
Ramai orang yang saya jumpa menjangkakan PAS akan kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang. Dari lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac tahun lalu, mereka menjangkakan hanya Pulau Pinang yang boleh dipertahankan oleh PR.
"Kelantan?" saya tanya. "Kelantan pun. Mu tak tau apa satu. Mu tau ka, Tendong, Pekale Pasir (Pengkalan Pasir), Temange (Temangan) ada masalah persepsi. Aku ghoyak satu dua jah!"
"Hang tak suka kat depa ka?"
"Payah berkira, mu ni! Persepsi! Bodo bangar, mu ni!!"
Saya pun termenung.
Jumpa dengan seorang lagi kawan dari Kelantan.
Saya pun berteori: "Dengan persepsi nasional, Kelantan menang besar tahun 1999. (Tan Sri) Annuar Musa kata, invaders dari Kuala Lumpur (anak-anak Kelantan di perantauan terutama dari Kuala Lumpur) kalahkan Barisan Nasional (BN).
"Dengan persepsi nasional juga, PAS dekat-dekat nak bungkus tahun 2004 (orang ingat Tun Abdullah Ahmad Badawi bagus sangat).
"Dengan persepsi nasional juga, Umno hangit lagi di Kelantan 2008 dulu".
"Tapi kekuatan asas dapat selamatkan PAS di Kelantan 2004 dulu," kata seorang kawan dari Kelantan itu (malas dah aku nak tulis ikut slang Kelantan).
"Pilihan raya sekali lagi (ke-13)?" saya tanya.
"Kalau Umno dapat pertahan wang ihsan di tangan dia dan dia bagi seorang RM1,000 cukuplah kepada puak-puak atas pagar, mintak pulak bersumpah akan undi BN bila dah dapat RM1,000 tu, habis!" katanya.
"Takkan murah sampai lagu tu kot?!!"
"Mu tengok la," kata kawan dari Kelantan itu.
Ada kawan yang kata, dalam keadaan persepsi rakyat kepada PAS berada di tahap tenat sekarang, duit boleh jadi pemangkin untuk menghasut mereka mengundi BN (saya boh pemangkin sebab saya tak ingat apa istilah yang dia gunakan).
Sekarang masuk bab persepsi. Saya juga jumpa orang yang perlecehkan apa dinyatakan Prof Dr Abdul Aziz Bari dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dalam seminar PAS Ahad lalu. "Nak jaga persepsi sampai gadai prinsip?" mereka mempersoalkan.
Bongok! Siapa suruh buang Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS?!! Siapa pula yang suruh menghalalkan cara untuk mencapai matlamat? Umpamanya bercakap bohong. Siapa suruh cakap bohong konon nak tunjukkan PAS masih kuat dan ahli-ahli berpadu di belakang pemimpin? Kalau cakap bohong, memanglah gadai prinsip.
Banyak lagi yang gadai prinsip. Umpamanya 'assabiyyah. Kalau geng aku yang buat salah, aku kena pertahankan. Aku kena sembunyikan bahan bukti (Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna 'asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.'a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" - Riwayat Abu Daud).
Kebelakangan ini 'asabiyyah ulama. "(Ustaz) Nasharudin (Mat Isa) memang lemah. Tapi dia ulama," kata seorang ustaz dari Terengganu kepada seorang ustaz lain di Gombak.
Sebab itulah saya beritahu kepada kawan-kawan: "La ni hampa orang PAS kena buat recruiting and sorting. Recruit ulama-ulama yang cerdik, kami meluat sangat dah tengok ulama-ulama bodoh. Yang bodoh letak tepi dulu, tu sorting.
"Lepas tu kena sorting lagi, letak tepi yang nampak ada bakat nak buat perangai tak guna (belajar dari pengalaman Partai Keadilan Sejahtera atau PKS di Indonesia. Betulkah orang dakwa, yang ustaz tu yang rasuahnya. Saya tak tahu benar atau tidak dakwaan itu, pergi check. Di Iran, orang dakwa Ayatullah Ali Akbar Hashemi Rafsanjani tu bapak rasuah. Benar atau tidak, mana aku tau. Pi check!)
