Update 7.18 PM
Saya tertarik komen bekas Adun Pengalan Pasir, Haji Hashim Omar:
Berikut ialah pandangan seorang pembaca blog ini yang saya siarkan tanpa edit:
Saya tertarik komen bekas Adun Pengalan Pasir, Haji Hashim Omar:
Kaedah ini telah berjalan dlm PAS Kelantan senjak 1959 hingga 1978. Hj.Ishak Lofti jadi MB, Asri jadi PJ. Asri jadi MB Hj.Mohd Machang,sepas tu Ust.Khadir Khatib jadi PJ.Dlm Kerajaan Campuran dgm Perikatan Hj.Ishak jadi MB, Asri jadi PJ. Dlm BN Mohd Nasi jadi MB Asri jadi PJ. Begitulah adanyaPosting asal
Berikut ialah pandangan seorang pembaca blog ini yang saya siarkan tanpa edit:
Assalammualaikum wbt Dear Pak Bakaq,
1.Banyak yang telah diperkatakan dalam blog Penarik Beca berkenaan 'Institutional Changes' yang diperlukan dinegara kita.Saya adalah salah seorang pelopor konsep ini kerana bagi saya 'Institutional Changes' andaikata dilaksanakan dalam landskap politik negara , TIDAK bergantung kepada individu atau mana-mana parti yang berkuasa.'Whoever is the Prime Minister or the government doesn't matter, the institutions will protect the people'.
2.Justru itu saya mengambil peluang disini untuk memulakan sessi diskusi dengan pembaca-pembaca blog Penarik Beca tentang apa yang saya katakan bahawa parti PAS MEMERLUKAN 'INSTITUTIONAL CHANGES'.Besarlah harapan saya agar Pak Bakaq dapat menyiarkan email ini dalam Penarik Beca dan kalau boleh dilaksanakan sekali 'internet polling'.Saya juga berharapan agar pembaca-pembaca Penarik Beca dapat menyumbangkan pandangan masing-masing terhadap cadangan saya ini.
3.'INSTITUTIONAL CHANGES ' DALAM PAS.
3.1.Setiap penggal adalah 3 tahun
3.2.Presiden dan Timbalan Presiden boleh menduduki jawatan selama 3 penggal,yakni maksimum 9 tahun.
3.3.Ketua Cawangan dan YDP Kawasan dan Timbalan masing-masing hanya boleh memegang jawatan selama 3 penggal,yakni 9 tahun.
NOTA :- Bila buat yang ni,insyaALLAH kuranglah 'warlordism'.
3.4 Presiden,Timbalan Presiden,Naib-Naib Presiden dan ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat dipilih oleh setiap ahli PAS.
NOTA :- Setiap ahli PAS diberi hak - 'universal sufferage' untuk memilih pemimpinan diperingkat pusat,negeri,kawasan dan cawangan.Ini parti depa, bagilah hak kepada depa.
3.5.Ketua Pemuda,Ketua Muslimat dan Ketua Dewan Ulamak dan ahli-ahli jawatankuasa pusat mereka,serta jawatankuasa-jawatankuasa dinegeri,kawasan dan cawangan dipilih sendiri oleh ahli-ahli setiap Dewan.
3.6.Yang DiPertua PAS Negeri dipilih oleh ahli-ahli PAS dinegeri tersebut.Pemegang-pemegang jawatan Exco atau Menteri Besar tidak dibenarkan bertanding jawatan YDP Negeri.
NOTA :- Ini untuk memastikan 'power is not concentrated in one person'.Jangan lupa, ' absolute power corrupt absolutely'.Dia MB, dia juga YDP Negeri, yang mana satu dia nak concentrate ni ? Dia MB,dia YDP Negeri,lepas tu dia MAKSUM la nampaknya.Sapa yang tegur sikit terus kena jerkahla.Tak percaya tanya ahli-ahli PAS dinegeri MB/YDP yang 'cengge' tu.
NOTA:- Bila dipisahkan jawatan parti dengan jawatan kerajaan bagus juga.Adalah 'check and balance',insyaALLAH.
3.7.Kelab Penyokong PAS ditukar status kepada Dewan dan ahli-ahli Dewan ini mempunyai hak yang sama rata sebagai ahli PAS.
NOTA:- PAS adalah parti politik.Kalau nak mengharap undi 50% sahaja daripada orang Melayu ( 50% lagi undi UMNO) , jangan harapla nak perintah Malaysia.PAS memerlukan undi-undi Cina,India,Kadazan,Dayak dll untuk memegang tampuk pemerintahan.Jadi kalau undi depa nak, bagilah peluang depa jadi ahli dulu.
NOTA:- Bagi pembaca yang mengatakan non - muslim tak boleh masuk jadi ahli PAS sebab PAS adalah jemaah Islam, saya mencadangkan tuan-tuan pi masuk ABIM atau JIM atau pun PERKIM.PAS is a political party and the objective of all political parties is to GAIN POWER.
4.Jadi Pak Bakaq, saya berharap sangatlah agar email ini dapat mengundang perbahasan - perbahasan yang bernas dari pembaca-pembaca.Mana tau, melalui perbahasan-perbahasan ini kita boleh start ' the beginning of reformation in PAS'.'A democratic PAS will be a strong PAS'.
Wassalam.










Cantik? Klik 






hassan ali ? what happened? still no case or time pass people forget same tricks like umno?
ye aku setuju sgt. TGNA,husam,nik amar dsbnya kena pilih salah satu antara jawatan politik atau kerajaan. kena pegang 1 jawatan shj. rite?
Bhai..
Gua setuju 100% dengan apa yang disarankan dalam email tue... PAS kena buat benda nih...
so what will happen to nik aziz?
Persoalan pokok sebelum membuat institutional changes:
1. Ke mana halatuju PAS dgn PR? Apa peranan PAS?
2. Apakah Quran dan Sunnah masih lagi menjadi landasan PAS?
3. Apakah Hudud masih lagi cita2 PAS?
Selagi tak ubah...jadilah mcm UMNO...re-branding ke...re-pkging ke...sama saja. Undi Melayu pecah kpd tiga...UMNO, PKR dan PAS. Jadi kenapa mesti memangkah PAS?
Kaedah ini telah berjalan dlm PAS Kelantan senjak 1959 hingga 1978. Hj.Ishak Lofti jadi MB, Asri jadi PJ. Asri jadi MB Hj.Mohd Machang,sepas tu Ust.Khadir Khatib jadi PJ.Dlm Kerajaan Campuran dgm Perikatan Hj.Ishak jadi MB, Asri jadi PJ. Dlm BN Mohd Nasi jadi MB Asri jadi PJ. Begitulah adanya