Dalam berita bertajuk "Puluhan ribu rakyat berhimpun sokong Tok Guru," Harakah Daily semalam melaporkan, seorang wakil PKR yang begitu bersemangat berucap berkata, ribuan rakyat yang hadir dalam perhimpunan menyokong Tok Guru Menteri Besar Kelantan di Kota Bharu semalam tidak dibayar sesen pun untuk hadir menyatakan sokongan kepada Menteri Besar.
"Tidak ada sebuah kerajaan yang bersih di negara ini kecuali Kelantan sepanjang ditadbir Tok Guru hampir 20 tahun," katanya. Wow!!
Saya tak tahu siapa yang bercakap itu. Tetapi, kepada saya, pemberita juga perlu berhati-hati membuat laporan. Terus terang, saya suka baca tulisan M Faqih. Kalau tengok byline nama dia, saya mesti baca.
Tapi melaporkan perenggan yang saya rujuk di atas, kepada saya tidaklah begitu bijaksana. Pandangan saya mungkin tak betul. Tetapi itulah pandangan saya.
Saya juga mahu PAS terus memerintah di Kelantan. Hujah saya mudah sahaja, kalau penyangak-penyangak yang menggunakan PAS untuk membuncitkan perut mereka bantai RM1 juta, penyangak dari Umno pula akan bantai RM10 juta. Bantai sama-sama bantai.
Tapi, kalau PAS yang memerintah, dapat juga jimat RM9 juta sebab penyangak dalam PAS tak bantai sebanyak yang biasa dibantai oleh penyangak Umno. Depa tibai RM1 juta ja, dapat jugak jimat RM9 juta sebab kalau Umno biasanya depa gasak RM10 juta. Maklumlah, Umno dah "busuk sampai ke usus". Kalau PAS diumpamakan seperti ikan, ikan tu baru nak membusuk kat kepala. Kalau kita kerat kepala tu, body ikan boleh makan lagi. Kurang-kurang pun, kita siang body ikan tu elok-elok, bersihkan, lumur asam garam sikit dan jemur. Boleh jugak buat ikan kering. Bagi peminat ikan kering, tak ada yang lebih sedap dari ikan kering.
Tapi kalau dah busuk sampai ke usus, nak buat ikan kering pun dah tak gamak. Takkan nak makan benda yang menyebabkan kita dan anak bini kita muntah.
Balik kepada bab perintah, walaupun saya nak PAS yang memerintah Kelantan, pada masa yang sama saya juga berharap tidak ada lagi orang yang buat statement merapu seperti di atas. Janganlah buat statement sampai nampak kita bodoh terlampau.
Hari ini, pengikut dan penyokong tak boleh bodoh lagi. Kalau bodoh nak mampoih dan mudah sangat dibodohkan, lingkup kita. Kalau kita ja yang mampoih tak pa jugak, tetapi, dengan anak cucu kita sekali pun mampoih jugak.
Bayangkan kalau mereka mewarisi negara ini dari tok nenek yang bodoh. Yang bodoh sokong Umno, cara Umno la. Tapi kalau yang sokong PAS pun bodoh jugak atau lebih bodoh lagi daripada yang dok bodoh menyokong Umno, apa nak jadi masa depan negara ini? Tolonglah jangan mewariskan kebodohan kepada anak cucu kita.
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk bercerai talak tiga dengan kebodohan politik ialah buang dan musnahkan candu masyarakat yang bernama thiqah dan wala'.
Kalau pemimpin bercakap, ambil kenyataan yang sederhana dari mereka. Kalau depa bercakap merapu, jangan nak tebiang dok bela statement merapu tu. Lebih teruk lagi kalau ikut membabi buta yang merapu tu atas nama thiqah dan wala'. Adakah nak wala' kepada pemimpin yang mendakwa "lebih syarie berkerjasama dengan Umno"?
Semalam, ada kenyataan yang sederhana yang menyenangkan hati kita. Dalam berita bertajuk "Nik Aziz tidak tahu siapa beri nasihat salah," Sinar Harian melaporkan Tok Guru Menteri Besar Kelantan berkata:
Sebelum habis, nak tanya sikit kepada yang masih enggan meletakkan jawatan. Apa cerita Grandview Holding Sdn Bhd? Apa pula perkembangan cadangan projek pembangunan di tapak rumah Kelantan di Jalan Stonor, Kuala Lumpur? Datuk Foo tu siapa?
Berkaitan:
Nik Aziz tidak tahu siapa beri nasihat salah

"Mana ada puas hati (mengenai mengenai tahap integriti yang ada dalam kerajaan Kelantan), kita manusia mana boleh puas hati... kita nak tidur pun tidak puas hati ada nyamuk ada sejuk... puas hati ini tidak berlaku di muka dunia".Tok Guru tak buat kenyataan yang menyebabkan kita nak termuntah.
