Sedap!! Klik gambar di atas!

2010 lebih tenang kepada PAS?

Oleh kerana PAS memerlukan undi semua pihak, sama ada suka atau tidak kepada orang yang memberikan pandangan, saya yakin PAS perlu juga mengambilkira pandangan orang luar. Berikut saya petik antara pandangan orang luar terhadap PAS dari artikel The Nut Graph bertajuk "The madness of 2009":
PAS-Umno unity talks. It was opposed by PAS's own grassroots but naturally welcomed by Umno. In the end, was the unity talks idea just chest-thumping by president Datuk Seri Abdul Hadi Awang and deputy Nasharuddin Mat Isa? If not political cooperation, was it to strengthen the position of Islam and Malay nationalism? Or did it reflect the leaders' insecurity over PAS's second-fiddle position in the PR? PAS may have solidified its commitment to the PR through the recent Common Policy Framework, but that is no guarantee the idea of PAS and Umno joining hands will not be suggested again.
Tinggal lagi, saya berharap PAS menunjukan sikap berlapang dada terhadap menerima pandangan orang luar yang tidak disukainya. Jangan sampai orang kata, undi orang dia nak, bila orang kritik dia balas dengan maki hamun.

Saya masih teringat Prof Dr Abdul Aziz Bari yang dituduh agen Umno. Ada juga yang berkata, dia tak sepatutnya bercakap fasal politik. Dia bukan pakar politik. Dia belajar undang-undang.

Bolehkah saya kata yang belajar Syariah, Usuluddin dan Dakwah Islam sepatutnya pergi kerja jabatan ugama atau mengajar di masjid dan surau sahaja kerana mereka tidak dilatih dalam bidang politik dan tidak ada wibawa untuk bercakap soal politik?

PAS banyak sangat masalah dalaman yang dicipta oleh pemimpin-pemimpin besarnya serta anak menantu mereka dalam tahun 2009. Mereka boleh menyalahkan blogger yang melapor dan mengulas isu yang mereka cetuskan sendiri. Tetapi adakah itu mencukupi untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang?

Saya harap tahun 2010 lebih tenang kepada PAS. Jika lebih tenang, masa yang ada bolehlah digunakan untuk kita sama-sama berlawan dengan Umno.

Lawanlah Umno dengan cara yang lebih matang, up to date dan kelihatan cerdik. Jangan lawan Umno macam budak bodoh tak sekolah macam aku. Slogan "Umno Pengkhianat Rakyat" tidak memperlihatkan kematangan, kreativiti dan imaginasi yang menjangkau jauh (imej di atas ihsan The Nut Graph).

Berkaitan:
Pas bukan daerah terlarang untuk dipersoal! (Zainulfaqar Yaacob 26/12/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Seteruk-teruk PAS, belum ada lg yg crossover, sehebat2 DAP dan PKR dah bejabu crossover. PKR dah berselerak-tabak, terutama di Sabah. So, siapa yg mengkhianat PR actually?

  2. salam sejahtera pak bakaq dan warga malaysia,

    Semalam selepas solat maghrib seorang sdr baru indian-muslim bernama Omar Abdullah telah dihantar oleh seorang hamba Allah yg lain ke Markaz Tarbiyyah PAS dan Surau Taman Melewar.

    Menurut kisah dari sdr Omar beliau berasal dari Port Dickson, telah mendapat hidayah dan menerima kalimah tauhid kira-kira 4tahun yang lalu.Beliau telah berhijrah ke Bt Mentok, Kemaman, Trg akibat dari tekanan keluarga yang beragama Keristian dan ingin berdikari mencari rezeki yang halal untuk menanggung isteri dan 4org anak yang masih bersekolah.

    Sebulan yg lalu beliau telah ditimpa kemalangan jalanraya, dan terpaksa ke KL untuk urusan tuntutan insurans keatas kecederaan dlm kemalangan tersebut. Oleh kerana karenah birokrasi yang panjang beliau telah terkandas di KL beberapa hari dan kehabisan wang perbelanjaan semasa di KL. Beliau telah cuba mendapatkan bantuan dari PERKIM, JAWI dan beberapa masjid disekitar KL, tetapi tidak ada pihak yang mampu membantu beliau walaupun keperluan beliau tidaklah banyak, mungkin tak sampai 0.00001% dari harga jet TUDM yang hilang. Yang menariknya menurut cerita sdr omar, sebahagian besar yg beliau temui untuk mendapatkan sedikit bantuan telah menasihatkan beliau pergi ke Taman melewar, kononnya disana ada markaz sebuah parti yg memperjuangkan negara Kerajaan Berkebajikan.Menurut sdr omar lagi beliau tidak pernah terlibat dengan kumpulan UMNOputra, tidak seperti Omar Ong yg tersohor dikalangan anggota kumpulan UMNOputra. Setelah bersusah payah dengan bantuan org ramai beliau sampai ke Taman Melewar. Alhamdulillah dengan sedikit bantuan dan keikhlasan ahli jamaah Markaz dan Surau Taman Melewar sdr omar mendapat sedikit sumbangan ikhlas yang mungkin cukup bagi perbelanjaan beliau semasa di KL sehingga urusan beliau selesai dan mungkin dapat membantu belanja dapur beliau bila pulang kesisi keluarga tersayang di Bt Mentok Kemaman.

