Sedap!! Klik gambar di atas!

Husam mencari nahas

Update 9.53 pagi

Husam dilaporkan tidak akan menghadiri mesyuarat Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Kelantan hari ini. Beliau juga dilaporkan bersedia meletakkan semua jawatan termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor.

Jika Husam berundur, siapa agaknya yang bertuah untuk menjadi calon PAS di Salor dan, jika menang, menjadi Adun Salor seterusnya mungkin menjadi Exco Kerajaan Negeri Kelantan jika disenanngi oleh 'Usrah Taliban'?

Posting asal

Ketika orang sibuk membicarakan tentang dakwaan wujudnya "kitchen cabinet" di Kelantan, Haji Husam Musa yang semakin dipinggirkan di dalam PAS negeri itu akhirnya tidak sanggup lagi mengunci mulutnya. Dia mula mencari nahas. Antara lain dengan berani beliau berkata:
Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah stake holder yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.
Adakah Husam menggali kubur politiknya di Kelantan? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang akan berlaku meskipun pengamatan pemerhati cikai seperti saya menjangkakan "habislah Husam"! Baca seterusnya dalam posting terbaru beliau di sini.

Berkaitan:
Husam ‘bangkit’, mahu PAS utamakan kerajaan dari keluarga? (Malaysian Insider 29/3/09)
Nasib baik aku bukan anak atau menantu orang besar (Al-Bakistani 29/12/09)
Nepotisma bakal menghancurkan tiang seri PAS??? Apa peranan anda untuk menghentikan semua ini??!! (Ummu Asiah 29/12/09)
Jika pengaruh Pas merosot, ia adalah kerja buat pemimpin Pas sendiri (Misai Merah 29/12/09)
Kaduk naik junjung di Kedah (Zolkharnain Abidin 29/12/09)

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. hmmm... Rosmah bukan wakil rakyat,selalu dok gebang die banyak kerja lain selain menjawap tuduhan 'pitnah' , selalu 'tertonjol' kehadapan, pno belagak mcm 'stakeholder'.... serupa tapi sama ka ?

  2. Kalau Husam tak tulis macam tu pun puak kelantam dah lanyak dia teruk2 dah. those political animals they care less about idealism. they care more about self esteem needs. Pada aku Pas perlu di
    selamatkan dulu di peringkat pusat.Hal hal puak makan budu kat kelantan ni sepatutnya remeh tapi kalau bintang pas sehebat Husam pun kena sembeleh.. habis apa lagi yang tinggal dalam pas....tingal sampah2 trenganu dan budak negeri sembilan yang tak tau asal usul mai pada mana la...BADWI PAS

  3. mula2 Dato Husam cerita kesan keluarga terhadap pentadbiran Dato Najib, lepas tu Pak Lah dan lepas tu Tun Mahathir. kenapa tak cakap terus terang pula kesan keluarga terhadap TGNA.
    Cakap lah terus terang,buat apa berlapis-lapis. Baca berkali2 baru faham apa yang Dato Husam nak sampaikan.

    Nampak gayanya kumpulan Erdogan akan hancur!

  4. Politik pas la nin tak ubah macam politik puak dan suku, siapa yg berjaya menjadi warlord dia yg akan terus berkuasa. Kalau pas menang nanti, pas akan jadi macam mujahiddin di afghanistan satu masa dulu.

  5. anon 8:50,

    husam kata: "(i) peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita (ii) dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah stake holder yang lebih penting (iii) dari pihak yang dipilih (iv) oleh rakyat secara yang sah."


    1. tanggungjawab siapakah untuk memelihara integriti pemimpin (1)? sdr berlepas tangan? apakah pemimpin tidak boleh ditegur, manakala pengikut hanya perlu wala', wala', wala', membuta tuli? kitab mana yang sdr pakai?

