Dalam berita bertajuk "Nik Aziz: Kita doa sampai pecah perut," Malaysiakini semalam melaporkan Tok Guru Mursyidul Am PAS berkata:
Menarik juga bila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan doa pecah perut itu "tidak mencerminkan semangat cara Islam yang sebenarnya" (lihat berita Malaysiakini semalam "TPM terkejut ugutan doa pecah perut Nik Aziz").
Barangkali semangat Islam yang sebenarnya ialah kita doakan kesejahteraan orang yang zalim, tipu kita, kencing dan berak di atas perjanjian yang dibuat dan selepas itu berlagak tidak bersalah selepas berbohong dan khianat.
Macam orang tak sembahyang. Tak sembahyang perbuatan kurang ajar. Lebih kurang ajar lagi ialah tak sembahyang tanpa rasa berdosa.
Tak pa la. Itu ajaran depa.
Yang saya ingat, dalam ayat 40 Surah Ash-Shura, Allah s.w.t. memberitahu kita.
Harap-harap tak ada pula yang selamba menipu dan mengkhianat yang menyatakan siksaan Allah itu "tidak mencerminkan semangat cara Islam yang sebenarnya".
Mengenai kisah ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menangguh-nangguhkan perletakan jawatannya, saya dah malas nak kata apa-apa (lihat berita Malaysiakini semalam "PMBK: Menantu Nik Aziz letak jawatan Mac depan"). Tinggal lagi, saya teringat cerita seorang ahli korporat. Kata dia, biasanya apabila seseorang CEO mengumumkan perletakan jawatannya, dia akan terus ambil cuti.
Adalah tidak adil dia membuat pelbagai keputusan dalam tempoh dia hendak meletakkan jawatan untuk dipikul oleh penggantinya. Dalam tempoh itu juga, badan yang pernah dipimpinnya perlu dibebaskan dari cengkamannya untuk membuat keputusan yang terbaik bagi mada hadapan badan berkenaan tanpa sebarang campur tangannya.
Dah hang nak belah, nak sibuk-sibuk apa lagi? Jangan buat kacaulah!
"Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu".Barangkali tak payah doa pun tak pa. Sebabnya, Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan bersetuju dengan pandangan bekas pemimpin Umno yang berkata "Umno is rotten to the core" (Umno busuk hingga ke ususnya). Kalau dah busuk hingga ke usus, perut akhirnya mungkin akan pecah juga.
Menarik juga bila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan doa pecah perut itu "tidak mencerminkan semangat cara Islam yang sebenarnya" (lihat berita Malaysiakini semalam "TPM terkejut ugutan doa pecah perut Nik Aziz").
Barangkali semangat Islam yang sebenarnya ialah kita doakan kesejahteraan orang yang zalim, tipu kita, kencing dan berak di atas perjanjian yang dibuat dan selepas itu berlagak tidak bersalah selepas berbohong dan khianat.Macam orang tak sembahyang. Tak sembahyang perbuatan kurang ajar. Lebih kurang ajar lagi ialah tak sembahyang tanpa rasa berdosa.
Tak pa la. Itu ajaran depa.
Yang saya ingat, dalam ayat 40 Surah Ash-Shura, Allah s.w.t. memberitahu kita.
Allah sendiri membalas kejahatan dengan siksaan. Kaki tipu, pengkhianat perjanjian, pembunuh, kaki zina semuanya akan disiksa oleh Allah. Bukan setakat siksaan pecah perut, tetapi siksaan neraka.وَجَزَاء سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِّثْلُهَا فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ
Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.
Harap-harap tak ada pula yang selamba menipu dan mengkhianat yang menyatakan siksaan Allah itu "tidak mencerminkan semangat cara Islam yang sebenarnya".