    Mesej dari kisah diatas ialah kehebatan nama Taman Melewar sebagai mercu tanda perjuangan Negara Berkebajikan sehingga semua pihak yg sdr omar temui untuk sedikit bantuan, menasihatkan beliau ke Taman Melewar. Walaupun warga taman melewar bukanlah golongan jutawan yg kaya2 seperti warga Taman Bt Mahkota atau Putrajaya yg tersohor dengan mercu tanda perjuangan Kerajaan Perpaduan, tetapi insan yang dalam kesempitan dan kesusahan seperti sdr Omar Abdullah telah mendapat pembelaan yg sewajarnya di Taman Melewar.

    Semuga tahun 2010 nanti menjadi tahun kearah memperkasakan perjuangan menegakkan Negara dan Kerajaan Berkebajikan BUKANNYA Kerajaan Perpaduan....amin yaRabbalaalamin.

  3. -perlu ke slogan 'umno pengkhianat rakyat' kalu nk sgt gune slogan tue, tmbah skit 'Umno n proksi Umno pengkhianat rakyat'..elok gune je slogan 'Pas for All' dan 'negara berkebajikan' semula..kukuhkn slogan trsebut lbih elok dr cipta slogan yg nmpak 'hebat'..

    -zargus-

  4. 2010 tetap bercelaru dalam Kepimpinan PAS kerana Kelemahan, lembap dan tidak kreatif pemikiran serta tindakan yang bercelaru dan daif. Baik Ulamak Pemudanya atau Muslimahnya.

  5. Pas baik dan selamat. Semua kepimpinan dalam semua peringkat boleh rehat dan tidur lena.

  6. Konvensyen pun dah lepas..harap2 PAS DAP dan PKR..dapat MEMATANG kan ahli dan pemimpinnya..1970an Malaysia lawan German..bolasepak Olimpik..kalau tak silap..

    Syabas tahniah pada pasukan Arwah Mokhtar Dahari..aku nak komen MATANG.. tak matang..German anggap Malaysia MUSUH tak terkenal..tak ternama..jadi dia main sambil lewa ..namun separuh masa PERTAMA..German tak dapat jaringkan sebijik gol pun..malah nyaris2 gawang German BOCOR..

    Tapi German cepat SEDAR diri..tidak TAKBUR dan RIAK..walaupun KAPIAK..
    Dia HORMATI musuhnya dengan BIJAKSANA..German main cara PANTAS..wall pass..
    Ertinya German bukan sahaja ada LEBIH skill..malah..tidak MEMBODOHKAN musuh..
    Akhirnya German MENANG 3 kosong..

    Aku nak ajar PKR lebih2 pun..aku hanya pengundi biasa..bukan ahli PAS pun..

  7. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    سلام تاهون بارو2010م
    الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد
    اللَّـهُمَّ لا يَأْتِي بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ، وَ لا يَذْهَبُ بِالسَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ
    وَلا حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّـهِ

    Ya Allah , tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau , dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau, Tiada upaya melainkan dengan Allah swt

    SEMOGA KTA SEMUA DIKURNIA AFIAT SEJAHTERA OLEH ALLAH PADA JASMANI DAN ROHANI.
    BERTAMBAH IMAN DAN BARAKAH. TERUS MENYOKONG JEMAAH ISLAM DAN YAKIN ATAS KEBENARAN.

  8. nasihat saya mudah, kepada ahli pas anda perlu keluar mencari kawan untuk kemenangan bukan kawan semasa kawan.

  9. salam pak bakaq..

    depa dah sedaq tu...xkan mamai lagi kut
    bersih cepat betul.

  10. Rakyat Kelantan memang menanti sekiranya PAS memberi laluan kepada anak Kelantan di kawasan masing-masing. Lebih ramai akan melompat kepada PAS dalam PRU13 nanti. Ramai bijak pandai anak Kelantan menyepi kerana tempat anak tempatan diberi kepada orang luar. Mungkin kali ini PAS boleh kenakan pukulan KO kepada BN. BN akan hilang semua kerusi termasuklah kerusi Jeli. Lagipun Tok Pa pun bukannya anak tempatan. Tak ada anak Jeli pun yang berjaya kerana pertolongan Tok Pa. Dia anak Bachok yang mengaku Jeli. Kita pastikan anak Jeli yang menduduki semua kerusi di Parlimen dan DUN Jeli. Lain-lain kerusi tu kacang je nak sapu. Kalau di dedahkan cara UMNO handle pengundi semasa PRU sebelum ini memang semuanya akan lingkup terus.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008