Sedap!! Klik gambar di atas!

Ketuanan dewa-dewa Melayu

Hari ini, Malaysiakini melaporkan berita bertajuk "Penalis: Ketuanan Melayu 'projek politik' kekal kuasa". Semalam, laman berita yang sama menyiarkan berita bertajuk "Nazri bidas pihak main isu ketuanan Melayu".

Bagi yang tidak berpeluang untuk mempelajari apa itu ketuanan Melayu, sila baca posting sebelum ini bertajuk "Gila ketuanan Melayu".

Adakah bangsa Melayu maju dan bermaruah dengan ketuanan Melayu? Saya tidak tahu sebab saya tak rajin mempelajari pemikiran dewa-dewa Melayu yang ada di antara mereka bertaraf katak.

Yang saya ingat ialah apa yang Ustaz saya ajar. Ustaz kata, maruah kita hanya boleh naik dengan iman dan ilmu. Sebab itulah ketika RasuluLlah s.'a.w. sampai di Madinah dalam peristiwa hijrah yang bersejarah, beliau terus mewujudkan masjid dan pasar.

Masjid sebagai tempat beribadat dan bersujud kepada Allah s.w.t. (nama pun masjid) dan ibadat pula dijadikan institusi sosial, iaitu solat berjemaah. Masjid juga menjadi pusat pendidikan dan institusi ilmu serta lain-lain kegiatan untuk memburu keredhaan Allah.

Pasar pula menjadi pusat kegiatan ekonomi.

Nampak jelas Nabi yang suci menekankan iman dan ilmu di samping kegiatan ekonomi sebagai paksi kekuatan ummah. Beliau tidak pula menekankan istilah ciptaan yang tidak wujud di dunia nyata, perasaan atau ego politik.

Malangnya, orang Melayu yang beragama Islam tidak ikut apa yang Nabi buat. Orang lain yang ikut.

Sejarah membuktikan, dalam tempoh Perjanjian Balfour dipaksakan oleh penjajah British ke atas orang-orang Islam sehingga wujudnya entiti haram Israel, orang-orang Yahudi sudah mula mendirikan sekolah. Itu antara perkara pertama yang mereka buat.

Batu asas Hebrew University of Jerusalem diletakkan pada tahun 1918 dan pada tahun 1925, orang-orang Yahudi sudah mempunyai universiti di wilayah Palestin yang takluki.

Jangan sakit hatilah kalau orang-orang Yahudi maju. Jangan sakit hatilah kalau "Yahudi" di Malaysia maju.

Anda lihat pula bagaimana sikap para dewa ketuanan Melayu terhadap ilmu.

Sebelum ini, saya menyebut tentang peruntukan kepada MARA ditekan-tekan sehingga berjumlah RM 374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta pada 2009 - bagi IKM, peruntukan untuk 2010 hanya RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009. Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA pula, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009 (sila lihat juga di bawah mengenai jumlah pelajar dan pelatih yang dipicit-picit jumlahnya supaya betul-betul kecil).

Atau adakah dewa-dewa suci ketuanan Melayu sebenarnya takut orang-orang Melayu pandai? Boleh jadi benar apa yang diucapkan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di Dewan Rakyat 7 Disember lalu:
Jadi, kita seolah-olah takut dan bimbang dengan golongan cerdik pandai yang ramai. Takut apa? Takut biasiswa? Dalam email saya yang terbaru Tuan Pengerusi, seorang pelajar yang cemerlang akademiknya yang bagus yang dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang penerbangan surat daripada MARA bertarikh 9 November yang mengatakan bahawa dengan segala dukacitanya dimaklumkan bahawa dengan alasan buat masa ini MARA tidak ada kecukupan peruntukan untuk tujuan ini (gambar surat tersebut di sini). Belajar pandai-pandai, 153 mana dia? Mana 153? [Disampuk] Ha, 153, biasiswa mana dia? Saya hendak balik kepada jaminan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dibuat pada sekitar 10 September bahawa kerajaan telah memastikan tambahan RM500 juta lagi kepada MARA. Di mana dia?
Sama-sama kita tergelak nanti dengan standard answers yang bodoh tahap dewa dari depa (kalau baca cerita-cerita dongeng Melayu, raja-raja dan dewa-dewa biasanya jahat-jahat dan bodoh-bodoh belaka).

