kemana. Tapi jangan buat kembali Perjanjian Pangkor.
Pak Bajkaq,
Selain dari isu "royalty" ni,ada satu lagi kezaliman yang dilakukan oleh UMNO terhadap Kerajaan PAS Kelantan.Yang dimaksudkan ialah isu "pendaratan" gas yang dipindahkan jauh kepantai Thailand.Ini keputusan yng dibuat dizaman Mahathir.Dengan tindakan ini "nampak" seolah-olah Kelantan tak ada kena-mengena dengan gas dan minyak yang diperolehi dipantai Kelantan.Dengan tindakan ini,rakyat Kelantan sudah dinafikan dengan sedikit keuntungan dari projek "saloran paip gas" dan juga sedikit sebanyak "pekerjaan" yang berkaitan dengan projek ini.Walau pun projek ini menelan belanja yang besar sekiranya dibuat ikut Thailand,dibandingkan sekiranya dibuat melalui Kelantan - UMNO tetap mahukan projek ini dilakukan melalui Thailand asalkan rakyat Kelantan "kepunan" dengan projek ini.Begitulah "busuknya hati" Mahathir dan UMNO terhadap rakyat Kelantan.
BAkaq,
Aku rasa majority penyokong TGNA dan Ulama Ulama disini adalah daripada golongan majority yang bangang
TGNA seorang yang berpengtahuan tinggi didalam Ilmu Islam dan juga seorang politikus yang boleh dikatakan otai.
Sebagai seorang otai politikus, tindakan TGNA membuat doa tersebut adalah tindakan biasa bagi seorang didalam dunia politik. Satu Malaysia dah tahu apa yang sedang berlaku. Mustahil seorang Senior didalam bidang Ilmu Islam dan didalam Pentadbiran Kerajaan, boleh menuding jari kepada Legal Advisor diatas segala keputusan berkenaan.
Saya sokong Bakaq didalam ungkapan
"kadang kita tak boleh buang si buruk kelaku sebab penyokong bangangnya ramai dan membentuk jumlah majoriti. Nak-nak pula dia tu ulama'. Bukan senang nak buang - perangai mentaqdiskan ulama pemimpin PAS dan candu masyarakat yang bernama thiqah dan wala' sudah menjadi benda celaka yang amat sebati di dalam PAS."
Lagi satu masaalahnya, penyokong bangang ni merasakan diri mereka semuanya betul, manakala Allah s.w.t tu bodoh.!!!
Klu stkt berhujah melalui surat khabar buat ape?? Tok guru dh ajk berdepan tu pegi la. Dh byk kes tok guru ajk berdepan n berhujah tp tkde sape pn yg brani.. Aku nk sgt Muhyidin pegi berhujah soal agama dgn tok guru nik aziz. Sbb muhyidin asyik dok mengaku dia arif soal agama. Klu rs getar lutut, blh bwk skali zahid hamidi, harussani & Noh Gadot. Kata ahli agama, tp bila org ajk berhujah scra berdepan, lari terkencing suma. Woit ularmak UMNO, ape hangpa dok tggu lg??? Tunjukkan kejantanan hanpa suma. Aku tknk pemuda UMNO yg tkde akal tu menyahut. Membazir ms aje.
anon 3:48 kata:
QUOTE OF THE MONTH
"Kita dapati Tok Guru selaku Pengerusi PMBK telah menjalankan pelantikan yang ikhlas. Apa yang kurangnya ialah mereka yang bertugas di sekeliling yang tidak memberi nasihat perundangan dan politik yang betul kepada Tok Guru."
Presiden PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
HARAKAHDAILY
1 DISEMBER 2009
IMPLIKASI KENYATAAN PRESIDEN PAS INI:
1. PECAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI KELANTAN
2. PECAT SETIAUSAHA POLITIK MENTERI BESAR KELANTAN
bagaimana dengan presiden sendiri? dia bukan setakat dengar penasihat sekelilingnya sahaja tapi turut mendengar dan "membeli" nasihat orang luar! siapa lagi kalau bukan penasihat beliau yang mendorong presiden "membeli" nasihat orang luar. harap2 ia sekadar "membeli" bukan "dibeli".
wallahu'alam
Ish Bakaq oi.. Pening betui aku tengok hangpa ni. Kesian jugak aku kat hang yg dah ada ASAS, tapi duk wang-wing wang-wing gigih nak perluruih benda yang bengkok sekian lama. Payah bebenor tu.. silap-silap kalau tak terputuih urat, boleh patah jadinya.
Ada la yang tak kena tu.. Kalau UMNO 'rot to the core' amik masa 52 tahun,aku tak heran. Tapi PAS ni yg aku duk nampak, tak ketahuan hala dalam masa yg singkat sangat, there must be something wrong somewhere. Aku agak la.., rot to the core is much better than being rotten FROM the core. Hang tak terfikir ke??? Simple sangat kalau kita pakai hujah hukum akal.. Fakta aku tak mau main la..kut hang ban aku lagi pulak. Leceh betui kalau orang tak paham maksud utama. Tak gitu??