"Dah jumpa ulama yang cerdik dan baik, bagi sebanyak-banyak exposure kepada mereka. Memang mereka tahu ciri-ciri syaitan. Tapi ada ulama Terengganu yang kata lebih syar'iyy bergabung dengan Umno. Dia tak kenal syaitan. Dia mungkin baik tapi dia bodoh! Bodoh tak boleh jadi pemimpin!
"(Datuk Seri) Azizan (Abdul Razak) cerdik, tapi... (saya tak nak tulis sebab saya tetap kenang budi dia kat saya)".
Jangan silap faham. Yang professional juga banyak yang bodoh. Antaranya yang menandatangani undertaking letter yang saya gelarkan Perjanjian Pangkor di Perak (sampai sekarang pun saya mencelakakan perangai DAP itu terutama Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Meng kerana perkara itu. Kurang ajaq!) Professional bodoh juga tak layak jadi pemimpin politik.
Kesimpulannya, buatlah kerja. Kerja pertama, sebab kepimpinan ulama menjadi teras PAS, pergilah cari ulama yang cerdik dan baik. Jauhi ulama bangang dan perangai tak guna. Bina semula PAS dengan ketrampilan ulama-ulama yang cerdik dan baik.
Insya Allah, Allah bersama-sama orang yang mahu memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Akhir sekali, mungkin ramai sangat yang tanya, awat hang kurang ajaq sangat, bakaq?!! Aku kurang ajaq sebab aku harap sangat pewaris-pewaris Nabi yang cerdik dan baik untuk meranapkan kekuasaan Umno dan BN.
Aku ada anak. Anak-anak aku, insya Allah, akan beranak jugak. Aku dah tak sanggup nak membayangkan negara yang depa duduk ni diperintah oleh syaitan. Diperintah oleh taghut.
Hampa nak kata aku kurang ajaq, kata la!!
Berkaitan:
Mereka sebenarnya tidak sayangkan PAS dan rela melihat PAS hancur..!! (Rakyat Marhaen 9/11/09)
Bohongmania (Mat Saman Kati 9/11/09)
"Kelantan?" saya tanya. "Kelantan pun. Mu tak tau apa satu. Mu tau ka, Tendong, Pekale Pasir (Pengkalan Pasir), Temange (Temangan) ada masalah persepsi. Aku ghoyak satu dua jah!"
"Hang tak suka kat depa ka?"
"Payah berkira, mu ni! Persepsi! Bodo bangar, mu ni!!"
Saya pun termenung.
Jumpa dengan seorang lagi kawan dari Kelantan.
Saya pun berteori: "Dengan persepsi nasional, Kelantan menang besar tahun 1999. (Tan Sri) Annuar Musa kata, invaders dari Kuala Lumpur (anak-anak Kelantan di perantauan terutama dari Kuala Lumpur) kalahkan Barisan Nasional (BN).
"Dengan persepsi nasional juga, PAS dekat-dekat nak bungkus tahun 2004 (orang ingat Tun Abdullah Ahmad Badawi bagus sangat).
"Dengan persepsi nasional juga, Umno hangit lagi di Kelantan 2008 dulu".
"Tapi kekuatan asas dapat selamatkan PAS di Kelantan 2004 dulu," kata seorang kawan dari Kelantan itu (malas dah aku nak tulis ikut slang Kelantan).
"Pilihan raya sekali lagi (ke-13)?" saya tanya.
"Kalau Umno dapat pertahan wang ihsan di tangan dia dan dia bagi seorang RM1,000 cukuplah kepada puak-puak atas pagar, mintak pulak bersumpah akan undi BN bila dah dapat RM1,000 tu, habis!" katanya.
"Takkan murah sampai lagu tu kot?!!"
"Mu tengok la," kata kawan dari Kelantan itu.
Ada kawan yang kata, dalam keadaan persepsi rakyat kepada PAS berada di tahap tenat sekarang, duit boleh jadi pemangkin untuk menghasut mereka mengundi BN (saya boh pemangkin sebab saya tak ingat apa istilah yang dia gunakan).
Sekarang masuk bab persepsi. Saya juga jumpa orang yang perlecehkan apa dinyatakan Prof Dr Abdul Aziz Bari dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dalam seminar PAS Ahad lalu. "Nak jaga persepsi sampai gadai prinsip?" mereka mempersoalkan.
