Sedap!! Klik gambar di atas!

"Celaka blog itu!"

Dalam berita bertajuk "Nik Aziz nafi: Husam letak jawatan dan dua pegawainya dipecat", Harakah Daily hari ini melaporkan:
Nik Aziz juga menolak spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan beliau.

"Mana boleh dia (Husam) letak jawatan...Datuk Husam ini antara yang saya sayang, dia punya kebijaksanaan," kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.

Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, "siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu."

Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, "celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang."

"Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas," tambah beliau.
Dalam posting bertajuk "Husam mencari nahas", saya melaporkan:
Husam dilaporkan tidak akan menghadiri mesyuarat Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Kelantan hari ini. Beliau juga dilaporkan bersedia meletakkan semua jawatan termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor.
"Celaka blog itu!"

Berkaitan:
Nik Aziz: Husam tak letak jawatan, kita semua ‘sayang dia’ (Malaysian Insider 29/12/09)


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. macamana bakaq oiii...rase oren.TGNA dah celaka kat hang suka melaga2 orang.kau kena mintak maaf kat husam tu...barulah TGNA memaafkan kau...kau ketuk husam TGNA terasa..lain kali pastikan maklumat betul sebelum posting kat blog hang...tak pasal2 kena celaka..kah..kah..kah...hari ini dalam sejarah seorang ulamak mencelakakan penarik beca...

  2. tok guru ckp kat blog hang ke bakaq? blog mana yg celaka...link la blog celaka tu

    tokpegulu

  3. huuu..huuu....bertambah trajis ni....sedih...pedih....

  4. hahahaha... kan dah kene celaka.. sapa suh buat berita celaka.. mmg celaka la hadiahnyaa

  5. Pak Bakaq memang suka ambik posting mana-mana artikel yg glemer! Nak cari glemer ke pak bakaq oiii. TGak habis2 dengan posting2 yg tak tahu lagi kebenarannya... Lepas tu kalau artikel tu didapati tak benar, tak pula dinafikan oleh hang... Betullah kata org, kadang-kadang tulisan boleh membawa dosa... tak gitu pak bakaq?

  6. aku yakin blog hang yg kna celako.. hang py blog mmg femes smpai main stream media pn rujuk blog hang.. tp, klu hang asyik speculate, ni la jdnya.. kn dh kna celako.. Bakaq, ni bnda serius, hang kna pk la btl2.. pengajaran berguna utk hang..

  7. Seorang bekas pegawai mantan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menulis di blognya bahawa Anual terpaksa melepaskan jawatan tersebut.
    "Anual dalam pesanan mesej ringkasnya (kepada saya) sekadar berkata, 'beliau mengundur diri dalam keadaan yang sukar'," kata Anuar Hashim di Perakite semalam. disini dan disini

  8. Tak teringin aku nak link dengan blog celaka, takut masuk neraka sekali

  9. aku pon nak tumpang cakap....celaka, celaka ,celaka......................2000x

  10. Tu la Pak Bakaq, semoga menjadi pengajaran. Lain kali jadi lah seorang yg ada credibility. Ni dari dulu tak habis2 dgn mengutip desas desus kat kaki lima yg tak diketahui kebenarannya dan lepas tu buat macam2 speculasi.

    Quran pun dah beritahu supaya menyelidiki dulu kalau ada khabar berita dari orang yg fasik. Walau macammanapun Pak Bakaq ni seorang yg fasik atau tidak?

  11. takut nyer kna CELAKA! Tmbh2 ngan tok guru... buat la ape yg ptut pak bakaq..
    Cba tya dato najib apa dia buat bla tok guru doa laknat kat die... Eee seramnyer...

  12. Banyak blog yang kena 'celaka' dengan Nik Aziz sebab membuat spekulasi ke atas 'orang kesayangannya'. Atas nama orang kesayangan, jangan siapa siapa cuba sentuh Husam - begitulah hebatnya Nik Aziz, selain kroni anak menantu, dia kroni juga kepada individu tertentu seperti Husam dan Mat Sabu.

    Nik Aziz semakin sama darjat dalam berkroni, sama darjat dengan Lim Kit Siang, Anwar, Paklah, Mahadir, Karpal dan Najib dalam menjaga kroni masing masing.

    Tetapi lewat kebelakangan ini sumpah seranah dan maki hamun Nik Aziz kurang menjadi dan tidak masin mungkin kerana doa dalam keadaan panas baran dan melenting 'tak mujarab'.

