Ketika akhbar-akhbar luar negara yang menyiarkan artikel-artikel yang membangkitkan persoalan yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan komisen besar yang diberikan oleh syarikat Perancis, Armaris, kepada sebuah syarikat Malaysia, suami Datin Seri Rosmah Mansor itu mendiamkan diri.
Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Najib membersihkan namanya. Sambil menjangkakan media asing akan terus memburukkan Najib, Dr Mahathir berkata, apa yang lebih penting ialah apa yang difikirkan oleh rakyat Malaysia.
"Dengan merekalah Najib perlu membersihkan namanya," kata beliau.
Walaupun taikonya sendiri yang menasihatkan beliau membersihkan namanya, Najib diam. Nampaknya berkesan strategi beliau.
Selain Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah juga menggesa Najib membersihkan namanya.
Razaleigh mengambil contoh tindakannya menyaman beberapa media asing yang mengaitkan beliau dengan beliau dengan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).
Tindakan undang-undang tersebut dibuat di negara dimana akhbar-akhbar tersebut diterbitkan, kata Razaleigh.
Beliau menang kesemua kes samannya, akhbar-akhbar berkenaan menyiarkan permohonan maaf malah beliau mendapat ganti rugi.
Walaupun Tengku Razaleigh memberikan contoh yang boleh diteladani oleh Najib, suami Rosmah itu tetap buat bodoh ja. Dia tak layan sikit pun. Nampaknya berkesan strategi membatu itu.
Kini, sejak 16 November lalu, Malaysia Today menyiarkan temubual dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam (Bahagian 1, 2, 3, 4 dan 5).
Apa yang menarik, Balasubramaniam memberitahu bahawa akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib dan Altantuya pada 3 Julai 2008 adalah benar dan dibuat tanpa paksaan manakala akuan bersumpah yang konon dibuat olehnya untuk menafikan akuan bersumpah pada 3 Julai itu dibuat dengan paksaan kerana keselamatan keluarganya terancam.
Malah, penyiasat persendirian itu mendedahkan bahawa beliau tidak pun membaca akuan bersumpah keduanya yang menafikan akuan bersumpah yang pertama itu dan beliau dipaksa untuk menandatanganinya.
Dalam akuan bersumpahnya 3 Julai 2008 itu, Balasubramaniam mendakwa Najib memberitahu Abdul Razak Abdullah Baginda bahawa beliau pernah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.
Beliau juga mendakwa bahawa Najib meminta Abdul Razak menjaga Altantuya agar wanita itu tidak mengacaunya.
Najib, Abdul Razak dan Altantuya, dakwanya lagi, pernah makan malam bersama di Paris.
Balasubramaniam juga mendakwa, Altantuya menuntut wang komisyen sebanyak US$500,000 daripadanya berhubung pembelian kapal selam Malaysia di Perancis.
Bagai biasa, Najib dan keluarganya terus mendiamkan diri dengan pendedahan terbaru Balasubramaniam. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub kata, Najib kelihatan begitu overconfident dengan strategi beliau mendiamkan diri.
Saya tidak boleh tuduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Tetapi, yang menjadi persoalan ialah kelaku Najib yang begitu pelik dan mencurigakan dalam menghadapi isu Altantuya. Kelaku seperti itulah yang menyebabkan orang teringat Altantuya setiap kali melihat muka atau berita Najib atau Rosmah keluar dalam media.
Orang boleh menyiarkan berita Najib dan Rosmah mengenai perkara apa sekalipun, politik, ekonomi, Permata. Buatlah berita apa pun mengenai mereka berdua. Tetapi bila orang tengok muka Najib dan Rosmah, orang teringat Altantuya. Bila orang tengok muka Altantuya, orang teringat Najib dan Rosmah.
Persoalannya, adakah Najib akan membersihkan namanya? Adakah Najib dan Rosmah boleh membebaskan diri mereka dari hilai dan seringai hantu Altantuya?