    2. apa peranan keluarga pula? mengambil segala kesempatan dari kedudukan pertalian kekeluargaan dengan yang bergelar pemimpin? tanpa memperdulikan pengkhianatan yang bakal timbul ke atas keluarga yang diberi kepercayaan untuk memimpin? sehingga sanggup mengenepikan perasaan serta kecemasan pada diri si pemimpin? apakah si pemimpin yang dipilih rakyat hanya bertanggungjawab kepada keluarga sahaja? begitu juga dengan pemimpin. apakah kepercayaan rakyat hanya untuk memenuhi nafsu serakah keluarga sendiri? tidak salah membantu keluarga sendiri, malah dituntut, sekadar yang perlu. bukan melayani nafsu nafsi!

    3. apakah keluarga pemimpin tidak perlu menghormati yang lain yang turut dipilih rakyat? sehingga sanggup menuduh yang bukan2 kepada mereka lantaran mereka dilihat menggugat/menghalang 'keberuntungan' dari pertalian dengan pemimpin? patutkah demi menjaga 'keberuntungan' tersebut diwujudkan kem2 di kalangan mereka yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat? menjadikan 'keberuntungan' sebagai modal untuk meraih sokongan? bagaimana pula dengan yang diberikan kepercayaan sehingga bergelar pemimpin pula? sanggup menjadi alat lantaran 'keberuntungan' yang bakal diagih2kan? pergi jahnam dengan rakyat, begitu?

    4. bagaimana dengan nasib rakyat (iv)? lantak pi lah? bukankah tanpa rakyat tidak akan ada pemimpin? bukankah taraf 'pemimpin' itu diberikan oleh rakyat? apa perlu dicanang "pemimpin bersama rakyat" jika masih ada rakyat yang makan hanya nasi dengan siput, berumahkan reban ayam, sedangkan keluarga sendiri bermewah2an? korupsi bermaharajagila? apakah ini yang cuba dipertahankan kerana sedikit 'keberuntungan' duinia? lalu ke mana "Islam Dasar Perjuangan"? dermi 'keberuntungan', rakyat dipersendakan? "Islam Dasar Perjuangan" jadi "melayu dan islam"?

    inikah yang sdr akan pertahankan bermati2an?

    wallahu'alam.

    5.

  6. malaysiabaru.com said,

    APABILA ANAK ANAK (BARU SETAHUN JAGUNG) TOK GURU DI EXPLOITASIKAN OLEH MEREKA YG DI DALAM PAS SENDIRI ATAS ARAHAN PEMIMPIN PAS PUSAT YG DINASIHATKAN OLEH SEBUAH THINK TANK UMNO SUPAYA TOK GURU CEPAT JATUH DAN PENGABUNGAN PAS UMNO MENJADI REALITI.

    YA ... HUSAM YG MERUPAKAN BENTENG TOK GURU YG BERJAYA MEMBANTU TOK GURU MEMPERTAHANKAN KERAJAAN KELANTAN 2004 DGN 1 KERUSI SELAMA 5 TAHUN TELAH DISEMBELIH TANPA BELAS KASIHAN....OLEH PUAK PUAK PAS SENDIRI ...

    UJIAN ALLAH SUNGUH AJAIB ... HARI NI KITA BERKUASA .. ESOK LUSA .. KELANTAN BUAT PERTAMA KALI DALAM SEJARAH AKAN TUNBANG KEPADA UMNO ...

    SEMUA KERANA ANAK ANAK ... KECIL ( DALAM FIRMAN ALLAH ...''HARTA,ISTERI DAN ANAK MERUPAKAN UJIAN PALING DSYATA KPD MANUISA''..)

    ALAHUWALAM

    IKHLAS DARI MALAYSIABARU.COM

  7. Satu pandangan dari saudara Husam yg saya kira perlu diterima .Saya melihat tiada masalah terhadap kenyataan tersebut....malah apa yg disebutkan adalah perkara yg semua org sedia maklum.

