Sedap!! Klik gambar di atas!

Selamat menghentam Husam! (4)

Anak Tok Guru, Ustaz Nik Abduh menulis posting bertajuk "Abdul Ariffahmi Abdul Rahman – moga awan berarak lalu". Susulan dari itu, Malaysian Insider hari ini melaporkan berita bertajuk "Kemelut Kelantan: Nik Abduh salahkan Husam bawa Kickdefella" dan "Nik Aziz’s son blames Husam for state problems". Malaysiakini hari ini pula melaporkan berita bertajuk "'Jangan larang Nik Aziz letak jawatan'". Dan tentulah Utusan Malaysia pun membikin laporan juga. Lihat beritanya hari ini yang bertajuk "'Jangan halang ayah saya'".

Dalam posting saya bertajuk "Selamat menghentam Husam!", saya menulis:
Pujian Tok Guru yang lain tidaklah menarik perhatian saya. Tetapi, dari teropong buluh saya la, pujian yang di atas mungkin menyebabkan begitu banyak harimau di Kelantan yang luka parah.

Orang kata, harimau yang cedera akan mengamuk tak tentu hala. Kita tengok sahajalah bagaimana harimau-harimau terluka di Kelantan akan menerkam.
Apa pun, sudah terdedah apa yang selama ini dipendamkan dengan penuh sabar. Jelaslah, PAS Kelantan yang selama ini aman bahagia tanpa sebarang intrigue dalaman dan hidup penuh kasih sayang serta husnul zan antara satu sama lain, menjadi punah ranah kerana kehadiran Sheih.

Saya juga bersalah kerana memperkenalkan Sheih kepada Haji Husam Musa. Ketika Sheih diterima berkerja di Kelantan, saya tulis posting bertajuk "Surat terbuka kepada Sheih".

Saya memohon maaf kepada semua orang yang merasa sakit dan disakiti kerana kehadiran Sheih di Kelantan.

Apa pun, saya yakin PAS Kelantan lebih aman dan makmur dengan berita Utusan hari ini bertajuk "Husam tiada hasrat ganti Nik Aziz". Berita Harian hari ini pula menyiarkan berita bertajuk "Husam tak mahu jadi MB". Malaysiakini juga menyiarkan berita Bernama mengenainya di sini.

Saya berharap, harimau-harimau terluka sudah mula menyimpan kukunya. Para pahlawan penentang Husam pula saya harap sudah mula meletak pedang mereka.

Saya yakin, Husam jangan jadi apa-apa pun yang berkaitan dengan politik PAS Kelantan. Jangan jadi MB, jangan jadi MP, jangan jadi Adun, jadi ketua PAS cawangan pun jangan jika di Kelantan.

Untuk memastikan PAS Kelantan aman bahagia tanpa curiga dan cemburu, saya cadangkan Husam pindah terus dari Kelantan dan selepas itu berpindah kawasan ke dalam mana-mana PAS kawasan di tempat lain. Jadilah aktivis di tempat lain yang tidak ada perebutan kuasa. Di Johor umpamanya, di mana PAS masih suci kerana PAS tak menang di sana kecuali dua kerusi Dewan Undangan Negeri. Saya fikir itu yang terbaik.

Kadang-kadang, bila timbul masalah, buang sikap sahaja tidak akan menyelesaikan masalah. Ia hanya boleh selesai dengan membuang orang. Barulah yang marah akan puas hati.

Oleh kerana Husam menjadi punca kemarahan begitu ramai pemimpin PAS di Kelantan, eloklah Husam membuang diri. Barulah Tok Guru Nik Abdul Aziz akan mendapat sokongan yang solid.

Jika tidak, ketika Tok Guru menentang kerajaan perpaduan umpamanya, ramai penentang Husam tidak menyokong pendirian Tok Guru itu semata-mata kerana Husam juga menentang kerajaan perpaduan. Prinsip perjuangan diflush ke dalam lubang jamban kerana kebencian yang berapi-api terhadap Husam.

Prinsip perjuangan menentang kemungkaran dan kebatilan tidak lagi menentukan arah aliran sokongan, tetapi ditentukan oleh kebencian kepada Husam. Saya tidak tahu apa perasaan Husam ketika begitu ramai tokoh PAS Kelantan membiarkan Tok Guru bersendirian menentang kerajaan perpaduan semata-mata kerana kebencian yang menggila terhadapnya.

Hey bakaq! Hang kata hang menyokong kebenaran. Mengapa pula tulisan di atas kelihatan seperti menyokong Husam? Ini bukan soal Husam. Saya tulis di atas kerana hati saya sakit sangat melihat orang membelakangkan kebenaran yang diperjuangkan oleh Tok Guru dalam isu kerajaan perpaduan semata-mata kerana kebencian yang tak boleh ditahan-tahan terhadap Husam.