Mengenai kisah ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menangguh-nangguhkan perletakan jawatannya, saya dah malas nak kata apa-apa (lihat berita Malaysiakini semalam "PMBK: Menantu Nik Aziz letak jawatan Mac depan"). Tinggal lagi, saya teringat cerita seorang ahli korporat. Kata dia, biasanya apabila seseorang CEO mengumumkan perletakan jawatannya, dia akan terus ambil cuti.
Adalah tidak adil dia membuat pelbagai keputusan dalam tempoh dia hendak meletakkan jawatan untuk dipikul oleh penggantinya. Dalam tempoh itu juga, badan yang pernah dipimpinnya perlu dibebaskan dari cengkamannya untuk membuat keputusan yang terbaik bagi mada hadapan badan berkenaan tanpa sebarang campur tangannya.
Dah hang nak belah, nak sibuk-sibuk apa lagi? Jangan buat kacaulah!










Cantik? Klik 






setuju dengan pandangan pak bakaq..
sinis, tetapi mempunyai mesej yang jelas..
Aku hanya Lebai Kayu. Doa yang Pak Cik aku beritahu bukan sibuk setakat minta murah rezeki dan panjang umur walaupun benda itu Allah dah tetap masa azali lagi. Adam tak mungkin jadi Muhammad..
Pak Cik aku kata bukan saja manusia tapi makhluk lain pun berdoa juga termasok para malaikat. Senjata yang ada pada orang daif hanyalah doa.. Soal kemaafan adalah hak kamu, kamu sahaja, bukan boleh dihijack oleh orang lain. Sebab itu jangan kata Aggh pun kat ibu!
Bukan semua kezaliman boleh ditangkap borong. Menzalimi diri walaupun merangkumi namun ia berbeza dengan menzalimi orang lain, lebih-lebih lagi terhadap masyarakat umum. Begitu juga doa-doa. Termasok juga bab doa orang-orang istimewa seperti para nabi, wali dan orang alim. Sebagai contoh kelainan situasi:-
Menzalimi terhadap INDIVIDU:
A zalim B.......... B berdoa
A zalim B.......... C berdoa
Menzalimi terhadap ORANG RAMAI:
A zalim B,C,D,E,F,G........... B,C,D,E,F,G ramai-ramai berdoa
A zalim B,C,D,E,F,G........... Z berdoa
The moral of the story is AWAS! Yang perlu rasa takut kepada doa hanyalah orang-orang yang membuat onar dan penzalim.
Biasanya orang begini tahu dia menzalimi orang lain. Jadi Pak Cik aku kata berhenti, bertaubat dan mohon maaf cepat-cepat sebelum datang hari itu. Setuju?
Pak Bakaq,
Kalau tak bersalah, biar pi mampus lepa berdoa. Nak takut apa. Yang sibuk-sibuk TPM risau tu buat apa? Agaknya TPM tu dah mula nampak tanda-tanda kebesaran Allah terhadap doa orang yang dizalimi. Dunia ni bolehlah putar belit kata-kata dan fakta, kesudahnya yang benar juga Tuhan kabulkan. Aku selalu berdoa-doa yang benar-benar dan selalu Tuhan kabulkan. Jadi, kalau doa tok guru tu benar-benar jujur dan iklas insyaAllah Tuhan tunjukkan jalan yang benar. Kalau tak mungkin dia ditimpa musibah berpanjangan. Kita tengok nanti, siapa yang kena...
Pasai Ceo yang sorang tu, dia tak mahu bayar gaji notis sebulan kot. Kalau notis 3 bulan seduit tak keluar. Nak sibuk apa? Janji dia belah!
Sesuai dengan tingkatan kefahaman TPMlah. Mungkin dia "blur" sebab dia emosi, orang TV pula dok sogok-sogok mikrofon dan camera. Kadang tu saya geram juga dengan Media ni. Suka melaga-laga dan mensensasikan benda-benda sensitif. Kalau dah Melayu sama Melayu bergaduh esok lusa yang naik sapa? Suka sangatlah kalau jadi macam tu esok. Tapi bebenda macam inilah yang meniggikan rating.