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Utusan Melayu (U/Malaysia-Kosmo-Al_Islam-mangga) tak lapor ke?

    Nuar

  2. Budak2 Mara pandai yang kerja bagiuh tak bayar hutang, yang lepas latihan tak dapat kerja jadi mat rempit, bohjan minah bohsia, ternak anak haram. Yang dibagi bantuan berniaga joli katak, dapat projek kerajaan bikin kerja sambil lewa. Itu pasal semua lingkup, tak ada hasil, sekian lama wujud MARA, produk-produk keluaran MARA seolah macam sampah, gagal bagi sumbangan pulangan hasil significant pada MARA, tau nak MARA dan merungut aje depa tu. Sepatutnya MRSM tu dah boleh independent, old boys and girls mereka boleh menyumbang semula macam sekolah cluster di barat yang memang sumber kewangan mereka banyak dari tajaan syarikat-syarikat independent berbanding dengan bantuan kerajaan.

    ii)

    On saperate note,

    Orang Melayu nak antar anak belajar kat MMU (sedangkan telekom orang Melayu yang punya) pun takut kenapa? Anak orang kaya pun sibuk nak masuk government U tajaan kerajaan. RM60,000 -RM100,000 pun Malay parents tak mau keluar untuk belanja yuran anak belajar universiti. Nak suruh kerajaan juga yang tanggung kenapa? Dia pun ramai yang lepas habis belajar dah dapat kerja bagus tak nak bayar hutang belajar. Kalau yang dah pandai sangat tu lari terus kerja kat negara orang. Kenapa kita yang nak pandai, kita nak suruh orang lain bayar untuk jihad kita menuntut ilmu? Bukankah lebih baik jika kita biaya sendiri perjalanan kita memburu ilmu? Lagi pun duit kerajaan tu bukannya bagus sangat pun, campur-campur cukai judi, cukai arak cukai magnum, duit denda CD lucah, rumah urut, rumah pelacur dan sebagainya. kenapa nak tuntut lebih-lebih sangat duit yang sumbernya bercampur aduk macam itu?


    Hakikatnya Melayu itu Islam. Salah satu rukun Islam ialah membayar zakat. Kenapa orang Melayu tak berhempas pulas bercita-cita untuk menjadi pembayar zakat tertinggi dalam satu tempoh haul?

  3. http://selamatkanpastgna.blogspot.com/2009/12/pemburu-syahid-wajib-insaf.html

  4. pak-pak menteri kita dulu belajar pakai duit sendiri ke kerajaan tanggung? korang dah lepas, bolehlah buat undang2 baru suruh bebudak sekarang belajar pakai duit sendiri, berhutang...duit kerajaan pergi mana? duit kerajaan masuk poket sapa?? silap, bukan duit kerajaan, duit rakyat..

  5. Dewa-dewi Melayu mana suka spisis bukan dewa-dewi berilmu. Dari zaman purba lagi bertaraf hamba yang diperhambakan. Kedudukan dewa-dewi tergugat jika bukan dewa-dewi bijaksana. Negeri kayangan hanya untuk dewa-dewi. Bukan dewa-dewi akan disumpah jika tidak menuruti, boleh dipenjara, boleh dipukul boleh macam-macam. 'Ini kayangan aku punya, mahu tinggal sini ikut aku, kalau bantah aku boleh hukum IkutSukaAku..'

