Saya berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang mengadakan demonstrasi membantah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hasil dari perhimpunan terbesar dalam sejarah Kelantan itu semalam, akan diadakan pula perhimpunan berikut:
Jika anda tinggal di Kota Bharu atau tak jauh dari bandaraya bertuah itu dan anda pula menyokong sikap dan pendirian Tok Guru, antara lain sanggup patah balik bila buat silap, anda mesti memastikan kehadiran anda.
Saya juga berharap anda tidak berasa dukacita jika jumlah perhimpunan anda tidak sehebat dan sebesar perhimpunan terbesar dalam sejarah Kelantan semalam yang dianjurkan oleh entah siapa, mungkin Umno, mungkin Datuk Paduka Ibrahim Ali. Ingatlah, !لا تحزن.
Bagi saya, semua ada rahmatnya. Himpunan paling besar dan paling gah dalam sejarah Kelantan kerana membantah Tok Guru semalam ada rahmatnya. Tok Guru buat silap pun ada rahmatnya.
Rahmat dari himpunan paling besar dan paling gah dalam sejarah Kelantan kerana membantah Tok Guru itu mencetus dan meremajakan semula semangat perjuangan para penyokong Tok Guru.
Asyik ceramah dan kuliah ja. Elok sangat ada demonstrasi dan perarakan sekali sekala. Lepas ini boleh demonstrasi lain pula. Tak kisahlah demonstrasi apa pun, menuntut bayaran tunai royalti untuk kerajaan Kelantan ka, menuntut supaya dihormati semangat federalisme yang menjadi tuntutan Perlembagaan Malaysia ka, apa-apalah!
Rahmat dari kesilapan Tok Guru pula membetulkan pemikiran ahli-ahli PAS yang mentaqdiskan pemimpin-pemimpin mereka. Sudah-sudahlah perbuatan jahat menjadikan para ulama PAS yang menjadi pemimpin sebagai dewa-dewa baru.
Dewa-dewa hanya ada dalam cerita khayalan. Oleh kerana ulama-ulama yang menjadi pemimpin di dalam PAS tidak ma'sum, perbuatan mema'sumkan mereka hakikatnya mencipta dewa-dewa baru dalam kisah dongeng baru ciptaan ahli-ahli dan penyokong PAS yang dijahatkan oleh keta'suban mereka.
Jangan sekali-kali meniru-niru perangai Umno yang mema'sumkan raja-raja Melayu. Jika orang-orang Umno ada dewa-dewa mereka, jangan pula orang-orang PAS pun nak membikin dewa-dewa mereka sendiri.
Ketika belajar sastera Melayu di sekolah dulu, saya meluat sungguh mentaliti Melayu memuliakan orang-orang jahat. Kebanyakan raja dan dewa dalam hikayat-hikayat karut itu sebahagian besarnya jahat nak mampoih. Kata budak-budak la ni, jahat gilerr.
Hikayat-hikayat tersebut mungkin karut dan hasil mengelamun si penulisnya. Tetapi, the characters in those rubbishes represent what those stupid writers saw in their era. Tulis dalam orang putih ayat tu sebab nak tulis dalam Melayu macam tak jumpa istilah. Tak jumpa tak semestinya tak ada.
Setakat yang terbaik yang saya boleh ingat, saya menentang pendewaan para pemimpin PAS sejak tahun 1990 lagi. Saya meluat sangat dan saya lawan kalau orang kata, "bukan salah Tok Guru, tapi penasihat-penasihat dan orang keliling dia tu".
Saya selalu pangkah balik, "kalau semua salah penasihat dan orang keliling, bangang sangat la orang yang dinasihat dan dikelilingi tu".
Selalu berlaku, si pemimpin tak bangang. Tetapi, untuk melindungi kesalahan dan kesilapan pemimpin, penasihat dan tukang-tukang keliling yang dipersalahkan.
Tetapi, bila difikir-fikirkan, elok juga orang keliling itu dipersalahkan. Sebahagian besar dari mereka adalah dedalu yang memanjat pemimpin yang mereka hurung untuk bersedap-sedap dengan kerja jahat mereka.