Yang penting, pemimpin politik PAS di Kelantan akan solid menyokong kebenaran yang diperjuangkan oleh Tok Guru apabila Husam sudah dicincang lumat. Suara PAS Kelantan yang sebelum ini kelihatan solid dalam pelbagai isu tidak akan terlihat berpecah-pecah lagi.

Yang lebih penting lagi, tokoh-tokoh PAS Kelantan tertentu yang membenci Husam dan agak ramai jumlahnya boleh bertemu saban hari dan bermesyuarat bagaimana nak mempertahankan PAS dari serangan Umno di Kelantan dan bukan bermesyuarat tak rasmi tak henti-henti untuk mencari jalan bagaimana nak menyemai kebencian di hati Tok Guru terhadap Husam.

Kalau jumpa Tok Guru pun, tidak lagi bercakap tentang buruk dan busuk Husam, tidak lagi bercakap bahawa pemangku raja tak suka Husam (ada kaitan dengan balak?) dan benda-benda seperti itu. Bila Husam sudah tidak ada, bolehlah berbual dengan Tok Guru tentang isu-isu yang lebih penting kepada ummah dan perjuangan Islam.

Jawatan di peringkat pusat seperti Penolong Setiausaha Agung PAS umpamanya, selepas tak berjaya dilantik sebagai Bendahari PAS Pusat, bolehlah digunakan untuk kepentingan ummah dan perjuangan Islam dan emosi tidak lagi diserabutkan oleh manusia bernama Husam.

Saya ambil kes kerajaan perpaduan kerana gelagat dan kelaku dalam isu itulah yang paling jelas menyerlahkan dichotomy dalam PAS Kelantan. Kepada yang menggelejat marah bila saya tulis perkataan kerajaan perpaduan, saya nak tanya, awat nak marah pulak kalau saya sebut perkataan itu jika anda yakin ia benda baik?

Bukahkah benda yang baik elok disebut selalu?

Berkaitan:
Husam tak mahu jadi MB
Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri anggap tak layak

KOTA BHARU: Datuk Husam Musa yang selama ini dikatakan calon paling sesuai menggantikan Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan, semalam mengumumkan beliau bukan calon yang layak memegang jawatan itu.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan itu berkata, beliau tidak mahu menggantikan Nik Aziz, sebaliknya menamakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, sebagai pemimpin paling layak mengambil alih jawatan itu.

Namun, beliau menghargai pujian Nik Aziz terhadap sumbangannya kepada kerajaan Kelantan, walaupun menderita selama dua tahun difitnah kerana lantang menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

"Selain difitnah menerusi laman blog, ada pihak sengaja mengatur program untuk menganiaya saya. Saya tak boleh balas balik (fitnah) sebab nak jaga perpaduan dan imej parti... keadaan saya sangat sukar, kalau jawab nanti rosak parti.

"Anak Tok Guru (Nik Aziz) serang kononnya saya itu dan ini. Jika dijawab, nampak pula macam saya bergaduh dengan keluarga Tok Guru... jadi saya bersabar," katanya kepada pemberita selepas menziarah satu keluarga miskin, dekat Bechah Keranji, di sini.

Husam juga berkata, beliau akan menyokong siapa saja yang dinamakan sebagai pengganti Nik Aziz, tetapi tidak mahu namanya dicalonkan kerana tidak mahu disangka sumbangannya kepada parti dan negeri selama ini semata-mata mahu mengejar jawatan.

"Timbalan Menteri Besar (Ahmad Yakob) paling senior dan semua Exco lain pun layak kecuali saya seorang saja yang tak layak. Jangan calon nama saya.... saya tak mahu dicalonkan sebagai pengganti Tok Guru.

"Saya serius, saudara (media) nak suruh sebut kata nak (jadi Menteri Besar), nanti orang marah kata saya bekerja sebab nak jadi Menteri Besar, padahal jika hantar balik ke Parlimen pun, saya tak ada masalah," katanya.

Bekas Naib Presiden Pas yang tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan lalu itu mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyarankan Nik Aziz menamakan penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila beliau meletakkan jawatan kelak.

Mengulas lanjut keputusannya itu, Husam secara sinis berkata: "Kalau tawar Perdana Menteri saya nak... Menteri Besar ini kolam kecil sangat... saya jenis badan besar suka berenang kolam besar."

Husam juga berkata, proses peralihan jawatan Menteri Besar tidak perlu diperbesarkan, malah mencadangkan Nik Aziz memper-tahankan kerusi DUN dan bertanding di Parlimen pada pilihan raya akan datang bagi membolehkannya menjadi Perdana Menteri jika pembangkang membentuk Kerajaan Persekutuan.

Mengenai laporan media internet yang mendakwa beliau keletihan dalam mengharungi keadaan politik semasa di Kelantan, Husam berkata, beliau sedang 'enjoy' dengan kerja dan tidak timbul persoalan untuk berhenti atau keletihan.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas, Wakaf Baru, Ramli Abu Bakar menyifatkan saranan Nik Aziz menamakan penggantinya tidak kena pada masanya dan satu 'desakan' supaya beliau segera melepaskan jawatan.

