Sedap!! Klik gambar di atas!

Selamat menghentam Husam!

Dalam berita bertajuk "Nik Aziz tidak akan terima," Utusan Malaysia hari ini melaporkan Tok Guru Mursyidul Am berkata:
Menteri Besar itu berkata, selama ini beliau tidak menyebut mengenai kebaikan Husam kerana bimbang Exco lain akan berkecil hati.

"Saya selama ini tidak sebut kerana takut kecil hati Exco lain sebab mereka ada portfolio masing-masing, tetapi portfolio Husam iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan. Banyak fikiran dia selamatkan politik Malaysia," katanya.
Pujian Tok Guru yang lain tidaklah menarik perhatian saya. Tetapi, dari teropong buluh saya la, pujian yang di atas mungkin menyebabkan begitu banyak harimau di Kelantan yang luka parah.

Orang kata, harimau yang cedera akan mengamuk tak tentu hala. Kita tengok sahajalah bagaimana harimau-harimau terluka di Kelantan akan menerkam.

Watch out! A bunch of minor villains, with all their lame gimmicks, will start kicking ass all around the room. If you take them seriously, you are either a nobody or a total joke.

Kepada mereka yang menyokong atau taksub kepada Husam, saya harap Tuan-Tuan sokong pemikiran dan pendirian beliau yang baik-baik, bukan fanatik Husam. Husam tidak ma'sum. Saya letih tengok gu-gu Huse yang tiba-tiba lebih hebat dari Karpal Singh atau Allahyarham Christopher Fernando bila kita sentuh sikit Mamat tu.

Kepada yang membenci atau memusuhi, selamat menghentam Husam!

Bagi blogger kurang ajar macam saya, yang saya lawan ialah pemikiran, pendirian, sikap dan perbuatan yang saya tak suka. Saya tak lawan orang. Nak buat lagu mana kalau saya dilihat kurang ajar kepada mana-mana Tok Guru sekalipun. Mintak maaflah, saya tidak mentaqdiskan mereka.

Berkaitan:
Oh..., Mingguan Malaysia! (Haji Husam Musa 22/11/09)
Husam: Saya tak akan tinggalkan PAS di tengah jalan (Malaysian Insider 22/11/09)
Hadi, Nik Aziz bincang isu Husam di KB (Utusan Malaysia 23/11/09)
Nik Aziz heaps praises on protege Husam (The Star 23/11/09)



Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bro Bakar,

    Orang yg pernah kena simpan dgn ancaman ISA memang boleh jadi camni yek? Bro Kickdefella pun pernah "Hilang" gak kan? kan? kan?

    Mat Semput

  2. saja je,,,nak lakukakan paper org umno kan..takut2 muflis lakk paper diorang..
    takde keja lainkan nak cerita...buat taik je..umno...unmo udahlerrr buat yg baik lerr pulakk...apek

  3. Bila kes Husam timbul semula, saya pasti teringat jihad ternak kambing jamnapari..

  4. Ni melayu melayu..kalau tak ada perasaan hasad dengki beradu domba tak jadi melayu. Patut susah nak menang dengan UBN sebab masih berfikiran dan ada hati busuk melayu..
    Cuba pakai perspektif Islam sikit..jangan dok mengamuk.

    Apa macam Bakaq boleh tanya Si-mamat Kickdefella yang kamu bagi nombor fon Husam satu masa dia menganggur tak ada kerja?

  5. ni blogger paling hancur!!HARAM, HARAM, HARAM..

  6. Pak Bakaq,
    Ana pun bukan peminat Husam jauh sekali taksub dengan Husam.Tapi bila diambil kira "mudarat lebih besar" terhadap perjuangan dan aspirasi PAS,dibandingkan Husam dengan Mustafa Ali,Nasaruddin Mat Isa,Hassan Ali mahu pun Harun Taib,"kerosakan" yang dilakukannya amat kecil sekali.Kalau pun ada sebarang "kerosakan" ianya terhad diKelantan saja.Itu pun bukanklah ianya dikira benar-benar sebagai "kerosakan" tapi lebih kepada "saingan" antara beberapa pemimpin PAS Kelantan yang berharap hendak menggantikan tempat TGNA. Jadi tajuk anda "Selamat menghentam Husam" dikira keterlaluan.

  7. geng2 cikgu pa, harun taib, bakor chik, wan mutalib menjadikn rakyat trengganu serik nok ngundi PAS....jadi geng2 cikgu pa xdok tempt doh di trengganu...sbb itu set2 cikgu pa sibuk cah keting dlm pas sbb cara 2 je diorg buleh survive dlm politik malaysia....
    terengganu kembali kpd PAS? jgn hrp la....kerosakan geng2 UG ni lagi teruk.. bukn nk jaga parti, tapi msg2 jaga kedudukn sendiri...buat la survey...org trganu lagi rela dpt bangunn2 runtuh drpd dtadbir kelam-kabut oleh PAS.

    Aps yg peliknya, waktu husam disahkan bersih dari tuduhan rasuah oleh norzula, YB UMNO,akibat lemparan fitnah drpd MSO, harakah xdok pulok coverage bab isu ni...
    press statement nik aziz pon pernah dikerat dlm harakah.....
    dahlah Siasah smakin down jualannya.....

    byknye tgn2 dlm pas...

