Untung besar! Orang Umno dalam PAS

Malaysiakini semalam melaporkan berita bertajuk "Blog siar rakaman bai'ah talak tiga" (lihat posting Abdul Rahman Abdul Talib bertajuk "Rakaman dialog bloggers dengan Ustaz Nasa/DatoHasan (Baiaah Taalik)". Lihat juga postingnya yang bertajuk "Perkara yang saya dedah bukan rahsia lagi, ianya sudah berada dalam tangan Umno").

Tadi, saya menziarahi Haji Mohamad Sabu yang baru pulang dari luar negara. Beliau mempunyai pandangan lain mengenai perkara itu (Lihat berita Harakahdaily 13/11/09 "Tiada lafaz 'cerai talak tiga' dalam bai'ah PAS").

"Orang Umno kekal dalam PAS pasai bai'ah tu. Dia nak lompat tak boleh, tapi jiwa dia dah Umno. Lagi untung Umno. Tak payah susah-susah (aturkan babak lompat). Orang dia dah ada dalam PAS. Lagi bagus, lagi untung Umno," katanya.

Bila kami tanya tentang ribut-ribut baru-baru ini sehingga terpaksa buat mesyuarat khas dan seminar, dia kata, "Aku tak campoq. Aku benci".

Beliau juga mengakui persepsi masyarakat terhadap PAS jatuh merudum. "Boleh jadi tak dak sapa dah dalam PAS yang jumpak sulit-sulit dengan Umno. Tapi persepsi orang (terhadap PAS) dah rosak," katanya.

"Dah rosak, bukan senang nak perbetui".

Ketika kawan-kawan lain pakat-pakat balik dan saya bersembang dengan dia sahaja, saya tanya perlukah buat perubahan dalam kepimpinan PAS?

Mat Sabu terus menegaskan: "Dua tu kena kekal (maksudnya Tok Guru Mursyidul Am dan Tok Guru Presiden)".

Saya diam sahaja sebab saya tengah berminat dengan cadangan supaya Presiden dan Timbalan Presiden PAS pegang jawatan paling maksimum tiga penggal sahaja dan setiap penggal dipanjangkan kepada tiga tahun dan bukan dua tahun seperti sekarang. Kepimpinan parti pula dipilih di peringkat cawangan-cawangan dan bukan lagi di dalam Muktamar PAS di peringkat pusat.

"Tak dak orang yang layak nak ganti. Langsung tak dak," katanya.

"Kadang-kadang, kalau orang tu kata tak dak orang yang layak nak ganti, dalam hati dia berasa dia la yang layak. Aku pun tak layak," katanya lagi.

"Abang Mat nak buat apa?" saya tanya dia.

"Aku nak lawan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dalam dan luar parti (PAS)," kata Mat Sabu.

Tengah tulis ni saya teringat yang beliau bersetuju sangat dengan institutional change yang beberapa kali disebutkan kebelakangan ini (yang saya ingat, dua orang pemimpin PAS yang sakan dok cadang institutional change tu ialah Haji Mahfuz Omar dan Haji Salahuddin Ayub).

Antara lain, institutional change tu melibatkan badan-badan yang berkaitan integriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). SPRM mesti bertanggungjawab dan answerable kepada Jawatankuasa Khas Parlimen. Badan-badan tersebut mesti dibebaskan dari cengkaman Perdana Menteri, tidak kira siapa pun Perdana Menteri.

Begitu juga polis, mesti wujud badan seperti Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Badan yang berkaitan dengan demokrasi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga mesti bertanggungjawab dan answerable kepada Jawatankuasa Khas Parlimen.

Dari segi melaksanakan kehendak Fasal 153 Perlembagaan Malaysia pula, badan-badan seperti MARA dan Tabung Haji juga mesti bertanggungjawab dan answerable kepada Jawatankuasa Khas Parlimen. Itu institutional change yang selalu saya dengar depa sebut.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.
ImageChef Custom Images

  1. Chicken or egg situation..
    Mana satu nak ubah dulu tukar kerajaan UMNO/BN ke atau ubah SPR, SPRM dan IPCMC Bakaq?

    Yang hang dan aku hanya ada kertas undi sahaja - itu pun setiap lima tahun sekali.. Pun begitu, orang lain mungkin otak sengek susah nak diharapkan.

  2. apapun abang mat paling best. abang penyelamat kaum ulama. kalau tiada abang mat belum tentu ustaz nasha menang lawan dato husam. Kedua-dua mereka berjiwa elit, abang mat berjiwa rakyat.

    saya memang suka abang mat, salahudin dan manfuz. tiada sikap elit dalam perangai kalian.

  3. Kebanyakkan kita melawan rasuah dan menentang rasuah dalam dan luar rumah kerana rasuah itu diberi dan dapat kepada orang lain.

    Agak agaknya kalau rasuah itu diberi dan dapat kepada kita secara dalam pelbagai bentuk seperti tajaan ke luar negeri, apakah kita bermati matian melawan 'rasuah' tersebut?

    Kes Lingam belanja bekas Hakim, secara moralnya sudah dikira rasuah, jijik, dicerca dan jadi modal politik.

    Kes Nik Aziz ditaja ke Mekah - apa kata Mat Sabu ??? Ada definasi, tafsiran dan kamus baru lain pula kot...

