Dalam berita bertajuk "'Malaysia is Zimbabwe by another name'" (komen-komen di sini), "agen Umno" berkata, mereka yang berkuasa di negara ini adalah segerombolan samseng. "Kita seperti Zimbabwe, (tetapi) dengan nama lain," katanya.
Barangkali, itulah fitnah yang benar seperti yang disebut oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang (lihat berita Harakah Daily hari ini bertajuk "Blogger jangan syok sebar fitnah-Presiden PAS").
Menurut beliau, tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat.
"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.
"Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya ketika merasmikan konvensyen blogger PAS di Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar, Kuala Lumpur siang tadi.
Tok Guru juga berpesan: "Jihad paling afdal adalah bercakap benar".

Barangkali, itulah fitnah yang benar seperti yang disebut oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang (lihat berita Harakah Daily hari ini bertajuk "Blogger jangan syok sebar fitnah-Presiden PAS").
Menurut beliau, tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat.
"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.
"Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya ketika merasmikan konvensyen blogger PAS di Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar, Kuala Lumpur siang tadi.
Tok Guru juga berpesan: "Jihad paling afdal adalah bercakap benar".

Berkaitan:
Blog tidak akan mati - Abu Hassan (Harakahdaily 20/12/09)
Blog sebagai arena dakwah dan bukan medan memfitnah (Tranungkite 20/12/09)
Konvensyen Blogger Pas '09: Pembentangan kertas kerja oleh Prof Dr Abu Hassan (Ajijoi 20/12/09)
Pemimpin yang porak-porandakan Pas lebih baik berundur (Misai Merah 20/12/09)
Berkaitan:
Penulis blog jangan sebar fitnah
Blog tidak akan mati - Abu Hassan (Harakahdaily 20/12/09)
Blog sebagai arena dakwah dan bukan medan memfitnah (Tranungkite 20/12/09)
Konvensyen Blogger Pas '09: Pembentangan kertas kerja oleh Prof Dr Abu Hassan (Ajijoi 20/12/09)
Pemimpin yang porak-porandakan Pas lebih baik berundur (Misai Merah 20/12/09)
Berkaitan:
Penulis blog jangan sebar fitnah
(Sinar Harian 21/12/09): Penulis blog dinasihatkan agar menyampaikan maklumat yang betul kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyalurkan berita kepada masyarakat, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, penulis blog perlu mencontohi sikap positif media barat kerana mereka merupakan satu bentuk media baru yang banyak membantu menyedarkan masyarakat sehingga memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang,
Ahli Parlimen Marang itu berkata, terdapat sesetengah penulis blog yang ghairah mendapat sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan terlebih dahulu kesan yang bakal dihadapi masyarakat ekoran perbuatannya itu.
“Bukan semua maklumat boleh didedahkan kepada umum kerana adakalanya boleh membawa kemudaratan kepada masyarakat walaupun ianya benar. Kita perlu me:letakkan yang benar pada tempat yang betul dan bukannya blogger yang mahukan upah semata-mata untuk berbohong,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Blogger di Taman Melewar di sini, semalam.
Turut hadir Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan Pengerusi Lajnah IT Pas Pusat, Abdul Ghani Shamsudin.
Abdul Hadi berkata, blogger perlu memahami bagaimana Islam mengajar umatnya agar lebih teliti dalam setiap penyebaran maklumat mahupun berita supaya tidak bercanggah dengan fakta yang sebenarnya.
”Sebagai contoh Islam mementingkan empat orang saksi sebelum mengesahkan sesuatu fitnah, sekiranya tiada empat orang saksi, maka sebarang fitnah itu tidak dikira sah biarpun ianya benar-benar berlaku,” katanya.
Menurutnya, penyebaran maklumat yang baik akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat akan menghasilkan dosa berterusan.
Beliau turut mengakui bahawa peranan blog adalah cukup penting di kurun ke-21 ini dan telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.
“Sehubungan itu, saya menggalakkan kita melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang kerana ianya satu kemestian yang perlu dipelajari.
“Tulisan blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela Islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna,” katanya.
Beliau berkata, penganjuran Konvensyen Blogger Pas oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah Pas ini juga merupakan satu langkah terbaik untuk memastikan blogger mempunyai matlamat jelas dan berperanan secara strategik.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, pakatan pembangkang yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.
Katanya, tumpuan utama sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing walaupun wujud perbezaan ideologi.











