
Orang tanya, siapa Kolonel Mat yang Tok Guru sebut dalam berita Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk "'Konspirasi jatuhkan saya'". Kalau orang Kelantan pun tak tau, mana aku tau, saya kata. Ketua Pengarah Task Force 2010 (Malaysia), Leftenan Jeneral Datuk Wan Abu Bakar Omar, saya pernah la dengar nama dia. Boleh baca dalam posting sebelum ini yang bertajuk "Wan Abu Bakar tahu siapa Nasharudin?"
Apa pun, saya seronok cara Abe Tah jawab. Itulah jawapan orang politik. Lihat jawapannya dalam berita Utusan hari ini yang bertajuk "'Kolonel Mat' hanya kiasan". Tidak mungkin semua masalah boleh diselesaikan dengan jawapan Abe Tah itu. Tetapi, mungkin boleh selesai 10 atau 20 peratus dari semua masalah jika wartawan dah naik boring nak bertanya lagi siapa itu Kolonel Mat. Mungkin.
Tetapi, kalau wartawan berkeras juga nak cari siapa Kolonel Mat tu, letih PAS Kelantan dan seluruh organisasi PAS dibuatnya. Nak cari di mana si Mat tu? Di Wakaf Bharu ka?
Kalau benar kepimpinan Tok Guru digugat konspirasi yang didalangi si Mat tu, lekeh sangatkah PAS Kelantan hendak menghadapinya sehingga terpaksa berkeriau dalam akhbar? PAS Kelantan tak mampukah menghadapi senyap-senyap si Mat tu dan kemudiannya menghancurkan konspirasinya tanpa perlu membuat bising dalam akhbar?
Bukan susah sangat. Zaman Tan Sri Asri Muda jadi Yang Dipertua Agung PAS dulu terkenal dengan kata-kata "kapak tak akan dapat menebang pokok kayu jika tak ada kayu yang jadi hulu kapak". Kalau benar konspirasi si Mat tu yang mengancam kepimpinan Tok Guru, tentulah ada alat perkakasnya dari dalam tubuh PAS sendiri.
Kenalpasti siapa alat perkakas si Mat tu di dalam PAS. Ambil tindakan yang munasabah untuk selesaikan senyap-senyap. Tak payah buat bising.
Memanglah, paling mudah menyalahkan orang lain. Salahkan kolonel itu dan ini, salahkan blogger, salahkan semua orang kecuali diri sendiri. Soalnya, adakah selesai semua masalah dengan cara itu?
Saya ingat masalah PAS Kelantan sudah hampir selesai dengan berita Haji Husam Musa menolak menjadi pengganti Tok Guru sebagai Menteri Besar Kelantan. Tambahan pula, pengakuan Husam itu ditahqiqkan pula hari ini oleh berita yang meraikan pengakuan itu dalam Utusan hari ini bertajuk "Pengganti Nik Aziz mesti ada latar belakang agama".
Kalau pengakuan Husam itu sudah ditahqiqkan, sudah tentulah sebahagian besar masalah sudah selesai dan masa yang ada boleh digunakan untuk melawan Umno dan tidak lagi bermesyuarat sesama sendiri untuk meminggirkan Husam.
Tiba-tiba, timbul pula isu Kolonel Mat. Hebat sungguh si Mat itu sehingga orang-orang PAS Kelantan tak mampu melawan beliau dan terpaksa keriau dalam akhbar. Si Mat tentu lebih hebat dari Wan Abu Bakar yang berjaya dikatuk-katuk oleh orang-orang PAS sendiri sehingga kalau kita sebut perkataan kerajaan perpaduan, orang-orang yang menyokong kerajaan perpaduan akan menjerkah kita dan menyifatkan kita lebih jahat dari Yahudi.
Buruk dan busuk sungguh idea kerajaan perpaduan itu sehingga kita dimaki hamun oleh penggian-penggian kerajaan perpaduan sendiri jika kita menyebut perkataan itu. Kalau benda baik, tentulah tidak salah dan orang tidak marah kalau kita sebut perkataan itu.
