Sedap!! Klik gambar di atas!

Pemimpin primitif

Saya copy and paste berita Harakahdaily hari ini. Dalam Harakahdaily tak ada ruang nak ulas. Kalau Malaysia Today siar pun, kena daftar bagai-bagai baru boleh nak ulas. Sini boleh ulas. Tapi maki hamun dan carut capai cybertrooper yang cari makan akan dibuang.

"Saya bukan agen Umno. Daripada agen Umno lebih baik jadi agen CIA" - Prof Dr Abdul Aziz Bari

"Kalau tahu Umno cukup jijik pada PAS, yang pergi dekat, buat apa?" - Prof Dr Abdul Aziz Bari

"Seminar politik sebegini diadakan buat kali pertama dalam sejalah politik negara. Masalah sepatutnya diselesaikan dengan intelektual, bukan dengan perbalahan.

"Kenapa datang dengan soalan yang tersedia dari rumah, kemudian marah kepada pembentang. (Sikap) ini primitif. Yang hendak dibincangkan, (soal) kecerdikan politik" - Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah

(Ini saya dengar beberapa orang kata: Mula-mula, menggunting dalam lipatan. Bila dah heboh, buat kenyataan PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat (PR). Lepas tu, gunting lagi dalam lipatan. Buat lagi kenyataan PAS akan tetap bersama PR. Gunting lagi dalam lipatan - siap masuk akhbar. Menjerit lagi PAS akan tetap bersama PR. Jenis apa ni? Berapa orang saja lagi yang nak percaya?)

Tolak persepsi adalah primitif - Dr Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 7 Nov: Para pemimpin PAS digesa agar jangan sesekali menolak persepsi ke atas mereka kerana diabad ini persepsi sudah dianggap sebagai satu maklumat, kata Dr Abu Hassan Hasbullah.

Atas dasar itu, katanya, para pemimpin PAS mesti menerima pandangan Dr Abdul Aziz Bari sebagai satu maklumat dan diambil tindakan sewajarnya dan bukan mencari bagaimana persepsi itu terbina.

Dr Hasbulah menyatakan perkara ini ketika memberikan rumusan kepada sessi percambahan minda sempena Seminar PAS di Dewan Datuk Fadzil Noor hari ini.

Abu Hassan dipercayai mengulas pandangan dan soalan sesetengah pemimpin PAS yang mempertikaikan pandangan Dr Aziz dengan mempersoalkan di mana sumber dan bukti tulisan Aziz itu.

AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad mengasak Dr Aziz termasuk mencabar beliau turun dan aktif dalam politik.

Menurut Hasbulah, mereka yang tidak percaya kepada persepsi bolehlah dianggap sudah primitif dan masih berpijak kepada abad ke 17 dahulu.

Ini kerana, di abad ini, maklumat bergerak dengan cepat dan tidak boleh lagi dibendung dengan penafian, penjelasan atau sebagainya.

Ia mesti ditangani dengan bijak bukan lagi dengan cara penafian, mencari punca atau seumpamanya.

Beliau menyifatkan, para peserta seminar yang marahkan penulis atau pembentang seperti Dr Aziz adalah primitif dan hanya sesuai hidup di abad ke 17 sahaja.

Dr Hasbulah dalam penggulungan menyokong tulisan Dr Abdul Aziz dan menyifatkan penemuan melalui hasil kajian beliau selari dengan apa yang ditulis Aziz.
Berkaitan:
Kenapa TG Nik Aziz tidak hadir sidang akhbar(PC)?? Penulis terpaksa dedahkan perkara sebenar. Bersediakah anda?? (Ali 7/11/09)
Pas tak berupaya jadi parti alternatif - pemerhati (Bernama 7/11/09)
Imej PAS bertukar negatif selepas PRU-12 (mStar Online 7/11/09)
Kepemimpinan Hadi jadi isu panas (Malaysiakini 7/11/09)
Aziz Bari in 'hot seat' at PAS seminar (Malaysiakini 7/11/09)
Nik Aziz pemimpin PAS terunggul (Malaysiakini 7/11/09)
Shah Alam MP says ulamas not above criticism (Malaysian Insider 7/11/09)
Parti alternatif? PAS perlu bersikap terbuka (Malaysian Insider 7/11/09)
Hadi reiterates PAS remains in Pakatan (Malaysian Insider 7/11/09)
Prof Aziz: Pas tidak perlu jadi Umno untuk menangi hati rakyat (TV Selangor 7/11/09)
Data Dr Abu Hasan kenalpasti kelemahan PAS (TV Selangor 7/11/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bersidang dan berkumpul untuk memperkasa PAS, tetapi akhirnya PAS diperkosa dengan idea dan pemikiran orang luar. Nik Aziz lari masuk IJN sebab tak sanggup berdepan dengan hakikat cadangan EGMnya ditolak dan tidak mahu terikat dengan sebarang resolusi Memperkasa PAS anjuran partinya sendiri.

