Sedap!! Klik gambar di atas!

Perangai orang PAS

Kawan saya kata, kalau orang PAS nak tangkap orang, bukan dia yang pegang polis. Umno yang pegang. Nak sumbatkan orang dalam penjara. Penjara pun dia tak pegang. Dia juga tidak menjadi tuan kepada OSA, ISA dan entah apa-apa yang kurang ajar tu. Semuanya di tangan Umno.

Nak tembak gas pemedih mata? Nak sembur air beracun? Jangankan itu semua, nak ligan orang pun tak boleh. FRU tidak ikut perintah dia. FRU ikut perintah Umno.

Lalu dia gunakan apa yang dia kata kebebasan bersuara. Hak untuk mempertahankan diri.

Yang orang nampak bukan kebebasan bersuara. Yang orang nampak, si compulsive liar membikin pertunjukan pembohongan sana-sini - kebebasan berbohong. Ada pula hak untuk menghentam orang tanpa memberi peluang kepada orang yang dihentam membela diri.

Kalau menghentam dalam blog, ada ruangan komen untuk orang yang dihentam membela diri. Tapi kalau hentam dalam majlis pembohongan yang handphone pun tak boleh di bawa masuk, apa lagi alat rakaman, lagu mana nak bela diri? Kalau bercakap benar, takut apa? Apa perlu sembunyi-sembunyi?

Rahsia jemaah? Kalau benar rahsia jemaah, kenapa bikin show sana-sini?

Tak habis lagi bab hukum orang tanpa kuasa. Ya, oleh kerana dia tak menjadi tuan kepada polis, penjara, hakim dan mahkamah, mudah saja pemimpin dan orang PAS dari jenis itu nak hukum orang; "hang akan masuk neraka", "hang kaki fitnah nombor satu", "hang munafiq" (baca tentangnya di sini), bagai-bagai la!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Sebenarnya perangai pemimpin pas yang gila kuasa..bukan ahli pas, sebab tu dibuat perjumpaan sulit takut ahli tahu, majoroti ahli pas tolak kumpulan dan kerajaan perpaduan.

  2. pemimpin kumpulan kerajaan perpaduan sepatutnya disingkirkan dari pas

  3. kalau tak singkir hadi dan kumpulan kerajaan perpaduan bagaimana nak menang pilihanraya???

  4. Pemimpin pas mempunyai rahsia dan agenda yang disembunyikan dari ahli.

  5. Sokong penuh TGNA...

  6. Hasan ali patut disingkirkan dari pas...

  7. Hasan ali musuh dalam selimut..

  8. Hasan Ali liabiliti utk PAS..

  9. Banyak blog aku masukkan komen ini. "Kalau tidak diselamatkan PAS(baca: puak UG), UMNO dah lama mampos! Kalau tiada TG Nik Aziz, PAS dah arwah"

  10. di terengganu, orang berkaliber dan dekat dengan orang muda seperti yb dr syed azman tidak dilantik memegang jawatan tertinggi di dlm pas negeri tetapi dilantik orang yg separuh masak aje dlm jawatan tertinggi di pas terengganu. mcm mana nak menawan terengganu kalau begitu, bila kalah di terengganu nak salahkan orang lain. baik lantik budak2 yg pegang bendera aje ketika pilihanraya, sekurang kurangnya mereka lebih rajin, kreatif dan semangat untuk berjuang dlm politik. hanya nak mengharapkan orang undi tapi tak buat kerja, kalau mcm tu dah lama pas ni perintah malaysia kalau hanya berpolitik mengharapkan orang mesti undi kita saja tapi kita tak buat kerja pun dlm politik. kalau begitu tak payah ada pesuruhjaya negeri, tak payah ada timbalan, tak payah ada setiausaha, ketua pemuda negeri, bendahari, ketua penerangan kerana otak pemimpin pas terengganu paling terlampau bijak kerana hanya mahu orang undi tanpa berbuat apa2. (perlu otak kepimpinan pas terengganu dan segelintir pas pusat di rendam dalam air panas selama 3 hari supaya membolehkan mereka mampu berfikir).

  11. helo...bila nak selesai serabut ni?buang aje la mana2 yg semak tu.