Hari ini, muka depan akhbar Utusan menyiarkan berita bertajuk "Suara luar gugat PAS". Saya nak tanya, bodoh sangatkah pemimpin PAS hingga boleh digugat oleh suara luar? Pada saya, rungutan seperti itu hanya menelanjangkan betapa bangangnya para pemimpin PAS kepada rakyat yang mengharapkan PAS menjadi lawan yang boleh diharapkan kepada Umno.
Rakyat mengharapkan orang-orang yang cerdik untuk menamatkan kekuasaan Umno. Tetapi, kalau bangang nak mampos sehingga boleh digugat dengan mudah oleh suara luar, nak harap lagu mana?
Kalau orang luar seperti bakaq ini mampu mempengaruhi pemimpin PAS dengan mudah, lagi baik berhenti jadi pemimpin PAS. Balik rumah jaga anak atau jaga cucu lagi baik.
Saya dah kata jenuh dah. Pemimpin PAS semakin menjadi perhatian semua orang. Kenyataan mereka menjadi perhatian media. Mereka mestilah cerdik atau sekurang-kurangnya kelihatan cerdik. Kalau mereka bangang atau kelihatan bangang, habislah PAS. Masalahnya, imej Islam yang jadi mangsa kerana PAS memperjuangkan kehendak Islam.
Tolonglah ingat. PAS tak ada pegawai kerajaan macam Umno. PAS tak ada polis, tak ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tak ada mahkamah. PAS tak ada media arus perdana. PAS juga tak ada tauke besar yang menyokongnya.
PAS hanya kuat jika ia bersih, tak bangang, tak amalkan kronisme, tak khianat kawan yang berjuang bersama-samanya dan tak ambil duit tauke yang berkepentingan untuk belanja pilihan rayanya atau untuk belanja aktiviti parti. Hanya dengan cara itu PAS betul-betul kuat untuk lawan Umno. Tidak ada dua cara.
Apa pun, masih boleh bergembira hari ini dengan kenyataan yang kelihatan cerdik dalam berita Sinar Harian hari ini seperti berikut:
Kolonel Mat yang saya kenali ialah arwah ayah saya (Sheih 28/11/09)
Pemimpin Pas patut dedah, siasat siapa 'Kolonel Mat'
Apa pun, saya seronok cara Abe Tah jawab. Itulah jawapan orang politik. Lihat jawapannya dalam berita Utusan hari ini yang bertajuk "'Kolonel Mat' hanya kiasan". Tidak mungkin semua masalah boleh diselesaikan dengan jawapan Abe Tah itu. Tetapi, mungkin boleh selesai 10 atau 20 peratus dari semua masalah jika wartawan dah naik boring nak bertanya lagi siapa itu Kolonel Mat. Mungkin.
Tetapi, kalau wartawan berkeras juga nak cari siapa Kolonel Mat tu, letih PAS Kelantan dan seluruh organisasi PAS dibuatnya. Nak cari di mana si Mat tu? Di Wakaf Bharu ka?
Kalau benar kepimpinan Tok Guru digugat konspirasi yang didalangi si Mat tu, lekeh sangatkah PAS Kelantan hendak menghadapinya sehingga terpaksa berkeriau dalam akhbar? PAS Kelantan tak mampukah menghadapi senyap-senyap si Mat tu dan kemudiannya menghancurkan konspirasinya tanpa perlu membuat bising dalam akhbar?
Bukan susah sangat. Zaman Tan Sri Asri Muda jadi Yang Dipertua Agung PAS dulu terkenal dengan kata-kata "kapak tak akan dapat menebang pokok kayu jika tak ada kayu yang jadi hulu kapak". Kalau benar konspirasi si Mat tu yang mengancam kepimpinan Tok Guru, tentulah ada alat perkakasnya dari dalam tubuh PAS sendiri.
Kenalpasti siapa alat perkakas si Mat tu di dalam PAS. Ambil tindakan yang munasabah untuk selesaikan senyap-senyap. Tak payah buat bising.
Memanglah, paling mudah menyalahkan orang lain. Salahkan kolonel itu dan ini, salahkan blogger, salahkan semua orang kecuali diri sendiri. Soalnya, adakah selesai semua masalah dengan cara itu?
