Sedap!! Klik gambar di atas!

Jangan selak kain!

Bila membaca berita Malaysiakini hari ini bertajuk "'Nik Amalina berhak jawab melalui blognya'", untuk kali entah ke berapa saya tak ingat, saya rasa saya boleh bersetuju dengan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

Memanglah, kalau hak demokratik Hindraf untuk berdemonstrasi pun saya bersetuju, tentulah buruk kelaku jika saya tak bersetuju dengan hak demokratik Nik Amalina untuk mempertahankan suaminya.

Dalam posting bertajuk "Uthayakumar, bahasa menunjukkan bangsa!", saya tulis:
Kita boleh tidak bersetuju dengan kandungan memorandum Hindraf. Tetapi kita tidak boleh menolak hak sesiapa pun untuk berhimpun secara aman.
Saya juga tulis:
Jika kita tidak bersetuju dengan kandungan tuntutan Hindraf, kita ada dua pilihan. Pertama, jangan sertai himpunan mereka. Sebab itulah saya tidak menyertainya, sama seperti saya tidak menyertai perhimpunan untuk kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998-1999 dahulu, walau apa pun jargon baru yang diberikan kepada tindakan itu.

Kedua, kita menolak pandangan yang terkandung dalam tuntutan itu dengan perdebatan yang sihat. Bukan mengapi-apikan rasa marah orang lain seperti yang dilakukan oleh tuntutan Hindraf itu. Jauh lagi dari mencetuskan api perkauman.
Begitulah juga pendirian saya terhadap tindakan Nik Amalina menulis. Setuju tak setuju apa yang dia tulis, itu soal lain. Tetapi tak elok sangat jika kita berkeriau untuk menolak haknya mempertahankan diri di dalam blognya.

Pada masa yang sama, apabila Sheih merasa dianiayakan, kita juga tak boleh menolak dan memaki hamun haknya untuk mempertahankan diri. Bukalah padang yang sama rata untuk semua - a level playing field.

Begitu juga dengan Haji Husam Musa. Jika beliau memilih untuk berdiam diri, itu hak demokratiknya. Tak payahlah nak ejek-ejek sikapnya itu. Jangan selak kebodohan kita. Ia sama tercela dengan perbuatan menyelak kain.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. blog die suka ati die lah... biarkan dir tulis ape die nak... kite sygkan die sbb tu nasihat tapi die tetap ngan pendirian die... biaqpilah...

  2. Betui tu Pak Bakaq, Patut la TGNA tak mau puji Husam sangat sebab nak jaga hati orang lain.. Diantaranya termasuk la 2 orang anak dia ni Nik Amalina dgn Nik Abduh yang nampak sangat-sangat berdendam dengki kat si Husam ni.
    Lagi banyak depa tulis kalau diperhati betui-betui sebenarnya menampakkan keburukan isi hati depa. Tulisan aje yang nampak santun,lembut tapi dalam hati penuh dendam rupanya..... Adalah lebih baik duduk diam-diam macam Husam terpulang apa orang nak kata kat dia... Kain pun tak terselak kan!!!!

  3. setuju dgn pak bakaq..harap berhentilah duk selak kain sesama sendiri..
    masalah sekarang ni, penyokong n pendokong bawahan dah senyap, dah boleh terima..

    tengok2 tak pasal2 yang duk atas, yg 'bermasalah' ni plak yang tak puas hati itu ini..yg lawan dia plak duk balas balik..yg lain plak duk adu domba, tarik mikrofon wartawan sama nk ulas...alahai..

    rasanya, lepas konvensyen blogger PAS, lepas tu boleh buat konvensyen Pemimpin PAS, khas utk berhadapan dgn masalah khususnya di depan media!

  4. "Pada masa yang sama, apabila Sheih merasa dianiayakan, kita juga tak boleh menolak dan memaki hamun haknya untuk mempertahankan diri. Bukalah padang yang sama rata untuk semua - a level playing field."


    "Aniaya" sebab dia minta gaji RM10,000 orang tak bagi dia buat hal. Agak-agak kalau dapat tentu senyap. Lagi pun dia bukan pegawai kerajaan berpencen - dia on renewal contract basis - bila-bila boleh diberhentikan dengan sagu hati pula. Missionnya KICK Pak Lah bersama rakan-sekutu Rocky pun dah tamat. Nok dok KB apebende lagi.. mak pun dah meninggal. Ambek saja apa-apa tawaran SB kalau ada.

    "Mempertahan diri" ini lagi lawak sandiwara 69. Kalau baca Blog Kickdefella dah berbulan dia strategise dan bagi hint asah pedang (bukan padang) untuk menyerang. PAS saja yang bodoh tertipu simpan.

    Memang setuju benar dengan seorang reformis/pejuang rakyat tulen saudara kita MSK dari blog Perakexpress yang penuh sinis kata "kick that fellow".

  5. nasihatkan sama kawan2 hang yang bukak blog tu
    sesetngah tulisan dah macam bangkai busuk merata

    pastu nak suruh pas jawab plak. korang kata ada sumber, siasat le sendiri

  6. Report sikit apa yang berlaku kat Resytoran Taqwa jam 1.40-4.00 pagi 7hb Dis lepas.

  7. salam...
    bersama martabatkan sepak takraw sebelum kita ianya dibawa ke olimpik

  8. Aku sokong 200% komen fatah ! orang yg tak terlibat dalam organisasi politik cakap ikut sedap mulut je! apa lu ingat senang ke nak pecat satu exco? kalu nak pecat juga, orang akan tya kenapa? tak kan nik aziz nak kata kerana nik amalina yg suruh? cukuplah buka pekung masing2...

  9. Salam, gue amat bersetuju dgn lu bakaq, jangan selak kain org and diam aje jangan ulasan apa-apa..macam TUn DAIM YANG DIAM..Tapi berisi tau..buat business merata negeri..and bila diam sapapun tak sela kain dia...walaupun dia d tuduh sapu bersih duit rakyat and umno..utk dia n umno..

    So, Husam lu diam aje..buat kerja jangan layan blog yang entam lu..buat kerja utk rakyat kelantan and malaysia...klo Allah pilih lu jadi MB terima, klo tak kerja aje..

    HIDUP biar berbakti and memberi

  10. Restauran At-Taqwa tempat bakar Haq minum kopi sama Wan Jo. tempat ini jugalah bakaq kutuk Ust. Nasaruddin, Tok Guru Hj. Hadi Mustafa Ali, selain dari blog ni.
    Kita bebas bersuara kan.
    Negara Demokrasi. he-he----he

  11. Masa orang dok komen Tok Guru Nik Aziz (Kickdefella) komen Tok Guru Hj. hadi, Mustapa Ali, nasaruddin Mat Isa. Semua senyap sesaolah boleh (FATAH HARON ) diam macam cangkul buruk.

    Tetapi apabila anak Tok Besannya komen Husam, mulailah FATAH HARON buka mulut. Cangkul betul fatah.

    Pengundi Kg. Repek, Pasir Mas

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008