Berapa banyak tukang hurung pemimpin yang menjadi penipu dan penyangak. Apabila diberi tugas, umpamanya menjaga anak syarikat kerajaan negeri, syarikat tak untung, rugi yang menggunung. Puncanya, kelayakan tak ada, tapi nafsu buas nak jawatan dan habuan mengila sakan.
Saya pinjam kata-kata Aris Awang, kalau pemimpin PAS pun perangai macam pemimpin Umno aku juga akan doa macam tu (doa laknat).
Berkaitan:
Tindakan Nik Aziz gambarkan ikhlas dan jiwa besar- Presiden PAS (Harakah Daily 1/12/09)
Isu menantu: Hadi salahkan penasihat Nik Aziz (Malaysian Insider 1/12/09)
Hadi blames Nik Aziz’s advisers over state crisis (Malaysian Insider 1/12/09)
Hadi salahkan penasihat Nik Aziz isu lantik menantu (Malaysiakini 1/12/09)



Himpunan dan perarakan aman menyokong kepimpinan Tok Guru
4 Disember 2009, Jumaat
Mula berkumpul jam 10.00 pagi
Di Medan Ilmu, Jalan Dato' Pati, Kota Bharu (di hadapan Pejabat Perhubungan PAS Kelantan)
4 Disember 2009, Jumaat
Mula berkumpul jam 10.00 pagi
Di Medan Ilmu, Jalan Dato' Pati, Kota Bharu (di hadapan Pejabat Perhubungan PAS Kelantan)
Jika anda tinggal di Kota Bharu atau tak jauh dari bandaraya bertuah itu dan anda pula menyokong sikap dan pendirian Tok Guru, antara lain sanggup patah balik bila buat silap, anda mesti memastikan kehadiran anda.
Saya juga berharap anda tidak berasa dukacita jika jumlah perhimpunan anda tidak sehebat dan sebesar perhimpunan terbesar dalam sejarah Kelantan semalam yang dianjurkan oleh entah siapa, mungkin Umno, mungkin Datuk Paduka Ibrahim Ali. Ingatlah, !لا تحزن.
Bagi saya, semua ada rahmatnya. Himpunan paling besar dan paling gah dalam sejarah Kelantan kerana membantah Tok Guru semalam ada rahmatnya. Tok Guru buat silap pun ada rahmatnya.
Rahmat dari himpunan paling besar dan paling gah dalam sejarah Kelantan kerana membantah Tok Guru itu mencetus dan meremajakan semula semangat perjuangan para penyokong Tok Guru.Asyik ceramah dan kuliah ja. Elok sangat ada demonstrasi dan perarakan sekali sekala. Lepas ini boleh demonstrasi lain pula. Tak kisahlah demonstrasi apa pun, menuntut bayaran tunai royalti untuk kerajaan Kelantan ka, menuntut supaya dihormati semangat federalisme yang menjadi tuntutan Perlembagaan Malaysia ka, apa-apalah!
Rahmat dari kesilapan Tok Guru pula membetulkan pemikiran ahli-ahli PAS yang mentaqdiskan pemimpin-pemimpin mereka. Sudah-sudahlah perbuatan jahat menjadikan para ulama PAS yang menjadi pemimpin sebagai dewa-dewa baru.
Dewa-dewa hanya ada dalam cerita khayalan. Oleh kerana ulama-ulama yang menjadi pemimpin di dalam PAS tidak ma'sum, perbuatan mema'sumkan mereka hakikatnya mencipta dewa-dewa baru dalam kisah dongeng baru ciptaan ahli-ahli dan penyokong PAS yang dijahatkan oleh keta'suban mereka.
Jangan sekali-kali meniru-niru perangai Umno yang mema'sumkan raja-raja Melayu. Jika orang-orang Umno ada dewa-dewa mereka, jangan pula orang-orang PAS pun nak membikin dewa-dewa mereka sendiri.