    Suburka budaya berbeza pendapat dlm gerakan Islam.Jgn terikut-ikut budaya sempit tirani assobiyyah hingga setiap titah elitis pemerintah dianggap sebagai firman atau sabda.

    Berbeza pandangan utk memantapkan jamaah adalah satu proses menuju kematangan dlm perjuangan.Hidup mati bersama perjuangan menegakkan ad-din dan mentadbir dunia denganNya.

  8. syabas husam, rakyat bersamamu! rakyat tahu menilai. suara rakyat akan buktikan keluarga bukan penentu dalam memilih pemimpin. bukan keluarga yang diberi kepercayaan untuk mentadbir negeri kelantan. kita ajar keluarga yang degil itu. kita ajar keluarga yang kemaruk itu! insya' Allah.

  9. Pertelagahan yang hanya merugikan PAS, bakal kehilangan salah seorang 'rising star'. Musuh jugak untung. Hmmm..

  10. Salam, gue udah lama tak comment and anyway selamat tahun baru and natal utk yang sambut natal..gue masih d cni and bertambah meluat dengan politik dalaman PAS...sebab lembab and lambat..contoh team disiplin..lagi satu macam yang anon no 2 habaq...gue lihat..PAS ni sesuai jadi pembangkang and menag 2 ke 3 kerusi aje...sebab masa tu semua
    akan bagus..tak berebut and entam sana sini...semua akan baik-baik and bersatu hati..and PAS(JEMAAH) d dahulukan,,,keluarga last...sebal and boringlah dgn PAS ni...

    asik-asik UG and erdogan aje....gue ingat org isle d malaysia kena ikut org isle d indon aje..banyak parti...sampai tak menang semua....sebab semua mau jadi pemimpin and and jadi kaya kaya kaya,,,yang miskin yang malas and tak tau politik...yg menang parti orang isle...bukan parti isle...kira oklah tuhhh...sebab masih ada karaOKE and disko sampai pagi d cni...macam d kedah ada karaOKE and disko eeeeeee.....d langkawi lagi OK...last sekali...sama aje parti isle and parti melayu lain bila perintah..

    kerana tu..jagalah anak isteri dari api neraka...tapi..api nye besar..bro..dari TV ke Radio...tak caya lu lihat rancang TV..dgn bahasa nye hingga programnye...awat tak ada comment dari ahli politik terutama pemuda, budayawan,

    Contoh cuba lihat rancangan EWAH-EWAH macamana terkinjanye artis and bahasa yang d guna..

    Tension gue and sebal gue..macam mau rosakan aje TV d rumah..biar tak ada TV aje

    OKlah..UNTUK HUSAM and the geng,,teruskan perjuanganmu walaupun tak ada jawatan dlm PAS..aktif aje dlm NGO

  11. tak pa la yb husam. ganjaran dari allah lebih bernilai daripada ganjaran daripada PAS. yg benar, tetap benar. perjuangan tu kan pelaksanaan kata2, bukan mengampu. saya recpek yb

  12. husam dah takut hilang pengaruh di mata tgna, dulu anbakri yang dok report hari2 pasal husam hingga tgna sentiasa kagum dgn husam. skrang tiada lagi pencacai yang berada d pejabat mb utk rancang kepentingan husam. ketahuilah masyarakat di luar bahawa 70% pimpinan pas kelantan tak suka dgn husam tapi mendiamkan diri demi kepentingan jamaah.

    husam belum diuji seperti apa yang terjadi kepada ramai pimpinan yang telah dikhianatinya. rancangan utk menjatuhkan kredebiliti tgna telah lama berlaku hanya kerana tgna tidak memilihnya sebagai pengganti di kelantan. selepas ni husam nak pergi mana? soalan ini kena tanya semua pimpinan yang telah dianianya oleh husam.