    PAS akan terus bergelora...

  2. Dah warga emas dalam politik pun kena gelar primitif juga ke. kesian...Nak bodek sangat presidenlah tu..

  3. politik moden adalah seni sejuta persepsi... mereka yang menolak pandangan ini kononnya terlalu idealis, tapi tidak realistik.

    kita buat baik, jika persepsi dipalitkan buruk, dalam politik, wajah kita menjadi buruk... itulah politik moden, suka atau tidak, kita harus terima hakikat ini.

  4. Dato'-Dato' dalam PAS ni tak perlu nak cabar Dr Aziz aktif dalam politik kerana mereka bukan ahli politik tetapi penganalisis politik. Kenapa Dato'-Dato' ni bebal sangat?

    Mereka ni bila menang je di Terengganu terus memburu pangkat dan pingat. Terus je buru gelaran Dato'. Bukankah ini memburu dunia namanya?

    Bukan saya berpihak pada DAP tetapi pada persepsi saya orang melayu bila ada kuasa saja perkara pertama yang dikejar ialah gelaran jika dibandingkan dengan pemimpin cina dari DAP walaupun dah hampir 2 tahun memerintah tidak ada seorang pun yang tergila-gilakan gelaran Dato' tu.

    Di sini jelas menampakkan pemikiran ahli politik melayu yang hampir sama dengan ahli politik UMNO baik dalam PAS atau PKR. Tentang retorik jangan ceritalah, bermacam-macam yang terkeluar dari pemimpin PAS. Mereka mengkritik slogan 1Malaysia yang HAMPEH tu tetapi bagaimana pula slogan PAS for all? HAMPEH jugak ke?

    Bercerita tentang wala', UMNO pun wala' jugak. Biar pun pemimpin mereka HAMPEH tapi mereka tetap wala'. Jadi apa bezanya dengan PAS?

    Bilalah ahli politik melayu ni nak berubah? Mana-mana yang disokong sama saje sikap mereka.

    Berubahlah wahai pemimpin melayu. Kami inginkan Malasia yang dipimpin oleh mereka yang berkarisma. Kalau ulama itu berkarisma maka dipersilakan. Jika rasa diri tu hanya bijak pandai dalam agama sahaja maka dipersilakanlah berundur.

    Kami sebagai rakyat biasa tidak perlu menjadi ahli pada mana-mana parti politik. Biarlah ahli politik sahaj yang menjadi ahlinya. Kami cuma akan menyokong mana-mana parti yang hanya akan memberikan kesejahteraan kepada kami (baca Rakyat) sahaja. Perkara ini berlaku di negara-negara maju. Jika kita kecilkan skop dalam negara kita pun kita boleh lihat bagaimana orang cina berpolitik. Mereka hanya menyokong kepada parti yang memberikan kesejahteraan kepada mereka. Jangan sampai mereka menyesal atau tersalah sangka dengan termakan dengan slogan PAS for all tetapi hasilnya HAMPEH. Jika mereka berfikir begitu jangan mimpi PAS akan disokong pada lain kali.

    Ikhlas...

  5. sama ngan pendapat ana.... hahahaaa

  6. Kalau persepsi negatif depa nak minta tunjuk bukti, kalau persepsi positif cepat pulak nak setuju tak pulak cerita pasal bukti ke apa....

    Memang depa ni patut hidup kat abad ke 17 saja. Kalau di zaman Tok Janggut pun depa ni setakat gebang-gebang saja, tapi tak berani nak ke depan nak berjuang punya. Paling kuat pun depa akan kata kat orang macam Tok Janggut tu, anta pergi lah, ana akan berdoa supaya anta berjaya!

    -Putera Malaysia

  7. sokong pandangan 2 dr ini. apa dah jadi dgn pas trengganu dan pemuda pas. nak tunjuk jaguh tak kena tempat. cakap berdegar2... hasilnya pas trengganu menang berapa kerusi je. kalo orang2 macam 2 dr ni tak boleh tegur, payahlah. jgn jadi bodoh sombong.

  8. Bila diminta bukti dari mana tuduhan pimpinan PAS adalah agen UMNO, tiba2 cakap tak perlu bukti, tetapi yang penting perspektif?? Cakap mestilah berlandaskan bukti prof., benda perspektif nie bukan baru dalam politik Malaysia. Apa yang PAS cuba lakukan, Mesyuarakat Khas, Jawatan Kuasa Disiplin, kemudian adakan Seminar Khas semata2 untuk memberi perspektif bahawa PAS telus lah.Tak sama dengan UMNO. Itupun takleh baca ker Prof? Untuk tangkis perspektif bahawa pimpinan PAS adalah agen UMNO maka perlu diselidiki apakah benar dakwaan itu? Lebih baik jadi pemberi pendapat dalam rancangan hiburan sudah la prof. Analisis politik perspektif ni bukan benda baru, sejak lahirnya politik, perspektif nie turut dibawa bersama.

