Sedap!! Klik gambar di atas!

10 Muharram

Assalamu'alaika ya Aba 'AbdiLlah 'alaihis salam. Assalamu'alaika ya mazlum, ya Imam Hussain Shahid. Salam ke atas para syuhada di bawah langit merah Karbala.
Tentera Yazid menyerang menggunakan anak panah secara beramai ramai. Ada juga melontar batu dan lembing, ada yang menggunakan pedang sehingga menyebabkan badan Imam Hussein dipenuhi luka dan darah mengalir dengan banyaknya. Kini Imam Hussein dipenuhi anak panah mula terhoyong hayang dan jatuh dari kuda. Lalu seorang demi seorang tentera Yazid menghentam muka dan badan Imam Hussein dengan pedang. Ada juga yang sanggup merejam batu ke arah wajah Imam Hussein.

Kemudian seorang hamba abdi berkulit hitam datang menghampiri Imam Hussein untuk memenggalkan kepalanya. Imam Hussein memandang hamba abdi tersebut seraya berkata,

"Wahai sahabatku, sesungguhnya wajahmu mirip Bilal, sahabat Rasulullah. Sudahkah anda solat Zuhur?" Hamba abdi tersebut terperanjat lalu mencampakkan pedangnya dan berlari sambil menjerit ketakutan.

"Apa yang telah aku lakukan? Bagaimana aku dapat memenggal kepala manusia ini? Dia sebenarnya seorang yang mulia lagi suci. Di saat kematiannya pun dia boleh menasihati aku supaya mendirikan solat."

Seorang tentera Yazid bernama Syimr bin Dzil Jausyan menghampiri Imam Hussein dengan pedang terhunus. Imam Hussein yang melihat kedatangan Syimr lalu berkata,

"Wahai Syimr! Daku tahu tujuanmu. Berilah daku masa untuk melakukan dua sujud." Kemudian Imam Hussein pun melakukan sujud pertama sambil berdoa, "Ya Allah, segala pujian untukMu Ya Allah!" Seterusnya Imam Hussein mengangkat kepala untuk melakukan sujud kedua. Lalu Syimr durjana tidak membenarkan Imam untuk melakukannya dengan menduduki badan suci Imam Hussein dan memenggal kepalanya. Maka, terpisah jasad dan kepala suci Sayyidus Syuhada, Imam Hussein a.s pada berdekatan waktu/selepas asar pada 10 Muharram tahun ke 61 Hijrah.
Wahai Imam yang dikasihi. Izinkanlah kalimah sucimu menjadi pedoman saya yang serba bersalah ini:
Tidakkah anda melihat kebenaran dan kenapakah tidak melaksanakannya?

Kebatilan dan kejahatan mengapa tidak boleh dihentikan?

Hidup bersama dengan si zalim bagaikan duri yang menikam serta api yang membakar

Kenalilah akal dan tentera-tenteranya serta kenalilah kejahilan dan tentera-tenteranya

Janganlah kalian keberatan menjelaskan kebenaran sebagaimana kebenaran disembunyikan di depan masyarakat yang murka.

Kebaikan adalah pembantu kepada akal. Sesiapa yang menyukai amalan baiknya dan tidak menyukai amalan buruknya maka dia adalah Mu'min.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Kita kena ikut Imam Husin. Imam telah berdoa kepada Allah tanpa bertawasul kepada manusia. Jadi kita juga kena berdoa kepada Allah bukannya kepada manusia.

  2. Salavat!

  3. Kalimah Imam juga ada menyebut;

    Tidak sempurna akal seseorang kecuali hanya dengan mengikuti kebenaran.

  4. Ya Husin... Pengorbananmu dan perjuanganmu menjadi obor pembakar kepada kami.
    Kepadamu dan keluargamu juga sahabatmu Salam dariku yang banyak dosa ini ..
    Man Nawa

  5. hampeh...syiah rupanya!!

  6. Kesiannya penulis komen diatas..dia kurang Ilmu atau banyak tetapi menyesatkan..doa kami beliau di berikan hidayah untuk memahami..erti 10 Muharram..Amin..

  7. tulisan yang sesat lagi menyesatkan....kaji sejarah dengan betul siapa yang bunuh saidina husain...betul ke arahan dari yazid bin muawiyah itu untuk membunuh saidina husain?...jangan kelirukan masyarakat dengan tulisan yang mcm ini..

  8. "Dan ketika ia terluka dan kemudian jatuh, mereka menyembelihnya dan merompak apa saja yang ada di atas jasadnya, mengoyak-ngoyak baju yang menutup tubuhnya, kemudian menggilasnya dengan kuda-kuda dan menginjak-injaknya dengan kaki-kaki mereka. Setelah itu mereka beralih ke khemahnya, merompak isinya, mencabik-cabik pakaian para wanita, memenggal kepala-kepala setiap orang yang telah gugur di Karbala dan membawa semuanya ke Kufah. Ibnu Ziyad tidak cukup menjadikan itu semua sebagai barang tontonan di hadapan orang banyak tetapi ia naik ke atas mimbar Masjid Jami' dan berkata: "Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menampakkan kebenaran dan ahlinya, memenangkan Amirul Mukminin Yazid dan kelompoknya serta membunuh si pendusta putera si pendusta, Husein bin Ali dan pengikut-pengikutnya"

    Memang ada beberapa perbezaan dalam riwayat-riwayat yang menyebut menyebutkan tentang tindakan Yazid dan ucapan-ucapannya di Istana Damsyik, tetapi sekiranya kita meninggalkan semua riwayat ini dan mempercayai satu riwayat saja yang menyatakan bahawa Yazid telah menangis ketika menyaksikan penggalan kepada Husein dan kawan-kawannya lalu ia berkata: "Sesungguhnya aku sudah puas dengan ketaatan kalian tanpa membunuh Husein. Terkutuklah cucu Sumayyah. Demi Allah, sekiranya aku yang berhadapan dengannya, nescaya aku akan mengampuninya."

    Dan bahawa ia juga berkata: "Demi Allah, wahai Husein, sekiranya aku berada di hadapanmu, niscaya aku tidak akan membunuhmu." Sekiranya riwayat itu kita percaya maka masih ada pertanyaan yang ingin kita tanyakan, hukuman apakah yang telah dilakukan oleh Yazid ke atas diri gabenornya yang durjana itu atas perbuatannya melakukan kezaliman yang besar ini?

    Berkata Ibnu Katsir bahawa Yazid tidak pernah menghukum Ibnu Ziyad, tidak memecatnya, bahkan tidak pernah mengirim sepucuk surat kecaman pun kepadanya."

    [Lihat S.Abul Ala Maududi; Khilafah dan Kerajaan, jika cetakan Dewan Pustaka Fajar rujuk halaman 233-234]

  9. Imam Husin memang perlu dikasihi,yang kita tolak syiah sesat yang menghina sahabat rasul.kalau ni la yg dip[uja..hancor kan penjilat syiah ghulat

    Benarkah Yaziz pembunuhnya? isk isk kaji dulu ok

    Mail.

  10. Bodo..saidina Hasan puak Syiah gak yg bunuh..yg 2 hangpa tak mau nak igt plak..sienn

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008