Walaupun saya tak berani membuat tuduhan terbuka bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah alat Umno dan Barisan Nasional (BN) yang jahat, tetapi sekurang-kurang SPRM menjalankan penyiasatan sebelum mengambil tindakan.
Sama ada dia siasat cara syaitan atau mengikut prosedur yang ada, tetapi umum dimaklumkan bahawa suruhanjaya itu menjalankan siasatan.
Tetapi, apabila kontrak perkhidmatan Sheih dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah ditamatkan dengan serta merta, adakah penamatan itu dibuat dengan sebab atau tanpa sebab? Kalau ada sebab, disiasat atau tidak?
Boleh jadi dalam kontrak antara PMBK dan Sheih ada dinyatakan bahawa perkhidmatannya boleh ditamatkan bila-bila masa tanpa sebarang sebab. Jika demikian, penamatan itu tak boleh dipertikaikan.
Tetapi, Sheih pergi berjumpa Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mengajar beliau bagaimana untuk bersumpah mengikut syara' kerana beliau ingin bersumpah di hadapannya bahawa,
1. Beliau tidak pernah membuat sebarang aduan/laporan kepada SPRM berhubung PMBK.
2. Beliau tidak pernah memberi sebarang maklumat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional dari Nenggiri berhubung PMBK sewaktu Sidang DUN yang lalu.
Persoalannya, apa kaitan penamatan kontraknya dengan segala sumpah itu?
Memang Sheih kawan saya. Tetapi ini bukan soal kawan. Kalau babi teraniaya pun aku tak boleh terima, tambah la pulak kawan aku.
Saya nak tanya ja, adakah Sheih teraniaya? Kalau teraniaya, siapa yang menganiaya?
Sama ada dia siasat cara syaitan atau mengikut prosedur yang ada, tetapi umum dimaklumkan bahawa suruhanjaya itu menjalankan siasatan.
Tetapi, apabila kontrak perkhidmatan Sheih dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah ditamatkan dengan serta merta, adakah penamatan itu dibuat dengan sebab atau tanpa sebab? Kalau ada sebab, disiasat atau tidak?
Boleh jadi dalam kontrak antara PMBK dan Sheih ada dinyatakan bahawa perkhidmatannya boleh ditamatkan bila-bila masa tanpa sebarang sebab. Jika demikian, penamatan itu tak boleh dipertikaikan.
Tetapi, Sheih pergi berjumpa Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mengajar beliau bagaimana untuk bersumpah mengikut syara' kerana beliau ingin bersumpah di hadapannya bahawa,
1. Beliau tidak pernah membuat sebarang aduan/laporan kepada SPRM berhubung PMBK.
2. Beliau tidak pernah memberi sebarang maklumat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional dari Nenggiri berhubung PMBK sewaktu Sidang DUN yang lalu.
Persoalannya, apa kaitan penamatan kontraknya dengan segala sumpah itu?
Memang Sheih kawan saya. Tetapi ini bukan soal kawan. Kalau babi teraniaya pun aku tak boleh terima, tambah la pulak kawan aku.
Saya nak tanya ja, adakah Sheih teraniaya? Kalau teraniaya, siapa yang menganiaya?






Cantik? Klik 




another conspirasi nak burukkan/lemahkan Husam?
Salam..
Bang Bakaq...
walaupun Sheih ditamatkan perkhidmatannya, tetapi ia masih dibayar gajinya sebanyak RM 20,500 lebih, iaitu sehingga tamat tempoh kontrak jawatannya tahun depan. TGNA sendiri selaku Pengerusi PMBK yang mahu Sheih ditamatkan.
begitu perjalanan hidup.kita bukannya selalu berada di atas.apabila kritik dan menabur fitnah kpd orang lain maka Allah akan datangkan musibah kepada kita balik.ingatlah wahai blogger yg suka menabur fitnah....
Salam pak bakaq
bukan soal menzalimi sheikh tapi pasal dia tak datang kerja bertahun lamanya.Tak kan pmbk nak bayar gaji pada orang yang tak buat kerja.pejabatpun tak masuk.pergi ke hulu ke hilir buat kerja lain.ini namanya makan gaji buta,
Allah marah kalau kita menjahanamkan duit rakyat bagi gaji pada orang yang tak datang kerja dan tak buat kerja.Sila rujuk pada pentadbiran pmbk sendiri untuk pastikan punca pemecatannya.
Nampaknya Pak Bakaq hang boleh la buat pula tuduhan TGNA telah mengikut orang sekeliling .. TGNA tak siasat main ikut dengaq apa orang keliling cakap ..