  9. Saya rasa wajar pemimpin dan ahli PAS ambil pandangan orang luar terhadap persepsi orangramai terhadap PAS. Satu ketika nama PAS sangat harum di kalangan orang Islam dan bukan Islam tapi dicemari dengan tindakan2 yang tidak matang segelintir pemimpin atasan yang tidak dapat memehami isihati dan persepsi orang ramai. Tindak tanduk segelintir pemimpin berpengaruh tapi bantut misi dan visi masa depan yang gemilang menyebabkab PAS dipandang serong terutamanya orang bukan Islam. Pemimpin yang bagus adalah cepat menyelesaikan masalah dari dibiarkan berlarutan. Media juga memainkan peranan untuk kebaikan dan keburukan parti, jadi hubungan dengan media amat penting terutamanya dengan pengendali2 blog. Adakan majlis ramah mesra dengan mereka, ikhtiraf peranan mereka dan hargai mereka. Tak perlupun bagi gaji kepada mereka. Dr Aziz Bari dan Dr Hassan saya tabik pandangan anda berdua dan anda berdua ikhlas.

  10. Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!Hadi letak jawatan!!!

  11. Pak Bakar;

    Inilah penyakit apabila ulamak "dikultuskan". Lahirlah pemimpin/ahli/penyokong yang "memaksumkan" ulamak.

    ~Ibrahim Mohd Raja
    Mantan YDP PAS Kaw Batu,WPKL.

  12. skrg baru la kita tau siapa yg berfikiran primitif ya... bwk soalan dari rumah dgn niat nak marah org. ada juga pemimpin pas mcm ni...

  13. you want prove??!!! wait till the PR13 and you will see your prove from the rakyat themself. that time don't you dare said that rakyat is stupit to choose BN because we rakyat has give PAS ample warning of what we want & don't want.

    and since all pas members are soo primitif minded people, let me ramain you that :

    IN POLITIC PERCEPTION IS EVERYTHING

    pergilah buka buku strategy politic sikit, jangan asyik baca buku agama je, mana nak terbuka minda. Quran pun suruh kita BACA, BACA, BACA

  14. Pemimpin PAS tak berpandangan jauh :: NAK AHLINYA SENTIASA JADI PEMBANGKANG.

    Tak pernah ke terfikir untuk membalas budi AKAR UMBI selama ini dengan hadiah merasai apa rasanya sebagai AHLI PARTI PEMERINTAH.

    AKU KERJA LUMUS DALAM PARTI MENGHARAPKAN PAS INI JADI PARTI PEMERINTAH, bukannya parti yang ditolak rakyat. YA, KITA NAK JAGA ISLAM, HANG tak ada kuasa, nak jaga apa? SIS maharajalela, kita pun tak boleh buat apa-apa.

    PAKATAN RAKYAT ADALAH peluang terbaik kita untuk ke PUTRAJAYA. Tapi bongok pemimpin PAS pergi kemudi bahtera PR ke arah jahaman.

    BERITAHU TG HADI, KALAU DIA TAK YAKIN BOLEH BAWAK AKU KE PUTRAJAYA, MAKA LETAKLAH JAWATAN SAJA. Aku nak dipimpin orang yang boleh berpandangan jauh dan tahu apa yg perlu dilakukan supaya parti PAS yang aku cinta ini menjadi PARTI PEMERINTAH. DENGAR TAK!!!

  15. "(Ini saya dengar beberapa orang kata: Mula-mula, menggunting dalam lipatan. Bila dah heboh, buat kenyataan PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat (PR). Lepas tu, gunting lagi dalam lipatan. Buat lagi kenyataan PAS akan tetap bersama PR. Gunting lagi dalam lipatan - siap masuk akhbar. Menjerit lagi PAS akan tetap bersama PR. Jenis apa ni? Berapa orang saja lagi yang nak percaya?)"

    ucapan penggulungan presiden pada muktamar 54 dan 55 menekankan “memperkasakan pakatan rakyat”. ia disusuli dengan “meneruskan perbincangan dengan semua pihak…termasuk umno”.

    hari ini, presiden berkata “PAS akan terus bersama-sama dalam parti pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-PAS untuk memimpin rakyat ke arah perubahan yang hakiki” disusuli dengan “PAS perlu mengamalkan keterbukaan dalam mengadakan hubungan dengan semua pihak bagi membawa penyertaan yang memberi kemenangan kepada Islam, mengikut konsep dakwah dan siasah syariah.”