Bongok! Siapa suruh buang Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS?!! Siapa pula yang suruh menghalalkan cara untuk mencapai matlamat? Umpamanya bercakap bohong. Siapa suruh cakap bohong konon nak tunjukkan PAS masih kuat dan ahli-ahli berpadu di belakang pemimpin? Kalau cakap bohong, memanglah gadai prinsip.
Banyak lagi yang gadai prinsip. Umpamanya 'assabiyyah. Kalau geng aku yang buat salah, aku kena pertahankan. Aku kena sembunyikan bahan bukti (Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna 'asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.'a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" - Riwayat Abu Daud).
Kebelakangan ini 'asabiyyah ulama. "(Ustaz) Nasharudin (Mat Isa) memang lemah. Tapi dia ulama," kata seorang ustaz dari Terengganu kepada seorang ustaz lain di Gombak.
Sebab itulah saya beritahu kepada kawan-kawan: "La ni hampa orang PAS kena buat recruiting and sorting. Recruit ulama-ulama yang cerdik, kami meluat sangat dah tengok ulama-ulama bodoh. Yang bodoh letak tepi dulu, tu sorting.
"Lepas tu kena sorting lagi, letak tepi yang nampak ada bakat nak buat perangai tak guna (belajar dari pengalaman Partai Keadilan Sejahtera atau PKS di Indonesia. Betulkah orang dakwa, yang ustaz tu yang rasuahnya. Saya tak tahu benar atau tidak dakwaan itu, pergi check. Di Iran, orang dakwa Ayatullah Ali Akbar Hashemi Rafsanjani tu bapak rasuah. Benar atau tidak, mana aku tau. Pi check!)"Dah jumpa ulama yang cerdik dan baik, bagi sebanyak-banyak exposure kepada mereka. Memang mereka tahu ciri-ciri syaitan. Tapi ada ulama Terengganu yang kata lebih syar'iyy bergabung dengan Umno. Dia tak kenal syaitan. Dia mungkin baik tapi dia bodoh! Bodoh tak boleh jadi pemimpin!
"(Datuk Seri) Azizan (Abdul Razak) cerdik, tapi... (saya tak nak tulis sebab saya tetap kenang budi dia kat saya)".
Jangan silap faham. Yang professional juga banyak yang bodoh. Antaranya yang menandatangani undertaking letter yang saya gelarkan Perjanjian Pangkor di Perak (sampai sekarang pun saya mencelakakan perangai DAP itu terutama Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Meng kerana perkara itu. Kurang ajaq!) Professional bodoh juga tak layak jadi pemimpin politik.
Kesimpulannya, buatlah kerja. Kerja pertama, sebab kepimpinan ulama menjadi teras PAS, pergilah cari ulama yang cerdik dan baik. Jauhi ulama bangang dan perangai tak guna. Bina semula PAS dengan ketrampilan ulama-ulama yang cerdik dan baik.
Insya Allah, Allah bersama-sama orang yang mahu memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Akhir sekali, mungkin ramai sangat yang tanya, awat hang kurang ajaq sangat, bakaq?!! Aku kurang ajaq sebab aku harap sangat pewaris-pewaris Nabi yang cerdik dan baik untuk meranapkan kekuasaan Umno dan BN.
Aku ada anak. Anak-anak aku, insya Allah, akan beranak jugak. Aku dah tak sanggup nak membayangkan negara yang depa duduk ni diperintah oleh syaitan. Diperintah oleh taghut.
Hampa nak kata aku kurang ajaq, kata la!!
Berkaitan:
Mereka sebenarnya tidak sayangkan PAS dan rela melihat PAS hancur..!! (Rakyat Marhaen 9/11/09)
Bohongmania (Mat Saman Kati 9/11/09)






Cantik? Klik 




tepat sekali bakaq!
ok pak bakaq...right on!
betul..tolak tepi pemimpin yg bebal ni. kalau depa dah cerdik, boleh ambik balik.
nak kena ada persepsi yg betul untuk meyakinkan para pengundi dan rakyat malaysia. rakyat malaysia yg mengundi bukannya hanya ahli-ahli PAS semata.
- Putera Malaysia
Salam bakaq,
Wah berapi hang hari ni..walaupun d jakarta lani mendung..gue terpaksa berapi juga..sebab gue baru makan siang lauk pedas berapi.
Semoga akan lahir secepat mungkin peminpin seperti Ust Fadzil Nor. AMIN.