Ketika belajar sastera Melayu di sekolah dulu, saya meluat sungguh mentaliti Melayu memuliakan orang-orang jahat. Kebanyakan raja dan dewa dalam hikayat-hikayat karut itu sebahagian besarnya jahat nak mampoih. Kata budak-budak la ni, jahat gilerr.
Hikayat-hikayat tersebut mungkin karut dan hasil mengelamun si penulisnya. Tetapi, the characters in those rubbishes represent what those stupid writers saw in their era. Tulis dalam orang putih ayat tu sebab nak tulis dalam Melayu macam tak jumpa istilah. Tak jumpa tak semestinya tak ada.
Setakat yang terbaik yang saya boleh ingat, saya menentang pendewaan para pemimpin PAS sejak tahun 1990 lagi. Saya meluat sangat dan saya lawan kalau orang kata, "bukan salah Tok Guru, tapi penasihat-penasihat dan orang keliling dia tu".
Saya selalu pangkah balik, "kalau semua salah penasihat dan orang keliling, bangang sangat la orang yang dinasihat dan dikelilingi tu".
Selalu berlaku, si pemimpin tak bangang. Tetapi, untuk melindungi kesalahan dan kesilapan pemimpin, penasihat dan tukang-tukang keliling yang dipersalahkan.
Tetapi, bila difikir-fikirkan, elok juga orang keliling itu dipersalahkan. Sebahagian besar dari mereka adalah dedalu yang memanjat pemimpin yang mereka hurung untuk bersedap-sedap dengan kerja jahat mereka.
Berapa banyak tukang hurung pemimpin yang menjadi penipu dan penyangak. Apabila diberi tugas, umpamanya menjaga anak syarikat kerajaan negeri, syarikat tak untung, rugi yang menggunung. Puncanya, kelayakan tak ada, tapi nafsu buas nak jawatan dan habuan mengila sakan.
Saya pinjam kata-kata Aris Awang, kalau pemimpin PAS pun perangai macam pemimpin Umno aku juga akan doa macam tu (doa laknat).
Berkaitan:
Tindakan Nik Aziz gambarkan ikhlas dan jiwa besar- Presiden PAS (Harakah Daily 1/12/09)
Isu menantu: Hadi salahkan penasihat Nik Aziz (Malaysian Insider 1/12/09)
Hadi blames Nik Aziz’s advisers over state crisis (Malaysian Insider 1/12/09)
Hadi salahkan penasihat Nik Aziz isu lantik menantu (Malaysiakini 1/12/09)













Cantik? Klik 






salam pak bakaq..demo semalam gua ingat ade seratus ribu yang ambik bahagian..
kalau pas buat demo jangan harap la boleh sampai banyak tu yang datang..yang pastinya polis mesti ramai datang nanti.. siap dengan kelengkapan perang sekali..ni la part yang paling best kalau berkuasa dalam dunia ni..HIDUP MELAYU!!!
Mudah-mudahan tidak dihalang dan diganggu-gugat oleh pihak2 tertentu..!
Sokong Tuan Guru Nik Aziz.
salam bro, mahu tanya sikit. bila KB di istihar bandaraya?... atau bandaraya islam?.
sory lama dok luar negara
Anon 3
Betul gak, baru teringat, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB). Tadi asyik dok teringat bandaraya Islam...
salam ..mmg benar tiada manusia yng maksum ..bagi sy tn guru tlh dianugerahkan kelebihan oleh allah sebagai contoh pemimpin teladan dan bijak dalam berpolitik biarpun seorng ulama yang disanjung ketinggian ilmunya..tidak hairan lah tuan guru dianugerahkan tokoh muslim ke-42 berpengaruh dunia..saya menyokong tgna terus memimpin krn dlm malaysia nie dialah mb terbaik ...sepatutnya pemimpin yg kuat rasuah diseru letak jawatan ..dalam hadis pun ade menyebuttanda2 akhir zaman orang yang zalim dianggap mulia manakala org yg amanah dan baik dianggap jahat..
pada pak bakaq utk tingkatkan ukhwah sesama kita sudikan kiranya blog saya dilinkkan dalam blog pak bakaq ..
