Sedap!! Klik gambar di atas!

Baggage

Ada orang yang cepat merasa dia menjadi baggage atau bebanan kepada parti. Ada yang tak faham-faham atau buat-buat tak faham, termasuk yang menumpang tuah. Jenis keras pedal. Maklumlah, bukan senang nak dapat buat kebun atas kepala ahli keluarga yang jadi pembesar. Hasilnya tentu lumayan.

Dalam berita bertajuk "Pemimpin kanan Pemuda PAS letak jawatan", Malaysiakini hari ini melaporkan:
...beliau ingin berundur dengan alasan tidak mahu keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu itu menjejaskan imej PAS.
Itu jenis yang cepat sedar dan mengutamakan imej dan tanggapan umum terhadap parti. Malangnya, yang lebih ramai dan banyak sungguh dalam PAS ialah jenis pemimpin yang buat-buat tak sedar bahawa dia sebenarnya sudah menjadi bebanan kepada parti.

Bukan sahaja buat-buat sedar malah dia tak malu sikit pun seolah-olah mukanya sudah ditempek kulit babi.

Patutkah dibaling kasut ke kepala batu pemimpin seperti itu?

Berkaitan:
Dr Rosli, Ilyani diperintah tidak tinggal bersama (Utusan Malaysia 22/12/09)
Perkahwinan Pemuda Pas, isteri diragui
Sinar Harian (22/12/09): Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan mufaraqah (tidak tinggal bersama) dengan isterinya yang juga anak ahli perniagaan.

Hakim Syarie, Mohd Yusof Awang memerintahkan Rosli Allani S Abdull Kadir, 35, yang juga bekas Pembantu Khas Exco Kelantan bersama isterinya, Ilyani Mohd Nor, 30, tinggal berasingan sementara kerana dokumen perkahwinan mereka diragui dipercayai terlibat perkahwinan sindiket.

Plaintif, Mohd Noor Che Man, 58, adalah bapa kandung kepada defendan kedua, Ilyani tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya bersama defendan pertama, Rosli Allani kerana disyaki tidak memenuhi rukun dan syarat perkahwinan yang sah berikutan tata cara perkahwinan dan surat perakuan nikah itu adalah dokumen tidak sah.

Pernyataan tuntutan membatalkan perkahwinan terhadap kedua-dua defendan berkenaan difailkan Peguam Syarie plaintif, Mohd Zaki Zainal Abidin.

Peguam plaintif, Mohd Zaki berkata, plaintif juga tidak bersetuju permintaan defendan pertama supaya perkahwinan dengan defendan kedua dilakukan semula untuk menyelesaikan perkara tersebut di luar mahkamah.

Mohd Noor berkata, anak sulungnya daripada lima beradik itu dikatakan berkahwin pada 26 Disember 2008 di Masjid Subang Airport, Subang Selangor dengan defendan kedua.

“Saya dimaklumkan oleh anak saya perkahwinan sebenar adalah dipercayai pada 7 April tahun ini. Saya kecewa dan terkilan dengan tindakan defendan pertama yang berkahwin tanpa mengikut syarat-syaratnya dan membelakangi saya sebagai walinya kerana kahwin Melayu ada adat.

“Mengikut adat kita hendak berkahwin ni mesti masuk meminang serta datang ke rumah untuk mengenalkan ahli keluarga masing-masing ini pula tidak berlaku,” katanya semalam ketika ditemui di luar mahkamah.

Mohd Noor berkata, dia meragui perkahwinan berkenaan kerana tempat perkahwinan dan dokumen saling bertentangan.

“Saya mengetahui perkahwinan ini kerana mereka dikatakan ingin berkahwin semula dan saya mengambil tindakan kerana ia melibatkan hukum agama dan maruah keluarga.

“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga mengeluarkan surat menyatakan surat perakuan nikah bagi pasangan berkenaan tidak dikeluarkan dan tidak tercatat dalam buku daftar perkahwinan di Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jawi," katanya.

Mahkamah memerintahkan tarikh perbicaraan pada 26 April 2010.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Dari meja Pengulas bebas(tak memihak):


    Mana sama kes Arifffahmi dengan DR. Rosli. Jika kes Arifffahmi dibawa ke mahkamah barulah sama perbandingannya!