Gue pun bukan marah sangat dgn Geng Terengganu ni..cuma sebal aje...
Tapi gue ingat..jawatan kuasa dispilin akan kata tarak apa masalah and kes d tutp..
so..PAS akan ke takuk lama lah..gue sebenarnye setuju and tak setuju dgn Seminar ni..tarak apa pun,,,ye sama dgn egm pun tarak apa-apa..
eloklah PAS berubah secepat mungkin sebelum kalah teruk d P13.
Gue hanya doa PAS menang aje..klo kalah juga hendak buat macamana..gue tak akan doakan kekalahan PAS ..sebab klo PAS kalah..yg menang adalah UMNO..ni yg gue tak mau lihat..
Tapi gue berharap eloklah PAS kelantan buat bperubahan,,utk TGNA..eloklah serah jawatan MB ketika sehat and kuat sebab bolih monitor penganti dia dari sekarang..
gue tak kesah sapa yang jadi MB..sebab gue bukan dpt apa-apa..cuma gue harap yang mudalah..
psl Bakaq ni kaki Syiah...kite citer lah sedikit psl kisah Saidina Ali....kisahnya benar tapi diolah dan dialih zaman utk kesesuaian suasana.
Satu hari si Bakaq (nama hanya rekaan) pi lah tanya pandai si Ali (satu rekaan juga). "Ali!!", laung si Bakaq. "Pedia Bakaq?", jawab sambil terkejut Si Ali secara ringkas. "Aku mai ni nak tanya hang sikit lah", sambung si Bakaq lagi. "Tanya...tanya jangan tak tanya", seloroh si Ali. "Apa soklan hang tu? Kot boleh aku jawab" kata si Ali sambil dilurut2 janggutnya yg sejemput.
"Aku nak tau lah Ali. Awat zaman hang menjadi Khalifah ni...banyak betui masalah.Sini sana org tak puas hati. Nampak sgt hang ni lemah tau, Ali!", celah si Bakaq. Terkedu sat muka Si Ali. Ingatkan kawan baik...rupanya disigunnya kepala aku dalam diam2...kata hati si Ali. Takpa...takpa. Sabar si Ali menelan perit hentaman si kaki komplen sekoq ni.
"Ohhhh sene sgt jawape dio tuh", jawab si Ali. Sekrg si Bakaq pulak terkejut tgk si Ali pandai berkecek lorat Kelate. Mcm berok makyeh muka dia masa tu. tapi zaman tu pun belum ada digital cam lagi. So tak dapat dipertontonkan.
"Maso zame khalifah2 dulu...ahli2 kumpule kito ni semuo serupo kawe...sebab tu dulu takdok masaeloh. Kalu ado pun...cepat2 kito muafakat. Toksir bagi melarat", kata si Ali sambil mencuit perut si Bakaq. "Zame lo ni pulok...ahli2 banyok serupo demo belako", ping bagai ditampar melekap kt muka si Bakaq ayat2 si Ali tu.
Setakat jadi arm-chair warrior toksir bual lah. Cakap psl org lain berdegar2...diri sendiri berak penuh jubbur.
Kami penyokong PAS tak suruh pun gadai prinsip. Kami cuma mahukan pemimpin yang CERDIK. Kami impikan pemimpin yang ALIM + BAIK + CERDIK + BIJAKSANA.
Kami tak nak pemimpin yang ALIM + BAIK + BODOH + PENGAMPU. Kami lagi tak nak pemimpin yang TAK ALIM + JAHAT + BEBAL + TAK RETI BAHASA.
Pemimpin PAS selalu berkata terutamanya ketua penerangan yang bebal tu, walau kalah pilihanraya tapi tak gadai prinsip. Di sini saya nak katakan, kami sebagai penyokong PAS tak minta untuk PAS gadaikan prinsip juga kami menerima kekalahan tetapi kekalahan tersebut biarlah bergaya, kekalahan dalam perjuangan yang sengit. Kalau kalah dalam keadaan kebodohan pemimpin PAS yang sangat menonjol, serupalah dengan mat rempit yang mati jatuh motor. Kalau PAS mati dalam keadaan yang penuh gaya saya sikit pun tak rasa kecewa malah bangga umpama Aryton Senna mati accident dalam perlumbaan F1.