Kopi Jantan
Aku ada kerja ni. Jawablah sat utk seronokkan hang.
Shah Iran, Abul Hasan Bani Sadr, Masod Rajavi, Rafsanjani, semua ada ASAS yg hang maksudkan itu.
Di Malaysia pun, ramai yang pada waktu malam menangis utk Husain 'a.s. tetapi menyokong dan mengampu Yazid di waktu siang.
Bila kita jumpa kebenaran, jangan berlagak sangat dan menghina orang Islam yang lain. I repeat, orang Islam.
Boleh tak hujah ini lawan hujah Tok Guru,Wallahu'alam
Menurut Imam al-Barbahari rahimahullah:
Jika kamu melihat orang yang berdoa keburukan kepada pemimpin, ketahuilah bahawa ia termasuk salah seorang pengikut hawa nafsu, namun bila kamu melihat orang yang berdoa untuk kebaikan seseorang pemimpin, ketahuilah bahawa ia tergolong sebagai seorang ahli sunnah, insyaAllah.
Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika aku mempunyai doa yang baik yang makbul, maka semuanya akan aku persembahkan (pohonkan) untuk pemerintah.” Ia ditanya, “Wahai Abu Ali, jelaskan maksud ucapan tersebut?” Beliau berkata, “Bila doa itu hanya aku tujukan untuk diriku, tidak lebih hanya bermanfaat untuk diriku, namun bila aku pohonkan untuk pemimpin dan ternyata para pemimpin berubah menjadi baik, maka semua orang dan negara merasakan manfaat dan kebaikan.” (Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah” (8/91) dari jalan Mardawaih as-Shabigh dan sanad Abu Nu’aim adalah sahih)
Kita diperintahkan untuk mendoakan mereka dengan kebaikan bukan keburukan, meskipun ia seorang pemimpin yang zalim lagi jahat kerana kezalian dan kejahatan akan kembali kepada diri mereka sendiri sementara bila mereka (pemimpin) menjadi baik maka mereka dan seluruh kaum muslimin akan merasakannya. (Imam al-Barbahari, Syarhus Sunnah, Tahqiq Syaikh Khalid bin Qasim al-Roddadiy, Edisi Terjemahan Terbitan Dar El-Hijrah, Cet. Pertama, 1423H/2002M, m/s. 83-84)
daripada isu kafir..fitnah..sumpah..derhaka..la ni pasal doa pulak...lepas ni apa pulak??? mungkin isu melayu merempat pulak kot..haha
aku pun nak duit royalti tu kalau boleh..nak kawin lagi satu
bakaq..
apa yg hang buat ni...nk cuci jemaah dari dalam??Mana boleh...klu hang rasa nk cuci bersih..lebih baik keluar dan cuci dari luar..lebih berkesan kut..
dah terbukti..byk sgt yg hang komplen..bila org hentam hang,hang jawab aku dh agak org akan hentam aku tp demi perjuangan aku terpaksa buat..aku terpaksa betulkan.Tp hakikatnya..hang lebih merosakkan jemaah yg org bina dgn susah payah..Wallahuaklam..
1. moga2 wala' melulu dpt di buang habis dlm pas
2. setuju jgn melantik anak dan menantu ke jawatan 'besar'walau ada merit
kalau implikasinya nanti fitnah mcm2 - ianya tengok situasi zmn tu
3. selain stgh org melihat nik aziz main politik dgn doa tu
tapi kita boleh melihat nik aziz nak ajak orang fikir
takut akhirat yg byk buat tak ambil peduli baik pas pkr apalagi umno
4. teruskan dgn hujah-hujah lu pak bakaq -
kalau betul moga2 orang paham ,
kalau tak betul ada le yang akan pangkah pak bakaq dan betulkan
keep yur good job , penarik beca
He..he..he..Syoknye..syoknye..syoknye..ada BAKAQ COOL...
-Tokoh-tokoh tu..?? Bersepah yg dah duk ada dalam PAS la ni la..
-Yg duk nangis waktu malam, siang duk rhalit.., depa tu confused..
-Samala..jugak yg duk jadi dalam PAS la ni...
Mana bahaya UMNO ka PAS ka??
Aku rasa la.., bahaya lagi puak PAS ni.. pasai puak Umno memang terha tu dah.. Bukannya depa tak tau depa tu salah..Depa tau..cuma terha tu dah perjuangan depa. Nak kata apa lagi..
Masalah dgn puak PAS pulak, depa tak tau depa tu salah..sampai kesudah la depa duk ingat depa semua betui..dah tu duk pesalahla.. orang lain.
Aku dulu sayang jugak mcm hang Bakaq kat depa ni.. Tapi la ni..aku tak 'enjoy' langsung.. Nak sayang buat apa kalau diri dah tak enjoy... Bukankah kebahgiaan tu indah?
"BERSABARLAH DIWAKTU KITA SENANG, BERSYUKURLAH DIWAKTU KESUSAHAN"