  2. KENYATAAN MEDIA DR ROSLI ALLANI ABDULL KADIR

    Merujuk laporan-laporan yang tersiar di dalam akhbar-akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times, Harian Metro, Kosmo dan Sinar Harian hari ini mengenai cubaan bapa mertua saya untuk membatalkan perkahwinan saya dengan anaknya di Mahkamah Syariah Kota Bharu semalam, saya ingin menjelaskan beberapa perkara:
    1. Saya memasuki perkahwinan dengan isteri kedua saya, Ilyani Mohd Nor, dengan suci hati setelah menyedari wujudnya perasaan kasih di antara saya dan isteri. Saya dan isteri telah banyak kali cuba mendapatkan persetujuan daripada bapa mertua, Ghazali @ Mohd Nor Che Man, namun berdepan dengan kegagalan sekalipun isteri pertama saya telah memberi persetujuan kepada saya untuk berpoligami. Stigma yang diletakkan kepada isteri kedua yang oleh sesetengah ahli masyarakat dianggap sebagai perampas dan isteri kelas ketiga mungkin menjadi sebahagian besar faktornya. Disebabkan halangan yang timbul dari bapa mertua, maka saya melakukannya dengan menggunakan wali hakim. Ini pun hanya dilakukan setelah saya diberi jaminan oleh seorang rakan yang pernah memegang jawatan sebagai seorang imam muda sebuah masjid negeri bahawa perkahwinan yang diuruskan olehnya itu adalah tidak bersalahan dengan undang-undang syarak. Dalam ketelitian saya mendapatkan pandangan dan mencari jalan penyelesaian terbaik ini, tanpa disangka-sangka saya dan isteri telah menjadi mangsa kepada sindiket perkahwinan yang diuruskan oleh bekas imam muda ini dengan memberi sijil dan kad perkahwinan yang tidak didaftarkan walaupun setelah beliau menjanjikan sebaliknya.
    2. Setelah menyedari kesilapan yang berlaku, saya telah cuba untuk meminta maaf, memberi penjelasan dan menyelesaikan perkara ini dengan bapa mertua tetapi ini telah tidak dilayan oleh beliau. Setelah perkara ini diketahui, isteri saya telah diperintahkan oleh bapa mertua saya untuk tidak keluar dari rumah selama sebulan. Pada 2 Disember 2009 lalu, isteri saya telah merayu lagi kepada bapa mertua saya untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik, malangnya rayuan ini telah ditolak oleh bapa mertua saya, malah isteri saya sekali lagi diperintahkan untuk tidak keluar dari rumah sehingga sekarang dan segala alat perhubungan beliau, termasuk telefon mudah alih beliau, telah dirampas. Walaupun begitu, di sebalik segala tekanan yang ada ini, saya tetap yakin sehingga kini pendirian isteri saya terhadap saya masih lagi tidak berubah sepertimana sebelum ini.

  3. 3. Saya memandang serius beberapa kenyataan yang telah disiarkan di dalam akhbar-akhbar Utusan Malaysia dan Harian Metro hari ini yang mencemarkan imej, maruah dan kedudukan saya, terutamanya kenyataan bahawa isteri saya berada dalam keadaan tidak sedar sewaktu berkahwin dengan saya; kenyataan bahawa saya bukan seorang lelaki atau suami yang baik; serta kenyataan bahawa saya melakukan tipu daya untuk berkahwin. Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan segala kenyataan tersebut. Sebagai bukti, disertakan di sini rakaman suara isteri saya yang menafikan bahawa beliau berada dalam keadaan tidak sedar sewaktu berkahwin dengan saya. Adalah mustahil sama sekali untuk isteri saya pergi ke tempat perkahwinan di Subang dalam keadaan tidak sedar kerana saya datang dari Perak manakala beliau datang dari Kelantan. Sukalah saya menegaskan di sini bahawa isteri saya dengan tenang dan rela hati memberi persetujuan untuk berkahwin dengan saya selepas lebih dari setahun mengenali saya.
    4. Disebabkan kenyataan-kenyataan yang telah disiarkan di dalam akhbar-akhbar Utusan Malaysia dan Harian Metro ini dengan jelas sekali cuba mencemarkan imej, maruah dan kedudukan saya, maka, setelah berbincang dengan peguam, saya meminta kesemua pihak terbabit, termasuklah bapa mertua saya, Ghazali @ Mohd Nor Che Man, peguam bapa mertua saya, Mohd Zaki Zainal Abidin, dan kedua-dua akhbar ini supaya membuat permohonan maaf secara bertulis di dalam akhbar-akhbar sama kepada saya di dalam tempoh tiga hari dari hari ini. Jika mereka gagal berbuat demikian, maka saya akan memulakan tindakan undang-undang ke atas mereka dengan segera kerana memfitnah.
    5. Walaupun saya yakin saya berada di pihak yang benar, demi menjaga nama baik, integriti dan persepsi masyarakat ke atas PAS, khususnya untuk mengelakkan PAS dari turut dibabitkan dengan masalah peribadi saya, maka saya akan meletakkan kesemua jawatan saya di dalam PAS berkuat kuasa serta merta. Saya juga telah meletakkan jawatan di dalam kerajaan (sebagai Pegawai Khas kepada Ahli EXCO Kerajaan Negeri) di atas kesedaran sama sebelum ini. Saya juga meminta pihak media supaya tidak lagi mensensasikan berita ini dengan mengaitkannya dengan jawatan saya di dalam PAS.
    6. Begitupun, saya masih lagi kekal dan setia sebagai ahli PAS. Berhubung dengan masa depan saya di dalam bidang politik, saya menyerahkan sepenuhnya kepada pertimbangan pucuk pimpinan dan ahli-ahli PAS untuk menentukannya kelak setelah saya dapat membersihkan nama saya. Saya dengan ini juga ingin meminta maaf kepada pucuk pimpinan dan ahli-ahli PAS jika masalah peribadi saya ini telah sedikit mencalarkan imej atau mendatangkan masalah kepada PAS di dalam apa cara juga.