  8. Kenapa tidak di senaraikan dosa husam kepada pas? sila turun kan di sini:
    1. Bertanding naib presiden
    2. tak beli kambing japnapari dengan mso
    3. Kerja sorang
    4. Tak ada gu dalam parti. Gu dia semua taik umno
    5.
    6.
    7.

  9. Aku pun pelik la kenapa Pak Bakaq beria-ia sangat mengalu-alukan org menghentam Husam? Aku tgk hang lebih bimbang jika Husam ditakdirkan jadi Pesuruhjaya PAS Kelantan @ menjawat MB menggantikan Tok Guru kerana ianya akan merupakan saingan kepada Mat Sabu pujaan hang yang sealirang dengan "mazhab taqiyyah" untuk menapak kepada jawatan Presiden PAS. Itulah persepsi aku kat hang Pak Bakaq oii... So.. benih-benih muda seperti ini kalau boleh nak dicantas terus oleh hang. Aku rasa hang perlulah beristighfar banyak-banyak... Aku pun kenai hang bukan sehari dua.... dari dulu sampai la ni hampa cuba nak membawa aliran taqiyyah (senang cakap Syiah) ke dalam organisasi PAS. Kat website hang pun ada ciri-ciri seperti itu... Tidakkah nanti akan timbul fitnah kepada PAS sepertimana timbulnya fitnah kat Tok Guru dan Husam sepertimana persepsi yg selalu hang dok sebut2. Dan kerja-kerja fitnah ini biasanya dilakukan oleh org UMNO dan syaitan!

  10. Anon 9

    Saya memohon maaf jika anda tak faham apa yang saya tulis. Tetapi, saya percaya, ada orang boleh faham.

    Jika anda faham, dan buat-buat tak faham, tak dapek den menolong!

  11. Puak-puak nak mampuihkan husam di pengkalan chepa 24 nov nih...termasuk mat sabu

  12. Anon 9 ini bengap. Siapa nak jadi MB tak dak hal. Janji mesti menyelesakan masalah ekonomi rakyat Kelantan. Jika jadi MB dok saja baik suruh Nasa bertanding jadi Presiden. Dalam Pas terutama pemimpin atasan semuanya taqiyyah. Kalau tak taqiyyah lama dah masuk umno.

  13. pak bakaq... bukan semua orang reti menyindir... tu yang susah tu...

    hari ni nampaknya nik amar dah tunjuk rakus dah tu... hahahha... gian nak sambar kereta baru ke cemana tu...

  14. Salam..

    sy tk npk pn ape keburukan yg di bawa oleh Husam selama ini. Hasil usaha beliau telah banyak memajukan Kelantan.. Selain di cop sbgai Erdogan oleh puak2 yg dengki dgn beliau, tkde perkara buruk lain yg telah beliau lakukan.. Bg sy, kerosakan yg telah di lakukan oleh Nasa, Hasan Ali lebih besar drpd isu2 yg berlaku di Kelantan. Yg menariknya isu mengenai mereka berjaya di senyapkan buat seketika apbila isu Kelantan di upkan.. Tk heran ke suma tu??

  15. This is my first time.. to announce my PENDIRIAN pasal siapa patut jadi MB KELANTAN.. dan saya pasti agak ramai yang tidak bersetuju..

    Satu masa dulu (beberapa bulan selepas PRU12) saya pernah bincang hal ini dengan ayah saya dan beliau kini sebagai org tua yang diberi kesempatan oleh Allah SWT melihat arwah Samad Gul terbaring berlumuran darah.. turut bersetuju dengan PANDANGAN saya..

    PANDANGAN 1..

    Husam akan dinaiktaraf ke jawatan MB untuk tempoh sekejap iaitu sebelum menjelang PRU13 dan akan bertanding kerusi PARLIMEN dan DUN dalam PRU13..
    Nik Amar akan terus memegang portfolio pendidikan dan akan dinaiktaraf ke jawatan MB selepas PRU13..
    husam akan terus memainkan peranan sebagai penasihat ekonomi kepada negeri kelantan atau dengan kata lain jawatan timbalan exco pembangunan ekonomi...bla..bla akan diwujudkan.

    PANDANGAN2..
    Nik Amar terus dinaiktaraf ke jawatan MB dengan kedua-dua Husam dan Nik Amar kekal diportfolio sedia ada. Apa-apa pon Husam amat diperlukan untuk berada di PARLIMEN pada PRU13 untuk membawa suara yang lebih segar.

    Saya amat kesal jika kedua-dua Husam & Nik Amar dilaga-lagakan oleh pihak yang tidak mendapat apa yang mereka inginkan dari TGNA... peri pentingnya kedua tokoh ini saling memadu tenaga dan suara adalah kerana ketangkasan keduanya.. mereka berdua akan dapat mempertahankan negeri kelantan utk tempoh yang lebih lama lagi..

    Gandingan Nik Amar dan Husam akan memacu negeri kelantan kesatu arah yang mungkin tidak pernah diimpikan oleh ramai orang.. apa-apa pon, bukannya tokoh lain tidak mampu dan layak.. cuma mereka perlu tepuk dada, istikharah dan gunakan fikrah mereka.

    Nawi Kutan Tengah

  16. tolonglah tulis dalam ayat yang mudah difahami pak bakaq oiii..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008