  12. anak muda

    jika komen sdr di siarkan di tranungkite habis org trg ngamuk.kebanyakan pemimpin mereka ini serupa di selangor.tetapi ahli bawahan tidak.

    serupa dgn apa yg berlaku di selangor sekarang taklimat isu semasa hanya pada pimpinan kawasan,sebenarnya ini sudah berlaku sejak pertengahan tahun 2008 lagi.amat penting sebab mereka ini adalah juga perwakilan yg mengundi geng tim pres.so ahli biasa spt saya hanya boleh buat bising kat cawanagan yg kebanyakan pula keliru kerana buta maklumat.so parah sana sini.semua perbuatan geng terengganu dan pimpinan selangor.hampeh...markas dah kosong oooiii

  13. senang2 pak bakaq jela jadi presiden PAS..tapi malang xlayak langsung

  14. yang dok komen ni hebat sangat ka? muqaddam pun tak hafal nak bagi komen....hahahahahaha baik diam dari tambah dosa tak tentu fasal

  15. kalau muqaddam pun tak hafal, jangan nak komen keterlaluan, baik diam dari tambah dosa...banyakkan doa semoga semua kembali baik... bukan tambah masalah...

  16. yang bermasaalah bukan ahli tapi pemimpin!patutnya biar ahli saja yang bentang kertas biar pemimpin dengar,ini tak ,buat seminar nak suruh ahli2 memperkasakan parti,rosak,menanah,haru biru,kelam kabut parti semua nya dihala kepada ahli,hyang senang lenang,mewah naik kapal terbang business class hulu hilir dalam dan luar negeri dan berlagak macam orang kaya itulah pemimpin walau tak semua.kesian kat ahli yang kerja keras siang malam untuk bagi menang selogan pas 4 all. dah menang ada ostad2 bengong buat team berjuang melayu Islam.dulu kata berjuang atas nama melayu tu nabi tak ngaku umat,lani bila masuk jarum umno ajak gang2 yang mau ug dalam pas kata perpaduan melayu penting untuk jaga ISLAM,hancussssssssss punya manusia,kalu suatu masa nanti orang akan sebut bahawa ostad2 inilah yang menjauhkan orang bukan Islam dari pas hampa semua kena terima.hampalah ostad2 yang menjauhkan ISLAM dengan manusia yang yang juga makhluk ALLAH dengan cahaya Islam.

  17. cepat lah buat hasan ali,stopa,nasha,harun2,bakar chik, dari pas,insyaallah selamat.

  18. Pak Bakaq,

    Baru ni Sallahuddin Ayub ada buat kenyataan: DiSeminar 7.11.09 tu nanti,tak boleh bangkitkan soal "kepimpinan parti" yang akan dibincangkan panjang-lebar ialah bagaimana nak perkasakan parti untuk menghadapi PRU 13.
    Ini cerita kartun.Bagaimana nak perkasakan parti kalau pemimpin parti tak betul dan tak dapat sokongan semua ahli.Salah satu ciri untuk kemenangan ialah "kepimpinan" yang dinamis,punya pandangan jauh,istiqomah dengan perjuangan,bijak membaca sepak-terajang politik semasa dan tidak seperti ular kepala dua.Walau pun idea banyak dikumpulkan,strategi hebat,perancangan rapi dan yang "wala" pun tak terkira - TAPI kalau yang memimpin tak betul,semua kuda-kuda tua yang sudah hukum tembak dan berkelakuan seperti ular dua kepala - bagaimana nak perkasa.
    Kalau cara inilah perjalanan seminar khas itu - tak payah pergilah.Buang masa saja.

  19. Komen Anak Muda dari Trengganu diatas wajar diambil perhatian.Seorang teman tinggal diKemaman,Trengganu kerap datang keKL untuk berniaga,ditanyakan "Mengapa PAS tak boleh ambil balik Trengganu selepas memerintah selama satu penggal?".Jawabnya:"Selagi ada tunggul-tunggul lapok seperti Mustafa Ali,Bakar Chik,Harun Taib dan Hadi Awang memimpin Trengganu - jangan harap orang Trengganu nak sokong."Semasa Muktamar PAS diAlor Star dahulu,berkesempatan berbual-bual dengan perwakilan-perwakilan dari Trengganu.Mereka juga memberikan pendapat yang sama seperti diatas.
    Sudah 2(dua)PRU,Trengganu masih gaggal diambil semula oleh PAS.Sekarang kita tahu apa sebabnya.Maka itulah sebabnya "tunggul-tunggul lapok" ini lari keluar dari Trengganu.Kalau diTrengganu dah tak laku,apa yang mereka boleh buat diperingkat pusat.Fikirkan.