    yang berbeza, hari ini tidak ada umno. hari ini umno tidak tersurat tetapi tersirat dalam "mengadakan hubungan dengan semua pihak"... "bagi membawa penyertaan yang memberi kemenangan kepada Islam, mengikut konsep dakwah dan siasah syariah", supporting phrase ni yang mahal ni.. harap ni bukan another form of "wala'" tablet ... ramai dalam pas akan jadi lemah longlai bila dengar je - islam, konsep dakwah, siasah syariah.

    wallahu'alam

  16. PAS Kedah jaga2, Jgn yakin sgt. Perkemas jentera, perkukuhkan ukhuwwah. Jgn terlalu byk politiking. UMNO ada strategi rampas kedah. Jgn yakin sgt pegawai2 atasan kerajaan negeri tak belot. Depa ada peerjumpaan rahsia. Jaga-jaga

  17. salam. Masalahnya sekarang ni lah...tebal sangat melayunya

  18. anon 18:00,

    "Apa yang PAS cuba lakukan, Mesyuarakat Khas, Jawatan Kuasa Disiplin, kemudian adakan Seminar Khas semata2 untuk memberi perspektif bahawa PAS telus lah.Tak sama dengan UMNO."

    ketiga2 mesy khas, jk disiplin, dan seminar khas ni memang dah diprogramkan pada akhir 2008 la ye?

    tak perlu nak fikirkan apakah faktor2 yang mendorong pas mengadakan mesy khas, jk disiplin (khas) dan seminar khas, gitu?

    faktor2 tu kenyataan bukan persepsi. faktor2 tu membentuk persepsi. sehingga pas terpaksa mengadakan mesy khas, jk disiplin (khas) dan seminar khas bagi MENGELAK muktamar khas?

    syeh, bukan semua sakit boleh sembuh dengan panadol...

  19. Inilah akibatnya memilih pemimpin berdasarkan kehebatan ceramahnya dan bukan kehebatan kepimpinannya.......

  20. amende anon ni membebel...memang jelas ada pimpinan nak bersama UMNO dan mengkhianati Pakatan Rakyat terutamanya selepas PRU yg lepas. Tak berjaya yang itu nak pula kerajaan perpaduan. nak bukti apa lagi? buta ke?

  21. Langkah besar ke arah keterbukaan

    Seminar ni perlu dilihat dari aspek yang positif juga. Pedasnya memang teras, pahitnya juga memang mengilukan, tetapi kesediaan PAS memberi peluang pada pandangan pihak ketiga adalah satu bentuk pendewasaan dan kematangan. Tanggungjawab pada kepimpinan untuk memberi contoh pada ahli bahawa mereka berjiwa besar menerima pandangan.

    Ia tidak semestinya betul, tetapi kematangan berbincang dan memberi pendapat adalah akhlak dan sahsiah Islam. Kekuatan diri juga dinilai pada kemampuan mengawal amarah, itu pesan Nabi.

    Bukankah dari zaman Ustaz Fadzil Noor kita sudah berusaha untuk memasyarakatkan PAS?

    Lebih ramai mengambil tahu tentang PAS, lebih ramai memberi komen tentang PAS, lebih ramai yang 'concern' tentang PAS, PAS menjadi semakin ke tengah, 'middle ground'. Tanggungjawab PAS mengolah perbincangan-perbincangan ini menjadi advantage, bukan disadvantage.

    Kurang matang sekiranya kita asyik memperkatakan 'komen orang luar'. Kita mahukan PAS sebagai parti massa, gerakan massa. Untuk bercita-cita PAS memerintah negara, PAS perlu dilihat menjadi milik semua.

    Yes everybody could talk about PAS, in fact, opinions allowed, debated, discussed for the whole purpose to achieve the ultimate aim, the raison d'etre of PAS, iaitu mengangkat Al-Quran dan As-Sunnah.

    Harapkan UMNO buat macam ni? jangan harap..

    Syabas PAS. it is not easy, but it is a huge leap forward.

    wassalam

    glassopera

  22. Pak Bakaq..Malaysian Insider kata Dr Abu Hasan kata kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat "wajar", tetapiPAS mampu gerak sendiri sebenarnya.

    Apa Pak bakaq rasa ya?

  23. Perspektif, positif, negatif, primitif, lokomotif atau apa apa tif aku tak kira sangat, aku cuma nak ambil berat apa tindakan nya?????? mana tindakan nya??????Buang masa pi bersembang macam tu saja.... balik ... balik.... dok tang tu jugak... Hoi Pilihanraya dah tak lama lagi , tak kan nak macam tu juga lagi......