  13. PAS bakal menyaksikan kekalahan besar dengan mengheret sekali PKR dan DAP jika puak yang dikatakan 'Erdogan' disisihkan. Kemenangan besar PAS selama ini disebabkan isu-isu dan sokongan di luar parti. Tanpa isu perpecahan UMNO dan terbentuknya Semangat 46 belum tentu kerajaan BN tumbang di Kelantan pada ketika itu. PAS mampu menawan Terengganu dikala gelombang RE-FOR-MA-SI. Menawan Kedah serta berpeluang menghantar wakil sebagai MB di Perak adalah jelas dengan sokongan PKR dan DAP.

  14. Habislah PAS Kelantan.Dato Husam telah memainkan peranan penting masa PRU12..tanpa idea dan cadangan beliau dah pasti PAS kalah.Dato Husam juga yang membuat rakyat Kelantan yakin dengan ekonomi & pembangunan negeri dan juga beliaulah yang kerap turun berjumpa rakyat dalam apa jua hal. Wahai pemimpin PAS Kelantan, fikir dengan waras,satu KERUGIAN jika Dato Husam meletak jawatan.Besar sangat ke jasa AAF + bini dan Nik Abduh kepada PAS Kelantan???? Cuba calonkan di PRU13..jadi habuan UMNO nanti.(UMNO tunggu saat Dato Husam down sebab mereka tahu kewibawaan dan pengaruh Dato Husam)

  15. Itulah hukum karma kut...kita pekena orang,orang pekena kita balik..redha la,kita berjuang lillahi taala,jika ketetapan dan begitu..terima la seadanya.Selamat berundur buat Husam(sepatutnya bukan masa nya lagi beliau patut berundur)

  16. bagus lah

    bagus utk pas kelantan

    ada 2 puak lagi patut buat macam husamnak buat ni...NAK AJE... tak buat lagi

    1. puak arip pahmi, taki, amar, anuar tan.
    2. puak nasha ..geng UG.

    baru aman damai pas....

  17. Pak Bakaq
    kita kena bagi 'benefit of doubt' pada dato husam tu... mungkin dia nak tengok actual setan2 dalam PAS kelantan terutamanya, sebab Terengganu dah sure ada ketua setan, klon UMNGOK nun. kita tak boleh underestimate thinking dato husam sebab beliau amat pintar dalam strategi dan 'read between the lines'... ahli ahli serta ramai pemimpin sedia ada PAS lemah benggap lagi bahalol dalam area nih.

    dato husam pun sedar bahawa TGNA nampaknya sesuai untuk terajui PAS kelantan, malah PAS Federal juga... maka dato husam tak perlu tunjuk tunjuk pandai macam mamat terengganu nun, tengok muka dato husam dah tahu beliau berbakat dalam leadership administration etc, bukan kuncup lari bila ditanya siapa baling batu dalam gelap lagi berselimut di bellamy nun.

    betul tak, Pak Bakaq?

  18. Salam Tuan,
    Saya yakin komen Husam tidak mencari nahas dan mengali kuburnya sendiri. Pemimpin PAS pastinya tidak bodoh menilai perkara tersebut. Komen yang baik dan membina demi pembangunan Islam dan PAS perlu diterima dengan dada yang terbuka hatta pemimpin tertinggi sekalipun.
    Saya tak berasa pelik sedikitpun dengan komen terbaru Husam itu. Saya yakin isu di Kelantan dapat diselesaikan dengan baik dan musyawarah. Adakah kita sudah berbelah bahagi dengan MB Kelantan kerana menantunya?

    Sama-samalah kita berdoalah kepada Allah agar pejuangan PAS sentiasa pada landasan yang betul

  19. Syor Husam masuk je PKR tentu lebih berharga... PAS sendiri tak reti menilai tambah tambah Nik Abduh. Ntah apalah yang dengki sangat kat Husam..