Entahlah... tak tau nak cakap apa lagi kalau kau orang tak nak berubah masih nak berkaptenkan orang yang ALIM + BAIK + BODOH, aku pun dah malas nak cakap apa-apa lagi. Lantak korang le.
Korang ampulah presiden yang ke sana ke mari bawak laptop (macam yang Hasan Ali selalu ampu) tapi tak tau dia buat apa dengan laptop tu. Bukan ada idea pun untuk perubahan. Jadi guru agama lagi bagus.
LU PIKIRLAH SENDIRI...
punca segala masalah PAS pada hari ini ialah STOPA, dia ejen UMNO dulu, kini dan selamanya......kenapa HADI percaya sangat kat dia nie...ada apa-apa ke?
PERSEPSI sekarang ini PAS dah hilang Taring. PAS dah mudah tunduk lemah Menikus..bila berhadapan dgn DAP/PKR. Mengikut saja telunjuk dan kata-mengarah Puak DAP/PKR..!!
Yang lebih Dominan dalam PKR ada lah DAP..PKR..!! Dan PAS hanya menjadi ALAT kpd mereka demi nak melaksana kan agenda DAP...Malaysia-Malaysian. Itu pun lagi satu Persepsi dok ada laa ni "on the ground"..!!
Pak Bakaq,
X perlu siar komen2 yang mengait sahabat2 Nabi. Memang PRU 13 akan membawa PAS ketahap berlainan. Musuh akan terus memprovokasi dan memanipulasi kelemahan2 PAS yang ada pada tahun 2010 ini. Memudahkan PRU 13 dalam tahun 2011, tarikh yang paling cepat. Sesiapa dalam PAS yang ingin kuasa dalam kerajaan Pusat, eloklah berhijrah sempena Maal Hijrah bulan Disember ni. Masa PAS masih kuat ni elok bincang berHIJRAH, nanti bila lemah x ada siapa minat dah. Tinggalkan PAS, biar yang tinggal kecil asal komited dengan Islam, jangan besar tapi komited dengan abbasiyyah.
Salam, Bakaq, Gue ingat umno lani sedang happy giler sebab PAS and PR sebuk..dgn masalah rumah tangganye..so, umno and the geng sebuk buat program cuci otak pengundi and rakyat msie dgn issue 1msie..umno create issue MAZA, issue UG semua, semua tu , mau melalaikan org PAS and PR. terutama dok sibuk dgn blog yang pro and kontra UG and non UG..Bakaq, metality org PAS begitukan dari dulu lagi..emang belum berubah sanget..
anyway..gue setju dgn cara lho berblog..gue baru aje protes cara TB berblog...semua org salah,,,yang benar dia aje..asik-asik UG and non UG..dia ni apa yang org lain buat semua salah yang betul HUSAM and Khalid samad aje..
Presiden PAS sekarang dah sebijik sama dengan presiden MIC. Suruh letak jawatan, macam-macam alasan dia bagi. Seorang rasa diri dia ulama dan kena wala' dan seorang lagi rasa diri dia sami yang kena wala' jugak.
Apa nak jadi dengan Malaysia ni?
Aku org klate, malah aku tk pduli pn tok guru pgg jwtn smpai bila2. Personally, aku undi PAS sbb aku sgt2 hormat kt tok guru. Bila tok guru dh tkde nti, undi aku msh tk pasti. Aku peduli ape org nk ckp, itu hak aku. Jgn risau, insyaAllah, rkyt Klate di perantauan sentiasa mengundi PAS selagi tok guru ade.. Rs hormat kt tok guru di klgn ank2 klate amat menebal. Ape yg jd 2004? Ikhlas aku ckp, imej pak Lah mmg bg influence kt ramai pengundi sbb ramai menyangka yg imej islamic pak lah tidak akn membuatkn Klate bertukar wajah jika di beri kpda UMNO. Itula penyebab ramai yg undi UMNO thn 2004. Tp bila th wajah sbnr Pak Lah, maka undi kembali kpda PAS. Thn 2008 juga berlaku sogokan undi.. Ade yg di beri sehingga rm500,duit ambik, tp undi PAS.Itu nmnyacerdik.. hahahaha.. Sm gak PRU13 nti, taburla byk mn pn duit, lg byk lg bgs, undi ttp kpda PAS..