Sebelum habis, nak tanya sikit kepada yang masih enggan meletakkan jawatan. Apa cerita Grandview Holding Sdn Bhd? Apa pula perkembangan cadangan projek pembangunan di tapak rumah Kelantan di Jalan Stonor, Kuala Lumpur? Datuk Foo tu siapa?
Berkaitan:
Nik Aziz tidak tahu siapa beri nasihat salah
Sinar Harian (4/12/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui bahawa beliau tidak mengetahui individu yang didakwa memberi nasihat yang salah kepadanya sebagaimana yang dinyatakan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebarang nasihat yang diterima akan dipertimbang dan difikirkan dengan sebaiknya sebelum beliau memutuskan sama ada menerima atau menolak cadangan yang diberikan.
“Saya pun tidak tahu siapa dia penasihat saya yang tidak betul... orang beri nasihat, saya pilih yang betul... saya tidak tahu... tanya dialah( Abdul Hadi) siapa yang betul, siapa yang tidak betul,” katanya selepas hadir di Majlis Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan 2009 di Kota Darul Naim di sini, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi yang mengatakan Nik Aziz menjalankan tugas dengan ikhlas, tetapi individu di sekelilingnya tidak memberi nasihat perundangan dan politik yang betul kepada beliau.
Ditanya adakah beliau menerima semua nasihat yang diberikan penasihatnya, Nik Aziz berkata: “Bila diberi nasihat pada saya, saya bincang dulu... kalau saya berasa puas hati saya terima, tak puas hati saya tolak... Bergantung kepada sayalah... saya tak terima bulat- bulat.”
Dalam pada itu, mengulas mengenai tahap integriti yang ada dalam Kerajaan Negeri, Nik Aziz berkata, beliau masih belum berpuas hati dan perkara itu boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa.
“Mana ada puas hati, kita manusia mana boleh puas hati... kita nak tidur pun tidak puas hati ada nyamuk ada sejuk... puas hati ini tidak berlaku di muka dunia,” katanya.

Cantik? Klik 

makin melalut pak bakaq ni, sebelum kena tahan polis dulu selalu dok hentam UMNO, lepas kena tangkap polis, dok hentam PAS pulak.. x habis2 busuk dalam PAS yang dia dok jaja... takut kena tangkap lagi ka.... dah tak dak teloq ka pak bakaq woi..
bagi saye, elok cantas awal2 org yg macam ni dalam PAS sebab da tahu yg mereka ni bukan benar2 perjuangkan islam. tu baru 1 juta dorang kebas sebab dalam kelantan, duit kerajaan negeri @rakyat kelantan plak tu pasal kerajaan pusat dah bertahun tak bagi duit peruntukan untuk kelantan. bayangkan jika dapat perintah malaysia nanti, takut2 dari 1 juta naik kepada 10, malah lebih lagi..
apa pulak pak bakaq mengarut??
betui la lagu dia kata tu... kenyataan takdak rasuah tu... mengarut... kalau nak kata takdak yang kena tangkap lagi tu... buleh la...
Naper.betoi ler ayat dia tu.Shingga kini xde 1 pun kerajaan yg bersih mlainkn kerajaan negri kelantan yg ada skarang ni..Krajaan mana2 skalipun yg printah,projek & pbangunan tetap bjalan.Dan org yg mlaksanakn projek tsebut mesti ler d kalangan org2 yg myokong parti krajaan tsebut,takan nk bg pada org yg myokong parti lawan plak..D sbelah sini,nk cari org yg baik sgt senang tp d sbelah sana nk cari yg baik agk sukar
laporan sinar harian edisi kelantan ms 2 memetik kenyataan TGNA
" masalahnya gini (begini), ambo (saya) dalam keadaan kecemasan kini kerana di Terengganu jadi 'terkangkang' dua, di Perak terkangkang dua, MCA MIC DAP kucar lanar (kucar kacir)"
sedangkan apa yg TGNA ucapkan semalam ialah:
" masalahnya gini (begini), UMNO dalam keadaan kecemasan kini kerana di Terengganu jadi 'terkangkang' dua, di Perak terkangkang dua, MCA MIC PPP kucar lanar (kucar kacir)"
sinar harian tersalah lapor atau sengaja putar belit?
Gelihat dan kesian bila baca komen2 yang kata kerajaan Kelantan bersih dari rasuah.... ! Macam tau2 jer...
Pada sapa2 yang kata pemimpin PAS Kelantan tak ambik duit RASUAH...., saya nak ucap banyak2 simpati kepada anda. Saya kesian kepada anda. Anda bercakap sedap mulut jer...
Saya tahu ada exco2 Kerajaan PAS Kelantan bantai duit rasuah. Ahli2 Majlis Perbandaran Kota Bharu (Bandaraya Islam!) mintak duit terang2 dengan taukey2 kalu ada urusan projek kat Kota Bharu. Konon untuk duit parti... , tapi rumah makin besar.., kereta makin bagus.. Sama2 ahli majlis pun gaduh ... yang tak dapat duit tu ler yang jaja cerita situ sini...