Cantik? Klik 






Fitnah ada bohong ada benar???????
Apa dia fitnah bohong? Contohnya amat mudah. Datanglah berita mengatakan Sifulan itu telah diliwat oleh Sifulan. Hibohlah ke serantau ceruk walhal tiada pun satu bukti yang kukuh sama ada dari sudut agama atau kemanusiaan. Maka jadilah ia fitnah bohong. Apa pula fitnah benar? Datanglah seorang laki-laki tua sudah berbini membawa seorang gadis muda duduk bersantai makan-makan dan minum-minum ramah mesra, gelak ketawa. Hibohlah satu pekan Si tua bangka berbini muda atau kaki betina. Walhal ia adalah kebenaran kerana sememang Si tua bangka itu baru menikah dengan gadis muda sebaya anak gadisnya.
Betullah tidak semua fitnah tu tidak benar. Tetapi semua fitnah tu adalah tuduhan tiada bukti bermakna tuduhan yg diada-adakan. Bermakna tuduhan yg tiada asas.
Tuduhan tiada asas tidak patut disebarkan langsung sebab tidak tentu ianya berita yg benar. Kecuali apabila sudah terbukti benar.
Kenapa Presiden PAS bercakap begitu jika Rasulullah sendiri pun memerangi penyebar fitnah?
Ir Anon
PAS dah nak tiru Umno - rasuah politik mahu handle sendiri oleh disiplin parti - kesalahan parti PAS mahu simpan bawah kolong sahaja...
Pak Bakaq
Salamualaikum. TGHH yang beri ucapan / komen etc... susah juga nak dengar atau terima. Sendiri tiada kredibility macam MACC!
"Tidak semua kebenaran boleh didedahkan,apatah lagi jika memudaratkan masyarakat" ini adalah suatu statement yang paling dangkal datang dari seorang yang bergelar Tuan Guru.Kebenaran yang diselindungkan dari pengetahuan masyarakat mudaratnya dalah lebih besar dan lebih membahayakan.Kebenaran itu walau pun pahit wajar didedahkan kerana ianya "kebenaran".Kalau kita tidak mengatakan "yang benar" kita akan menjadi "pembohong".Apa hukumnya orang yang berbohong? Kalau beginilah "isi otak" TGHA,tak heiranlah dia dan gengnya kerap berbohong.Apakah dia takut "perjumpaannya dalam gelap dengan UMNO dan Tengku Razaleigh Hamzah" diketahui ahli-ahli PAS maka dia terpaksa membuat kenyataan sedemikan rupa? Agaknya itulah "yang tersirat" dibelakang kenyataan itu.
salam..saya kurang jelas jugak maksud tok guru hadi,mcmmana fitnah bole ada benar pulak..bukankah kalau benda benar,tp bahaya namanya ghibah ataupun benar tp jd salah bila di tokok tambah maka jadilah namimah..wallahu a'lam..
salam tuan...
anak dan isteri juga merupakan fitnah...tarbiyah 'fitnah' tu supaya tak tersasau jauh,agar tidak memudaratkan si suami sehingga ke akhirat kelak.
Tok Guru juga berpesan: "Jihad paling afdal adalah bercakap benar".
Jual parti pun jihad jugakah?
Kalau dikatakan BENAR...maka itu maknanya BUKAN FITNAH.." Aku ini RASUL " : kata Nabi Muhammad SAW..maka harubirulah masyarakat ARAB ketika itu..adakah NABI membuat FITNAH BENAR..yang ini aku tak berapa nak faham TG Hj Hadi ni...
Yang kureng faham ; fasal fitnah betul dan fitnah benar : cuba cari takrif fitnah ; ia membawa kepad sekurang2nya 3 maksud. Fitnah juga membawa maksud musibah. TAPI maksud yang biasa difahami adalah menuduh tanpa bukti , bercakap bohong etc.
Cuba rujuk anon 2 ; contoh yang beliau berikan ;
contoh pertama - fitnah bohong
contoh kedua - fitnah benar yang sedang lena
wallahuaklam
Salam, puak2 ni dah ikut perangai Muawiyyah Lakanatullah......jaga perut dan anu masing2....semua tak boleh pakaiiiii
salam..anon 2 bg contoh ape kebenda nih..kalo cerita si tua td tu,fitnah benar??kamu ruju' bahasa arab ka bahasa melayu?saya tnya kawan2 yg mengaji,depa pun tk jmpa makna fitnah benar tu..cuba pak bakaq mintak tok guru hadi jelaskan dgn lebih detail..
Aku ingat kat Kedah saja bersepah puak jenis ni..Rupa-rupanya dimana saja bila kuasa dah jadi ganja...