  24. Wahai orang Pas hangpa pergunalah Tuan Haji Mohamad Sabu tu untuk menjual Pas kepada Rakyat Satu Malaya.

  25. kalau dulu pas tak pernah bermimpi pun nak perintah negeri,tak ada pemimpin sanggup memegang jawatan tertinggi atas alasan kesibukan kerja.pemimpin yang dianggap primitif itulah yang berjuang untuk menyedarkan rakyat kejahatan umno dalam politik sehingga menang besar dalam pru12.kini pemimpin yang dianggap primitif dianggap sampah dlm poltik atas alasan politik zaman baru memerlukan pemimpin mengikut trend sekarang.
    golongan profesional seakan2 mahu mengantikan ulamak memegang jawatan didlm pas kerana andaiannya pakatan memerintah malaysia pada pru13 nanti.maka perebutan jawatan dlm pati menjadi rebutan.golongan ini mengharapkan menjadi menteri segera ataupun jawatan penting dlm kerajaan nanti.golongan liberal cuba meremehkan pandangan ulamak dan menghina begitu buruk sekali.ulamak2 dlm pas memegang kepercayaan kepada al quran dan hadith.setiap tindak tanduk didlm politik mestilah mengikut ajaran islam sepenuhnya.
    berbanding golongan liberal ini, kajiannya bersandarkan blog2 didlm media bru sebagai rujukan.professor2 di universiti menjalankan kajian respoden 2000 orang untuk menunjukkan ulamak patut diturunkan ataupun dijatuhkan.2000 orang dianggap mewakili 24 juta rakyat malaysia.pas diarahkan menjaga undi bukan orang islam untuk menjamin kemenangan besar akan datang.tetapi agak pelik kenapa pengundi melayu diabaikan.adakah pengundi melayu menyokong umno/bn 100%?
    sedarkah kita bahawa pengundi bukan islam didalam pru12 baru2 ini adalah undi swing atau protes terhadap bn.mereka bukan menyokong dasar pas dan hudud.mereka menolak pak lah kerana kelemahan ekonomi.sekiranya najib berjaya membawa malaysia kelandasan ekonomi yg betul,nescaya mereka akan mengundi bn kembali.golongan ini tidak peduli soal moral.baginya ekonomi no.1.
    adakah golongan liberal akan menyalahkan ulamak kerana gagal piliharaya nanti?kenapa mereka ini tidak mengutuk anwar ibrahim ataupun pkr atas kegagalan parti gagal mendisiplin wakil2 rakyat lompat parti.setakat ini 4 orang tetapi akan datang mungkin akan berlaku lagi.tidak ada seorangpun golongan pemimpin parti2 dan golongan profesional menghina ataupun menyuruh beliau letak jawatan.kelemahan pakatan bukan berpunca ulamak primitif.rakyat memerhatikan gelagat pkr dan dap dalam pertadbiran negeri.semuanya tindak tanduk bermotifkan politik.kebajikan rakyat sudah diabaikan.mereka memerintah negeri seolah masih pembangkang lagi.
    sedarlah..ulamak primitif inilah sanggup bergadai hartabenda dan nyawa untuk berjuang untuk agama,bangsa dan negara.banyak masa dihabiskan dalam politik sehinggalah keluarga terpaksa diabaikan.apabila kemenangan telah tercapai,golongan cerdik pandai cuba mengambil alih pas,kononnya dengan bantuan dan idea mereka pakatan menang besar.blogger2 juga cuba mengatur jawatan dlm parti.sekiranya pendapat pas tidak diterima olehnya,disebarkan fitnah dalam blog masing2 untuk mempopularkan blog mereka disamping mengharapkan iklan2 didpaparkan dalm blog merekan untuk mendapatkan duit.setengah blogger terpaksa merayu dan minta sedekah rm1 seorang untuk menulis fitnah mereka tentang ulamak primif.

  26. Apa pandangan kami orang muada dalam politik. Ust Bakar Chik masih lagi mamai dengan kemenangan Pas pada 1999.Sekarang 2009 dah ust!.anak muda tidak nampak Pas akan jadi parti dominan,itulah sebabnya pemimpin Pas perlu kepada perubahan.Kita ni sayang parti atau sayang pemimpin..Ajk Pemuda Seremban

  27. Dr Abu Hasan macam prof. yang baru makan daun ketum, kurun le, orang muda le, primitif le, media baru le tetapi semua ramalan nya hampeh. Rugi kerajaan hantar belajar tinggi tinggi. Macam budak kena isim.

