Selamat menyambut Krismas kepada yang beragama Kristian.
Dalam pukul 12 malam tadi, malam Krismaslah kiranya, seorang Ahli Parlimen dari PAS mendapati tidak ada tiket bas untuk balik ke kawasannya di Kelantan. Mamat ni biasanya menggunakan perkhidmatan bas untuk balik berkhidmat dalam kawasan yang diwakilinya.
Kalau kebetulan bertemu, ada juga saya hantar dia ke Greenwood untuk naik bas ke Kota Bharu.
Bila dia beritahu bahawa dia tidak dapat tiket malam tadi untuk ke Kota Bharu, secara bergurau saya kata kat dia, "bukan sahaja kerusi Parlimen orang Kelantan tak nak bagi kat orang luar, kerusi bas pun depa tak nak bagi dah kat hampa. Orang luar macam hang, nak tumpang kerusi bas Kelantan pun dah payah dah. Kerusi Parlimen lagi la aku tak berani komen".
Mamat tu hanya tersenyum sambil memandang gelas-gelas yang berserakan atas meja di Restoran Thaqwa, di mana kami kebetulan berjumpa dan saya tumpang depa minum. Harap-harap tak ada yang berserakan dalam hatinya. Harap-harap dia tak rasa terhina dengan cadangan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi, yang mahu anak Kelantan dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang.
Teringatlah saya rombongan yang datang merayu-rayu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya memberi peluang kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa bertanding di Kelantan. Antara tokoh utama rombongan itu ialah Setiausaha Agung PAS kini, Haji Mustapha Ali. Peristiwa itu berlaku menjelang pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu. Tak ada nak komen apa, hanya teringat sahaja.
Sebelum ini, dalam berita bertajuk "Nik Aziz: PAS kaji semula calon luar tanding di Kelantan," Malaysian Insider 23/12/09 melaporkan:
Barangkali mereka takut akan terpacul pula berita seperti berita Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk "Pas minta Nik Amalina berhenti menulis blog".
Saya tak peduli dan tak ambil pot langsung apa pun konvensyen yang terpakai untuk penjawat jawatan apa atau keluarga penjawat jawatan apa. Bagi saya, Nik Amalina tidak boleh dijahit mulutnya atau diikat tangannya semata-mata kerana dia anak orang berkuasa dan berpengaruh. Biarlah isteri hartawan itu (kalaupun bukan jutawan) mencurahkan perasaan dan pengalamannya.
Saya juga ingin melihat suami Nik Amalina, Abdul Ariffahmi Ab Rahman menulis blog mencurahkan khazanah pengalamannya yang tentunya melimpah-limpah. Oleh kerana pertemuan yang begitu singkat baru-baru ini, saya tak sempat meneroka kekayaan pengalaman beliau walaupun berkali-kali beliau memberitahu saya bahawa beliau mempunyai pengalaman sebagai jurutera selama 15 tahun, mempunyai MBA dan ada PE (kira boleh panggil Ir la).
Ariffahmi dilahirkan pada 3 April 1973.
Berkaitan:
PAS belum bincang isu tolak calon luar K'tan (Malaysiakini 24/12/09)
Saya bertanding atas kehendak parti – Salahuddin (mStar Online 24/12/09)

Kata Nik Aziz, PAS Kelantan akan mengkaji sama ada akan terus menerima calon yang bukan anak negeri untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti di negeri itu.Hari ini, dalam berita bertajuk "Ahli Parlimen 'import' tutup mulut", Utusan Malaysia melaporkan tiadalah berselera Mamat-Mamat anak luar itu hendak bersuara.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata bahawa dalam Islam, tidak ada perbezaan antara orang dalam atau luar.
"Tetapi jika nampak orang luar tidak perlu lagi tolong Kelantan, kita boleh mencalonkan pemimpin anak negeri ini untuk bertanding dalam pilihan raya umum nanti," kata beliau dipetik Bernama.
Beliau diminta mengulas saranan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi, yang mahu anak Kelantan dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang.
Barangkali mereka takut akan terpacul pula berita seperti berita Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk "Pas minta Nik Amalina berhenti menulis blog".