Jalan mudah ialah dengan mencincang sepuas hati personaliti dan kredibiliti Balasubramaniam dan Raja Petra Kamarudin yang tak habis-habis mengungkit isu pembunuhan Altantuya. Selepas itu, hiburkan hati dengan keyakinan bahawa masalah dah selesai.
Masalahnya, betulkah masalah dah selesai dan rakyat melihat Najib dan Rosmah bersih dari percikan darah Altantuya? Betulkah Balasubramaniam dan Raja Petra yang jahat manakala Najib dan Rosmah adalah orang baik-baik yang teraniaya dengan isu pembunuhan kejam Altantuya?
Keterangan Balasubramaniam dalam temubual itu begitu grafik. Adakah Najib dan Rosmah boleh tampil dengan keterangan melampaui keraguan yang berasas bahawa mereka tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya?
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin yang pernah ditendang telurnya oleh seorang pengedar Harakah di lokap Dang Wangi mungkin boleh membantu untuk membuktikan keterangan Balasubramaniam itu bohong dan dusta.
Tunggu apa lagi, bah? Ini peluang kau nak naik pangkat!
Berkaitan:
Penyiasat dedah nama adik Najib (Malaysiakini 20/11/09)
Menarik:
Sebab Ke-6 dia terlupa nyatakan (Al Husseyn 20/11/09)

Polis ambil keterangan Bala di negara jiran (Utusan Malaysia 10/7/08)
Najib bersumpah tidak kenal dan tiada kaitan dengan Altantuya (Bernama 22/8/09)

Cantik? Klik 

Tengok Najib, teringat Altantuya. Tengok Altantuya, teringat Najib
Saya pula abang beca " Tengok Anwar, teringat Saiful. Tengok Saiful, teringat Anwar.
Tengok Najib, teringat Altantuya. Tengok Altantuya, teringat Najib..TEEEEENTU LAA....
Penarik beca,
PM kita dikelilingi oleh perisik dari tentera, polis, SPRM, pencacai politik, peguam, hakim, bomoh.... Mereka ditugaskan memberi idea apa yang sepatut PM kita buat.
Kalau kita lihat PM tidak bertegas dan bertindak diatas tuduhan yang dilemparkan kepada diri dan keluarganya... itu adalah nasihat dari orang yang ada disekelilingnya. Mungkin pada pemikiran mereka PM perlu bersumpah kemudian berdiam diri lebih baik.
PM tidak boleh bercakap sesuka hatinya kerana dia telah dibelit dengan berbagai peraturan dan undang-undang. Sebenarnya PM kita sudah jadi bodoh. Apa yang diperkatakan hanyalah kata-kata orang dari belakangnya (disebalik tabir).
Cuba lihat Peguam Negara, apakah tugas sebenar orang ini dalam negara...? Bagaimana keadaan hakim yang kendalikan kes berkaitan dengan orang politik..? Begitu juga dengan polis dan SPRM. Mengapa PM tidak bersuara diatas ketidakadilan yang mereka lakukan terhadap sesetengah golongan rakyat yang bersuara mempertahankan hak mereka..?
Kalau ada orang kata PM kita bodoh itu adalah realitynya. Sama seperti Tun Mahathir dan juga Pak Lah. Jika orang disekelilingnya bijak maka bijaklah ia, jika orang disekelilingnya kaki bodek dan bangang maka nampaklah kebodohan PM kita....berlagak hebat tapi cakap tak serupa bikin.
Kes Altantuya sudah menjadi sejarah cuma Allah dan masa saja yang akan menentukan siapa sebenarnya berhak dituduh bersalah dan dihukum. Sebagai rakyat biasa kita serahkan kembali kepada Allah masaalah yang rumit ini untuk diselesaikan. Insya Allah.
Pak Bakaq. Salamualaikum.