    Dan apa yang takut, celaka dikatakan fitnah itu menjadi 'kebenaran' dan celaka itu kembali menimpa dirinya sendiri.

  13. aku pun simpati dengan kau,bakaq.banyak2 blog yang suka menabur fitnah dan menggaruk spt malaysia wave dan tulang besi tidak pula dicelakakan.ini blog penarik dicelakakan...mungkin penasihat sesat bg nasihat salah kut.kesian kao bakaq...tapi mungkin ada kebenarannya apa yg dicelakannya.

  14. Memang patut pun Pak Bakar kena ayat beracun tu. Benda-benda macam ni sebelum posting kena fikirkan dulu buruk baiknya walau pun dirasakan diri terlalu hebat.

    Macam fraksi kickdefella pulak pak bakaq ni ye.

  15. jawab la pak bakaq oii....

  16. Desas desus makin kencang husam akan meletak jawatan....memang celaka lah pas kelantan lepas nin!

  17. PAK BAKAQ saya ucap Tahniah ???Sebenarnya desas desus tu memang ada..pemerhati politik ramai yg tahu....memang SIKAP, kelaku dan TABIAT politik MELAYU apabila depan BOS semuanya ok dan Sumpah TAAT SETIA.....dibelakang maki hamun dan kutuk berapi.....YANG MALANG SEKALI TOK GURU...INIKAH ucapan SEORANG PEMIMPIN ISLAM.....Apa nak ditakut kalau dijalan yg benar.....Fitnah tu asam garam politik..takan TOK GURU tak tau kot!!!!!!TERUSKAN PAK BAKAQ....kebenaran tu memang pahit....."singkirkan kekotoran yg ada dlm PAS dan UMNO" semoga POLITIK melayu ISLAM digeruni kaum2 lain.......salam.

  18. Blog hang cilakak ka Bakaq???

    Ooo..mau kena tubuh badan, terkeluar habih cilaka sana sini..
    Mau kena kat orang lain, 'peranan blog amat penting dalam menyumbang kearah kemenangan yg kita miliki.'

    Apa pun Bakaq, hang kena maintain thema ice cream Mat Kool hang..

  19. ramainya orang yang tidak mahu dikenali memberi komen pada orang yang memang dikenali. sungguh ironi.

  20. salam..
    betul doh kalu ada ura2 Husam nok letak jawatan...
    TG pun satu..saya sayang Husam..tapi anak ,menantu hentam Husam diam je...macam redha ..
    pelik TG kita ni loni...

  21. Aisehmannn...TGNA lost plak dia punya cool...

    "Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas," tambah beliau.

    Tu takat blog je... Alaa..relax le.. bukannya hadis ke..sirah ke... Hadis mengarut pun kita bole telan..

  22. sabaq..sabaq..pakat2 tunggu dan lihat,
    betulkah 'blog celaka' itu celaka..!
    ada akai, pakai laa.

    kat mana nak tgk rakaman sesi temubual dgn TG Nik Aziz tu?

  23. assalamualaikum pak bakaq.....

    tolong komen sikit .......

  24. Anon 21

    Hadith tidak ada yang mengarut.

    Kalau kandungan apa yang didakwa sebagai hadith itu mengarut, misalnya mendakwa Nabi Musa bertelanjang, kepada saya itu bukan hadith.

  25. Spekulasi penamatan perkhidmatan 2 pegawai kanan Pejabat MB seperti dilaporkan Malaysia Insider mengundang 1001 persoalan.Nampak ‘kucah’ di sekitar TGNA semakin rumit.Tindakan drastik TGNA menangani isu terkini menunjukkan kemelut dalam kerajaan dan parti semakin memuncak.

    Apakah keputusan menoktah perkhidmatan pegawai tersebut kerana kenaikan pangkat atau pertukaran biasa? Mungkin juga kerana agenda seseorang yang mengidam kerusi tersebut selama ini.

    Kita sedia maklum bahawa ramai pemimpin parti berkemampuan untuk mengisi jawatan tersebut.Bukan seorang dua malah ratusan yang layak dipilih.Macam isu pengganti CEO PMBK, ribuan yang boleh dipilih.Soalnya adilkah tindakan TGNA terhadap penyandang jawatan? Apakah kerana salahlaku @ salahlapor?

