Sinar Harian hari ini melaporkan berita bertajuk "Nik Aziz tidak bersalah: Nazri". Mungkin orang-orang PAS seronok sangat. Nanti sat.
Salah tak salah bukan Umno yang tentukan. Bukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang tentukan. Salah atau tak salah kena balik pada prinsip.
Pada prinsipnya, salah atau tak salah ditentukan oleh undang-undang dan peraturan. Soal undang-undang yang ada kuasa di Malaysia hari ini ialah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, itu saya tak bincang. Tetapi saya terpaksa akui, banyak takrif kesalahan dalam undang-undang ciptaan manusia di Malaysia pada hari ini yang boleh diterima. Takrif, bukan hukuman. Nak buat lagu mana, nak pakai undang-undang Islam Umno tak bagi. Bila PAS nak gubal Undang-undang Enakmen Jenayah Syariah II di Kelantan, Umno menyelap dan histeria mengalahkan syaitan.
Saya tak cuba nak kata salah atau tak salah. Bukan saya yang tentukan salah atau tak salah. Allah s.w.t. yang menentukan. Tetapi, saya hanya nak ajak balik pada prinsip. Saya ulang lagi, pada prinsipnya, salah atau tak salah ditentukan oleh undang-undang dan peraturan.
Kalau hari ini kita seronok sangat Nazri kata Tok Guru tak salah dan kita iktiraf "penghakiman" Nazri, bagaimana kalau nanti dia kata Kelantan tak berhak dapat royalti minyak? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dah kata gitu. Nazri sendiri pun dah meratib-ratib apa yang boss dia cakap.
Saya nak tanya lagi, kalau nanti Nazri kata kerajaan Kelantan tak berhak dapat bayaran tunai royalti minyak, adakah kita nak raikan juga "penghakiman"nya seperti yang dilakukan oleh beberapa kawan-kawan sekarang?
Habis takat tu cerita tu. Berikut cerita lain pulak.
Sejak sebelum PAS menang besar di Kelantan pada tahun 1990 lagi, saya sampai tak larat nak dengar para pemimpin PAS cakap tentang konsep parti menguasai kerajaan. Memang kena buat macam tu.
Memang la masa nak sedap nak buat, ramai yang berlagak dan kata ini hak kerajaan negeri, bukan urusan parti. Tetapi bila disiat-siat oleh Umno yang lapar isu nak debik PAS, parti jugak yang kena jawab. Banyak kali dah berlaku macam tu.
Saya bagi contoh, bila timbul isu Ariffahmi (soal dia salah tak salah bukan urusan saya kerana yang saya tekankan ialah mengenai persepsi), hampa ingat Tok Guru sorang ja atau kerajaan Kelantan ja yang kena jawab? Kalau hampa tak dengar, saya dah dengat cerita seorang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang diperli oleh seorang bekas Adun MCA di airport. "Mau ceramah apa lagi?" sindir apek tu. Termonyeh-monyeh Mamat yang kena perli tu.
Saya juga jumpa seorang lagi pemimpin PAS yang kerdot muka dia. "Pi kenuri, orang pakat dok kepung tanya (isu di Kelantan)," katanya (maklumat ni bukan maklumat dalam mesyuarat pemimpin PAS Pusat. Saya dah janji, kalau saya terdengar maklumat sedemikian masa pemimpin PAS Pusat tengah telefon ka atau bersembang sesama sendiri ka, saya tak akan tulis dalam blog ini. Bukan pasai saya baik sangat. Saya tak tahan witch hunting - sapa bocorkan maklumat kepada bakaq?)
Dengan contoh di atas, saya tetap percaya kepada konsep parti menguasai kerajaan.
Saya tulis perkara ni sebab saya terjumpa berita Malay Mail bertajuk "Kelantan Pas operates independently" (benda ni kami dah rungutkan sejak tahun 1990 lagi - PAS Kelantan macam ada autonomi, kata salah seorang kawan yang merungut). Benda tu tak bagus.
Nak tanya sikit, masa PAS perintah Terengganu dulu, hampa tak pernah dengar ka orang kata "Terengganu Pas operates independently"? Saya selalu dengar. Selepas menang dalam pilihan raya umum dulu, hampa tak pernah dengar orang kata "Perak Pas (or Perak MB?) operates independently"? La ni, hampa tak pernah dengar orang kata betapa bagak dan angkuhnya "Kedah MB operates independently"?
Elok ka macam tu?

Cantik? Klik 

Kenapa Tok Guru Nik Abdul Aziz masih tak mintak menantunya letak jawatan?
Setuju dengan bakaq
Pandangan peribadi tu Bakaq bukan pandangan Umnobody....
bhai..bila terkena batang hidung TGNA dan pas kelantan semuanya diam tapi terkena pas negeri lain bukan main dihayunnya.bagi aku yg salah tetap salah.kenapa TGNA tak tulis dalam blognya supaya menantunya letak jawatan.TGNA tahu juga aib menantu.tapi bila pemimpin pas berlainan pendapat,pandai pulak suruh letak jawatan.macam aku nak respect...jgn pulak aku kata nanti sama jugak macam parti lain.bhai..aku tak berkenan dengan YB salahuddin tu..ayam tambatan pas katakan nak tunjuk lagaknya sebagai pendebat isu rayolti minyak dengan nazri.aku takut jadi macam YB ni berdebat dengan sharir psl isu minyak dulu.debat dah bertukar forum biasa.tersedak bila dipatah oleh sharir.kalau YB keadilan Saifuddin aku setuju jugak.ada jugak tokoh debat.YB salahudin bukan caranya utk cari publisiti.jadi pengarah piliharaya tempohari pun gagal.aku bukanya nak kondem YB ni.cuma nak bagi nasihat jgn terikut ikut macam khalid samad tu...tong kosong.
Masa menteri 2 setuju Najib bunuh orang kita tak ambik penghakiman dia.Bila kata Nik Aziz tak salah kita pakai penghakiman dia.Apa punya munafik orang politik.kalu dh UMNO 2 memang munafik juga.Jangan pakai apa pun kata dia sebab ada maksud lain.Orang melayu memang bodoh macam kata JELEBU dan akan terus bodoh sampai bila2.Kita kena junjung sistem KHALIFAH macam NABI buat.Apa yang ada sekarang batil.Chey anak GERIK.
tu ada unsur2 UG tu. haa, nape diam je smua? nape tak serang macam serang hj hadi dlu
nape tak kondem husam macam kondem nasa dlu
Sebenarnya Nazri tu nak perangkap Pok Nik aja. Dia ni kan anak murid Anwar yang boleh bertukar warna mengikut keadaan tempat yang dia berada.
SPRM dulu dah masuk tapi xdak ape-ape. Kecoh-kecoh entah sapa yang ngadu (semua tak ngaku) SPRM masuk lagi. Jadi biar la mereka check kalau ada ape-ape..Ingat! Kat Selangor pasal lembu dan bendera dah macam nak rak dibuatnya. Takkan nak tangkap pasal pasal orang kata siFahmi ni sombong!
Baqaq oiii... dulu aku dah bagi tau dah!!! org2 paih ni depa dok seronok dgn kemenangan depa dah lupa dah dgn apa yg depa janji dgn rakyt,cuba hang repangee balik diotak hang pasai d Terangganu dulu Apa yg TGHA ckp pasai DAP lepaih tu Terangganu tepelantin kat AMANU kemudian depa kata rakyat tak mau terima kasih kat paih bila cukai pintu tak kena bayar laa... ni sapa rugi
katanya menantu dia tu takleh masuk dah bangunan pmbk.....