Saya pun pada mulanya ambil apa yang TGNA secara harafiah. Saya pun terkejut juga pada mulanya dan bercakap juga dalam hati TGNA ni tension ka? Frust kut orang buat family dia sampai macam tu sekali. Plak tu yang buat tu anak sedara sepupu sendiri, bukannya orang lain. tapi bila Pak Bakaq sandingkan dengan "rotten to it's core" barulah saya nampak. Thanx.
II)
"Masa depan PM" musnah. Orang membayangkan jadi papa kedana, gila, mati kena sambar petir dsbnya. Masa depan yang punah ialah tak jumpa jalan pulang, walau mati disanjung sebagai wira, penuh sesak jalan raya orang nak ngatar kekubur. Takrif masa depan kita tak semestinya sama. Ntah. Ini yang saya faham hingga ke saat ini, saya tak perasan/tak mau perasan, TGNA ada sebut secara spesifik perkataan kerjaya.
aku betul2 tak faham dengan pihak gerombolan...kalau dah dia org rasakan yang dia orang tu tak menzalimi org, apa pasal dia org nak takut dengan doa tu...takkan la Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui tidak tahu apa yang berlaku...tapi lain la kalau memang pihak gerombolan sendiri memang tahu yang diaorg mmg zalim dan tindakan mereka tu mmg zalim, kalau cam tu mmg patut la pihak gerombolan tu takut sangat..
Salam Pak Bakaq,
TGNA cuma berdoa dan ajak orang lain berdoa. Berdoa aje, buat apa nak risau. Yang puak lain tu, tak pun doa. Terus buat apa yang hendak dibuatnya. Tak fikir lagi akibat perbuatan yang dibuat. Kalau buat baik, mesti tak pecah perut. Kalau rasa kita betul, mari pakat kita doakan TGNA pula. TGNA mesti tak marah. Kalau rasa kita zalim, elok taubatlah. Puak2 Perpaduan amacam?
Yang saya ingat, dalam ayat 40 Surah Ash-Shura, Allah s.w.t. memberitahu kita.
وَجَزَاء سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِّثْلُهَا فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ
Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.
Allah sendiri membalas kejahatan dengan siksaan. Kaki tipu, pengkhianat perjanjian, pembunuh, kaki zina semuanya akan disiksa oleh Allah. Bukan setakat siksaan pecah perut, tetapi siksaan neraka.- Penarik Beca
Helo penarik beca, kalau ALLAH balas kejahatan dengan kejahatan itu adalah urusan ALLAH.
Tapi pada ayat ini ALLAH tidak mendidik kita untuk membalas sebab itu ALLAH menyebut
Dan (jika kamu hendak membalas maka)apa maksud "hendak membalas" malah ALAH menganjurkan kepada kita supaya memaafkan orang yang menzalimi kita sesuai dengan ayat ini "dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim."
Wahai tuan bacalah dan fahamkan apa maksud ayat tersebut. Jangan pandai-pandai menafsirkan ayat ALLAH kalau tak faham dan berat sebelah.
" katakan lah yang benar walupun ia nya pahit "
Wassallam.
Ustaz Anon 7
Saya pun belajar tafsir melalui telefon sebab Ustaz pesan suruh saya belajar.
Ustaz yang saya belajar dengannya kata lebih kurang gini:
1. Memaafkan dah tentu yang lebih baik.
2. Kalau nak balas pun, jangan balas lebih-lebih (sebab itu Allah berfirman "Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya")
3. Ada dua pilihan. Dua2 halal dan tidak diharamkan Allah. Pertama, memaafkan (itu lebih baik). Kedua, balas yang sepadan dan setimpal. Dua2 halal untuk dipilih, walaupun memaafkan lebih dianjurkan.
Ustaz Anon 7 tafsir lagu mana pulak?