  20. Yang aku tengok, orang PAS bila ada kuasa, sama juga cam UMNO. Cari peluang kayakan diri sendiri.

  21. "Tuan2 bagi peluang kita perintah satu penggal, kita akan telanjangkan semua rasuah dan salahlaku mereka, selepas itu, kalau tuan2 tak suka sama kita,tuan2 buleh pilih mereka semula untuk memerintah."

    Bakaq, hang agak2 sapa punya ucapan nih?

  22. Bro.. mana pegi cerita Kelab Penyokong PAS? Senyap je. Pemimpin PAS dah lupa ke? Atau masih dalam kajian?

    Aku pasti isu ni akan disenyapkan sebab pemimpin PAS ni lembab. Bila kalah lagi sekali nanti baru nak sibuk-sibuk nak kaji semula.

    HAMPEH...

  23. Isu yang berbangkit sekarang ini menunjukkan kerjasama PAS dengan parti lain dalam pakatan membawa masalah pula kepada pas. Golongan dalam pas yang suka sangat kerjasama dengan bukan islam berbanding islam rasanya lebih baik masuk pkr atau dap, supaya tidaklah jadi talam dua muka. Orang islam tapi sokong orang kafir. Orang sebegini lebih mementingkan kelangsungan pkr dan dap daripada pas sendiri. pas sebagai parti islam perlulah mementingkan islam dan orang islam terlebih dahulu daripada yang lain-lain. Teruskan kepimpinan , Hadi, Nasha mandat majoriti telah diberi, usah risau dengan langau-langau yang suka mengganggu. Mereka ni cuma nampak gah di alam internet saja. Sebenarnya kosong dan hampeh.. Pak bakaq janganla suka dok mengapi-apikan orang..

  24. tolak Nik Aziz, PAS selamat !

  25. syorkan lpas abis seminar @ pameran @ kursus @ brainwash @ ape2 je la yg berkenaan pd 7/11 nie,wat gak EGM..

    time tue kite tgk dan pastikan sape sbenarnye pemimpin yg bnar2 dipilih oleh perwkilan yg mewakili ahli pas umumnya..

    kalo geng2 UG still kekal or ade pimpinan bru yg brlawanan ngan team UG telah mnang,time msing2 kna brlapang dada..

    dah itu yg mmg ahli pas umumnya sokong,so redah je la..

    so takyah la tkut2 nk wat EGM..