Tapi .. TGNA kan cerdik mana ada ikut cakap orang
beri lah peluang kapada SPRM melakukan siasatan.
semuga Allah memperlihatkan segala kebenaran dan keadilan kpd kita semua.
"wamakaru wamakarAllah, Wallah-u-khairul maakirinnn...."
apakah tugas sheih ini di PMBK?
adakah semata2 politik jaga blog untuk kepentingan PAS?
'PMBK is a commercial entity' jadi perlantikan sheih pun adalah 'abuse of power'
Blogger MAHAGURU58 said...
Assalamualaikum tuan.
Yang mendedahkan bab lafaz taklik oleh setiap calon pilihanraya PAS jatuh talak 3 ke atas isteri jika belot semasa saya dan bloggers lain hadir itu bukan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hassan Ali tetapi Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasharudin Mat Isa sendiri.
Harap maklum.
Kami yang merakam segala percakapan di majlis dailog itu diminta tidak menyiarkan sebahagian kecil sahaja pendedahan tentang hal ehwal berkaitan EXCO Selangor oleh Dato Dr Hassan Ali.
Bab taklik ini tidak terangkum didalam perkara yang diminta rahsiakan itu.
Namun saya tak sampai hati nak siar sebahagian mahupun keseluruhan rakaman audio tersebut kerana kasihankan nasib parti PAS dimana natijahnya pasti lebih heboh dari bab bai'ah ini yang sedang heboh dicanang oleh setiap ahli politik didalam negara kita.
Jika saya musuh kepada PAS dah lama saya siar tetapi saya sayang kedua dua pihak umat Islam yang sedang bertelagah tak sudah ni iaitu baik UMNO mahupun PAS!
Nak kata kawan tu , kawan ni pun tak bersih tara mana. Nak kelepiak kawan ni, hak belah tu pun jongoih sama!
Telan mati emak; luah mati bapak.
Serbasalah saya dibuatnya.
Namun bab dok main gadai rumahtangga sebab dok keloloh sangat nak berkuasa ni, saya rasa tak comel lah.
Sebab tu saya siar bab lafaz taklik ni iaitu rahsia kenapa ADUN dan AP PAS tak main lompat lompat katak macam Berahim Ali dan 3 katak di Perak tu!
Itu pun saya minta pengesahan dari sahabat saya iaitu salah seorang Naib Presiden PAS sendiri.
Bila dia mengaku memang dok ada macam tu baru saya siar.
Itupun selepas minta izin darinya.
Mahaguru58 tak ada kepentingan politik mana mana.
Saya nak tengok orang kita bersatu dan kekal berkuasa.
Itu saja.
Bab PKR dan DAP, saya malas nak kata apa apa.
Jika nak tahu arahtuju kepimpinan mereka, tengok saja apa jadi pada kes Dato Dr Hassan Ali nak banteras jualan arak di Selangor?
Siapa yang dok bangkang usaha Dato Dr Hassan Ali beriya iya benar jika tidak puak DAP?
PKR buat derk je. 'Play safe' kata orang.
Habis nak harap siapa lagi?
Tengok sajalah nasib umat Islam di Selangor ni bila Tok Hassan kena pangkah!
Hancurrr.
Jadi saya harap semua yang dok baca ni , sedar bahawa bab lafaz taklik ni bukan didedahkan oleh Dato Hassan Ali tetapi Timbalan Presiden PAS sendiri.
Sampai sekarang ramai yang dok sembang deraih kokok berderai derai macam lah mereka dok ada di majlis tersebut.
Saya serahkan pada Allah Rabbul Jalil untuk menghakimi kita semua.
Siapa yang adil dan siapa yang menzalimi sesama Islam dan separti?
Berani siar kerana itu benar.
Tak mahu langgar amanah Tok Hassan selagi dia tak bagi lampu hijau lagi.
Wassalamualaikum.
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=5297781766736804518&postID=8833229763634150663&isPopup=true
salam pak bakaq,
memang patul la sheikh tu kena pecat.dia dilantik sebagai staf pmbk,gaji pmbk bayar,business card dia sbg pegawai perhubungan pmbk tapi dok buat kerja-kerja di gmc.klu tak percaya try check punch card dia di pmbk..tak pernah ada pun attendance dia kat pmbk..pak bakaq kene siasat hal nie
Koho sakit jantung lah orang tua pulau melaka...lepas masalah dalaman parti, timbul masalah dalaman pmbk, melarat masalah dalaman anak menantu...
Kalau nak tau Sheikh tu gilakan (idolise) Mahathir. Sapa-sapa yang selalu baca blog dia mesti perasan.
