PAS takat jadi pembangkang saja?

Seorang pembaca yang memperkenalkan dirinya sebagai anak Terengganu menghantar pandangan di bawah melalui email. Saya siarkan tanpa edit:
MEMPERKASAKAN PAS DALAM PAKATAN RAKYAT ANTARA HARAPAN DAN REALITI SEMASA

Disaat banyak orang sedang memperkatakan tentang halatuju politik tanahair pada hari ini, tidak dapat tidak peranan PAS tidak boleh terkecuali dari perbincangan tersebut. Setiap formula politik yang dibincangkan, PAS mesti dikira sebagai komponen yang penting dalam formula tersebut.

Melihat kapada betapa signifiken nya peranan PAS dalam percaturan politik tanahair pada hari ini, menyebabkan pemimpin, pendokong dan penyokong PAS diperhati, dipantau dan diasak begitu rupa sama ada olih pihak yang menyokong maupun yang menentang dasar dan misi perjuangan PAS. Peranan dan prestasi PAS dalam percaturan persada politik tanah air diperhati, dipantau, dikritik dan diasak berbagai pihak supaya citarasa dan aspirasi mereka dipenuhi olih perancangan dan pengisian program PAS sebagai sebuah organisasi politik.

PAS sebagai sebuah jamaah islam, bukan organisasi politik secular tidak harus tertekan dan hilang punca dengan segala asakan dan pengharapan yang begitu hebat dari pelbagai pihak samada yang menyokong maupun yang menentang visi dan misi perjuangan PAS.

Berpaksikan kapada prinsip dan jatidiri yang telah difirmankan olih Allah SWT yang bererti;

"kamu adalah umat yang terbaik yang dipilih dikalangan manusia, yang menyeru kapada kebaikan (maaruf) dan mencegah kejahatan (munkar)………………"

Berpaksikan kapada prinsip diatas, pemimpin, pendokong dan penyokong PAS tidak harus tertekan dan hilang punca akibat asakan dan pengharapan yang begitu tinggi dalam persada politik tanahair pada masa ini. Selama mana kita yakin dan faham diatas prinsip diatas, PAS akan berjaya mengharungi segala cabaran yang melanda bahtera perjuangan PAS pada hari ini.

Bertunjangkan kapada kepimpinan ulamak, yang telah dipelopori sudah lebih 25 tahun PAS perlu membuat satu muhasabah yang menyeluruh supaya peranan dan halatuju PAS dapat memenuhi tuntutan dan harapan yang termaktub dalam firman Allah SWT yang tersebut diatas.

Namun perlu disedari, untuk memperkasakan peranan PAS dalam persada politik tanahair pada hari ini, tidak cukup dengan retorik dan kata-kata kosong tanpa menganalisa apa yang berlaku dan apa yang akan dilakukan dalam gerakkerja organisasi PAS. Menyingkap apa yang telah berlaku dan apa yang akan dilaksanakan adalah merupakan kaedah pengurusan yang penting dalam usaha memperkasakan PAS dimasa akan datang.

Beberapa pemerhatian dan persoalan perlu dianalisa dan dijawap olih pemimpin, pendokong dan penyokong PAS.

Persoalan pertama yang perlu dianalisa olih PAS pada hari ini ialah dimana dudoknya ruang kerja organisasi PAS pada hari ini? Apakah PAS hanya berlegar dalam ruang kerja daawah dan politik dalam masyarakat melayu disurau-surau, markaz dan masjid sahaja?

Persoalan kedua, apakah PAS hanya mahu menyediakan pemimpin, pendokong dan penyokong yang hanya mampu untuk menjadi pembangkang yang kuat dan berkesan semata-mata?

Persoalan ketiga, apakah PAS sudah bersedia untuk menyusun dan memperkasakan pemimpin, pendokong dan penyokong yang mampu menguruskan pemerintahan negeri dan Negara (menguruskan kemenangan ) yang dikurniakan olih Allah SWT?

Sempena seminar memperkasakan PAS yang diadakan pada 7 Nov 2009, amatlah diharapkan para peserta dan perwakilan PAS dari negeri-negeri, kawasan dan dewan-dewan meneliti dan memperhalusi persoalan-persoalan yang ditimbulkan.