"Tok Guru pemimpin, ibarat anak dengan bapa. Mana boleh anak mengajar bapa. Apatah lagi saranan berkenaan seolah-oleh mahu memaksa beliau. Bagi saya cara ini tidak betul," katanya.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, pula berpendapat, walaupun saranan berkenaan dikemukakan secara diplomasi, ramai melihat ia adalah desakan supaya Nik Aziz berhenti dan mungkin kehendak akar umbi.

Katanya, beliau orang pertama menyuarakan 10 sebab kenapa Nik Aziz patut berundur, malah kenyataan Nik Aziz yang menyatakan beliau tertekan dan fikiran bercelaru serta uzur menggambarkan perlunya beliau berundur.

"Masanya sangat sesuai untuk beliau berhenti supaya baki hayatnya diteruskan untuk kegiatan dakwah. Sebagai Menteri Besar, beliau kena memahami dan turun padang melihat masalah rakyat, bukan setakat mengajar agama," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Keluarga dan Kesihatan Kelantan, Wan Ubaidah Omar pula menyokong saranan Mohd Amar dengan alasan ia penting bagi mengelak spekulasi kerana setakat ini belum nampak bayangan pemimpin yang akan menggantikannya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula berkata, walaupun kepemimpinan Nik Aziz masih relevan, beliau sedar pemimpin silih berganti dan akan lahir pemimpin lain mengambil alih tampuk pemerintahan.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Nik Aziz untuk memberikan isyarat berundur, tetapi tidak menolak saranan itu mungkin dibuat berdasarkan kebimbangan rakyat Kelantan mengenai siapa penggantinya.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. mari2 kita lihat kereta nik abduh,honda crv,ellysion,mari2 kita lihat kereta nik amar,beberapa buah,mewah2,mari2 kita lihat kereta husam,kia UZUR dan mercedez tua. hehehe siapa yang dapat.siapa yang cari wang untuk negeri,dan siapa yang hidup mewah dalam negeri,semua rakyat kelantan dah tau,hehehehe,percayalah ALLAH MAHA BESAR,PENGAMPUN,PENGASEH,PENYAYANG DAN BERKUASA ATAS SEGALA SESUATU.

  2. "When I am angry I do not turn green but I keep quite. I would not scold anybody but I will take REVENGE at them by TORTURING THEM." -KICKDEFELLA

    (http://kickdefella.wordpress.com/2007/02/25/sheih-on-sheih-welcome-home-monty-i-am-not-weird/)

    Kalau tengok apa yang berlaku sah ni salah satu perangai baik Hero kita. Patut la mana dia pegi dia akan buat kecoh kalau apa yang dia nak tak dapat..

  3. kerajaan perpaduan dengan PAS dah tutup book...sekarang kerajaan perpaduan dengan bung Nwar pulak..makin tertekan laa Tok Guru!!!

  4. Saya setuju dengan Bakaq'.
    Banyak yang menyokong pertemuan dalam gelap dengan UMNO dari Kelantan hanya kerana TG dan Husam menentang perkara tersebut. Kemudian pandangan mereka disolek secara ilmiah. Dan jadilah bagi mereka pertemuan dalam gelap itu sebagai peluang untuk dakwah bukannya penipuan kepada pengundi.

  5. Itulah hampa semua 'insulate' tok guru dari anak-anak dan keluarganya, itu lah sebab mereka tak puas hati.

  6. Di Iraq dan Afghanistan...malah di Lebanon....puak2 juak Amerika/israel akan pasang bom ditempat2 awam mcm masjid dan pasar...bommmmm...ramai yg mati dan cedera...keadaan menjadi tidak aman kpd semua org...kesusahan...penderitaan....lalu dgn segera melalui bantuan media mereka dan juga juak2 yg dibeli....diletakkan kejahatan dan kemungkaran itu didalangi oleh para Mujahid2 Islam...dgn niat satu sahaja...utk memisahkan sokongan rakyat drpd Islam.

    That is you Bakaq...penghancur...peniup api sekam utk pastikan PAS terus dirudum keresahan. Geram hati kau klu tiada pergaduhan wujud...tiada salahsangka wujud. Sakit hati tgk PAS tenang. Biar A bergaduh dgn B...biar C mencurigai A dan B. UMNO senang sebab kite kenal topeng dia...hang ni Bakaq...susah skit. Ada laman Quran dan tafsir..hadith lagi...tapi itulah kerja hang...semata2 utk menghidupkan kembali bibit2 perpecahan. Takde dah UG...ada lagi...takde dah gaduh...timbul lagi. Lebih malang lagi...ramai pulak penyokong kau...bkn utk mencari kebenaran tetapi atas sifat manusia yg Tuhan jadikan suka mencari laghor. Makin lah hang seronok.
    Nak kata hang ni seorg yg kritikal thinking...ptuihhhh. Jauh langit dan bumi. Sbb usaha hang bkn membawa kpd kebaikan...tapi lebih kepada mewujudkankan pergaduhan dalaman. Insaflah Bakaq...atau klu taknak...bukalah topeng hang yg sebenar.

