Apabila ditanya mengenai kedudukan menantu Menteri Besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan juga mengenai tajaan menunaikan haji ke Tanah Suci, Bernama hari ini melaporkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim berkata: "PAS Kelantan tidak pernah membincangkan soal ini kerana ia bukan perkara politik sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru (Nik Aziz) selaku Menteri Besar".
Pertama sekali, saya fikir para pemimpin PAS perlu diberi kursus untuk menjawab soalan wartawan. Sepanjang pemerhatian saya, pemimpin PAS adalah antara spesis yang paling mengerikan dalam dunia ini bila berhadapan dengan soalan wartawan. Kadang-kadang, merapu tak tentu hala.
Tu pertama. Yang kedua, saya nak bagi contoh. Katakan pemimpin parti cap ayam raba pungkoq janda di Puduraya. Benda tu jadi heboh satu negara.
Selepas itu berlakulah mesyuarat parti cap ayam itu. Dah selesai mesyuarat, para pemberita mengejar ketua penerangan parti itu. Depa pun tanya, "Oleh kerana perbuatan pemimpin parti anda boleh disifatkan mencemarkan nama baik parti sampai pemimpin lain dalam parti anda kena perli di airport dan ada yang kena kepung serta dihujani pelbagai soalan di rumah orang kenduri, apakah keputusan parti anda mengenai perbuatan beliau meraba pungkoq janda di Puduraya tu?"
Lalu Ketua Penerangan pun menjawab, "Parti cap ayam tidak pernah membincangkan soal ini kerana ia bukan perkara politik sebaliknya ia masalah peribadi yang boleh diselesaikan sendiri oleh Mamat tu selaku tukang raba pungkoq janda".
Kalau saya jadi ketua parti, saya akan hantar ketua penerangan itu menghadiri kursus bercakap kepada press.
Berkaitan:
Jawapan kepada Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan (Sheih 22/11/09)

Cantik? Klik 

salam pak bakaq,
awat pas tak bersungguh-sungguh nak ubah tanggapan rakyat yang dok meluat dengan depa la ni? jangan kata puak umno, aku yang sokong pas ni pun dah muak dengan perangai dari atas sekali sampai bawah sekali. karut dah hangpa nih. baru tuhan bagi menang sikit pun dah celaru halal haram subahat. kalau orang kritik sikit, bawak mai hadis firman kata orang munafik la, agen umno la.. ish..
aukauk88.
hang berlawak la bakaq......depa paham kut
pandai hang pusing . Kes kickdefella tipu kata TGNA keluar kenyataan nak pecat tu hang tak siarkan . Cari yg lain pula . Kalau dah dendam tu sampai ke sudah nak cari salah . ...
Dulu minat sangat . sikit2 kicdefella sikit2 amik kopi dan pasta . Pastu nie awat sengap .. Kick dah kantoi dah ..
pas? ha ha ha!
Perjuangan kalau ada takatnya...bior fikir dua tiga kali.
aku pun dh semak perut, tak konsisten lsg
kalu ada press conference pass je kat mustapa ali je...pandai lah dia nak taici lagu mana. ha ha ha..
Kadang2 tidak menjawab lebih baik, tetapi dalam suasana orang ramai tertanya2 apa kesudahan polemik di PMBK, tentulah orang amat mengharap suatu solution yg jitu daripada pas kelantan..lebih2 lagi sekarang desas desus bertambah kencang yg nasib husam ibarat telor dihujung tanduk..kalu aku yg diserbu wartawan...aku akn kata "kita akan adakan seminar khas dalam masa terdekat!"
Jaga-jaga sikit. Jangan percaya bulat-bulat..Kickdefella tu ahli UMNO berkerja untuk Kerajaan Negeri kononnya berprofessional.
Mamat ni seberang kat sini bukan apa sebab terlampau benci sangat kat Pak Lah macam Mahadet. Sekarang Najib dah naik, tugas dah selesai(bolih la dia cari makan), mula la dia buat hal. Selepas mencalar karektur Tok Guru melalui menantu sekarang agenda nak bunoh pulak kerjaya politik Husam? Pandai sungguh mamat ni buat wayang box-office..
Tanya orang media betul tak Kickdefella ni selalu saja buat kecuh dimana-mana.. sampai selalu sahaja diberhenti kerja?
Zaki ni orang kuat Datok Husam. Jaga mulut ko sikit bakaq. Ade takaful tak?
Apa nak heran pak bakaq, mat sabu khalwat kat hotel pun pak bakaq buleh terima... asalkan mat sabu tu geng hang dan satu aliran dengan ahmadenijad maka tak pe... buat mcm mana pun tak pe...kroni katakan... hehehehe... assobiah tu pak bakaq... aku gerenti posting ni hang tak siarkan... kalau hang siarkan, aku ucapkan TAHNIAH kerana hang tak pilih bulu. :)
Anon 11
Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna 'asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.'a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" - Riwayat Abu Daud.
Bila masa aku menolong Mat Sabu atas kezaliman?
Hang mungkin Ustaz, guru agama atau cybertrooper Umno. Tetapi, kalau tak tau ugama, jangan cakap bab ugama.