  28. Pak Bakaq,
    Ana kurang menyokong pandangan Prof.Aziz menyatakan pemimpin-pemimpin PAS yang ada(nama-nama telah beliau sebut dulu) berfikiran sebagai ahli politik abad ke 17.Sebenarnya dan yang betulnya,gulungan ini adalah dari spesis pra-sejarah(belum ada sejarah).Apa yang boleh kita harapkan dari geng yang otak mereka sezaman dengan spesis dinasour.Geng UG yang dibawa keluar dari Juressic Park ini tidak akan membawa sebarang faedah,manafaat mahu pun keuntungan untuk PAS.Cuba ceritakan apa hasilnya Seminar Khas ini? Sama-sama kita tunggu.

  29. kadang2 aku rasa..sesetengah pimpinan kita nie 2x5 UMNO jer bab berpolitik nie..
    bab tafsir Al-Quran memang bagus..tapi bab politik nie pun nak konar baring..memang betul bila kita nie kerap sangat nak menghentam UMNO..bila turn kita kena..cepat sangat nak melenting..itulah pemikiran pembangkang selama-lama NYA..
    dear TG Hadi..please drive us to Putrajaya..make us confident la..please..

    Farid..Johor bahru

  30. Hoi , bukan orang kata ulamak primitif , orang kata cara permikiran primitif . tak reti bahasa ka. kita nak ulamak berfikir cara ustaz fadzil nor dan Tuan guru nik aziz.

  31. Masalah dalaman pas akan jadi barah...jika tidak dibendong akan merebak ke seluruh badan.

  32. Salam Pak Bakaq,

    Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa mereka mampu membentuk kerajaan dalam PRU13 nanti. Adakah PAS mempunyai keyakinan yang sedemikian? Apakah PAS akan setakat berpuashati berjaya menumbangkan kerajaan BN tetapi masih menjadi minoriti dalam Pakatan Rakyat seperti sekarang. Saya percaya ini merupakan cabaran yang paling besar buat PAS.

    Menjadi parti alternatif kepada UMNO dan bukan alternatif kepada MCA dan MIC.

    Sekian, wasallam.

    Anak Mat Cerut
    Shah Alam

  33. Pak Bakaq..Malaysian Insider kata Dr Abu Hasan kata kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat "wajar", tetapiPAS mampu gerak sendiri sebenarnya.

    PAS menang bukan dengan kekuatan sendiri. Contoh: Tawan kelantan + Semangat46, Tawan Terengganu+Reformasi Anwar, Tawan Kedah+Kempen Anwar lepas keluar penjara, Jadi MB Perak+paham-paham aje le.

    Tapi diakui grassroot PAS memang terbukti bagus. Cuma pemimpin+UG aje yang hampeh.

  34. Di kampong aku dato abu bakar chik amat popular dgn gelaran datok abu atau datok abc, tapi yg paling popular..dia juga dikenali dgn datok pulut gaul nyor...al kesah di satu pagi, selepas subuh dia datang menziarahi ajk cawangan dengan membawa pulut gaul nyor 2 tongkol sebagai buah tangan, kerana ajk tu kononnya menyokong yb gani ambak..

    Hadi
    Kg. Bukit Wan, Batu Rakit, K.Trg.

  35. AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad mengasak Dr Aziz termasuk mencabar beliau turun dan aktif dalam politik.
    .......

    Kot ya pun nak jadi pembodek teragung dalam abad ini, lu dua orang pun mau kasi ingat sikit sama kita orang kampong pasir 2 butir:-

    1. Mana lu 2 orang punya budi pekerti sbg pemimpin gerakan islam. lu jemput itu prof bentang kertas kerja dalam lu punya rumah, lepas dia bentang itu kertas tara keja, lu hentam dia kow2..lu ingat itu prof lu bayar 5000 ribu satu jam ka?

    2. lu ingat semua orang mau jadi macam lu ka yes man? lu punya otak masih tertutup dan tak boleh terima pandangan kedua...sampai bila lu punya otak mau kasi buka sikit?

  36. saudara hussin,


    Ketiga2 langkah yang PAS ambil memberi perspektif bahawa PAS terbuka. Ia juga memberikan gambaran bahawa kerja2 dalaman PAS dilakukan dengan berhati2 dan berprosedur. Kerana teguran Dr Aziz dan TG Nik Aziz, maka keseluruhan pimpinan PAS kena tunduk dan adakan EGM? Dengan mudah macam tu? Perwakilan telah memberikan baiah kepada barisan kepimpinan dalam pemilihan yang lalu. Takkan kerana memegang jawatan Musyidul Am, semua kehendak perlu dituruti tanpe perlu mengikut perlembagaan parti??
    Bagaimana pendapat Majlis Syura? Pendapat Timbalan Mursyidul AM? Adakah semua sekata dengan TG Nik Aziz sendiri? So mustahil untuk diadakan EGM semudah disangka? Dan ketiga2 tindakan (Tindakan Disiplin, Seminar Khas, Mesyuarat Khas) sudah cukup memberi perspektif bahawa PAS cukup terbuka. Kita tunggu sahaja apa hasilnya daripada tindakan2 ini.

