Sedap!! Klik gambar di atas!

Kalau slogan tipu berjaya menipu rakyat

Dalam berita bertajuk "PAS lancar 'Umno pengkhianat rakyat'," Malaysiakini semalam melaporkan:
Sebagai memintas program 'Umno Juara Rakyat' pada tahun depan, PAS pula menganjurkan 'Umno Pengkhianat Rakyat' bagi "membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman" parti Melayu itu kepada orang Melayu dan umat Islam.
Slogan PAS bersifat menyerang manakala slogan Umno pula bersifat mempromosi. Kedua-duanya sloganeering yang menurut kamus bermakna "to create or use slogans, especially in an effort to change public opinion".

Saya tetap melihat slogan 'Umno Juara Rakyat' itu sebagai pembohong. Kalau orang kata juara rasuah, itu saya yakin tidak bohong. Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri kata "parti Umno sudah jadi parti perasuah". Bukan saya kata.

Meskipun begitu, saya rasa slogan yang bersifat mempromosi lebih berkesan. Walaupun Umno adalah parti perasuah seperti yang disebut oleh Dr Mahathir, tetapi jika ia bijak dalam sloganeering, ada kemungkinan ia lebih berjaya walaupun orang sedar itu slogan tipu semata-mata.

Saya selalu fikir cara mudah. Katakan anak muda penyokong PAS memakai t shirt yang tertulis "PAS For All" masuk ke kedai kopi yang penuh orang Umno. Walaupun t shirt itu berkempen untuk PAS dan mesej mungkin sampai di dalam kedai kopi itu, ia tidak bersifat provokatif.

Tetapi katakan anak muda itu masuk kedai kopi yang penuh orang Umno dengan memakai t shirt yang tertulis 'Umno pengkhianat rakyat', hampa ingat orang-orang Umno dalam kedai kopi tu tak sakit hati ka? Macam mana kalau ada Mamat Umno yang meroyan dalam kedai kopi tu dan dia bubuh penampaq ke muka anak muda yang memakai t shirt yang tertulis 'Umno pengkhianat rakyat' tu?

Itu fikir cara mudah dan cara kutu saya. Orang yang mengaji tinggi dan intelektual mungkin fikir cara lain.

Saya ingat lagi dalam tahun 1998 sehinggalah pilihan raya 1999. Pada masa itu banyak sungguh kereta yang memasang sticker "Dulu Umno sekarang PAS". Hampa tau siapa yang reka kata-kata itu? Yang reka kata-kata itu ialah Hamdan An-Nahli atau geng-geng dia untuk tujuan perniagaannya - buat sticker, t shirt dan sebagainya.

Dia pun tak sangka slogan yang tidak bersifat provokatif itu begitu power dan berkesan.

Walaupun pembohong (lihat bagaimana Mara dan peranannya dibantutkan dalam posting bertajuk "Ketuanan dewa-dewa Melayu" serta berita-berita bertajuk "Pinjaman Mara belum mencukupi" dan "Peruntukan pinjaman Mara belum cukup tampung permohonan pelajar - Shafie"), saya bimbang slogan 'Umno Juara Rakyat' itu akan lebih diterima.

Kalau slogan itu berjaya dalam penipuannya, kesian anak cucu kita nanti!! (Sambil itu, ada cerita menarik di sini, di sini, di sini dan di sini)


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. setuju pandangan bro bakar. ingat, bukan semua benci ma UMNO. byk lg slogan yg blh memberi kesan promosi dan tarikan kpd semua gologan termasuk org UMNO sendiri.

  2. "Itu fikir cara mudah dan cara kutu saya. Orang yang mengaji tinggi dan intelektual mungkin fikir cara lain"

    Dalam sistem politik kita, kutu tak kutu, undi kita sama aje nilainya. Dan memang Allah bikin pun minda kutu macam kita lebih jumlahnya dari minda intelek. Kajian barat tunjuk, lebih tu dengan kadar, 80-90% kutu macam gitulah kiranya. Dalam sistem kita, tak pula dibagi ko kutu undi ko nilai 1, ko intelek undi ko nilai 80,90. Tak akan ada punya. Sepatut nak adil ia patut macam itulah. Sistem ciptaan manusia mana ada sempurna?