  7. Salam, bakaq, ramai-ramai and amat ramai harimau yang terluka and sakit batinnye..gue dengan sebalnye setuju saranan hang bukan NASIHAT hang,,supaya HUSAM ni..p jauh-jauh dari negeri kelantan n duduk d negeri lain..johor ajelah..sure org johor suka..

    D kelantan ni banyak susah looo...sebab handai kata PAS kalah next PR 13...so, tak ada sapa-sapa yang akan menyalahkan HUSAM...so, HUSAM lho p pindah aje ke KL..active aje d putrajaya..kan hang jadi ketua utk new PAS Komplex...hang cari aje rumah sewa or beli aje rmh d sg merab, jenderam, or bangi..gue sokong 100%..

    gue rasalah yang layak utk jadi MB kelantan selain HUSAM...dato KJ aje...yang lain ni...minta maaf lah..yeeeee...tak ad ummmhhhh..

  8. salam, bakaq gue tulis lagi sebab sat lagi gue udah p airport balik KL..gue tak tengok dah bolg-blog ni sampai senin or selasa depan..sebab lama dah tak balik KL..jadi..kena enjoy lah bila balik KL..

    TGNA klo udah lama mau berhenti gue ingat cuma masalah PAS kelantan ni..lah menyebabkan dia tak jadi berhenti..sebenarnye elook sangat husam ni p PUSAT...dato KJ balik kelantan jadi MB..

    sebab sekarang Utz Ahmad PJ 1...tapi kita kena ingat yang berkuasa lantik PJ and MB adalah PAS PUSAT and ahli majlis syura...so, sebelum apa-apa belaku..maka tu..harimau udah mula mengamuk...supaya..manusia bernama HUSAM ni..d tendang sejauh-jauhnye dari kelantan..

    Kita juga kena ingat yang menguasai PAS PUSAT sapa dia??? jeng jeng jeng...

  9. Pemangku raja tak suka Husam memang betul, ada kesnya tetapi tiada kaitan dengan masalah balak, Bakaq. Setelah Husam ditolak oleh Istana selepas PRU 2004 dulu, dia mula berbaik dengan Istana melalui Tengku Anis dan Tengku Fakhry, antaranya termasuklah melalui Senator Rusli Ibrahim yang sudah dilucut darjah Datuknya oleh pemangku raja baru-baru ini. Jadi apabila Sultan Ismail tiba-tiba gering dan Tengku Faris tiba-tiba jadi pemangku raja, Husam yang selama ini rapat dengan Tengku Anis dan Tengku Fakhry juga menghadapi masalah dengan pemangku raja (read between the line, please). Apa pun, pemangku raja tidak bermasalah dengan TMB dan Nik Amar.

  10. Susah dengan orang PAS ni, mengaku berjuang Islam tetapi umpat fitnah kadang-kadang teruk daripada UMNO. Apa problem dengan Husam? Cuba senarai apa yang teruk sangat tentang Husam. Pelik betul, bila tengok ada pimpinan kita yang hebat terus kena tembak. Kalau macam ni PAS akan terus jadi parti kampung yang hanya layak jadi pengemis jalanan ........

  11. AKU SETUJU SUOAYA HUSAM PINDAH KELUAR DARI KELANTAN

    TAPI JANGAN PERGI KE NEGERI YANG PR MENANG. MSALAH REBUT JAWATAN KAT SITU PUN PANAS SEKARANG

    AKU SETUJU HUSAM PINDAH JE KAT JOHOR. TAK PUN G JE SABAH SARWAK. NEGERI TU MMG KRANG PEMIMPIN.

    KAT SITU TAKDE SAPE NAK JADI CALON. MASING2 MENOLAK. SO HUSAM TAKKAN ADA MASALAH KENA CANTAS LAGI MACAM KAT KELANTAN.

    KELANTAN AMAN, JOHOR PUN AMAN

  12. Nak tanya...Tok Huss bukan org kelantan ke? yang sebab ramai tokoh disana tak suka dia..

  13. -penarik beca,wa tak pham ar apsal rmai pmimpin2 pas kelantan x brape brkenaan sgt ngan Husam?..diorang tak rase ke yg husam tue satu aset brharga utk klantan n malaysia umumnye?..wa rase mayb husam agak laju bacaan politiknye,brbanding adun2 lain kt klntn tue,yg mnyebabkn ade yg trsinggung..xpun ktegasan husam dlm isu balak cntohnye yg seabkn die dibenci?..yg wa nmpak satu je kekurangan husam nie kalu dimata pemimpin2 pas klantan ialah die takde title ustaz..die mayb digelar sbagi ustaz mee celup..