  26. kena kritik sikit aje tak boleh macam budak2, kata berfikiran terbuka dan mendengar pandangan rakyat. kalau bagus dan rajin dah tentu hasilnya melimpah ruah. ini baru tanam satu pokok betik, dah berangan nak dpt buah betik beribu-ribu. tanam pokok betik banyak2 barulah dapat hasil banyak, jangan jadi malas dan bermimpi spt mat jenin. cuba tanya cikgu pa, dia kalah kat terengganu padahal dia adalah pesuruhjaya pas terengganu masa tu tetapi mengapa dia boleh kalah, sepatutnya dia yg mengetuai kemenangan bukannya mengetuai kekalahan. lepas itu, boleh dilantik jadi setiausaha parti, kan pelik tu. adakah perlembagaan pas memperuntukkan mereka yg kalah dlm pilihan raya harus dilantik menjadi setiausaha parti, mengikut seksyen apa? seksyen 21 shah alam?. kenapa ustaz idris ahmad kalah dlm pilihan raya sedangkan selepas pilihan raya umum beliau adalah bakal ketua penerangan pas. adakah ustaz idris ahmad perlu kalah dlm pilihan raya untuk membolehkan beliau menjadi ketua penerangan pas. kenapa abu bakar chik tak bertanding dlm pru ke 12. adakah sudah yakin dan standby untuk menjadi senator ataupun speaker dun ataupun juga penasihat menteri besar ataupun pengerusi syarikat kerajaan negeri. adakah di terengganu mereka yg mendapat majoriti undi paling rendah layak menjadi pesuruhjaya pas negeri spt tok harun taib. adakah kerana dia merasa dia ada phd, dia akan menang dengan majoriti besar walaupun tak buat apa2 dan mesti dilantik punya jadi pesuruhjaya. sepatutnya orang yg rajin, berpenat lelah, bersekang mata siang dan malam, berpanas dan hujan, bermandi peluh, kreatif dan pintar, berpandangan jauh yg dilantik memegang jawatan memimpin parti bukannya orang yg tahu nak dapat undi nak menang tapi hanya jadi tunggul kayu. jangan sampai pas diserang dua penyakit iaitu virus dollah ngantuk (penyakit terlebih tidur) dan virus najib nazak (penyakit susah nak tidur) jangan sampai nanti ada ahli yg suruh kambing aje yg jadi pesuhjaya negeri. bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. jangan asyik pandang yg tinggi di langit saja, yg di bawah dan di bumi jangan dilupai. usaha tangga kemenangan, malas punca kekalahan.

  27. PAS dah fobia dengan UMNO, hilang keyakinan diri..

  28. Pak bakaq.. agak2nya..pimpinan PAS ada baca ke apa yang kita luahkan di sini? Rasanya tak ada sebab kita ni bukan Khir Toyo atau PM Najib. Mereka pimpinan PAS seperti DHA,STOPA, NMI, HT tak baca pun blogger tulis apa. Sebab mata dah tak nampak kebenaran. Sibuk nak berkuasa aje. Saya setuju dengan 90% pandangan penulis komen di sini. Jemaah kena buat sesuatu. Salehuddin kata cam tu untuk tenangkan keadaan. Masa berkendur. Minta dewan pemuda kuatkan suara. Orang tua kalau dah pekak kena cakap kuat sikit. TGNA ni lembut hati dan pemaaf terutama dengan orang-orang PAS yang seangkatan dengannya. Minta bantuan dewan pemuda. Kalau setakat nak jadi pesuruhjaya PAS negeri tu, pak bakaq pun boleh. Minta badan disiplin bertindak tegas. Jangan beri musuh peluang berkhemah di daerah sendiri. Nanti kita pun tidur dalam taik dia...

  29. anom 13 atau yg sewaktu dgn nya !!!

    berhujjah lah saudara, jgn dok main hentam mcm budak tadika kemas !!! Blog ini banyak info yg belum tahu saloh atau benar ,,maka kalu salah belasah lah ke penarik beca tuu dan bawa lah hujjah (fakta)..aku pun akan hentam penarik beca kalu dia berbohong !!!

    Anom 24

    apa Hujjah nya PAS selamat bila buang TOK GURU NIK AZIZ PAS akan selamat!! Hujjah nya PAS kelantan dah hampir 20 tahun memerintah kelantan !!!!Masa depan aku tak pasti kerana di Kelantan tuu ada 2 puak ( satu yg sehaluan dgn TGNA ,dan satuu group laki tak sehaluan dgn tok guru..sibuk nak projek Balak...bila disekat permohonan balak dah mula melenting...)..PAS Trengganu hehehe hanya satu penggal jer !!!! Pada hal di Trengganu ada Presiden /Setiausaha agungg / Ketua ulaamaak /Barisan pemuda yg kuat berjuangg(wala' kat pemimpingg) ...Setahu aku TGNA tak nak berkerjasama dengan UMNO , Dia lah memang menentang dgn sekeras-keras nya !!! Kalau Nasa / Ali's brother STopa /hassan ,PAS trengganu yg ini mungkin !!!

    marilah kita muhasaboh diri ..ingat yg Kita tentang ialah UMNO kerana mERAKA ini berfahaman Politik suku dan agama suku ...Kita jangan jadi 3 suku !!! kita kena guna "intelektual"

    TAKBIIR !!!

  30. UMNO yang bimbang kumpulan UG disingkirkan daria PAS.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008