Pak Bakar;
Saya amat bersyukur kepada Allah sekiranya PAS kalah (kalah teruk) dalam PRU 13 akan datang. Biar sedar diri sikit.....
PAS akan hilang 2 undi dalam PRU 13 nanti di DUN Manir/Parlimen Hulu Terengganu.
~Ibrahim Mohd Raja
Mantan YDP PAS Kaw Batu,WPKL.
Tarak Nama 10..lho..ahli pas ke bukan..klo ahli pas ..sabarlah tunggu 2 tahun lagi klo mau TGHH turun dari kerusi presiden itu pun klo ada yang sanggup lawan and menang..
Gue setuju dgn cara TGHH jawab...DR_DR tu semua pengulas politik aje..depa bukan menceburkan diri sepenuh masa..jadi pemainnye and kapten nye TGHH..klo hang bosan..masuk ajelah parti lain atau hang tubuh parti sendiri..parti tappawre ke atau parti hari jadi ke..terimalah perbezaan pendapat and hormati pendapat org lain..
TGHH lontar idea pasal kerajaan UG..itu lontaran IDEA...klo bagus dpt 2 markah..lah klo salah satu..itu macam istihad lah..bro..
walaupun gue pun tak puas hati dgn apa yg TGHH saran..tapi gue pun bukan setuju semua apa yang TGNA cakap..terutama..lantik anak menantu ..tapi klo dia layak..biak p lah...takan mau lantik gue atau bakaq kot..
Pasal Persepsi...ni terserahlah pada PAS IT utk counter attack semula apayang blogger umno, atas pagar, PAS non UG and PAS UG sebarkan..gue rasa..persepsi TGHH buruk sebab hang palah yang gambarkan buruk..gue walaupun org kata cikgu pa hodoh..gue tetap caya sama dia...seorang politiking thinker yg buat sesuatu utk kebaik PAS.
Gue pernah tanya sendiri dgn TGHH pasal apa dia kata LKS ubot luput tarikh dlm P11.
so, dari jawapan dia..and alasan dia..gue merasa..apa yg TGHH buat semua utk kebaikan PAS...
SO, bila selesai P12...kan PAS tak ada perjanjian khusus dgn PKR and DAP utk bentuk GOV and semua tak sangka akan jadi tsunami politik..so, pendekatan PAS utk meeting dgn UMNO...gue rasa cuma utk memberitau PKR and DAP secara politik..yg PAS ni..punya SAHAM yang tinggi dan ni..menjadikan harga PAS lebih MAHAL bila nengo dgn PKR AND DAP.. klo lho anggap ni salah..lho kena lah belajar business dgn cina.
SALAM TO ALL
Anom 4,
Dalam Blog ni aku rasa anda boleh bertukar minda dengan penarikbeca dan dgn yg lain ..dan bawa lah fakta sebagai hujjah bukan nya macm saudara buat /komen tuu ..Biar nampak cerdik sedikit gak..Komen apa yg di utara kan dengan secara ilmiah,Kalau tak ada modal maka lebih baik diam jer lah...Kalau saranan tu salah atau tak elok bawa lah fakta bagi menyanggah hujjah penarikbeca tu..
Ini baru nama nya wacana ilmiah ..Andai kata anda tuu ahli PAS komen lah ..kalau ahli UMNO jgn wak gelewak dalam blog ini , Kalu PKR /DAP nak komen komen lah ....
Yazid gombak
ULAMA YANG PAK BAKAQ NAK TU BANYAK ...
DALAM PAS ATAU LUAR PAS TAPI CENDERUNG PAS ...
Anon 4, hang memang brilliant!!!
Pak Bakaq,
Sebab itulah saya beritahu kepada kawan-kawan: "La ni hampa orang PAS kena buat recruiting and sorting. Recruit ulama-ulama yang cerdik, kami meluat sangat dah tengok ulama-ulama bodoh. Yang bodoh letak tepi dulu, tu sorting.
"Lepas tu kena sorting lagi, letak tepi yang nampak ada bakat nak buat perangai tak guna (belajar dari pengalaman Partai Keadilan Sejahtera atau PKS di Indonesia. Betulkah orang dakwa, yang ustaz tu yang rasuahnya. Saya tak tahu benar atau tidak dakwaan itu, pergi check. Di Iran, orang dakwa Ayatullah Ali Akbar Hashemi Rafsanjani tu bapak rasuah. Benar atau tidak, mana aku tau. Pi check!)..............