Saya ingat masalah PAS Kelantan sudah hampir selesai dengan berita Haji Husam Musa menolak menjadi pengganti Tok Guru sebagai Menteri Besar Kelantan. Tambahan pula, pengakuan Husam itu ditahqiqkan pula hari ini oleh berita yang meraikan pengakuan itu dalam Utusan hari ini bertajuk "Pengganti Nik Aziz mesti ada latar belakang agama".Kalau pengakuan Husam itu sudah ditahqiqkan, sudah tentulah sebahagian besar masalah sudah selesai dan masa yang ada boleh digunakan untuk melawan Umno dan tidak lagi bermesyuarat sesama sendiri untuk meminggirkan Husam.
Tiba-tiba, timbul pula isu Kolonel Mat. Hebat sungguh si Mat itu sehingga orang-orang PAS Kelantan tak mampu melawan beliau dan terpaksa keriau dalam akhbar. Si Mat tentu lebih hebat dari Wan Abu Bakar yang berjaya dikatuk-katuk oleh orang-orang PAS sendiri sehingga kalau kita sebut perkataan kerajaan perpaduan, orang-orang yang menyokong kerajaan perpaduan akan menjerkah kita dan menyifatkan kita lebih jahat dari Yahudi.
Buruk dan busuk sungguh idea kerajaan perpaduan itu sehingga kita dimaki hamun oleh penggian-penggian kerajaan perpaduan sendiri jika kita menyebut perkataan itu. Kalau benda baik, tentulah tidak salah dan orang tidak marah kalau kita sebut perkataan itu.
Hari ini, muka depan akhbar Utusan menyiarkan berita bertajuk "Suara luar gugat PAS". Saya nak tanya, bodoh sangatkah pemimpin PAS hingga boleh digugat oleh suara luar? Pada saya, rungutan seperti itu hanya menelanjangkan betapa bangangnya para pemimpin PAS kepada rakyat yang mengharapkan PAS menjadi lawan yang boleh diharapkan kepada Umno.
Rakyat mengharapkan orang-orang yang cerdik untuk menamatkan kekuasaan Umno. Tetapi, kalau bangang nak mampos sehingga boleh digugat dengan mudah oleh suara luar, nak harap lagu mana?
Kalau orang luar seperti bakaq ini mampu mempengaruhi pemimpin PAS dengan mudah, lagi baik berhenti jadi pemimpin PAS. Balik rumah jaga anak atau jaga cucu lagi baik.
Saya dah kata jenuh dah. Pemimpin PAS semakin menjadi perhatian semua orang. Kenyataan mereka menjadi perhatian media. Mereka mestilah cerdik atau sekurang-kurangnya kelihatan cerdik. Kalau mereka bangang atau kelihatan bangang, habislah PAS. Masalahnya, imej Islam yang jadi mangsa kerana PAS memperjuangkan kehendak Islam.
Tolonglah ingat. PAS tak ada pegawai kerajaan macam Umno. PAS tak ada polis, tak ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tak ada mahkamah. PAS tak ada media arus perdana. PAS juga tak ada tauke besar yang menyokongnya.
PAS hanya kuat jika ia bersih, tak bangang, tak amalkan kronisme, tak khianat kawan yang berjuang bersama-samanya dan tak ambil duit tauke yang berkepentingan untuk belanja pilihan rayanya atau untuk belanja aktiviti parti. Hanya dengan cara itu PAS betul-betul kuat untuk lawan Umno. Tidak ada dua cara.
Apa pun, masih boleh bergembira hari ini dengan kenyataan yang kelihatan cerdik dalam berita Sinar Harian hari ini seperti berikut:
Belum tiba masa cari pengganti Tok Guru: AhmadBerkaitan:
Sinar Harian (28/11/09): Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, masih belum tiba masa untuk mencari siapakah yang bakal mengantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan
Beliau berkata, Pilihan Raya Umum (ke-13) tidak lama mana lagi untuk mempertahankan kepemimpinan Pas di negeri itu, malahan Nik Abdul Aziz juga masih boleh mentadbir dengan baik.
“Pentadbiran bawah Tok Guru tidak ada masalah pun. Jadi saya berpendapat keperluan untuk ganti belum sampai lagi. Lainlah kalau dalam keadaan terdesak. Setakat ini Tok Guru boleh mentadbir dengan baik,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau diminta mengulas isu berhubung pengganti Nik Abdul Aziz berikutan laporan akhbar berhubung perkara itu.