    -nape smpai cmni skali pemikiran ahli politik pas?,khususnye di klantan..nasib ahmednijad duk kat iran,kalu die duk kt mlaysia,smpai bile2 pun xlh jd PM or MB..sbab xde title ustaz..hahahah

    -zargus-

  14. Saya kurang arif tentang kesumatnya kemarahan penulis dan pemimpin2 PAS Kelantan terhadap Husam Musa. Ternyata sudah tentu ada yang tersembunyi yang dahsyat yang sudah tidak boleh diampun lagi. Kalaulah TGNA tidak mahu Kerajaan Perpaduan dan Husam juga sehaluan, kenapa menjadi masalah pula bagi yang lain untuk turut memberi sokongan penuh. Beginikah corak pemikiran yang masih ada dalam PAS. Waktu semua komponen dalam PR sedang mencari titik muafakat, dikalangan pimpinan PAS pula sedang cari perbalahan. Kalaulah TGNA tiada, PAS nampaknya akan kembalilah ke zaman silam. Duduklah bengkeng macam dulu2.

  15. salam bhai..husam dan bakaq kaki putar alam,sekali ini dan sekali itu pulak...dua spesis ini takleh pakai.dengar aje.deyy....aku bagi cadangan husam tu dilantik presiden pas malaysia timur.sana dah ada royalti.bila dapat perintah sarawak boleh guna wang tu...aku tengok husam dah mamai bila dengar kelantan dapat duit ehsan.berebut nak jadi mb.bro...kalau niat kita busuk,impian tidak akan jadi kenyataan.tanyalah idris jusuh..mesti dia tahu jawapannya.

  16. Nik Abduh ni dah jadi agen UMNO

  17. Minta maaf cakap lah yer. Kalau aku seorang bapa, aku akan malu ada anak seperti nik abduh. Seperti hendak menunjuk pandai, tapi ternampak kebodohan diri. Akal panjang sejengkal, di canang satu dunia. Ingin berpolitikus tapi tak pandai nak menikus.
    Takder 1% pun kredibiliti TGNA yg diwarisi nik abduh, malah memburukkan lagie nama TGNA.

    Maafkan aku..Itu pandangan aku.

  18. I
    http://perakexpress.com/www/2009/11/24/nik-aziz-wahabi/

    di antara komen saya di link di atas. saya menyebut:

    alhamdulillah, kemelut pmbk telah berakhir. dan ia bukanlah penutup kepada serangan ke atas tgna. ia hanya akan berakhir apabila tgna aziz bukan lagi mursyidul am pas. tgna aziz merupakan tonggak utama penghalang kepada kerajaan perpaduan pas-umno. justeru beliau perlu ‘dihapuskan’.

    isu ‘pengganti’ tgna merupakan agenda serangan bertubi2 terhadap pas kelantan menjelang pru13 bertujuan mewujudkan ketidakyakinan rakyat kelantan terhadap kepimpinan “berebut” jawatan. gendang sudah pun dipalu.

    Squabble over Nik Aziz's successor detrimental to Kelantan – Mustapa

    RANTAU PANJANG, Nov 25 – The squabble over who is fit to succeed Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat as Kelantan Mentri Besar is detrimental to the state, said state Umno liaison committee chairman Datuk Mustapa Mohamed.

    He said as PAS was embroiled in the issue, it neglected efforts to solve the problems faced by the people.

    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/44726-squabble-over-nik-azizs-successor-detrimental-to-kelantan--mustapa-

  19. III

    Ahmad Yaakob: Nik Aziz tak perlu umum pengganti sekarang

    PETALING JAYA, Nov 26 — Timbalan Mentri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang menerima sokongan dua Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu mengambil sikap rendah diri dengan menegaskan tidak perlu ada pelan peralihan sekarang yang memerlukan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menamakan penggantinya.

    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/44718-ahmad-yaakob-nik-aziz-tak-perlu-umum-pengganti-sekarang

    Husam tidak mahu jadi MB K'tan
    Nov 25, 09 7:27pm

    Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi menteri besar Kelantan, untuk menggantikan Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat.

    Beliau berkata Datuk Ahmad Yaakob lebih layak menjadi menteri besar kerana kekananan serta hirarki dalam kerajaan dan parti iaitu sebagai timbalan menteri besar dan timbalan pesuruhjaya I PAS Kelantan.

    http://www.malaysiakini.com/news/118373

  20. II

    jika isu pmbk dapat diselesaikan dengan nasihat dari kepimpinan pas pusat kepada tgna demi menjaga pas, siapa pula yang boleh memberi nasihat kepada kepimpinan pas pusat dengan kerajaan perpaduan dan pas kelantan dengan pengganti mb? perlu diingatkan, kedua2nya, digunapakai bagi merudumkan lagi imej pas yang telah tercemar akibat dari isu ‘kerajaan perpaduan’.