اللهم صل على محمد وعلى ال محمد
اللهم ثبت قلوبنا على دينك وطاعتك – امين*
Semoga serba mintak serba dapat, serba kehendak serba jadi. Insya Allah.
Ya ker... pertubuhan kebangsaan melayu bersatu itu sudah 'busuk hingga ke ususnya'???
pendapat enta lagu mana pak bakaq??
belum isytihar la pak bakaq... bukan macam satu negeri tu... hahaha... belum pun cukup kriteria nak jadik bandaraya... tapi pasal konon-konon dah maju... terus diisytihar bandaraya... kehkehkeh...
kata nya tok guru ada bertemu dengan geng blogger hari nih... takdak dengar ke apa keputusan pertemuan tu pak bakaq???
salam pak bakaq, macam mana nak tersenarai dlm senarai bloglist Malaysiakita(BM)?
ada syarat2kah?
Aslmkm Tuan!
Pukul anak, sindir menantu !
Lain ditulis, mungkin lain di hati !
Kalo boring, Cuba2 tuan dan pembaca sekiranya berpeluang membaca Buku "Kemuncup dalam perjuangan" oleh Nik Aziz tu, pedulikkan tulisan ampu penulis terhadap tok guru tetapi hayati apa yg diutarakan oleh Nik Aziz secara ikhlas dan bersangka baik. Di ulas juga secara adil termasuk isu terbaru spt muzakarah dan UG tanpa menyebelahi sesiapa melainkan menerangkan tujuan dan niat teguran TGNA terhadap pimpinan sebagai orang yg tua dan mengenali lebih dekat bagaimana sifat dan cara Tok Guru berfikir dan bagaimana beliau bermain politik dgn puak2 UBN . Antara kesimpulannya yg dapat difahami lebih kurang :
Pemimpin silih berganti, perjuangan dakwah islam harus diteruskan oleh jamaah.
Jamaah tak perlu dewakan pemimpin termasuk dirinya jika menyeleweng perjuangan Islam, maka harus ditolak dan mengutamakan kepentingan jamaah melebihi pemimpin.
Politik utk perjuangan dan dakwah islam semata2, bkn sibuk berpolitik tapi amalan dan perlaksanaan islam tak jelas.
Pilih pemimpin pemimpin yg jelas roh dan pengisian islam dalam jamaah, sesuai dgn usrah yg ditarbiahkan kepada jamaah, bkn pemimpin berpolitik tapi tak jelas perjuangan dan roh islam (seolah serupa mcm pemimpin Umno gak yg kuat semangat melayu dan nasionalisme.)
Selagi Pas menumpang perjuangan atas Al Quran Hadis, maka akan kekal parti insya allah sehingga hari kiamat seperti Al Quran itu sendiri, sekiranya pimpinan dan jamaah berpaling daripada kedua perkara ini, akan musnahlah jamaah.
Puak2 luar dan dalam jamaah yg ditolak (menentang atau tak ikhlas)akan sentiasa merancang menggunakan pengaruh, kuasa, harta, ekonomi dan pelbagai mekanisme lain bagi menyekat, menindas dan menzalimi jamaah tapi allah maha berkuasa menentukannya( rujuk puak munafik dan kafir di zaman rasulullah)
Pas merupakan antara satu2nya jamaah politik islam yg mula bertapak selepas era penjajahan.
Serba sedikit sejarah jatuh bangun Pas dan ketika zaman kegentingan tahun 1969, 1977, 1981 sehingga sekarang.
Fitnah mehnah yg telah melanda Pas dari dulu hingga sekarang secara jelas termasuk kisah kahwin dan cerai dari BN.
Dan lain2 lagi bergantung pada pemahaman dan perspektif org yg membacanya. Baca sehingga habis walaupun garapan penulis sebenar kurang baik dan bercampur bahasa melayu dan ingerisnya sebelum memberi komen. Mungkin dapat menyuntik semangat atau idea yg dah lusuh kot.