Kalau pakai agak2 jer, toksah tulis... Saya pun pernah sokong PAS bagai nak giler kat Kelantan. La ni dah meluat tengok gelagat pemimpin2 PAS Kelantan.. Cakap tak serupa bikin..!
soalan tentang grandview holdings , datuk foo dan cadangan projek pembangunan di tapak rumah Kelantan di Jalan Stonor hanya CEO PMBK sahaja yang mampu jawab... orang lain tak boleh jawab ... apa tujuan Pak bakaq sebenarnya mengajukan soalan cepu mas ini kepada cik ariffahmi.??? supaya cepat cik arif letak jawatan ke atau ada maksud lain yang ingin didedahkan oleh pak bakaq
kel tak bersih juga...tp banding dgn neg bn kira ok le
salam Pak Bakaq, Yang TGNA jawab statemeng presideng Pas sangat menarik.Ini lah senjata puak anti TGNA dalam Pas dok war war kan temasuk anaknda beliau sendiri. Ada ka punca tok guru dok dengar nasihat orang dan tak pandai buat keputusan sendiri. Presideng lah yang TAK TAHU NAK BUAT KEPUTUSAN. ASYIK2 SURUH TANYA CIK GU PA..... Cik gu pa ni pelingkup lah Cepat lah pecat dia... BADWI PAS
sapa kata TGNA dapat nasihat yang salah???
hantar je lee StopaAli,geng-ABC dan yg sewaktu dgn nya ke KB jadi punahsihat kerajaan Kelantan, mesti tonggang langgang punya, macam kerajaan PAS Trg 1999-2004...nak cakap tu, cermin le muka sendiri dalam tempurong dulu!!!
mengarut rasuah 1 juta... keno bukti lah kalu ado. supo hok puak2 amno rasuah tu, terang2 ado bukti. pah 2 sinar meme putar belik. ambo g dengar sndiri tok guru berucap hari 2.
puak2 amno nok lari dari masalah dio, nyo buruk ko tok guru. doh lah xngaji sekolah, kato lah doa xleh, padahal terang2 doa sbb kene zalim walupon orng 2 islam buleh. sbb islam 2 buleh jadi islam mukmin, fasiq atau munafiq. ngaji gak dulu zambery, muhyiddin agama dulu b4 nok sanggoh tok guru gak.
salam bakaq,aku sebenarnya meluat ahli2 pas ni...kerana mereka ni sukar ditegur dan cepat melenting bila diberi nasihat.kalau pemimpin mereka buat salah,mereka akan bermatian2 pertahankan dan surah/ayat baru akan dikeluarkan untuk pertahan yg orang salah.aku cuma penyokong pas dan mengundi bulan.tetapi aku takkan jadi ahli pas kerana apabila taksub pada pemimpin dan parti sukar untuk diajak berunding secara ilmiah.
Apabila ada individu yang ikhlas nak menegur untuk kebaikan,terus dituduh tali barut UMNO. PAS ni MAKSUM ke ? Sedar la sikit hai manusia.
dalam posting ni saya nampak ada satu gaya berfikir politik
YANG SEPATUTNYA DALAM SUASANA MENUJU POLITIK BARU yang cuba
ditekankan oleh pak bakaq dan meninggalkan cara berfikir sokong
buta tuli taksub asobiyah kroni melampau wala thiqah bombastik
dan tah apa apa istilah - yakni :berfikir dengan jernih .........
keep it up pailang ..........
pak,
lama tak datang sini. aik lain pula nampak cerita sekarang
anom 6
so nak sokokng parti mana ni ..dah semua rasuahnya , aku nak tahu jugak !
Sukarnya utk menerima kenyataan bahawa segalanya telah berlaku kini..arwah ayah pernah berkata "mencuri berdosa walaupun 10 sen apatah lagi banyak nilainya,HUKUMNYA tetap BERDOSA,tu makan DUIT TIDAK HALAL,HAK ORG LAIN tanpa rela..Inilah senario yang berlaku di sekeliling kita..UMNO bantai RM10 juta,PAS hanya bantai RM1 juta..duit RAKYAT tu..kalau tanya bab hukum...kita dah tau apa mereka akan jawab.. yg tu BERDOSA tetapi yg ini TAK APA bantai sikit aje..ada lebihan lagi..ENTAH HUKUM MANA PULA YANG DIRUJUK..??(hukum nak lepas diri..)Nauzubillah.
Yang pandai sangat komen orang ini, orang itu semua tak baik jadi macam mana lah kita suruh orang ini yang tadbir Malaysia, mungkin baru setengah hari perintah negara, negara pun lingkup.