Saya tak peduli dan tak ambil pot langsung apa pun konvensyen yang terpakai untuk penjawat jawatan apa atau keluarga penjawat jawatan apa. Bagi saya, Nik Amalina tidak boleh dijahit mulutnya atau diikat tangannya semata-mata kerana dia anak orang berkuasa dan berpengaruh. Biarlah isteri hartawan itu (kalaupun bukan jutawan) mencurahkan perasaan dan pengalamannya.
Saya juga ingin melihat suami Nik Amalina, Abdul Ariffahmi Ab Rahman menulis blog mencurahkan khazanah pengalamannya yang tentunya melimpah-limpah. Oleh kerana pertemuan yang begitu singkat baru-baru ini, saya tak sempat meneroka kekayaan pengalaman beliau walaupun berkali-kali beliau memberitahu saya bahawa beliau mempunyai pengalaman sebagai jurutera selama 15 tahun, mempunyai MBA dan ada PE (kira boleh panggil Ir la).
Ariffahmi dilahirkan pada 3 April 1973.
Berkaitan:
PAS belum bincang isu tolak calon luar K'tan (Malaysiakini 24/12/09)
Saya bertanding atas kehendak parti – Salahuddin (mStar Online 24/12/09)

Cantik? Klik 

YB Solahuddin (ADR Kubang Kerian) telah 2 penggal (PRU 2004 & PRU 2008) orang Kelantan tabalkan beliau sebagai Ahli Yang Berhormat. Untuk Pilihanraya akan datang, amat sesuai jika kerusinya diambil alih semula oleh YB Dato' Husam Musa, kerusi asal (PRU 1999)
YB Solahuddin perlu dikembalikan ke Johor untuk membawa obor PAS di Selatan. Mohd Sabu pernah jadi YB Kubang Kerian (dulunya Nilam Puri) sejak PRU 1990 & PRU 1995. Selepas itu, Mat Sabu masih mendapat title YB di Parlimen Kuala Kedah pada PRU 1999. Mengikut rekod pilihanraya moden ini, calon luar dari Kelantan setakat 2 penggal sahaja.Tak tau lah nampaknya Bakaq haq beria-ia nak lagi Solahuddin menjadi Yb dari Kelantan.
PRU 2011 (Jangkaan)adalah peluang untuk Husam Musa dilantik sebagai Menteri Kewangan, Ekonomi, & Kebajikan bagi Kerjaan Pakatan Rakyat untuk Malaysia Baru, Sebab tenaga fikirannya lebih selesa bersama Anwar Ibrahim, berbanding dengan orang-orang kampung di Kelantan.
Manakala bagi YB Nasaruddin (MP Bachok) & YB Dr. Hatta (MP Kuala Krai) tengok keadaan sebab belum cukup 2 penggal lagi. Nasib baik Yb Nasaruddin sempat hadir ke Parlimen untuk menolak bajet kerajaan Umno/BN di parlimen. Kalau tidak nahas lah kau di kerjakan oleh Bakaq Haq dan kumpulan endorgan.
Sedangkan 5 orang YB dari PAS yang gagal hadir ke sidang parlimen bagi nak meluluskan bajet 2010, Bakaq Haq masih boleh menerima dengan 1 atau 2 alasan saja. OOOOOOOO kalau tidak habis perkataan dan ayat akan digunakan.
JEBAT YANG LUKA
salam pak bakaq,
as salahuddin kena cari moto kapcai, tapi adakah nak sampai?
Patut pun,bertandinglah dinegeri sendiri,kan PAS telah diterima ramai...takkan selamanya nak tumpang tuah je...
Mail Pagoh
Penarik beca,
Kerusi bas pun tak ada untuk orang luar Kelantan.
Apabila kerusi bas yang menuju ke Kelantan sudah dipenuhi bermakna rakyat Kelantan memang ramai. Dan sudah pasti jika ada kekosongan kerusi lagi akan diutamakan rakyat jati Kelantan untuk pulang kekampong mereka.