Wallahu A'lam.
Aku dapat inspiration dari MSK posting "KICK THAT FELLA". Ikut perkiraan nak hantar kat sini tapi sbb dah tak dapat copy and paste (malas nak rewrite), aku terus buboh kat sana. Hang free pi la baca kat sana tentang kawan baik kita.. http://perakexpress.com/www/2009/12/01/kick-that-fellow/
-awisqarni-
Pak baqak,
Kalau tulis macam tu kan seronok, tak payah mengampu, TOK GURU adalah GURU bukan lebih daripada GURU. Hanya org dapat ilmunya sahaja dapat berguru dengannya, orang dapat harta dan benda bukan murid TOK GURU.
Setiap jumaat yang datang ke MEDAN ILMU adalah murid TOK GURU, kebanyakan orang kiri kanan TOK GURU tak ke situ tapi tengah berkepit dgn BINI MUDA.
INILAH kelumpuk tunggul kayu buruk, bukan nak menongkat TOK GURU, bahkan kalau TOK GURU bertongkat rebah TOK GURU.
Salam...ada sedikit nak menyangah fakta anda...
UMNO bukannya memak'sumkan raja-raja Melayu ..tetapi memaksumkan Perdana Menteri Mereka..Ha ha ha ha ha..Bakaq ..hang silap..pasal UMNOlah Raja-Raja Melayu tak berkuasa dan mudah diperKudakan Oleh UMNO...ha ha ha ha ha...Yang lain tu aku Setuju bebenor..keep a good works..Selamatttttttttt..
Ha ha ha ha
Teringat saya kepada sejarah Vatican suatu masa dulu dimana surat2 keampunan Tuhan dijual dan dijaja oleh Pope kepada rakyak & pembesar2 Eropah. Semua atas nama Ugama
Jadi kalu nak selamat dunia akhirat, pegi lah beli selipar2 dewa2. Atau mendewa kan dewa2.
MRSM Kalae Chepo 66/73
Nanti besuk semua bawak penyapu, beg plastik hitam cangkul dan lain - lain untuk membersihkan sampah di bandaraya Isle. Demonstrasi dan bersihkan bandaraya sekali.
hahahaha ...
bila umno bagi saudara mara jawatan dan pangkat kata salah guna kuasa , kroni ..
sekali kepala PAS bagi jawatan kat saudara mara boleh pulak bagi alasan berkemampuan .
huhuhuhu ...gila kentang la penipuan PAS
salam semua ..minta tolong ke laman adik afiq (http://helpafiqdanial.blogspot.com/)
bukan apa cuma nak minta bantuan apa yang termampu...
kesian sgt..
tolong ye..aku tau ramai kat sini yg sanggup tolong menolong.
perangai mencari "kambing hitam" tidak memberi apa2 manfaat kepada jamaah, walaupun hadi nampak macam nak cover nik aziz. hakikatnya, nasi dah jadi bubur, maka makan lah dulu bubur tu..kalu nak makan nasik, kena lah tanak lain.
Salam Alaykum
Apa pun boleh. Asalkan jangan dalam tidak sedar sudah tergunakan Islam untuk berbuat dosa.
Ambo tak berapa setuju KB digelar bandaraya -tak cukup syarat,ia pekan kotor yang memalukan.Pasar Khadijah sentiasa bau najis manusia sbb orang KB suka melepas kat merata-rata.KB mana ada sistem saliran yg betul? Tak hairan kita asyik dengar KB sentiasa di landa taun.Mungkin Allah turun kan banjir setiap tahun nak tolong bersih kan pekan KB kot? Agaknya TGNA takdak masa nak kasi pekan KB bersih dan menarik sbb sebok berceramah... KB hanya sebuah kampong melayu yg ditengahnya ada kedai2 cina.Kalu ini lah wajah Islam yg nak kita pancarkan, malu rasanya nak ngaku anak Kelantan.
kesian kt Anonymous Friday, December 4, 2009 6:15:00 PM MYT...agak2nya dia pi kelantan sebelum merdeka kot...