    Memang diakui kuasa mutlak TGNA melantik @ memecat sesiapapun.Kalau asyik guna kuasa veto dimana letaknya prinsip berjamaah? Di mana mandat Dewan Harian Parti.Apakah carta organisasi parti sekadar hiasan ? Praktikalnya jawatan tersebut lantikan politik tentunya perlukan pertimbangan politik untuk menanganinya.

    Persoalan pegawai tersebut ‘proksi’ si anu tidak berbangkit.Realitinya penamatan kontrak seseorang secara drastik mengundang seribu persoalan.Rupanya tempoh perkhidmatan yang lama dan efektif tidak menjamin ‘survival’ di sisi TGNA. Hubungan yang rapat tanpa pertalian darah bukan pengecualian dari ketegasan luarbiasa TGNA.

    Rakyat semakin hairan dengan tindak tanduk TGNA.Indeks KeTEGASan TGNA melonjak 120 % bila berhadapan dengan kes biasa.Namun bila terpalit dengan isu keluarga TGNA bersikap layu dan mula menyalahkan ‘third party’.

    Bila berdepan kemelut ‘menantu’ di PMBK, tindakan TGNA mula goyah dan tidak konsisten. Akhirnya jadilah ‘rambut putus2 dalam tepung basi’.Bukan lagi teori ‘tarik rambut dalam tepung’.

    Tindakan drastik menggantikan kedua2 pegawai sekaligus mengundang tandatanya??? Ianya tentu mengundang fitnah yang tidak berkesudahan.Bijakkah TGNA jika ‘perisai’ fitnah selama ini ditolak ketepi?

    Sungguh pelik tindakan TGNA . Arahan ini perlu diteliti dengan cermat jika ianya lahir dari pemikiran TGNA.Agak sukat diterima TGNA bersendirian membuat keputusan yang agak besar tanpa dipengaruhi sesiapa.’Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin’.

    Penghujung karier TGNA nampak semakin tidak konsisten dalam membuat keputusan parti dan kerajaan.Banyak persetujuan mesyuarat di pejabat berubah 360’ keesokan harinya. 'Stand’ TGNA makin dipertikai terutama bila keputusan bersama diketepikan tanpa sebab.

    Semacam ada tangan2 ghaib pengaruhi TGNA kebelakangan ini.Tindakan ini makin selari dengan ‘PENASIHAT SESAT’ seperti olahan blog calon Ketua Pemuda yang tewas. Jangan pula ia bermula dari ’MEJA BULAT’ seperti blog isteri bekas CEO sebuah GLC. Amat malang kalau khilaf TGNA dapat dihidu rakyat terbanyak yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

    Kebijaksanaan TGNA disanjung selama ini oleh seluruh rakyat Malaysia.Kami tidak rela ‘bisa’ TGNA semakin hilang kerana dua tiga kerat manusia terdesak.Bahana dendam tanpa disedari seperti api dalam sekam.

    Kemana perginya saf kepimpinan parti? Pemuda? Muslimat ? Dewan Ulama? Apa tindakan BBC dalam isu ini? Patutnya BBC perlu ke depan membela pintu kota yang memagari 19 tahun pemerintahan TGNA dan PAS Kelantan.Jangan dibiarkan benteng kekuatan TGNA dirempuh oleh agenda parti lawan yang menyusup dari dalam.

    Semoga amalan TGNA beristikharah dahulu sebelum membuat keputusan sentiasa diamalkan .Kami yakin tindakan yang dimulai dengan Bismillah sentiasa diberkatiNya dan dijauhkan dari angkara manusia pendendam.

    Hingga saat ini saya masih percaya bahawa spekulasi penamatan ini hanya teori spekulator yang tidak akan berlaku.Jutaan maaf dari TGNA andai bicara saya ini melukakan insan yang disanjungi selama ini.