...............................................
.....................................................
Macam nie komen kan baguih, tadak orang sakit mata baca, panaih hati baca...kritik kemudian bagi solution, tuh yang orang nak dengaq pak bakaq oi...ni kutuk2 mcm blog lain tak bagi solution....utk post ni aku mmg setuju sgt2 dgn pak bakaq...
Salam Pak Bakar,
Kawe setuju dengan kajian oleh Prof Abu Hassan. Memang sebelum penyokong kuat PAS (tapi bukan Ahli). Tapi selepas geng UG menguasai Parti, kawe raso tak jadi nak join PAS dan tak berminat pun nak tau apa2 pasal PAS pusat kecuali PAS kelate. Lepas ni ada lagi agenda UG, aku haramkan dermaku yang digunakan oleh geng UG.
Pandangan Anon 6.48pm tu membina.Berpolimik bermakna "hujah lawan hujah" kalau sekadar merapu tak usah menyibuk disini walau pun nama tak ada namun "anon" itu tetap nama dan yang menulis sudah tentu tahu dan terasa.
Mari kita semua membalik sejarah,sebelum berlakunya "tsunami politik" yang menyebabkan UMNO/BN kehilangan 4 buah negeri (Kelantan dikira mempertahankan).Sebelum ini,tak timbul konsep Unity Government(Kerajaan Perpaduan) dan tak timbul sebarang pergaduhan,perbalahan dan persengketaan dalam PAS.Mula dari pucuk pimpinan hingga keakar-umbi - tak ada masaalah.Penyakit bermula apabila ada sekumpulan pemimpin-pemimpin PAS pergi berjumpa dengan pemimpin UMNO(cara bersembunyi dan dalam gelap)untuk menubuhkan UG.Dari saat ini bermulalah banyak pembohongan dan apabila Pak Lah kata dah jumpa 3 kali - baru rahsia terbuka.Kalau sekadar "melontar idea" tak perlu jumpa sampai 3 kali.Perjumpaan 3 kali ini tak termasuk "berjumpa dalam gelap" diluar negeri dan dihotel-hotel besar diKL.
Ana nak berhenti disini kerana kisah ini dah beratus kali diulang-tayang dalam perbagai blogg dan juga akhbar.Ana terpaksa menimbulkan kisah lama(bahan sejarah) ni untuk membuka minda kita semua - dan menginsafi dan mengetahui "Angkara siapa yang menyebabkan keadaan PAS dewasa ini.Jangan pandang bulu,jangan wala membabi buta,jangan terpengaruh dan buat pertimbangan secara adil sebagai mana yang pernah disabdakan oleh Nabi SAW:(Mafhumnya: Sekiranya anakku Fatimah mencuri,pasti aku potong tangannya).Mari kita semua ikut Nabi SAW(jangan nak kahwin lebih dari satu saja,ikut Nabi)- mari kita pastikan siapa yang telah memulakan masaalah ini dan kita hukum mereka.Itu saja - tak perlu banyak cakap,tak perlu seminar,tak perlu lembaga disiplkin dan tak perlu bercakaran sama sendiri.
teruskan pak bakaq....
Mustahil Tuan Guru bodoh lagu tu. Saja buat-buat bodoh untuk sabotaj PAS tak? Saya yakin apa yang Tuan Guru buat dia dah solat istiqarah. Korang yang mengata-ngata Tuan Guru adakah korang, disiplin korang punya jadual ritual dan disiplin macam budak sekolah pondok?
Saya adalah penjawat awam yang berang dengan tindakan Perdana Menteri yang menyalahkan Cuepacs kerana isu Bonus.
Rata-rata penjawat awam dinegara ini berasa terkilan kerana ketika Perdana Menteri menghabiskan duit rakyat kepada program Permata yang dinaungi oleh isterinya sendiri tidaklah pula dianggap salah dari segi moral?
Kami hanya menuntut hak kami..Pohon ahli-ahli parlimen dari pembangkang menyuarakan masalah ini di parlimen kerana ketua-ketua jabatan di Pejabat Perdana Menteri sudah tentu tidak berani menyuarakan pendapat ini.
Ketua-ketua penjawat awam di negara ini sudah tentulah menjadi kroni PM dalam isu bonus ini.