    Sekian, terima kasih.

    Dr Rosli Allani Abdull Kadir

    Bertarikh: 5 Muharram 1431 bersamaan 22 Disember 2009

  4. Apa standard etika pemimpin2 utama dalam pas nin? Adun melor dgn masalahnya, yg nin muda2 dah buat hal..aku tabik sama bung mukhtar!

  5. salam awat la lembab anon 1 ni.. pak bakar jelaskn ttg kesedaran pa bila diri telah menjadi tempias kpd parti. c rosli letak jwtn krn x mau imej parti terjejas akibat dr kptasan mahkamah itu. satu langkah tepat dlm memberi keutamaan kpd imej parti. ramai lg pemimpin tak sedar2 diri dah jadi liabititi / bebanan / kanser dlm parti. patutnya cpt2 sedar dan berundur, tp mungkin sygkan jwtn atau pangkat maka tak sedar atau buat2 x sedar. menipu jumpa dlm gelap adlah 1 cth terbaik tp bila da kantoi , parti tercalar, buat2 bodo jak..

    menantu tok guru pn sama la.. tak kan x sedar2 lg imej parti dh kena tempias..cpt2 berundur kan senang..dia g lengah2 buat pa? lg lama dia lengah, dia sebenatnya membuka seluasnya persepsi negatif , bukan shj tempias terkena pd tok guru, termasuk la PAS sendiri.

  6. Kalau Dr. Rosli ambil tindakan undang2 terhadap "bapa mertua" lagi keruh keadaan. Nasihat saya jangan lah berbuat demikian demi menjaga nama baik Dr. Rosli&keluarga, nama baik pemimpin PAS.Perkahwinan juga melibatkan keluarga lelaki dan keluarga perempuan. Eratkan hubungan keluarga ini.

    Alangkah baik nya Dr. Rosli pergi jumpa bapa mertua, cuba berbaik2 dan eratkan tali siratulrahim seprti dianjurkan oleh Islam. Lagi pun saudara lebih muda, seorang pemimpin Islam dah la tu nak kahwin anak orang pula. Maka ada baiknya saudara pergi jumpa bapa mertua dan minta maaf. Bukankah Islam menyuruh kita menghormati orang lebih tua.

    Tolong ambil nasihat saya secara positif dan harap tidak tersalah tafsir . Mohon maaf jika menguris hati saudara.

  7. pemimpin besar kencing berdiri,
    pemimpin kecik kencing berlari,
    kedua-dua pelari anakdara org nak buat bini,
    yang bodohnya penyokong2 wala' membutatuli,
    lantak engkaulah labulabi!!!

  8. Sebab itu Nabi Muhammad SAW ...beliau menyebarkan ISLAM dulu baru dapat KUASA..bukan cari KUASA dulu..tapi kalau dah ada KUASA apa nak buat..sebarkan lah ISLAM dengan kuasa yang ada..iangan asyik cari WANITA aje..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008