Ahmad berkata, perkara itu bukan boleh diputuskan oleh seorang atau dua pemimpin, tetapi perlu mengikut prosedur.
“Kita ada forum, ada Badan Perhubungan, ada majlis wakil-wakil rakyat dan ada dewan harian. Sehingga ke hari ini kita tidak pernah bincang perkara ini, walaupun dalam mesyuarat dewan harian.
“Tiba-tiba keluar dalam akhbar. Pada saya masih belum masanya. Cuma mungkin sekarang ini sahabat-sahabat memberi pandangan. Pandangan peribadi itu tidak ada hal. Tetapi di dalam parti, dalam kerajaan dan pentadbiran isu ini tidak berbangkit.
“Kita boleh teruskan kepimpinan Tok Guru kerana tiada masalah. Saya akan terus membantu Tok Guru,” katanya.
Ditanya mengenai pendapat yang beliau boleh menjadi pengganti Menteri Besar yang baik, Ahmad berkata “Itu hanya pendapat.
“Tetapi wartawan tidak perlu mencari bakal mengganti Menteri Besar. Sampai masa, patah tumbuh hilang berganti,” katanya.
Kolonel Mat yang saya kenali ialah arwah ayah saya (Sheih 28/11/09)
Pemimpin Pas patut dedah, siasat siapa 'Kolonel Mat'
Nik Aziz dakwa wujud dalang jatuhkan beliau, Pas Kelantan
Berita Harian (28/11/09): Pelbagai pihak dalam Pas tertanya-tanya siapa 'Kolonel Mat' yang dimaksudkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai dalang utama merancang untuk menjatuhkannya dan kerajaan Pas Kelantan.
Gelaran yang diberikan Nik Aziz dalam ucapannya pada majlis memperingati Hari Wukuf di Kota Bharu, kelmarin menjadi persoalan sama ada watak 'Kolonel Mat' adalah individu dalam parti itu sendiri atau orang luar.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan mengakui beliau turut tertanya-tanya siapa 'Kolonel Mat'.
Bagaimanapun, Dewan Pemuda Pas mahu kepemimpinan tertinggi parti memandang serius dakwaan Nik Aziz.
"Oleh kerana dakwaan itu datangnya dari mulut Tok Guru sendiri, sudah tentu ada sesuatu yang perlu disiasat," katanya.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga tidak pernah mendengar mengenai 'Kolonel Mat' dan terkejut dengan kenyataan Nik Aziz.
"Saya tak tahu, semalam (kelmarin) baru saya dengar... saya pun terkejut tetapi tak sempat nak bertanya kepada Tok Guru," katanya.
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yang menunaikan haji di Makkah, juga mengakui tidak pernah mendengar nama 'Kolonel Mat'.
Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, enggan mengulas kerana ingin mendapatkan penjelasan daripada Nik Aziz terlebih dulu.
Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa tidak mahu memberikan sebarang komen.
Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haron, pula berkata Nik Aziz tidak perlu mendedahkan siapa 'Kolonel Mat' jika individu itu dari kalangan pemimpin Pas sendiri.
"Nak dedah atau tidak, terpulang kepada tok guru (Nik Aziz)... kalau ada (Kolonel Mat), kena selesaikanlah. Kalau (didalangi) orang dalam, kita selesaikan secara dalaman, kalau orang parti (Pas) tak perlu dedahkan," katanya.
Bagaimanapun, beliau yakin 'Kolonel Mat' tidak wujud, sebaliknya ia sekadar kata-kata kiasan atau gurauan Nik Aziz.
Sementara itu, Nik Aziz yang ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini, semalam, masih mempertahankan kenyataannya 'Kolonel Mat' berusaha menjatuhkan beliau dan Pas di Kelantan.
Beliau mendakwa, konspirasi untuk menjatuhkan Pas di Kelantan termasuk beliau bukan perkara baru dan usaha itu akan terus dilakukan.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan siapa dimaksudkannya sebagai 'Kolonel Mat' dan sama ada dia orang dalam parti atau pihak luar.