Sheikh menyeberang kat sebelah sini pun bukan apa.. Hanya hendak kutuk UMNO Pak Lah sambil cari makan. Nama blog dia pun Kickdefella. Sekarang bila Najib naik dan Mahathir masok balik mulalah gian macam geng baik dia, Rocky. Orang kata cerah masa depan.
Akhir-akhir ini nampak benar posting blog dia dah tempang - "pistol menghala kat PAS" - walaupun masih berpura-pura berselindung.
Cuba pikir ada sapa-sapa pernah jumpa orang-orang yang menyokong PAS atau Pakatan yang idolise Mahathir? Kalau Sheikh masih tak nampak KEBENARAN kita ucap saje kat dia "Good Luck Good Riddance!" seperti katak-katak yang lain Brahim, Ezam..
Salam Pak Bakar,Ingin saya dedahkan apa sebenarnya hanky panky dalam cawan teh Pas akhir akhir ni adalah tak lain tak bukan diatur oleh Ketua conspirator dalam Pas yang semua orang tak sedar siapa dia sebenarnya. Target mereka adalah menjatuhkan Husam. Tapi kena tembak TGNA dulu.Jatuh TGNA maka hancuslah Husam... LA ni dengan bantuan media umno senang lah kerja mereka. Sebab tu timbul isu talak3, menantu tok gu
ru, kickdafella dan lepas ni bermacam2 lagi ... yang akan timbul. Tapi yang aku ingin sedarkan puak2 pas adalah kesan sampingan projek menjatuhkan Husam adalah Persepsi rakyat akan bertukar menjadi negatif pada Pas .Perlu di ingat rakyat sekarang telah cerdik.tengok la apa yang telah berlaku pada plihanraya umum 2004 dan 2008.THE CHIEF CONSPIRATOR SEJAK ZAMAN ASRI LAGI ADALAH MUSTAFA ALI....YANG TAK DA APA JASA MELAINKAN MENCETUSKAN KRISIS DEMI KRISIS.....BADWI PAS
Bukan isu menzalimi kickdefella tapi isu tak datang kerja dan tak buat kerja untuk PMBK.
Semua di Kelantan maklum bahawa kickdefella (KD) bekerja dengan Husam bukannya dengan dengan PMBK hatta beberapa beberpa orang excopun beranggapan KD bekerja dengan Husam kerana tempatnya hari-hari di pejabat Husam bukannya di PMBK.Sehinggalah tersebarnya berita pemecatannya kelmarin oleh PMBK barulah kita maklum rupanya KD bekerja dengan PMBK.Betulkah KD bekerja di PMBK kerana PMBK mengatakan KD tak pernah pun datang pejabatnya untuk bekerja selama tiga tahun ini.Tak pernahpun mohon MC dengan PMBK.Tak pernahpun mohon untuk ke mana-mana dengan PMBK.TAPI PELIK mengapa pula PMBK yang membayar gaji bulanannya walaupun KD tak pernah pun bekerja di pejabatnya.
Siapa sebenarnya yang membawa masuk KD ke PMBK pada 3 April 2007.Untuk kepentingan siapa KD di bawa masuk ke PMBK.Dengan siapa sebenarnya KD bekerja bermula dari tarikh tersebut.Setakat yang kita maklum tidak pernahpun KD datang bekerja di bilik yang disediakan untuknya di PMBK.Atau mungkin di sana ada benda lain yang cuba disembunyikan oleh kedua-dua belah pihak dari diketahui umum.Atau kepentingan dan kekuasaan seseorang (Exco) ke atas PMBK selama ini sudah terhakis sekarang dengan kuasa CEO yang baru sehingga orang-orang pentingnya di dalam PMBK di cabut keluar seorang demi seorang.
Harap-harap jangan tibai balak di atas nama PMBK sudah . yang lepas tu lepaslah, jangan lah pakat-pakat nak ungkit dan menuduh yang itu dan yang ini pula.Bukan apa,takut-takut yang tak sepatutnya keluar akan keluar.Lagi jahanammmm
PMBK ni hak kerajaan negeri kan? kiranya dibiayai oleh duit negeri kan? in other words duit rakyat bukan bakaq? abis tu, kickdafella ni tugas die untuk kerajaan negeri ke tak? ke untuk PAS? mintak penjelasan please
gorila
Tu le kau sheikh kau kejo duit buat apa. Bila dibayar kerajaan negeri kemain kau hentam semua orang, yang betul PAS je. Sekarang bila kau tak ampu mereka lagi kau kena tendang. Taapa lah kau berkorban untuk PAS sampai masuk lokap. Juga jangan lah bangga sangat sebab grad USM macam IPTA tak ada standard, podah.