    MB Kelantan: Nik Aziz digesa umum pengganti, pelan peralihan

    KUALA LUMPUR, Nov 23 – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digesa menamakan penggantinya ketika pentadbiran kerajaan negeri pimpinan beliau yang sudah cecah tahun ke-19, terus dibelenggu isu demi isu.
    Gesaan itu diketengahkan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

    “Saya secara peribadi rasa perlu Tuan Guru Nik Aziz menamakan pengganti atau sekurangnya bagi petanda untuk memudahkan proses (peralihan),” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

    http://themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/44317-mb-kelantan-nik-aziz-digesa-umum-pengganti-pelan-peralihan

  21. IV

    Mohd Amar: Ahmad Yakob paling layak ganti Nik Aziz

    KOTA BARU, Nov 26 — Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga bersetuju supaya Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob, dilantik Menteri Besar sebagaimana saranan anggota Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa.

    Sekali gus dengan sokongan itu, Mohd Amar secara tidak langsung menolak pemilihannya sebagai pengganti Menteri Besar Kelantan.

    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/44700-mohd-amar-ahmad-yakob-paling-layak-ganti-nik-aziz

    "Yang lebih penting lagi, tokoh-tokoh PAS Kelantan tertentu yang membenci Husam dan agak ramai jumlahnya boleh bertemu saban hari dan bermesyuarat bagaimana nak mempertahankan PAS dari serangan Umno di Kelantan dan bukan bermesyuarat tak rasmi tak henti-henti untuk mencari jalan bagaimana nak menyemai kebencian di hati Tok Guru terhadap Husam.

    Kalau jumpa Tok Guru pun, tidak lagi bercakap tentang buruk dan busuk Husam, tidak lagi bercakap bahawa pemangku raja tak suka Husam (ada kaitan dengan balak?) dan benda-benda seperti itu. Bila Husam sudah tidak ada, bolehlah berbual dengan Tok Guru tentang isu-isu yang lebih penting kepada ummah dan perjuangan Islam."

    persoalannya, betulkah "Bila Husam sudah tidak ada, bolehlah berbual dengan Tok Guru tentang isu-isu yang lebih penting kepada ummah dan perjuangan Islam."?

  22. V

    benar kata pak bakaq, husam mempunyai ramai musuh. masing2 memiliki badik buat menikam husam. pejuang islam katakan! penyaran supaya tgna wujudkan pelan peralihan, salah seorang bakal calon, mendahului semua dan mengendorse saranan husam bahawa tmb adalah yang paling layak untuk mengganti tgna!

    pokoknya, asal bukan husam! tetapi ia tidak mati setakat itu. baton sudah berada di tangan nik abduh, dia berlari dengan kencang mengikut lane yang disediakan umno...

    wallahu'alam

  23. bodo ka? duk suka berpadu dgn org jahat dan munafik...!! x abeh2 dgn perkauman kamu ni...

  24. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.Aku sokong Husam sebab dia berpegang atas kebenaran.Nabi Muhammad pun ada buat silap Rasul dan Allah aje yang tkda silap.Tuan Guru ni cuma wakil pada Rasul aje biasa la buat silap.untuk Nik Abduh amalkan Sidiq Amanah Tabligh Fatanah dan kaji secara mendalam.Check diri sendiri dulu.Chey anak Gerik.Pak Bakaq Jemput datang rumah di damansara damai esok.

  25. Sir, Nabi Muhammad s.'a.w.w. tak buat silap. Kalau ada masa, baca posting ini.

  26. Salam semua,

    Apa-apa pun catatan dan komen saudara sekalian...kesimpulannya bila pemimpin kemaruk kuasa, terserlah akan keburukan & kebodohan mereka, menjadi bahan tontonan org kebanyakan yg dibawah ni..mereka yg diatas tidak lagi berpaling melihat, memikirkan dan mengakui akan kesilapan sendiri..rakyat dipertaruhkan utk mencapai cita-cita politik, menjadi trend semua parti politik kini.

    Yang ku harapkan hanya kesatuan KITA semua....jangan cemarkan permainan ini pada anak-anak kita yg sedang membesar.
    Binasa padahnya..sekian.

  27. Pak Bakaq,
    Salam & Selamat Hari Raya Aidul Adha. Terus menulis. Nak menulis perlu PENGORBANAN.

    TGNA,
    Salam & Selamat Hari Raya Aidul Adha. Terus memimpin. Jadi pemimpin perlu PENGORBANAN.
    Jangan risau, anak Nabi Noh pun tak naik bahtera ayahandanya.

    Husam,
    Salam & Selamat Hari Raya Aidul Adha. Terus politik baik. Nak politik baik perlu PENGORBANAN.

    Pemimpin2 PAS,
    Salam & Selamat Hari Raya Aidul Adha. Terus berpolitik. Nak DUNIA perlu PENGORBANAN.

    SELAMAT MENYAMBUT PILIHANRAYA KE 13 !!!

  28. Mamat Abduh ni kalau melintas kak kampung aku dah kena tempeleng. Jenis tadak baso dan beradab dengan bapaknya sendiri.

    Kalau ikut tulisan dalam blognya, tak semena-mena jadilah aku bodoh sebab aku dan kawan-kawan aku melarang tok guru dari berundur. Hanya dia dan geng UG yang cerdik..