    Sekian.cilipadi007.blogspot.com / end

  26. moga iya nya tidak berlaku,bayang kan negeri kelantan di perintah oleh mat yaacob,amar,abduh,aaf,amalina,taki,abe jak dan mat iraq.penasihat nya pulok halim rahman.di takdirkan waktu tu yb husam dah tidak menjadi laksamana kelantan,apakan jadi ya?barang di jauhkan ALLAH kerana semua orang tahu penama2 ini semua pengejar2 yang tak tau apa nak di kejar,bersabarlah yb husam,jiwa dan idea anda adalah penyambung kepada almarhum us Fadzil Noor.Pada tok guru yang kusayang berhati2lah melabuh kapal yang sudah hampir dengan pelabuhan setelah berjaya belayar di lautan yang penoh dengan gelombang.Pada anak cucu,apa lagi menantu sayangilah tok guruku dengan ikhlas,jangan kamu menjadi pemusnah atau penebuk perut kapal,atau menjadi sang dubok.sejarah mengajar dan mematangkan kita,sesetengah kerajaan di dunia yang kuat dan ampoh sekalipun bisa di tumbangkan dengan kelalaian kita sendiri atau lebih mudah untuk disebut bahawa kita jugalah yang membunuh diri kita sendiri setelah musuh2 gagal untuk melakukan nya.Pada pak bakaq teruskan usaha untuk menyedarkan pemimpin kerana ianya juga adalah tanggung jawab semua untuk beridea. pada mereka yang tak berapa faham salor galor politik kelantan tak payahlah nak beranggapan yang tidak baik terhadap penulis blog.

  27. blog kau memang celaka jahanam..kau bukan orang PAS. ko lah kerja2 bodoh dalam PAS tu...yang melaga2kan orang, jangan jadi babi la wei...

  28. orang yang tak tau hapa tak payah la nak ngutuk pak bakaq...

    berita ni memang ada bertiup kalau pun tak kenchang... slow-slow tu tetap ada...

    satu lagi... nak kena tau jugak... kalau tak dari siaran kat blog... mungkin benda-benda ni akan jadik betul... kalau tak disiarkan... takde sapa tau... tup tup... husam dah letak pun jawatan... macam bung mokhtar ngan zizie la.. .:P

  29. blog seri suri anak betina dia tu termasuk dalam kategori celaka dak?

    ohhh silap,anak beranak dia keturunan mulia semuanya hehehehe

  30. Takde apa yang perlu ditakutkan...kita semua manusia sama je,yang memberi bekas hanya Allah sahaja...dun wori...benda bukan qatie pun..,alah banyak yang ,menimbulkan persoalan...tiada siapa boleh menjadi `jurucakap`(kena cermat faham ni) pada zat yang maha agung..

  31. Bakaq hang tulis blog belum ada apa-apa. Iyu yang celakanya. Sebab Husam jenis kecek berbelit-belit.
    Kes sama Utusan Malaysia belum siap lagi. Bakq

  32. sian...blog ni blog celaka rupanya

  33. Sudahlah ini semua cerita mengarut je lah, cerita memundurkan umat. Orang yang dikatakan baik itu sebenarnya tidaklah baik seperti yang dijangkakan.

  34. Dalam iklan ceramah dikelab PAS 5/01/2009 tiada nama Dato HUSAM bersama tok guru tapi
    nama Dato Amar ada !

  35. Relax Bhai... semua nih menunjukkan geng UG dan Kerajaan Perpaduan dah melekat kuat dalam PAS nampaknyer...

  36. padam muka kau..slogan tanak najib, tapi ko pun tak nak ulama' .nak laga2 kan adalah.....munapik

  37. KISAH 2001 MALAM

    Alkisah dari sebuah Negeri Gerbang Bulat yang terletak di Timur Semenanjung Atas Angin.Adapun Negeri yang selalu dilanda banjir ini diperintah oleh Menteri Agong bergelar Wali Abdal dibantu Dato Menteri Tanah Adat & Lombong Garam,Dato Menteri Baitulmal & Kebesaran, Menteri Nikah Kahwin & Hutan Rimba,Menteri Syahbandar,Menteri Penghulu Bendahari Mata Sepet dan wazir-wazir.

    Adapun kehidupan rakyatnya tidaklah mewah tapi cukup makan.Ada pedagang,petani dan macam-macam.Biarpun serba kurang tapi semangat rakyatnya tinggi untuk melihat menteri Agong sentiasa perintah dari Kota DarulBulat.

    Mengikut empunya cerita Menteri Agong Wali Abdal telah berada disinggahsana hamipr 2 dekad lamanya. Makanya kelicikan Menteri Agong memimpin Parti Agama Suci dipandang penuh irihati oleh Parti Cacamerba yang hanya gigit hampas tebu mengidam nak memerintah seperti adanya.

    Musykilnya adat resam negeri menetapkan bahawa setiap 5 tahun sekali diadakan ujian untuk pilih pemimpin. Makanya berlumba-lumba pendokong kedua-dua parti beradu tenaga mengajak rakyat untuk memilih gerombolan mereka.Rakyat diajak mendengar kempen selama setengah purnama lamanya sebelum diseru untuk memilih.