Tapi bagaimana pula ada beberapa orang luar yang ingin melancung ke Kelantan ketika itu sanggup membayar lebih kepada kerani tiket demi untuk mendapatkan kerusi bas itu, atau ada anak jati Kelantan yang sanggup menjual tiket kerusi bas yang akan diduduki pada pelancung itu, apa kah pekara jenis ini boleh berlaku...?
Bagaimana pula dengan "Nik Aziz: PAS kaji semula calon luar tanding di Kelantan,"
Walau apa pun bunyinya, ia menunjukkan tanda perubahan. Dan perubahan ini memberi maksud bahawa rakyat Kelantan khususnya yang terjerumus dalam politik sudah bersedia untuk memikul tanggongjawab sebagai wakil rakyat.
Mungkin kerajaan negeri dibawah tadbir TGNik Aziz sudah mengkaji secara profesional tentang baik dan buruknya menerima orang luar sebagai wakil rakyat negeri Kelantan.
Suasana politik boleh berubah bila perasaan dan kehendak rakyat berubah. Dalam kemelut politik semasa, telah banyak pekong pemimpin PAS yang disingkap. Ada berbagai jenis pekong yang perlu dirawat dan dibedah. Namun ia memerlukan masa, kepakaran dan kesabaran yang amat tinggi untuk memulihkannya agar pembawa pekong itu menjadi pemimpin yang sehat dan diterima rakyat semula.
Sebenarnya cadangan memilih anak tempatan menjadi wakil rakyat dalam negeri mereka sendiri adalah cadangan yang amat baik. Dan mereka yang terpilih sebagai calon lebih memahami kehendak orang mereka sendiri. Dan orang dilantik menjadi wakil rakyat itu akan sentiasa diperhatikan, tidak boleh sewenang-wenangnya membuat kerja lain dan mengabaikan tanggongjawabnya sebagai wakil rakyat.
Berbeza dengan orang luar yang diberi peluang menjadi wakil rakyat dinegeri yang bukan negeri kelahirannya. Mereka berlagak hebat tapi pendusta dan berpura-pura. Semangat untuk memperjuangkan nasib rakyat yang diwakilinya lebih kepada "hangat-hangat tahik ayam..."
Dipertengahan tahun pentadbirannya sebagai wakil rakyat, mereka selalu dilihat angkuh, tidak mempedulikan cadangan atau teguran dari rakyat kawasannya. Jarang bertemu dengan penduduk untuk beramah mesra disamping bertanya khabar dan masaalah.
Memilih orang luar jadi calon/wakil rakyat lebih banyak buruk dari baiknya. Oleh kerana itu diharapkan rakyat setempat sudah bersedia dengan ilmu politik demi mengambil tugas menguruskan rakyat yang memerlukan pertolongan dan perlindungan.
lahir 73, pengalaman 15 tahun.. jd ir umur 21 la tu... hebat dia.. kjaan tganu blh ambik ni.. buat tukang cek bangunan.. tak la runtuh lagi... huhu...
ni mesti salahuddin ayub la nih... mana ada lagi yang rajin berulang-alik naik bas...
tapi pak bakaq... takkan nak kutuk kelantan pasai tak nak bagi kerusi kat orang luaq dah... sedang pas kelantan selalu disebut sebagai buat kepala sendiri, pentingkan diri, tak dengaq cakap orang, assobiyyah....
pegi lah ke terengganu lepas nih... mereka tu buleh tulung menangkan ahli parlimen pas bila-bila masa... presiden pun buleh kalah kat kubu kuat... kehkehkeh...
[alasan amnu tipu... hahaha... takkan amnu leh bawak pengundi hantu sampai sepuluh ribu... kalau bagus dah tentu pengundi manusia dah undi...]
-abis spm 18 thn, smbung matriks smpai umur 19,amik degree 4 thun,umur dah 23 thn, pas abis degree trus jd engineer stat umur katekan 24 thn..skang umur dah 36 thn..kalo ikut pngalaman keje bru 12 thn..
-mayb arifahmi ckp kat hang yg pngalam keje die sbgai engineer trmasuk ngan tempoh pengajian die skali..jgn x caye, kna wala'..