  37. Bakaq, Assalammualaikum.

    Apa nak yang nak dilayan perangai Abu Bakar Chik tu. Kekawan di MAS kata padan muka PAS Trenganu dan terutamanya Abu Bakar Chik kalah di Trenganu. Allah tu Maha Kaya, jerit tengking kat pekerja MAS hanya pasal tak dapat First Class...skrang naiklah First Class mu bayar duit sendiri....mau ke... Jerit kat kami.. dengan kehendak Allah...ABC dah tersembam...Jerit kat orang macam Tuan Guru....tak ingatkan Allah ke...??? Gamak puak Trenganu ini kuat bermuka-muka...talam DUA muka..ada kekawan kata lebih..dari dua. Hj Hadi je yang bodoh tak kenal(?) perangai-perangai parasit-parasit dikelilingnya. Kekawan kata.. dibelakang Hj Hadi dulu masa PAS ada kuasa di Trengganu...., Harun Taib dan ABC dan species-species yang sewaktu dengannya di Trenganu buat kerja lain dan tak tolong Hj Hadi buat kerja di Trenganu untuk mantapkan PAS diTrenganu. Mana doknya masing-masing sibuk dengan ghanimah di TDM, EPIC dll dengan selenggaraan Tapa Ali. ABC ni primitif hentah kan faham apa makna PERSEPSI entahkan tidak. Persepsi kami orang diluar ni, ABC tu dan beberapa ketul lagi species yang sewaktu dengannya adalah "kuda tunggangan", "ayam sabung", "discrete messenger" dan "pembodek besar" skrang ni bagi yang pihak diatasnya. Pada SU Ketua Pemuda PAS, awak tu muda lagi...masih ada masa depan...berubah dan baikilah diri. Jangan ikut perangai ABC dan species-species yang sewaktu dengannya. Gone are the days, we outside will not know your kind. Satu lagi cerita tentang ABC dulu-dulu masa jadi Exco, rakyat Trengganu (walau ada kata di cucuk oleh UMNO) tunjuk perasaan...ABC lari naik mercedeh ikut gate belakang bangunan SUK Kerajaan Negeri Trengganu. Tulah.. ABC mana tau semua yang tunjuk perasaan tu puak-puak UMNO. Apa agaknya PERSEPSI.....pada ABC dan PAS Trengganu???? Awak Exco, wakil rakyat...yang kecut lari wat pe...kekadang tak faham beraninya ABC entah kat mana. Kes di Institut Berakan dulu, anak-anak murid Institut Berakan yang keluar berdepan dengan pihak berkuasa dan duduk bawah jentolak. Akhir kalam...padan mukamu ABC dan geng Trengganu dan pada ahli/wakil PAS yang ikhlas awas species-species nih...kalau sayangkan PAS.

  38. salam to all

    Kalau lah kita tak NAK di Lamung ombok jangan buat rumah kat tepi pantai ...
    Aku heran dgn Sesetengah Pemimpin PAS dan Ahli-ahli nya yg di lihat seolah 2 tak mahu bangun dari Tidur ...
    Tak nak ke buat Kajian terperinci Kenapa PAS tak boleh bangkit dari Kekalahan bukannya 1x tapi 2x selepas kemenangan pada 1999 di trenganu...Kenapa aku pilih TRG kerana di situ lah ada cerdik Pandai /Ada nya Presiden /Ketua dewan Ulamak/Stopa /ABC / Barisan pemuda yg gagah perkasa ....Adakah Umno TRG kuat ? Aku rasa tak (bukti ada PuAk deris ,ada puak Mat said)Atau adakah pengundi 2 di Trg muak dan meluat melihat gelagat sesetengah Pemimpin PAS trg / Kata Lain tapi buat lain walaupun tak semua ?

    Prof Aziz memberikan satu pandangan bagi aku ikhlas tentang permasaalahan yg berlaku dalam PAS !! Ada pemimpin yg bermasaalah yg perlu dikorban kan andai kata PAS masih bercita 2 untuk memerintah Malaysia bersama-sama dgn PR!!! Itu bidang pengkhususan beliau !!!
    Cuba lihat dan buat homework adakah benar apa yg di kata kan oleh Prof Aziz dan Prof abu Hassan ...Pemimpin primitif .....
    OOOi aku mahu tanya kalau hang ajak orang datang umah hang dan minta tolong dgn dia Lepas tu hang belasah dia(tetamu tu) ..Logik ke ? Lu fikir lah sendiri ...INI lah Apa yg di kata kan Pemimpin primitif dari Trengganu Darul PAS !!! Sebab itulah PAS kat trengganu tak menang2 walaupun keadaan UMNO dah dalam keadaan nazak !!!!Kalau aku ini lah masanya untuk memperkemaskan jentera parti dan Syaf kepimpinan ....STOPA /ABC/Harun you are fired and Nasa and hassan pergi lah joint umno tuu !!