Mana mungkin si mamat telurnya kena ditendeng orang boleh bangun berdiri tegak berkuasa. Hanya jika diganti dengan telur itik, ada mungkinnya. Jika tidak mustahil bagitu. Kalau pakai telur itik, mahu besar powernya tapi kos telur itik itu mungkin sudah memakan kuasa mulut dan batinnya. Yang ada mungkin barang telur itu saja, tapi kuasa mungkin bisa tiada. Kalau begini cerita nya, Najib Rosmah mukanya saja serupa orang, tetapi sebenarnya Altantuya selama lama nya.
Apakah bagitu Pak Bakaq?
Tengok Anwar teringat saiful tengok saiful teringat Anwar.
Memeranjatkan!
Konspirasi pertemuan antara pegawai-pegawai JPM dengan pimpinan PAS Kelantan di rumah Pak Nik Husin L'gar sehari sebelum Najib berada di KB beberapa bulan lalu.
Konspirasi untuk "mengawal" TGNA dan menjatuhkan YB Husam!
Antara yang hadir Ust Nik Abduh, Ust Saari Mustafa, Azhar Botak dan seorang exco Kelantan.
Apakah yang berlaku sekarang ialah direct result dari perancangan di rumah Pak Nik Husin.
Apa pula misi Azhar dan Pak Nik Husin ke Moroko beberapa hari selepas pertemuan dengan 5 pegawai JPM di atas?
Kasssim Slamat
Bakaq,
Kalau omputeh cakap semua percaya. Tak pernah nak kupas, akhbar apa yang cakap, siapa dibelakang akhbar tu. apa agenda dia kearah malaysia secara umum dan yang lebih penting status malaysia dikalangan OIC.
Cabaran aku kepada Bakaq. Cuba keluarkan bukti sohih (dokumentasi). Jangan gambar bodoh ciptaan YB Seks Bebas Tian Chua tu dah le. Atau SD Bala yang orang sekolah setakat tingkatan 2 pun boleh analyzed. Cuba keluar daripada apa yang orang ahli syurga kata "PERCEPTION".
Sedar tak sedar, hari hari kau bawak berita angin yang kau sendir sehingga kehari ini keluar statement ala BALA.
Banyak dosa kau kat rakyat Islam di Malaysia ni. Jangan kau pula termasuk daripada golongan orang yang perpegang kepada prinsip, CURI HARTA ORANG BUKAN ISLAM TAK SALAH!
tengok najib teringat altantuya..tengok nasa teringat umno..
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin yang pernah ditendang telurnya oleh seorang pengedar Harakah di lokap Dang Wangi mungkin boleh membantu untuk membuktikan keterangan Balasubramaniam itu bohong dan dusta.
aku suka tang ni bakaq.....hang mcm pengarah filem laaaaaaa
tokpengulu
samalah bila org kata Tgk Anwar, teringat Saiful, tgk Saiful teringat Anwar..
Kapal selam cap altantunya akan di tayang di LIMA Langkawi nanti...inilah yg susahnya bakaq, bila kita nak establish connection antara najib, razak & altantunya..kira2 ramailah nanti memuji2 kapal selam tersebut di pulau lagenda tu nanti. pak lebai sungai limau apa kabar agaknya...
Tengok Nik Azis teringat menantu, bila tengok menantu teringat Kota Bharu trade cente. Bila teringat rumah Nik aziz teringat rumah Ariffahmi. Menakjubkan.
pada masa altantuya dibunuh dulu sapa najib ye. dia pm kah? napa pm masa tu tak buat apa2 seperti kes liwat mantan tpm pada sebelumnya?adakah pada masa itu najib terlampau berkuasa atau pm pd masa itu terlampau naif /fikir fikirkan .......
Ingat sumpah Najib ingat Anwar yang takut nak bersumpah. Bila ingat Atantuya ingat pula Shamshidar dan saiful.
Bila lihat bendera umno, nampak kebodohan melayu, sebab nak memperjuangkan bangsa konon, kalau cina, hindu masuk islam, depa ni nak perjuangkan bangsa jugak ka?