  6. Maaf Pak bakaq, tengok kiri tengok kanan, semua 95% perangai macam sama aje...

    Melayu kebanyakannya benggap bahalol toye dan lembap. Itu fakta jenuh tak perlu nak di buktikan lagi. Dah malas, nak kaya dengan rasuah menipu mak bapak, orang melayu lain, sampai tanahair sendiri pun dijual. Kepala Otak Punye Orang!!! Dewa dewa Melayu menerajui kepimpinan negara adalah specie Aristokrat, berak lap pakai kertas tisu jamban, tak payah basuh. Sembahyang hanya di Sembahyang Raya, Jumaat itupon ikut mood, kalau bini tak bising. Kepala Otak Punye Orang!!! Rakyat Melayu yang berkebannayakan kais pagi makan semalam, malas malas. Tahu tahu aje suka pergi rumah sedara makan free tiap tiap minggu, itu aje. Bila tengok jiran bukan Melayu loaded dengan keta BMW Mercedes Audi, mata jerling macam setan.... mula sibuk nak tibai duit tepi jalan lepas traffik light... dapat kontrak, buat ali baba kepala taik punye style, ambil Mercedes bulan 6-jual balik sebelum kena rampas. holiday ke jepun switserland, ambik duit biasiswa belajar luarnegeri balik benggap, tahu tahu menibai anak mat kafir kat amerika australia new zealand europa, dah muka benggap, macam mana gaya pun orang boleh tahu budak benggap. bila makan dalam meeting luncheon, mulut kunyah tak tutup mulut macam kambing nak jadi khinzir. dah tunjuk perangai otak benggap... time undi, tidor kat rumah tengok astro akademi benggap. apa nak jadi dengan orang melayu nih.... nasib baik ada kereta kancil proton naza ria, kalau tidak kesian lembu seksa ditarik keta lembu!

  7. Istilah Ketuanan Melayu adalah istilah yang diciptakan pemimpin2 Melayu utk terus membuai anak2 Melayu dan org2 Melayu terus leka dan syok sendiri. Istilah ini sengaja di ada2 kan bagi tujuan politik dan pengekalan kuasa org2 Melayu. Sudah tentu amalan politik dungu, perkauman, jumud, tiga suku ini anjuran org2 Melayu itu sendiri. Kalau org2 Melayu bising dan memekak dengan istilah ini tetapi dlm masa yg sama menjuarai aspek2 pendidikan, sosial, ekonomi dan politik maka kita harus bergembira. Namun, istilah ini menjadi candu kpd org Melayu dan terus menjahanamkan org2 Melayu. Bukan shj dana MARA yg di rompak tetapi banyak lagi perkara2 lain yang terus dilanyak oleh pemimpin2 Melayu bagi menjahanamkan org Melayu itu sendiri. Jgn salahkan bangsa lain! Congak diri sendiri dan cermin di mana kita. Org Melayu berlagak nak jd 'Tuan' tp hamba di negeri sendiri.

    Kepada Brahim Ali dan konco2 dan juak2 'Ketuanan Malayu', hentikan lah adu domba org Melayu ini. Saya org Melayu, tapi malu sgt dengan pencapaian org Melayu di Malaysia. Kita jadi juara rasuah, jenayah, penagih dadah, murtad, minum arak, maksiat, lahirkan ramai anak luar nikah, penipu, penyangak...mcm ini ke bangsa kita nak jadi 'Tuan'???.

  8. Nak pebetui sikit pasai ketuanan melayu ni!! Kalau tak betui tegok-tegok laa!! Bermula zaman Parameswara jumpa negeri di bawah pokok mana ada cerita ketuanan Melayu. Tut-tut Jepun masuk, depa bodek orang Melayu, sapa tak mau ikut kena penampak. Depa kata negeri ni Melayu punya, hampalah tuan, apa pasai hampa bodoh sangat, dok jilat buntut mat saleh!! mai join kami, ambik balik negeri hampa. Apa lagi, tebeliak biji mata belagak tuan. Tak caya tanya Prof Khoo!!!

  9. orang yang dok kata melayu bodoh dan jahat tu pun melayu gak. melayu kutuk melayu. mamak masuk menyamar jadi melayu akhirnya mamak control melayu.....Jange Marah-marah..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008