    Ilmu ada sedikit aje ustaz konon tetapi akal panjang sejengkal. Masuk zawiyah biar hati tu cuci sedikit.

  29. weakest link (titik lemah) TGNA adalah pada family beliau sendiri. Nik Abduh tu dah macam Nik Bodoh. Asal bertindak je mesti akan nampak memburukkan lagi keadaan. Tapi syok sendiri seolah olah tindakan dia tu serupa hero. Mampu menggegarkan keadaan.

    Siapa peduli family kau tak tenteram? ada banyak lagi rakyat bawahan tak makan, pelajar xde duit nak belaja, anak hilang kena rogol macam macam lagi. Ade orang kecoh? Dah ayah mu masuk politik jadi MB, kenalah berjuang untuk rakyat, bukan untuk keluarga semata mata.

    Nik bodoh ni memang nampak sangat mengada ngada. Sikit sikit tulis kat blog pasal family dia yang 'dirampas' la..tulisan pun macam mat bunga. Boleh agak dah gedik ko tu.

    - penyokong Pas jauh -

  30. Salam Aidil Adha Pa Bakaq.
    Hari Raya Qurban mengajar manusia tentang pengorbanan. Husam melakukan satu pengorbanan yang amat bernilai. Hanya Allah akan membalas baik pengurbanan beliau. Kepada semua pemimpin PAS yang mengkhianti perjuangan parti sedar lah musuh mu UMNO sedang mengatur segala-gala nya untuk melihat kehancuran PAS dan Kelantan
    Kepada TGNA, saya menyarankanini masa tidak sesuai untuk berundue iaitu ketika harimau-harimau luka sedang mengaum. Elok sangat di ubati mereka. TGNA kena bersabar hingga PRU akan datang di mana INSYALLAH TGNA akan menjadi Perdana Menteri BARU 1 MALAYSIA

  31. setuju husam pindah je dari kelantan, orang johor mengalu-alukan kehadiran husam, supaya pas & pr johor bertambah kuat dan mantap

  32. Sejahat-jahat Mahathir (Pembangkang yang kata) beliau tidak benarkan anak-anaknya terlibat dengan politik sewaktu beliau menjadi Presiden UMNO dan Perdana menteri. Beliau tidak mahu anaknya naik kerana beliau. Bimbang akan timbul fitnah...

    Sekarang ni kita bercakap bab politik mahathir. Soal dia menyelamat syarikat perkapalan anaknya itu soal lain. Apa yang saya cuba nak bagi tahu disini ialah beliau tidak benarkan anak2nya terlibat dengan politik ketika beliau berkuasa.

    Ini berlainan dengan TGNA, sewaktu beliau menjadi MB Kelantan, menantunya dilantik menjadi CEO PMBK yang mana TGNA sendiri adalah Bos besar di PMBK. Nik Abduh menjadi Ahli Majlis MPKB-BRI yang mana bapanya adalah seorang Ketua Kerajaan Negeri.. Kedua anak menantu ni adalah duta kepada TGNA. Setiap perilaku mereka akan mempengaruhi kewibawaan TGNA. Semuanya akan mengundang pandangan negatif masyarakat.

    Kalau Ir.Ariffahmi layak sekalipun lebih elok beliau bekerja dengan ditempat yang tiada kena-mengena dengan MB Kelantan yang juga bapa mertuanya. Takkan tak ada "brain" kot? Ini semua tak boleh fikir ke? Lagi satu dah 8 tahun kamu jadu CEO PMBK, apa cerita dengan Skim Kiffalah Warga Emas? dah masuk 2 tahun orang meninggal, sampai la ni waris tak dapat lagi duit skim tersebut. Banyak wakil2 rakyat mengeluh. Pembantu YB pun dah pening kepala bila kita tanya tentang isu ni. Nak tunggu dekat PRU-13 baru nak bayar ke?

    Kami orang Machang kenal siapa keluarga kamu dan ini bukan fitnah, semua orang tahu keluarga kamu adalah UMNO piau dalam Bahagian Machang. Abang kamu yang berniaga kasut/selipar dalam Market (pasar besar) machang (berhadapan dengan pintu masuk ke market machang berhadapan dengan Stesen kereta sewa lama, la ni dah jadi rumah kedai) memang cakap besar (cakap belawok), dan memang abang kamu ni pun UMNO. Kalau orang ramai tak caya sila pergi cari orang ni dalam pasar besar machang.

    Kepada Nik Abduh, udah-udah le dok menulis yang bukan2 dalam blog dok hentam dan sindir orang itu dan ini terutamanya Husam Musa dalam blog. Ini akan mengeruhkan lagi suasana. Husam toksey lawe mu sebab mu tu anak Tok Guru. Husam hormat Tok Guru, nanri kalau dia jawab ianya akan menjatuhkan maruah Tok Guru. Mu tu masih mentah lagi dalam politik. Jangan dok berlagak sangat bila menulis, bila menulis tu cermin-cermin lah diri kamu siapa kamu tu (mu tu sapo). kamu anak pemimpin torsohor dunia islam yang ke 42 diseluruh dunia. Anwar pun kalah dengan ayah mu tu. Ayah mu tu orang hormat. Jangan kerana tingkah laku mu membuatkan orang jadi tak hormat pada ayah mu dan menjatuhkan maruah ayah mu jugak.