    Maka itu ramailah rakyat keluar memilih tak kira hamba tuan, tua muda, miskin kaya, cacat cela ambil bahagian.Adapun setiap rakyat akan diberi sekeping kertas untuk diconteng dengan arang.Arakian pihak yang mendapat kertas conteng paling banyak akan dikira pemenang dan suku sakatnya dimasyhur sebagai penguasa.

    Akibat sikap tak sedar diri Menteri dan wazir,negeri Darul Bulat tidak aman lagi.Rakyat jelata mula berseloka cerita pemerintah yang heret negeri jadi huru hara.Negeri yang dulunya haru hijau hampir menjadi haru biru.Bukan kerana kerja jahat Parti Cacamerba tapi kerana sikap juak-juak Wali Abdal yang tamak haloba tiada disanggah akan adanya.

    Alkisah menjadi hangat bila Menteri Syahbandar bermusuh dengan Menteri Baitulmal kerana silap main catur. Menteri Syahbandar berkomplot dengan Orang Kaya Mandeliar,bekas pemimpin Parti Cacamerba yang beralih angin.Adapun orang kaya Mandeliar dari kasta rendah keturunan Kain Pelikat di Benua Kling dan mafhum putar alam.,Kerja buat Orang Kaya Mandeliar berdagang hasil mahsul hutan rimba.

    Menurut empunya cerita, Asal usul Menteri Syahbandar keturunan dari cucu cicit Raja Bersiong pemerintah lagenda Langkasuka. Menteri Syahbandar suka tabiat aneh mencari laba sepanjang masa, tak seperti feel Raja Bersiong yang suka makan darah akan dia.

    Hartanya kapal di laut gedung di darat ,hatta diketahui rakyat jelata dengan feelnya suka pada mahligai besar-besar,bini ramai-ramai dan motokar macam-macam.Akan tetapi tiada ‘si anu’ yang berani mengadu tabiat jelik Menteri Syahbandar ke rumah pasong.Akan sebabnya rumah pasong dan rumah kamah itu tempat Menteri Syahbandar bercucuk tanam padi huma pada kurun sebelumnya.

    Haloba Menteri Syahbandar makin menjadi bila muafakat dengan Orang Kaya Mandeliar yang asalnya anak wayang gedek.Adapun bagi menguatkan lagi amal buruknya,dipanggil bersama seorang pria yang suka kumpul harta bergelar Dol Serbatahu adanya.

    Sesungguhnya Dol Serbatahu adalah pemuda yang munafik,bijak jual minyak unta amalnya.Asal usul keturunan Dol Serbatahu adalah dari salasilah Paduka Mamak Ceti dari negeri asalnya roti canai di Benua Hitam Legam.Datuk nenek Dol Serbatahu telah belayar ikut kapal jual minyak unta hingga singgahlah di Kampong Kerini, Daerah Barat dalam Negeri Darul Bulat.

    Sebermula akan tuahnya Dol Serbatahu bila berkahwin dengan Putri Sangka Bulan,puteri kepada Menteri Agong Wali Abdal. Kerja buat Dol Serbatahu berubah setelah dimashur sebagai menantu Wali Abdal,tidak lagi menjual minyak unta seperti adanya.Adapun kerana kasihnya Menteri Agong kepada menantu,Dol Serbatahu telah diperintah menjaga khazanah negeri bernama Pusat Perut Muda adanya.
    Bersambung pada episod akan datang…cilipadi007.blogspot.com

  38. Pak Bakaq
    Happy New Year, Ok. semua orang kata blog Pak Bakaq celaka.... kalau betul Pak Bakaq punye blog, terima secara positif dan jangan buat salah lagi di masa depan. Saya somehow yakin bukan blog Pak Bakaq sebab ada banyak lagi blog yang benggap bahalol yang nak musnahkan bangsa sendiri, lagi lagi nak hancur agama Islam nih... jangan sangka Melayu tu Islam, sebab ada 3-5juta Melayu yang setan.... betol betol setan punyea. telok orang jantan semua mana sama, Pak Bakaq. itu aje, renungilah.

  39. nik aziz tu sape? TUHAN???
    tau melenting bila kena batang hidung sendiri

  40. manusia tetap manusia tetap ada celakanya...jangan sangat nak taksub!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008