  4. Mat Sabu punya pandangan tu ok. Yang paling masalah kerana Pas sekarang dikuasai oleh mereka yang kata lebih sharie bersatu dengan umno daripada pakatan...bukan saja persepsi dah berterabur Pas sendiri pun boleh lingkup oleh stretegi puak2 yang dah kalah di Trengganu ni.. dan depa berjaya ajak agen agen Umno bersama mereka ; BADWI PAS

  5. MAT SABU PUNYA PANDANGAN TU OK TAPI KENA TUKAR JAWATAN; TGNA JADI PRESIDENT DAN TGHH JADI MURSYIDUL AM

  6. Pak Bakar;

    Ustaz Hadi, Haron Din, Ustaz Harun Taib, Nasharuddin Mat Isa, Mustaffa Ali, Hasan Ali dan beberapa kerat lagi merupakan nama2 yang bermain dibibir mulut ahli bawahan yang tampal poster, panjat pokok, panjat tiang letrik, berpanas, berhujan......mereka dikaitkan dengan "Kerajaan Perpaduan" yang telah ditutup pintunya tapi belum dikunci.

    Kata seorang sahabat yang tinggal berhampiran Markaz Tarbiyyah PAS Pusat: "PAS bagus, tapi pemimpinnya tidak bagus"

  7. Anti rasuah dan malaun dalam selimut said...

    Abang Mat for president! A new dawn for Pas!

  8. Abang Mat, you kat mana .... org tengah gaduh, you diam aje ... dulu masa tanding Tim. Presiden, wa suruh lawan betul-betul ... You buat tak mahu .... Skrg apa dah jadi ...
    semua cakap you skrg penting ... ahli PAS dah sedar ... ada banyak munafik dlm PAS ... kerja tak buat .... TQ penarek beca - menulis kerja kau mempercayai kerja pembaca.

  9. Apa tujuan Hassan Ali?

  10. Hasan ali seorang ahli peniagaan yang bijak dan ada perancangan tersendiri untuk menghancurka kepecayaan pengundi terhadap PAS... Tahniah.

  11. Pak Bakaq,
    Analisa pertemuan anta dengan Mat Sabu:
    (1) Mat Sabu memang menentang Geng UG sebab itu dia lawan Nasaruddin Mat Isa untuk jawatan Tim.Residen.
    (2) Ditanya tentang seminar khas yang diadakan,jawab beliau "Aku tak campoq,aku benci",membuktikan Seminar itu buang masa dan beliau tak mau terlibat dengan seminar yang dikelolakan oleh Geng UG.
    (3) Tentang kepimpinan teratas PAS,beliau kata:"Dua tu kena kekal" - bermakna perlunya PAS punya pemimpin seperti TGNA dan bagi TGHA,beliau dapat diperbaiki sekiranya,Geng Trengganu yang ada disekelilingnya tu dibuang.
    Sebenarnya pandangan Mat Sabu ni bukanlah pandangan beliau bersaorangan.Inilah pandangan kebanyakan(bukan semua) ahi-ahli PAS diperingkat grass-root.Sama ada kita dapat menerima hakikat ini,terserahlah.

  12. hai...bhaii...isu ug dah tutup.takkan nak bukak balik.jangan macam tu.. bhai.kalau nak hit blog,carilah isu lain..kalau tak puashati kepimpinan pas,jadi ahli pas.setakat melalak kat blog ni..apa feadahnya.

  13. Penarik beca,

    Dalam PAS sekarang ni bermacam masaalah dari yang kecil mahu pun yang besar, diperbesarkan. Seolah-olah didalam bahtera parti tiada orang yang berkelayakan menjadi nakhoda. Laut tidak bergelora tapi kapal pula oleng macam nak karam.

    Memang hebat setia usaha agong PAS menyelesaikan masaalah baiah yang ditimbulkan oleh pemimpin celaka. Kita patut puji Mustafa Ali kerana kerjanya tutup lubang yang dikorek pemimpin yang dilindunginya tapi disalahkan pula orang lain yang terhadap lubang tu. Bila lubang lama sudah tertutup korek pula lubang baru......

    Kesihan sungguh ahli PAS, kepala terpusing kiri terpusing kanan... ada kalanya taksub campur keliru melihat pemimpinnya bermain politik dalam parti. Siapa benar dan siapa pula yang bersalah tidak dapat nak ditentukan, yang penting mesti wala'. Kesihan sungguh ahli PAS memang diperbodohkan.

    Alahi Mustaffa Ali..... apa khabar Hassan Ali..?

  14. Komen anda terpaksa diedit:

    Ramai org bising bila Tok Guru nak pegi Mekah tauke balak taja. Bang Mat (TU IT@***** ***** Lafaz yang selalu dilafazkan oleh Bang Mat) duk pergi luar negeri lepas satu negara ke satu negara siapa yang TAJA. Banyak duit tu.. Pergi France la. SPRM pn ke check tu.

  15. Bosan betul aku dengan perangai pemimpin PAS ni. Nak dimaki takut tak masuk syurga sebab dia orang dah mengaku ulama. Tapi perangai tak macam ulama. Mana satu betul ni?

    Apa pun setakat hari ni aku masih menyokong PAS sebab aku ni anti UMNO dan tetap akan berdoa agar Allah hancurkan ulama-ulama palsu ni.

  16. alahai anti ulama ipokrit...

    mcm ko x hipokrit...

    sesedap mulut je ko ckp diorg ulama palsu...

  17. SALAM TO ALL

    Anom 1I ,,,Komen anta memang bernas dan aku sangat 2 setuju !!Di kalangan professional 200 % bersetuju

    Yazid gombak

  18. anom 12

    anta masuk blog ni buat apa ? masuk lah blog lain jgn buat menyemak jer ! Komen biar nampak cerdik sikit !!

    Anom 15

    Mudah2an doa anta dan kita yg tak mahu orang munafik ada dalam PAS di Makbuul kan oleh ALLAH ..ameen

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Forum Keadilan 15/3/09

Arkib

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Powered by FeedBurner

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008