Sedap!! Klik gambar di atas!

Dewa suci Najib

Jangan jawab, jangan layan, buat bodoh, buat badak. Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin sungguh dengan strategi itu. Barangkali dia dan para penasihatnya dok rasa strategi itu berjaya sangat-sangat.

Sebab itulah saya sebut dalam posting sebelum ini, Najib dan pakar-pakar spinnya yang terlibat dalam "projek membersihkan Najib" tak ubah seperti penyanyi yang menyanyi macam motor rosak meraung. Semua orang kata tak sedap dan menyakitkan telinga. Hanya si penyanyi dan mereka yang terlibat dalam kerja-kerja membikin lagunya sahaja yang rasa lagu dan nyanyian si penyanyi itu sedap.

Orang melihat strategi buat diam dan buat bodoh itu sebagai buruk kelaku. Hanya Najib dan para penasihatnya sahaja yang melihat strategi itu sebagai berkesan dan berjaya.

Yang nak tergelaknya, selepas si abang dengan budget confidentnya berkata "I don't entertain frivolous statements" (lihat berita Malaysiakini 4/12/09 "Najib dismisses Bala's claims as 'frivolous'" dan lihat juga komen-komen dalam "Najib and Bala's 'frivolous' statements"), adiknya pula meniru strategi abangnya.

Dalam berita Malaysiakini semalam yang bertajuk "Iltizam jejak Nazim dan Deepak," bulat-bulat Datuk Mohamed Nazim Razak meniru strategi abangnya. "Tidak ada apa-apa yang saya hendak cakap," selamba sungguh Mamat tu menjawab.

Sebelum ini, penyiasat persendirian P Balasubramaniam mendakwa beliau bertemu dengan Mohamed Nazim, bersama isterinya yang sedang sarat hamil, pada malam sebelum menafikan akuan pertamanya bahawa Najib, waktu itu timbalan perdana menteri, mempunyai hubungan intim dengan Altantuya Shaariibuu.

Dalam posting bertajuk "Tengok Najib, teringat Altantuya. Tengok Altantuya, teringat Najib" saya tulis:
Saya tidak boleh tuduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Tetapi, yang menjadi persoalan ialah kelaku Najib yang begitu pelik dan mencurigakan dalam menghadapi isu Altantuya. Kelaku seperti itulah yang menyebabkan orang teringat Altantuya setiap kali melihat muka atau berita Najib atau Rosmah keluar dalam media.

Orang boleh menyiarkan berita Najib dan Rosmah mengenai perkara apa sekalipun, politik, ekonomi, Permata. Buatlah berita apa pun mengenai mereka berdua. Tetapi bila orang tengok muka Najib dan Rosmah, orang teringat Altantuya. Bila orang tengok muka Altantuya, orang teringat Najib dan Rosmah.
Tetapi, apa nak buat. Kebanyakan pemimpin politik yang sudah lama bertapuk di kerusi kuasa sudah diangkat ke tahap dewa suci. Dalam Umno banyak dewa suci. Dalam PAS, para ulama yang menjadi pemimpin parti itu menjadi dewa suci. Dalam PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dewa suci. Dalam DAP, dalam MCA, dalam MIC, dalam parti apa pun ada dewa suci.

Mereka boleh buat dan jadi apa sahaja, terlibat dalam pembunuhan, takut bini, hari-hari dihebohkan sebagai kaki zina, tibai duit melalui projek dan pembelian harta negara, keras pedal dengan kronisme, berkendak politik dalam gelap, diperbodoh dan jadi kuda tunggangan sekumpulan perisik tentera yang bangang, main politik wang sehingga pink form gugur seperti daun luruh, suka jerkah bini depan public, disyaki buat maksiat terkutuk, macam-macamlah. Buat dan jadi apa saja, mereka tetap dewa suci.

Sebab itulah, kalau hendak naik cepat dan kaya cepat, tolonglah jadi pemimpin politik di Malaysia. Rakyat Malaysia yang cerdik-cerdik belaka akhirnya akan mengangkat anda sebagai dewa suci. Bila anda dah jadi dewa suci, anda boleh buat dan jadi apa sahaja.

Kalaupun ada rakyat Malaysia yang menyampah terhadap dewa-dewa suci itu, mereka tak akan buat apa-apa. Habis-habis sangat mereka akan kata, "bila dewa-dewa suci itu mati esok, golongan muda yang akan mengambil alih kelak tidak akan mengulangi perbuatan mereka. Golongan muda dalam politik hari ini mempunyai kesedaran sivil yang boleh diharapkan".

Lalu, rakyat yang bodoh dan tak mengaji seperti aku akan terus menganyam harapan. Rakyat yang bodoh dan tak mengaji seperti aku terus berselera dan begitu pelahap dengan harapan demi harapan. Apa nak buat, apa lagi yang ada selain harapan?!

Ah, tiba-tiba teringat pula Dewan Pemuda PAS! Ada harapan yang boleh dipertaruhkan?
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Kebanyakan pemimpin politik yang sudah lama bertapuk di kerusi kuasa sudah diangkat ke tahap dewa suci. Dalam Umno banyak dewa suci. Dalam PAS, para ulama yang menjadi pemimpin parti itu menjadi dewa suci. Dalam PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dewa suci. Dalam DAP, dalam MCA, dalam MIC, dalam parti apa pun ada dewa suci.

    YOU ARE 100% RIGHT ! BRAVO !

    THIS WORLD IS TOO SMALL COMPARE TO THE HERE AFTER.

    ONLY THE RIGHTEOUS WITH THE HOLY BOOK CAN SMELL THE AROMA OF PARADISE.

    Zolgoji.

  2. Biorkan mereka.. Dewa Suci terus berkuasa..selagi rakyat bertuhankan DUIT dan TAKUT MATI kerana IMAN..buatlah 100 lagi pilihanraya...Dewa Suci silih berganti akan MEMIJAK2 kepala dan KEMALUAN / maruah kita..sebab 13 Mei akan berulang lagi.. kata Dewa Suci..kita pun angguk2 kepala..negara lain huruhara...Malaysia aman damai...tak perlu tukar kerajaan...kita pun angguk2 kepala lagi..sampailah kiamat dunia...

  3. Nabi dah tak ada beb.. Jangan harap cari 100% pure.
    Dunia sekarang penuh dengan pancaroba - kalau dapat 80% dah cukup baik dah kira A+. Dalam UMNO memang banyak yang 10%.

    Tengok sekeliling mana yang 80% tu jangan senang-senang kita buang..
    Agak-agak kita ni berapa Bakaq?

  4. ada satu karakter dalam pas yang diperhatikan mengamal sikap "Jangan jawab, jangan layan, buat bodoh, buat badak". dia power maa! dia maSTer Of PertemuAn dAlam geLIta...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008