Penderitaan keatas seseorang akibat dizalimi bukan boleh dibaca atas kertas atau sama tanggungannya. Harga susu budak atau tepong naik kepada orang berpedapatan 800 ringgit tentu berbeza dengan orang bergaji 8 ribu. Fitnah lagi teruk.
Sedangkan para-para nabi pun berdoa kebinasaan. Kita jangan mudah nak larang atau ambil hak itu. Kita gak apa dan apa motif sebenar?
ustaz anon no. 7
"Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya"
- keharusan membalas jahat dengan jahat
"dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya)"
- memaafkan lebih baik
untuk makluman, TGNA memulakan ucapannya dalam perhimpunan di kb semalam dengan membaca ayat 40 surah Ash-Shura. tq
Pak Bakaq,
Tak payah nak panjang-panjang mengenai doa TGNA ini.
(1) TGNA dan rakyat Kelantan merasakan mereka telah dizalimi sebab itu mereka berdoa.
Sama ada doa dan permohonan itu makbul atau tidak,terserah kepada Allah SWT.
(2) PM,Tim.PM dan UMNO tak perlu ribut - kalau hampa tak buat kezaliman,tak perlu risau.
Tapi kalau hampa dah buat kezaliman,terimalah padahnya kelak.
Itu saja tak perlu polimik panjang.
Saya belum belajar tafsir ayat 60 surah Al-Hajj tapi baca terjemahan saja. Ustaz kata tak boleh pandai2 berhujah dengan terjemahan. Jadi kalau ada Ustad boleh tafsir ayat tu saya appreciate la.
salam sejahtera,,aku pun tak faham kenapa baru lo ni nok doa orang sampai pecah perut,, bakpa tak doa dulu lagi,, dan doa sekali puak yahudi di Palestin hok kianat kepada orang Islam sejak dulu lagi,, hok tu tok sir doa pulak,,dah kata ulamak doa lah..
Salam....
Itulah cara yg terbaik setakat hari ini yg mampu kita ketengahkan kepada masyarakat untuk menentang kezaliman disamping kita terus LAWAN TETAP LAWAN!!!!
Mu ni ngok la anon 12.55PM, Tok guru doa sokmo-sokmo doh hok mu royat tu. Hok tu tak masuk tv3suku sebab takdop sakut paut denge AMENOngok.
tok soh duk komen lain kali lah... senak perut kawe denge komen demo tu.
Orang yang bercakap tu pun dah gastric kuat. Makan pun dah tak boleh banyak, nasi dan kicap je. Selepas itu nanti perut dia reput dan selepas itu baru dia tahu.
Nak doa balas jahat pada orang jahat memanglah tak salah. Cumanya kali ni ialah apa pendekatan yang kita mahu buat?
Kalau dua orang yang bergaduh, berniat baik nak selesaikan masalah, mereka hanya guna mahkamah sebagai jalan terakhir. Pendekata bincang, bincang dan bincang sampailah tak ada jalan lain dah, maka bawaklah ke mahkamah.
Itu kalau orang yang berniat baik nak selesaikan masalah.
Dalam hal royalti minyak ni pulak, first oil dari CPOC baru keluar tahun 2008. Selepas tuan guru pegi bincang, najib setuju bagi duit ihsan. Itu dah kira ada progress walaupun sebenarnya isu royalti minyak tu pun masih ada yang tak selesai antara kerajaan Malaysia dan Thailand sendiri pun.
Jadi, dah sekali bincang, dapat duit ihsan, sepatutnya bincanglah lagi kali kedua, ketiga dan seterusnya. Bukannya jalan perbincangan telah tertutup pun.
Tapi, dek kerana tak sabar, terus mintak doa bagi bala walhal dua-dua pihak masih lagi mampu bincang?
Orang kata, kalau nak bincang, tak saman dulu. Tapi, kalau dah saman, bincang kat mahkamah pulak la. Buat apa nak bincang kat luar lagi?
Ini yang orang kata fikir tak guna akal, guna kepala lutut.
-Malaymind-