Saya ingat SPRM kena siasat juga siapa yang sponsor TGNA pergi haji sampai RM 60,000.
SPRM kena siasat berapa banyak lagi kah bloggers yang diupah PMBK untuk promosi PAS.
anom 12
Penjelasan yg agak bernas dan padat !! aku sangat bersetuju !!! Kalau Ada yg nak sanggah bawa lah fakta untuk menidak kan nya !!
Sebab tu lah kadang 2 kalau kita jumpa dgn Ayoh Chik dan terang kepada nya cadangan atau apa 2 usul untuk Parti ,,Ayoh chik akan tanya ,dah tanya cikgu PA ke belum ?
Kenapa tak leh wak keputusan sendiri ? kenapa perlu kena tanya Stopa ,mentor nya ke? Tolong jawap kerna aku sekadar bertanya !!! Kalau salah perbetul kan aku !!!
Salam,
Jika KD kerja dgn PMBK tentu ade T&C dan surat perlantikan & pemecatan.
Dah dapat gaji bulanan tu tanda perlantikan telah berlaku.
Selalunya pemecatan ade procedure nya tak macam di TV, company US boleh pecat dgn mulut je.
Silap haribulan nanti PMBK kena saman kerana pemecatan tak ikut procedure, kut rugi berjuta.
Nani Cheras
Tu la kau percaya sangat dengan Husam tu buat apa. ROYALTI MINYAK, ROYALTI MINYAK DAN ROYALTI MINYAK. Akhirnya Tuan Guru mesti percaya menantu dari Husam dan tuan guru akan tumbang angkara menantu.
Dia bukan diinayai. Yang jelasnya Nik Aziz seorang yang tidak boleh menerima kritikan, angkuh dan egonya amat tinggi. Nik Aziz berkecil hati kononnya kerana tulisan Sheikh di sini : http://kickdefella.wordpress.com/2009/10/16/nik-aziz-dan-tersungkur-di-pintu-syurga/
Itulah sebabnya mengapa ramai mengatakan yang Nik Aziz perlu berundur untuk kebaikan PAS.
Salam pak bakaq
aku rasa sheik kira bagus la jugak bila ditamatkan perkhidmatan dapat jugak pampasan oleh majikan dia pmbk..bukan sikit tp rm20,000 beb...
tapi hang tau tak staf gmc yang kene terminate mane ada pampasan..pakai buang gitu je,tu pun notis penamatan tak ada black & white...bila bekerja, majikan(Global Media Channel) tak carum EPF untuk setiap pekerja.try check staf pmbk sekarang yang pernah bekerja dengan GMC
Utk makluman hang bos besar gmc adalah pegawai yang kene pecat oleh menantu pmbk..
tapi apa hubung kait pmbk dengan gmc..wartawan yang ada masa pc syed azidi pasti tahu ape status Kickdefella di gmc.
benarlah dakwaan bahawa kickdefella diupah untuk mengangkat husam musa ? dengan gaji RM 6 ribu lebih sebulan ? ini kerana pampasan boleh jadi mengira tiga bulan gaji..
apa komen pak bakaq?
to PPC,
salam pengiraan tuan,kick punya kontrak ada lagi 6 bulan(nov 2009-apr 2010)so bila dibahagi gaji KD lebih kurang rm4k sebulan...
Mengulas dakwaan beliau tidak melaporkan tugasannya kepada Abdul Ariffahmi, Syed Azidi mengakui perkara itu dilakukannya kerana ia tidak termaktub dalam kontrak perkhidmatannya.
"Saya laporkan terus kepada (exco negeri) Datuk Husam (Musa). Itu jelas termaktub dalam perjanjian bersama.
"Ditulis juga bidang kerja saya juga tertakluk di bawah (seliaan) Datuk Husam," katanya.
"Bukan taraf dia henda tahu kerja saya. Dan saya fikir, PAS Kelantan dan kerajaan negeri pun tidak mahu tugasan ini didedahkan."
Husam, kini pengerusi Jawatankuasa Tetap Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan Kelantan, dilihat rapat dengan Syed Azidi
NAMPAKNYA SEMUA ORANG DAN BANYAK PERKARA YANG MEMBABITKAN DATO' HUSAM MUSA BANYAK MENIMBULKAN KEROSAKAN DARI KEBAIKAN.
CUMA MASA SAMADA LAMBAT ATAU CEPAT.
TUNGGU ...........KITA AKAN KETEMUI BANYAK PERKARA DISEBALIK TABIR HUSAM.