    Kesimpulannya, dalam bab politik, orang politik kena faham jalan fikir orang kutu. Nak faham kena dengar. Betul tak?

  3. Antara 'Umno Juara Rakyat' dengan 'Umno Pengkhianat Rakyat' kedua-duanya adalah propaganda murah. PAS mahu membuktikan betapa huduhnya UMNO, manakala UMNO mahu menyatakan dia masih cantik dan bergayanya sekalipun buntut bersalut najis. Dalam konteks realiti politik masakini 'When The Truth becomes False and The False Become The Truth', PAS tersalah langkah mencipta slogan sedemikian.

  4. adakah PAS ketandusan pakar perang saraf ??? aku sebagai penyokong Pas rasa kesian kat PAS..Pas dah takda orang-orang bersih yang cerdik@licik ka??

    alsharif

  5. Pak Bakar,

    Saya sokong slogan PAS tu - 'UMNO pengkhianat rakyat' sebab ia bukan slogan pembohong. Slogan tu memang mencerminkan PAS sebagai sebuah parti yang 'holier than thou' iaitu kerana orang lain tu kotorlah, kita patut dikira lebih baik. PAS memang hidup atas dasar tu saja dari dulu pun sampailah sekarang dan akan datang pun.

    Slogan ni membuktikan hakikat sebenar, asas perjuangan KEBANYAKAN orang PAS ialah hasad dengki dan visi mereka hanya lebih kepada benci UMNO.

    Mereka cuma fikir macamana nak jatuhkan UMNO, bukannya macamana nak bagi khidmat pada rakyat.

    -malaymind-

  6. Provokatif atau tidak, slogan dan kempen itu perlu dilaksanakan. Think positif!

  7. Ada benarnya apa yg hang bebelkan tu bakar. kerana selepas kutu pas buat sticker "dulu umno sekarang pas", umno counter dgn slogan.. "umno- dulu kini dan selamanya", kemudian ada kutu pas lain pula keluar sticker "islam - dulu, kini dan selamanya"! lepas tu umno keluar slogan "islam hadari"! ......

  8. Bakaq,

    apsal Pas taknak jual diri sikit, promote, bgtau suma orang apa mission n vision PAS melalui propaganda, perang saraf etc? Ni keje nak burukkan orang je, dari dulu lagi. Setuju sangat ngan malaymind.

    Pas kena berubah, tunjuk Pas tuh kuat, lebih baik dari Umno, bukan tunjuk Umno tu buruk sangat2.

    gorila

  9. Masalahnya sekarang pemimpin PAS nak ke dengar nasihat orang. Hari ni Prof Tariq Ramadan pun dah bagi hint dalam berita Malaysia kini yang bertajuk Ulama tidak bina minda kritikal. Itu pun kalau dia orang nak faham.

    Bila ada ulama dalam bidang sains, ekonomi dan lain-lain bidang profesional dia orang akan cuba cantas dengan alasan orang itu terlalu liberal. Adakah PAS ini hanya untuk orang kampung atau pak lebai sahaja? Jika benar maka slogan baru untuk PAS ialah "PAS for LEBAI" bukan PAS for ALL.

    Oleh itu, BERUBAHLAH sebelum PAS diubah

  10. PAS mahu musnahkan UMNO, begitu juga UMNO mahu hancurkan PAS. Yakinlah PAS tidak akan musnah selagi ia berpegang teguh dengan dasar perjuangan al-Quran dan As-Sunnah (insyaAllah) kerana Islam itu terpelihara sehingga kiamat. Jika UMNO masih belum insaf dalam keadaan nazak ini,tidak mahu mengambil Islam sebagai dasar, percayalah ia akan lenyap kerana menolak dasar Islam. UMNO tersepit dalam perjuangannya, ia menjadi alat kepada kapitalis hiduism kerana pada hari ini rata-rata kepimpinan UMNO dari darjat hamba abdinya hingga ke tuan-tuannya berjuang kerana wang, harta dan kemewahan.
    (warga zaman lima PM)

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008