"Itu dia punya pasallah (Kolonel Mat bekerja untuk siapa), tetapi orang buat khianat pada Kelantan termasuk orang yang saya sebut ini (Kolonel Mat) barang sahih," katanya.











Cantik? Klik 






macam2 tok guru ni.. memeningkan kepala orang.. bila lah nak duduk pakat lawan bn sungguh2, kalau tak habis2 layan kenyataan2 tok guru ni..
"Oleh kerana dakwaan itu datangnya dari mulut Tok Guru sendiri, sudah tentu ada sesuatu yang perlu disiasat," katanya.
semasa tgna suruh nasharuddin letak jawatan dulu, nape kpp ni tak bertutur pun?
semasa tgna saran muktamar khas, kpp ni kelu jugak!
banyak yang tak kena dengan kpp ni... kena beli ke?
pak bakaq, dengan puak2 ni, tak dok lagu2 doh, bagi pelempang je.
mungkin ada orang bimbang tgna dapat kalahkan dia jadi mb lebih lama dari dia jadi piem... jeng, jeng, jeng...
Tersangat tak kelas Nik Aziz mengutuk arwah ayah Kickdefella "Kolonel Mat" dalam surat khabar. Inikah yang dikatakan ulama?
Pak Bakaq,Kolonel Mat dah meninggal dunia dah.Apa Nik Aziz dot merepek.
salam,
ini pandangan akulah, "kolonel Mat" yang disebut TGNA nie mmg bentuknya kiasan.
Macam cara org Arab menggunakan nama "abu"...biasanya panggilan "Abu" digunakan oleh teman2 rapat...contohnya jika anaknya bernama "Hisham" dia akan dipanggil dgn nama "abu Hisyam" dikalangan rakan2 rapatnya.
Saya yang bekerja sudah lebih 2 tahun di Saudi nie pun dikenali dgn nama "abu Hadi" oleh teman2 sekerja.
Jadi ape yang saya boleh simpulkan nama "Kolonel Mat" yang disebut TGNA ada kaitan dgn "kolonel Mat" sendiri atau keluarganya.
Wallahualam
Kul am waantum bil khair utk semua...
TGNA tak merepek ..
Dia memang tahu yang Kolonel Mat dah meninggal .. Jelas sekali dia hanya berkias dan sebenarnya merujuk kepada anaknya si Kolonel Mat iaitu Kickdefella .. Dalam bebanyak pengomen, si Awe ( Saturday, November 28, 2009 7:54:00 PM MYT ) yang cerdik dan dapat tangkap maksud !
Pengomen yang lain lain la yg duk merepek sebab " hoktu mo pong tok nakkak lagi " bak kata orang Kelantan ..
Berjujut karenah yang disebarkan oleh media pro-BN menjalankan agenda perang sarafnya terhadap PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Mereka menyerang PAS dan PKR yang kekuatannya amat mengejutkan Umno itu; sokongan orang-orang Melayu terhadap parti kebangsaan itu merosot sakan, gagasan 1Malaysia Najib-Muhyiddin masih retorika untuk melindung barah dan kudis dalam Umno-BN.
Satu demi satu berita fitnah, tohmah dan bohong dihidangkan oleh media BN semata-mata untuk memburuk-buruk Pakatan Rakyat(PR) dan pimpinannyadi mata rakyat. Ianya tidak lain tidak bukan bertujuan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa PR adalah parti bermasalah, pimpinannya bermasalah dan perpaduan dalam PR juga bermasalah.
Kita semua sedar bahawa BN berada dalam keadaan tersepit dalam isu royalti minyak dan masalah dalaman MCA. Maka cara untuk mengalihkan tumpuan rakyat ialah membesar-besarkan isu kecil yang dikatakan sensasi.
Diharapkan para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat perlu bersabar, teruskan wala' kita kepada pimpinan dan tidak mudah melatah dengan karenah Umno-BN. Banyak orang mengatakan media pro-UBN adalah media hiburan, menyebar fitnah dan pembohongan; sukar mencari kebenaran melaluinya kecuali keputusan Toto dan Nombor Ekor!!!
kalau benar tgna maksudkan kolonel mat tu bapa kickdefella, nampaknya perbalahan ini adalah perbalahan keluarga, tak mungkin tuan guru bertindak sebegini. kolonel mat lebih berat kepada ejen perisikan tentera.