  20. apa yg husam kata ni sama je dengan apa yg di sebut oleh pimpinan parti yg lain - keluarga kepimpinan perlu memahami bahawa mereka "TIDAK LEBIH PENTING DARI YANG DIPILIH OLEH RAKYAT". cuma dia cakap berlapik-lapik dan berbunga-bunga, tak tembak terus macam mahfuz dan lain-lain tu. point dia sama je, ariffahmi kena letak jawatan segera utk jaga integriti kepimpinan.

  21. Budak Negeri Sembilan tu sebenarnya Ustaz Fadhil Nor yang bawa masuk, hina dia macam hina Ustaz Fadhil lah

  22. betapa aku sangat-sangat benci pada orang melayu aku sendiri . . .
    inilah dia , tapi pak bakaq , aku percaya husam tak musnah
    hanya kuasa Allah yang menentukan segalanya . . .
    aku pun dalam skala yang kecil menghadapi masalah taik cam ni . . .
    you bakaq keep fighting the evil the way you did
    (walaupun aku tak gemar syiah kau tu tapi aku sayang husin RA)
    masa depan tidak pada politikus dan penggayut politik
    malah politik tak ada masa depan pun
    tapi masa depan barangkali ada pada bloggers mcm ko ni , trust me . . .

  23. Tak pe Husam, penyokong awak banyak, pakai je seluar dalam kat luar, jadi superman..

    Dalam PAS, orang macam Husam ni berlambak..apa sangatlah nak dihairankan..PAS tidak mengutamakan bangsa dan individu, satu pergi 10 mari.

  24. Biarlah Husam letak jawatan.. lebih bagus buat penyokong PAS.. Saya amat berharap Mat Sabu jadi pengganti Husam.

  25. Salam Pak Bakaq... dari segi bacaan peralihan jawatan MB mungkin boleh berlaku sebelum pru13. jadi dah start dah projek meng"kasi"kan yb husam. pada firasat ambo puak2 ini bukan takat tak nak yb husam jadi MB... TMB pun depa tok se...

  26. pas tdk bergantung pd individu,pemimoin datang dan pergi..kala memang hebat berundur pun kira hebat jugak..sentiasa main selamat pun tak betul jugak..tahi kucing takleh timbus kut..berbau jugak

  27. Anon 24

    Dey tambi, apa kono-mengono Mat Sabu lak?

    Mat Sabu org Penag, bukan org Kelantan.

  28. Tiada apa yg nak di prasangka.. tulisan Husam adalah pendapat dia dan tanggungjawab sbg islam. kalau ada yg tak betui kita wajib perbetulkan , bukan terletak kat husam saja..

    Percayalah Orang seperti TGNA cukup amanah dlm menjalankan kerjanya. sekiranya dia tak amanah sudah lama Kelantan akan tumbang..

  29. Anon 21 Kalau Allahyarham Uztaz Fadzil masih hidup..dia pun akan singkir budak N Sembilan tu...

  30. Bakaq, Husam cuma test aje tu. Macam keluar berita 'Letak jawatan' diUtusan Malaysia. Kemudian nafi dan siap nak saman. Sehingga sekarang bilan kes akan dibicarakan, kita dok tunggu-tunggu ni.

    KAlau atas dasar keluarga, Kebetulan Husam belum ada anak yang layak lagi. Tetapi hafez Musa adek dia adalah bakal pemimpin yang akan ketengahkan , Sekarang hafez adalah Setiausaha DPPNK.

    Cuma perlu tunggu suasana dan masa.

    Kalau kita berpendapat, tak ada Husam dalam PAS, kalah PRU 13 nanti. Masa Husam ada dalam PAZS dan bertanding semasa PRU 12, PAS Kelantan tiggal 1 kerusi. Dalam dunia demokrasi kekuatan bukan atas seorang individu tetapi atas kekuatan kerana ramai penyokong.
    Semasa Tok Guru ambil alih PAS Kelantan dari puak dato' Asri dulu, Ucapan dari kalangan Umno dan pemikiran sama UMNO berpendapat sedemikian, tak Ada Asri habislaa PAS.
    Sekarang spesis yang sama dengan UMNO mula berkokok dengan nada yang sama.

