Khabarnya, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Anual Bakhri Haron akan diberhentikan mulai 1 Januari ini. Ada pula orang kata dia sebenarnya dipecat. Ada juga yang mendakwa, persahabatannya dengan Haji Husam Musa menjadi punca beliau dipecat.
Beliau dilaporkan akan diganti oleh sama ada Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok, Wan Nik Yusof Ngah atau bekas Bendahari PAS Kelantan, Dr Izani Hussin.
Saya hanya melaporkan sahaja. Entah kenapa saya teringat sangat posting Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz bertajuk "Kerja-kerha bodoh dalam PAS".
Berkaitan:
Rombakan Kelantan, Nik Aziz gugur setiausaha politik? (Malaysian Insider 27/12/09)
Beliau dilaporkan akan diganti oleh sama ada Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok, Wan Nik Yusof Ngah atau bekas Bendahari PAS Kelantan, Dr Izani Hussin.
Saya hanya melaporkan sahaja. Entah kenapa saya teringat sangat posting Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz bertajuk "Kerja-kerha bodoh dalam PAS".
Berkaitan:
Rombakan Kelantan, Nik Aziz gugur setiausaha politik? (Malaysian Insider 27/12/09)










Cantik? Klik 






Wan Nik kot. Sebab Dr Izani dicadang AF sebagai penggantinya.
Tuan Bakaq Kalau betullah apa yang tuan lapor, Memang Anual Bakri dah lama di tukarkan bukan kerana kawan rapat Husam Musa, tetapi Anua Bakri bukan pandai kerja-kerja sebagai Setpol. Anual Bakri tak pernah ambil tau masaalah politik di DUN Chempaka, Anual Bakri tak pernah ambil tau keadaan politik di semua 14 kawasan Parlimen di Kelantan.
Semestinya sebagai Setpol semua maklumat kena ada dalam fikiran Tok Guru mengenai kedudukan politik setempat. Tugas sebenar Anual Bakri sepanjang menjawat jawatan ini ialah menerbitkan buku (Syarikat Ambak Publications - ) dengan menyalin ucapan rasmi Menteri Besar (ucapan Tok Guru) yang di tulis oleh Setiausaha Akhbar Ustaz Saiba. Diterbitkan sebagai buku tulisan Tok Guru Nik Aziz, Disusun oleh Anual Bakri. Tok Guru di minta t/tangan kata pengantar.
Buku ini di jaja seluruh program PAS untuk melariskan dengan menumpang populariti Tok Guru. Selain daripada itu Anual Bakri juga hanya pandai bersajak dan aktif dalam sastera alam maya. Blog Tok Guru ,sepatutnya Anual isikan dengan kenyataan akhbar Tok Guru, padangan-padangan semasa. Buka beria-ia mengadakan mesyuarat khas isu Tok Guru Hj. Hadi dan Aziz Bari. Sebab Kunci Blog Tok Guru ada pada Anual bakri. Lihatlah tulisan dalam blog ini berat sebelah.
Sepanjang 10 tahun jadi Setpol, Anual hanya pandai memecah belah kepimpinan utama dalam PAS. Kalaulah pertukaran terjadi, saya amat menyokong. Nama yang amat sesuai sebagai Setpol Tok Guru ialah menantunya Arif Fahmi. Sebab Arif dah berhenti di PMBK.
Manakala Anuar Bakri, beri sedikit bantuan untuk meneruskan kedai buku.
Makin hari, makin betul dan terbukti posting Ust Nik Abduh..