Saya sangat setuju dgn ulasan saudara.
sekarang kena cari sume cd2 mahupun kaset2 lama ceramah tokguru. ada org kata dh tok guru selalu sebut namat kol. mat dulu-dulu
pak bakaq, aku dah muak dengan kerenah TGNA. Tu lah lama sangat dok pegang jawatan. dulu kata kat PM Mahathir, sekarang kena batang hidung sendiri.anaknya amalina tu pun sama, dia je betul orang lain semua salah. kalau diteliti suratnya, ianya tidak ada melambangkan seorang anak tok guru. tulisannya hampeh, kononnya dari keturunan yang terpilih tapi mengata orang dan menuduh orang tanpa apa-apa bukti.
manusia ni, kalau terlalu lama berkuasa gini lah jadinya. amalkan kronisma
mengenali identiti ‘kolonel mat’ bukanlah satu pencapaian yang perlu dibanggakan. mengenalpasti siapa “yang dominan dalam gerakkerja” ‘kolonel mat’ bukanlah susah sangat. tetapi mengenalpasti orang dalam yang rapat dengan 'kolonel mat' adalah satu pencapaian.
“yang dominan dalam gerakkerja” ‘kolonel mat’ bukan asing bagi pas. ia merupakan seteru berdaftar pas sejak 1951 lagi. melihat ke belakang, apakah ‘kolonel mat’ tu wujud hanya semasa tgna? apakah yang membolehkan kelantan dimagerankan pada 1977 dulu bukan hasil kerja ‘kolonel mat’ masa itu?
mengenalpasti “yang dominan dalam gerakkerja” tidak sukar. apabila kita kenal musuh kita, kita juga akan tahu muslihatnya. ‘kolonel mat’ tidak akan berjaya dalam misinya tanpa kerjasama orang dalam. tugas utama “yang dominan” ialah mengenalpasti siapa yang perlu disasarkan. ‘kolonel mat’ hanya orang penghubung di antara “yang dominan” dengan “sasaran” yang telah dipilih untuk memusnahkan ketahanan pihak lawan (pas).
dalam politik, kerja2 untuk melumpuhkan pihak lawan tidak akan terhenti malah akan digandakan kerana kemusnahan musuh merupakan keuntungan kepadanya. yang penting bagi pas ialah mengenalpasti siapa orang dalam yang telah, dengan sukarela, secara terpaksa, menjual diri/dibeli, oleh ‘kolonel mat’. individu/kumpulan yang terlibat perlu diambil tindakan kerana sudah banyak maklumat parti sudah dikongsi dengan 'kolonel mat’ sama ada secara sukarela/terpaksa/dibeli tadi.
mengenalpasti mereka dan tidak mengambil apa2 tindakan terhadap mereka hanya mendedahkan betapa lemahnya parti yang dasarnya islam, yang bernama pas ini! dasarnya sahaja islam, tetapi tindaktanduknya jauh sekali.
episod ‘kolonel mat’ ni boleh dikaitkan dengan ‘pertemuan dalam gelap dan unity government’. ‘kolonel mat’ dalam episod ‘pertemuan dalam gelap’ bukan rahsia lagi. orang2 dalam yang terlibat juga dikenalpasti. tiada apa tindakan diambil oleh pas. kelemahan pas dalam menangani isu tersebut membolehkan “yang dominan” dengan ‘kolonel mat’ yang sama meneruskan agenda mereka. 'pertemuan dalam gelap' disambung dengan part 2 - unity govenrment. melalui orang dalam yang sama.
pas tidak mampu mengambil tindakan terhadap ‘kolonel mat’, apakah pas juga tidak mampu mengambil tindakan terhadap orang dalam yang telah sanggup menjadi agen lawan bagi menghancurkan pas?
wallahu'alam
pas dah makin celaru. mcm tembok kayu distudio filem. dari depan nampak ok tapi pandang dari belakang kosong aja
INI LAH SIFAT SIFAT SEORANG YANG MUDA LILUL YANG DAH SAMPAI KE SETESEN BAS.