    Sdr/ri Tidak tau sebenarnya Husam ni. Masa akan menentukan................

  31. Pak Bakaq, aku tgk hang pun serupala juga dgn sesetengah org... nampak suka sangat Husam jatuh, al maklumlah husam tu pernah lawan idola hang iaitu Mat Sabu... jadi lepas ni senanglah sikit mat Sabu nak lawan Nasa sebab lawan satu sama satu. Ada harapan Mat Sabu nak menang kali ini. Lagi pun hang dah belasah Nasa dan TGHH cukup-cukup, jadi aku nampak selepas ini mungkin time idola hang akan ambil alih kepimpinan PAS ni disokong oleh Ahmadenijad... bukankah Syiah juga mementingkan kronisme? Kalau hang siarkan statement aku ini kira hang benar-benar berpegang kepada prinsip hang selama ini iaitu biarlah sesiapapun nak sampaikan pendapat, betul ke salah ke.. manusia ada aqal utk mentafsirkan apa yang tersurat dan yang tersirat!

  32. Anon 8:02, Hang ni Arifahmi ke? Aku tertarik ayat hang Sdr/ri tidak tahu sebenarnya Husam ni.

  33. Anon 31

    Ko bangan tu satu hell. Tapi jgn telanjangkan bangang ko tu depan public.

    Nampak sngt ko tak faham apa yg Bakaq tulis. Dah la bangang, ada hati pulak ko nak komen.

    Ingat nak pesan lagi ni - kalo pun betul ko bangang, jgn telanjangkan ko punya bangang tu d sini!!

  34. Anon 31 tulis fsl mentafsirkan apa yang tersurat dan yang tersirat.

    Terbatuk2 aku tergelak nih!!!

    Cian dia. Mcm ala dia boleh baca apa yg tersirat.

    Cian dia. Dah la benak hati, dia tak tau pula dia benak hati.

    Membaca tau. Memahami apa yg dibaca tak tau. Cian Anon 31 tuh!!

  35. Sokong keberanian Husam. Keluarga tidak berhak campuri hal2 pentadbiran kerajaan. Diharapkan amalina menjauhkan diri kerana telah merosakkan imej PAS.

  36. Anon 31

    Shame on you! Orang komen dia pun nak komen. Malangnya komen dia membogelkan sifat BANGANG dia (meminjam kata2 Anon 33)

  37. Kawe rasa Pak Pandir ni oghe kuat TGNA juga mungkin TGNA tahu sebab tu dia kata celaka, celaka, celaka. Sapo eh? Kena sumpahan Tok Guru tak takut ke?. Gomol gi la puak demo pakat selok kain. Ingatlah semua kejadian dari Allah

  38. Pandai tulis dalam blog je...


    Cube pegi jadi menteri atau perdana menteri atau menteri besar....
    Tentu penarik beca juga akan mempunyai kroni........... dan mengkayakan suku sakat

  39. aifa jeli,
    sumpahang ustad yg ngaku tok guru tok jadi apo pong,mulut cabul mano tuhang nok denga kato2 dio..silak2 yg dio sumpoh tu g kat dio balik..padang muko!!

  40. Ala.. Husam nak tiru cara Mahathir suatu ketika dulu yang kononnya nak letak jawatan.. Aku rasa husam nak test power je.. Tup2 TG Nik Aziz bela dia giler bangkong.. hua hua.. Husam amat penting bagi TG Nik Aziz.. Husam bakal Mentri Besar Kelantan selepas TG Nik Aziz.. 100% betul. Tak percaya, tanyalah TG Nik Aziz..

  41. kau orang ni sibuk tak menentu napa?nak letak ke tak letak apa yg sakit hati kau org ha? bagral!!!!! tak sudah sudah.buat perkara yg ada manafaatkan kat org lain selain dr mengata benda yg tak faedah langsung.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008