Yang terkilan dan merana adalah golongan penjawat awam yang menerima gaji tidak setimpal dan berstatus miskin.
Saya tidak tahu hendak diadukan kepada siapa keluhan suara ini..pohon ada tindakan dari ahli-ahli parlimen pas untuk menjadi suara kami. Sekian terima Kasih.
Salam
Salam Bakaq
respon daripada : komentar ~Ibrahim Mohd Raja
Mantan YDP PAS Kaw Batu,WPKL.
Sheikh... jika nak berkata biarlah melihat kepada misi dan visi. Sayang kalau kecerdikan tuan diolah menjadi kebodohan..jika tuan orang luar yang tidak pernah memimpin saya boleh abaikan. tetapi tuan antara manusia yang memilih pemimpin.. berhati2 dalam menangai situasi kemen anda. jangan nanti tuan dianggap langsung tak cerdik...
hanya teguran,
Kalau Haji Hadi letak jawatan mungkinkah pas jadi kuat?.Nak ganti dgn sapa pulak tu.
Kalau Haji Hadi letak jawatan mungkinkah pas jadi kuat?.Nak ganti dgn sapa pulak tu.
TAK SUSAH SURUH SAJA KHAIRY JAMALUDIN GANTI....GERENTI MELETOP!!!!!!!!
Assalamualaikum,
Mengapa pula nak suruh Tuan Hj. Hadi Awang letak jawatan? Bukankah dia baru dipilih awal tahun ini.
Orang PAS jangan kagum sangat dengan orang akademik ini. Dr. Aziz Bari bukan ada analisis pun, hantam sesuka hati sahaja, macam pengkritik kedai kopi! Ada orang suruh dia kut? Tak layaklah, berceramah dalam sidang PAS!
Sekurang kurangnya Dr Abu Hassan Hasbullah ada kajian menguatkan hujah hujah beliau. Itupun ada silap juga. Saya rasa para responden dalam kajian beliau mungkin bukan orang PAS sahaja, tetapi masuk juga orang bukan Islam dan Melayu PKR dan UMNO. Kalau tak, masakan orang PAS tak kenal Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Husam Musa.
Masalahnya jika responden dalam sesuatu tinjauan terlalu luas meliputi semua kumpulan politik, sudah tentu mereka tak suka Hj. Hadi. Kalau orang PAS suka, cukuplah. Semua pemimpin parti lain tidak perlu orang lain suka, kecuali PM dan DPM.
Sila lihat analisis lengkap di blog saya.
DAH IKHWAN Weblog
http://dahalmi.wordpress.com
Anon 9.46pm,
Sheikh,Us.Ibrahim Mohd.Raja tu orang Trengganu.Ana bukan nak sokong atau bantu komennya.Munkin apa yang dilahirkan adalah datang dari "pengalaman dan maklumat" yang ada atau beliau terima dimana (diTrengganu) sudah tak nampak apa yang anta sebuatkan "misi dan visi" tu.Atas kehilangan "misi dan visi" inilah dewasa ini sudah berpindah pula keIbu Pejabat PAS Pusat. Sekarang "misi dan visi" sudah betul-betul kabur.
anom 24 ..
Apa visi dan misi yg anta nampak dalam PAS sekarang! Kalau kroni U- walaupun salah hanya dapat surat tunjuk sebab jer ,,"apa nak risau tok guru sebelah ana" manakala golongan bukan kroni(anti -G) nanti akan di lucutkan jawatan ...Kita tunggu dan lihat apa keputusan lembaga displin PAS nanti!!! Adakah mereka berpegang pada prinsip atau assobiyyah !!!
Anok trengganu yg kecewa "sok benggel"
Anom # 6, betui ka stopa tu ejen umno? kalu betul mana bukti nya? hang tulis atas dasar hearsay or persepsi? alih2 persepsi juga yg salah! tapi mcm hang tulis lah bakae kalu dah berkendak dalam gelap...macam mana nak ubah persepsi dalam sekelip mata, kerana persepsi itu dibina dan dipupuk dalam masa 2 tahun yg lalu...yg marah sangat pasal primitf tu pasai apa? takut sgt ke mengaku yg persepsi pengundi terhadap makin berubah?
Berubah lah wahai pas sebelum rebah!