    "Orang trengganu yg malangg "

  39. ini lah abu bakar chik yang tak tahu anak dia terima wang zakat, semasa adun dulu. azman shapawi tu bukan dari ganu ke? sekarang zaman ganu defend ganu. bukan di ganu, di jalan raja laut, kah kah kah kaaa

  40. Kalau tuan2 semua nak tahu...penumbuk buku 5 pas trg yang paling bisa pada tahun 1978 adalah....hadi, cgu pa, harun taib, wan talib dan ABC.

    Penumbuk itu masih berbisa sampai sekarang di trg walaupun dah jadi buku 4, kerana ayah wan talib dah pencen... sesiapa yg lawan 4 orang nin, alamatnya hayat politik mereka di trg tak panjang..nak tahu siapa pemimpin pas yg dah kena sembelih di trg???

  41. salam.

    1. sebenarnya sapa yang bermasalah ....ahli pas atau pemimpin pas ? ahli dah pilih pimpinan pas untuk masa n tempoh tertentu. maka masa ini pemimpin kena tunjukan gerak kerja / contoh teladan / perancangan masa depan pas dan pakatan rakyat. la ni sibuk dgn hal pimpinan , masa terus berjalan !! ayohlah --- sudah2 lah tu ! turun padang buat kerja

    2. selain ahli pas yg ttp setia ! pimpinan pas juga kena melihat penyokong dan rakyat yang mengundi pas. mereka tanpa takut mengundi pas dlm praya lepas ! bila mereka melihat orang yg mereka percaya bertelagah macam ini - apa perasaan mereka > marah /kecewa /menyumpah!!

    penahkah pimpinan pas memikirkan PENGUNDI/RAKYAT yang mengundi PAS ?
    dah masuk 2 tahun - bagaimana kelab penyokong pas diseluruh negara ?
    apa perancangan penambah-baikan kelab penyokong pas - jangka masa pendik dan panjang.

    sudah ! sudahlah tu.......kalau pimpinan pas xberubah juga, jgn harap rakyat nak menyokong pas masa akan datang !

    3. dewan2 dlm pas --- bangun dan berfungsilah ! jangan masa muktamar angguk mcm terkukur ....kat luar banyak kerja nak dibuat !! berkhidmat untuk RAKYAT


    sekian n wsalam

    -adam abdullah
    ulu yam baru
    ulu selangor

  42. mana yang UTAMA - islam atau melayu.

    biarlah umNo dgn melayu yer....
    pas@pr perlu lebih fokus tentang ISLAM.
    bila kita pilih islam - melayu selamat dan rakyat juga terpelihara n negara sejahtera.

    kerana hak orang islam dan hak orang bukan islam telah dijamin oleh islam.
    ingatlah ISLAM itu ALLAH yang punya. adakah kita fikir ALLAH xtahu di malaysia ni rakyatnya berbilang kaum....allahu_akbar !!

    ni modal /hujah/daleh umno lama....xpayah nak bincang lagi lah

    wsalam


    _adam abdullah
    ulu yam baru

  43. anom 27 ...

    ini blog untuk bertukar minda dan pendapat secara intelctual ,bukan komen mcm kepala butuh ..nampak kurang cerdik mcm budak-budak tadika kemas...Kalau lah anda Prof dalam bidang yg sama ,ayuh silakan bawa hujjah ...

    Ingat jgn jadi baboon ya !!!!

  44. Selalunya pendapat Dr. Hassan ini tidak praktikal dan tidak boleh dibuat. Ambil feedback dari dua tiga orang dah buat rumusan. Kalau jadi pengkritik filem boleh lah.

  45. salam,
    Baru aku tahu kenapa negeri Terengganu mudah jatuh ke tangan BN !!! Rupanya begini mentaliti pemimpin PAS di sana. Sedarla, zaman dah berubah!!!

  46. Jadi baboon lagi baik dari membakar kerusi stadium bukit jalil.

  47. kepada ananymous 46, memang sesuai dengan kau.

  48. Bagus Adam!

    Biar Melayu Mampos asal ISLAM tegak. Kalau melayu tu islam, maka selamatlah melayu. Kalau bukan islam pulak, maka selamatlah bukan islam kat atas dunia ni.

    Undang2 Islam tu adil.

  49. Kalau pembentang pun dah mental block, jangan lah kata orang yang nak menayakan soalan primitif. Lebih baik soalan yang hendak ditanya dibuat siapkan dahulu dari carca marba.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008