-zargus-
pak bakaq jgn tak siar kalau kena batang hidung kroni sendiri,
dah 2 penggal menang di Kubang Kerian, dah dapat beli 2 CRV, gunalah kenderaan tu untuk berkhidmat kapada rakyat. janganlah nak buat harta pesaka untuk anak bini je!
sekali sekala rakyat Kubang Kerian nak tengok dan nak tumpang naik kereta YB, apa salahnya.
Agak saya yang dimaksudkan orang luar tu adalah katak atau ahli UMNO yang memegang kad keahlian PAS.
PAS Kelantan, PAS Terengganu dll memang ada tapi Islam Kelantan, Islam Terengganu dsb mana ada.
Setuju Pak Bakaq?
pengalaman dah berbelas tahun...apa nak takut..bagi aje notis 24 jam.....banyak syarikat gergasi atau gergasi sendiri yang tunggu nak offer kerja....takkan tu pun nak harap pak mertua....lotih den.....
PAS terengganu la pulak bagi tempat kat Timbalan Presiden PAS untuk bertanding di situ. Sebab Presiden & S/Usaha Agung PAS yang kebetulan memegang Terengganu kamcing sesangat dgn dia nih. Ambik sekali Hasan Ali bertanding di terengganu... sebab orang Selangor pun dah tolakkk Hasan Ali. Baru lah lengkap team UG nak berUG dgn UMNO Terengganu.
Kalau nak kira anak tempatan, ada seorang exco kelantan sekarang bukannya orang asal kelantan...Takiyudin orang Kedah berhijrah ke Kelantan ikut bini...
So, lagu mana pulak dengan dia?
Berjayanya penjajah memecah2kan kita semua dengan nation state...ummah dari satu sistem pemerintahan di dunia, dipecah2kan kepada negera-negera kecil, kemudian dari negara-negara dipecahkan pulak kepada negeri-negeri....
Alah letih lah dengan kerenah PAS niii..kata Parti memperjuangkan Islam..Ketua Dewan Ulamak (semak) pula yang dok "promote" assabiyyah...puak-puak nii pun banyak auta....doa berjela-jela....airmata meleleh-leleh....AIR LIOR...terus berterabur...RASANYA sebab tu lah ALLAH SWT tak bagi PAS perintah Malaysia...nanti nama ISLAM juga yang rosak..
Nampak gayanya kekuatan umno semakin baik bahkah seakan-akan tahun 2004 kata orang umno! . Kali ini adalah giliran pas pula berpecah UMNO sudan 2 kali perpecah
tahun 90 ujudnya 46 dan tahun 2000 timbul keadilan. UMNO boleh bersatu kali ini dan PAS kelantan pun sudah tidak UMPH lagi katanya. Jadi pasal calun janganlah ghairah sangat! orang kelantan ni dia boleh berpakat apabila dia tak belaga agin , pauk-puak ambo pun sudah rasa lagu tu jugok!
Lesen PE/Ir. ni boleh disemak di website BEM (http://www.bem.org.my/v3/index.html). Saya search guna "arif" dan "fahmi", tak jumpa pun nama ariffahmi.
BEM boleh saman di mahkamah tu kalau orang mengaku ada Ir/PE tapi sebenarnya tak ada.
Hampa semua GILA meroyan pasal PARTI politik buat apa..gila POLITIK ISLAM bagus..tapi gila PARTI politik berjenama Islam..memang GILA..apatah lagi sawan kat PARTI politik jenama MELAYU..itu memang SAWAN BABI..
POLITIK ISLAM mengatasi PARTI2 POLITIK..keluarga saya..menantu PAS..abang ipar Umno..
cucu sedara PKR..keluarga adik beradik saya pun macam tu jugak..
Sudah sampai masa dah orang MELAYU..mesti duduk LEBIH ATAS dari PARTI politik...
Duduk pada POLITIK ISLAM..POLITIK ISLAM..POLITIK ISLAM..bukan parti politik BERJENAMA ISLAM...
xkire luar 0r dlam..
mreka ttp ahli PAS ..
PER Lah...
ibni batutah tu siapale pulak.............menyebok memanjang.............