    Dah lama rakyat kelantan dok merungut pasal kerajaan kelantan ni. Orang kampung dok kecek, kalau bukan kerana PAS ni memperjuangkan islam dah lama mereka tinggalkan PAS ni. Kebanyakan pemimpin PAS samada PAS Kawasan atau YB ni suka kecek belawok dan perangai pun macam UMNO. Janji yang dibuat semua tak boleh pakai. Banyak tak tertunai..

    Kalau macam ni lah lagaknya, entah apa akan jadi pada PRU-13 nanti. UMNO pernah memerintah kelantan selama 18 tahun sahaja dan adakah PAS pun akan terkubur selepas 19 tahun memerintah kelantan??? Nak menang macam mana, banyak PAS Cawangan lesu dan tak aktif dan ada juga yang dah mampus.

    Pimpinan PAS tolong jawab dan fikir-fikir lah.

    * NH Shah Alam *

  33. kepada tuan sabariah... husam dah beberapa kali cuba dibunuh oleh anak beranak puan tuh...

    tapi... pasal mereka tak cukup pandai, dan lebih sombongnya... maka takkan mungkin mereka tu diterima orang ramai... apa guna mengambil orang yang menjadi tunggangan geng-geng balak... [sapa yang kata usam ada masalah ngan balak... hahah...]

    ni sekarang ni mata geng balak ni tengah bersinar nakkan duit royalti minyak la pulak... hasil jerih perih husam ke sana ke mari berjuang nak kalahkan amnu... tapi geng balak ni... mana reti nak buat kerja... memfaraid harta reti lah...

    tunggu lah pendedahan lepasni...

  34. Misi geng kerajaan perpaduang dengan kerjasama taskforce 2010... guna takiyuddin, nik abduh, mohd amar dan ariffahmi untuk nampakkan kelemahan TGNA. Bila TGNA lemah... dia akan jatuh. Bila TGNA jatuh... husam juga jatuh. Ataupun... pastikan Husam jatuh, kemudian desak TGNA undur... lantik mohd amar jadi MB.

    Geng kerajaan perpaduang ni fikir bila mohd amar jadi MB... husam tak ada, TGNA tak ada... senang nak bersatu dengan Umno.

    Tapi kalau dah nama bodoh... bodoh jugak lah. Umno cuma guna geng kerajaan perpaduang untuk pastikan TGNA dan husam tak ade. Kalau husam takde... PAS Kelantan takde tokoh setanding tokoh Umno Kelantan seperti mustafa mohd, annuar musa atau alwi che amat. Mudah lah Umno nak tawan Kelantan. Bila dah dapat tawan Kelantan... Umno secepat mungkin lupakan idea 'hebat' (baca: BODOH) kerajaan perpaduang. Masa tu terloponglah mulut takiyuddin, mohd amar, nik abduh dan ahli umno Machang ariffahmi. Dan tak musathil 'geng bijak' ni akan dicekup SPRM.

    Geng kerajaan perpaduang ini fikir bila TGNA dimalukan dan dijatuhkan mudah untuk mereka bersekedudukan dengan Umno. Mereka tak cukup bijak nak fikir bahawa Umno cuma gunakan mereka untuk lemahkan PAS. Bila PAS lemah, mereka akan dilupakan.

    Yang pelik... kenapa nik abduh tak nampak? Oh.. mungkin dia fikir kalau idea kerajaan perpaduang berjaya... lebih banyak dia akan dapat hadiah kereta.

    Kalau ariffahmi tak faham tak mustahil sebab dia memang ejen Umno yang nak lihat PAS jatuh.

  35. Anak TGNA be be la padan/cukuplah setakat ni.Apakah duit yng kamu dapat melalui jawatan yang cuma dijawat sbb anak TGNA itu bersih? sila jawab.

  36. pak bakaq
    si abduh ni satu lagi anak bodoh TGNA. nak kata kat orang tengok diri sendiri dulu. apa kekuatan diri. kalu tak dok ayahanda demo. dok soh harap mu pegang jawatan sebagai Ahli Majlis MPKB. CEO PMBK pulak adik ipar demo. dok kroni namanya?. kata orang lain kroni tak boleh tapi diri sendiri tak apalah. ni lah kualiti pemimpin pas sekarang, tak banyak pakai otak. lupa sejarah. ini kah kebenaran yang pok nik perjuangkan tu?. tu belum lagi hal tajaan tokey balak ke mekah... apa lagi kontoversi yang akan timbul lepas ni. husam aku salute your way of thinking. jangan layan sangat si bodoh tu.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008