Wallah-u-alam.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.
ImageChef Custom Images

  1. salam,

    utk PAS keluar dr ke pompong label pembangkang, pihak pimpinan mesti menumpukan pd meningkatkan strategi2 kearah pendidikan rakyat dan pemahaman rakyat atas apa itu pemerintahan berteraskan Islam supaya rakyat faham dan tertarik dgn kemurnian pemerintahan Islam. Bukan hanya apa yg tidak boleh dilakukan, PAS mesti memberi alternatif atau platform yg dibenarkan mengikut Islam supaya slogan PAS For ALL difahami oleh semua. Pendidikan itu penting keranan setelah berpuluh tahun dibawah pemerintahan BN dan dimomokkan dgn hiburan yg tidak memenuhi ciri keIslaman seMESTInyalah PAS sudah ada model danplatform utk apa yg ingin dibawa. Malaysia ini adalah negara majmuk bukan negara Melayu Islam shj, maka cuba-cuba lah membuat kajian apa yg perlu disediakan utk mereka dikategori yg bukan Melayu Islam. Mungkin boleh dimulakan dgn Kelab Penyokong PAS supaya mereka mengetahui sumbangan mereka adalah dihargai sebagai peneraju penyokong bukan Islam utk PAS. Buatlah kajian apa yg mereka ingini bukan hanya kajian setakat mengapa mereka perlu menyokong PAS, itu umum sudah mengetahui. Mulakan segera kerana kita sudah tiada masa yg panjang. Buatlah seberapa byk aktiviti yg melibatkan mereka yg bukan Islam kerana dgn melakukan aktiviti itu akan mendekatkan mereka utk mengenal apa itu PAS dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta.

  2. Kalau orang macam ABC yang sudah direject oleh kawasan masih dinaikkan oleh Pas Terengganu, tunggu le saat pilihanraya ke 13. Mungkin jadi pembangkang pun sukar.

  3. ada 1 cara .last :

    nik aziz henndaklah membenntuk 1 team yg setuju sama fikrah dgnnya utk membentuk saf kepimpinann yg baru & efektif.

    fakta, persepsi , ikhlas.

    nik aziz - presiden & mursyidul am
    azizan/tn ibrahim/husam - timbalan

    nizar - S/U /naib presiden
    salahudin-
    mahfudz -
    mat sabu -

    BERGABUNGLAH, demi kebaikan PAS.
    sedangkan org sblh sana dgn fikrah yg lain kelihatan sudah ada team,

    kita disini bersama nik aziz bila lg?

    bertindak sebelum terlambat.

  4. Bakaq...

    Hang pi cari Air Batu Campur kat Ganu tu....

    PAS tak perlu ABC tapi perlu Alif Baa Taa....

    Cepat Pak Bakaq jangan terlambat.....

  5. Anon 1:23
    Mat Sabu meeting khas pun tak masuk. Seminar pi luar negeri lagi, pi London, Filipina dan kini pergi Bahrain pula dengar kabar. Makin jauh daripada Pas dah. sejak jadi ahli lembaga kat Pulau Pinang selalu saja keluar negeri , perangai pun dah berubah tak macam dulu.Kalau duduk kedai kopi sembang berdegar-degar semua tak betul, tapi bila time meeting dan Seminar lari keluar negeri. Pas dah nak berterabur langsung tak ambil tahu pasal parti!

  6. Pak Bakaq,
    E-Mail dari Trengganu ini banyak betulnya.Komen dari Anon 1.23pm munkin dapat membawa PAS balik kelandasan yang diharapkan.Kalau sekadar pemimpin-pemimpin yang ada sekarang,PAS akan kehilangan banyak kerusi diPRU yang akan datang dan akan terus menjadi pembangkang saja.Kemunkinan Menteri Besar dari PAS yang akan kekal diKelantan saja yang lain-lain akan hangus.
    Prof.Dr.Abu Hassan Hasbullah diseminar khas kelmarin(7.11.09)menyatakan:

    (a) 70% dari gulungan yang berumur antara 20-30 - Tak ada keyakinan dengan kepimpinan Hadi Awang.
    (2) 77% dari gulungan berumur antara 31-40 - Turut tak punya keyakinan terhadap kepimpinan Hadi Awang.
    (3) Hadi Awang diterima sebagai pemimpin hanya dari gulungan tua - umur 41-50 - itu pun hanya 46 %.Yang lagi 54% menolak kepimpinan Hadi Awang.
    (4) Tinjauan(survey) itu juga berpendapat Tuan Guru Nik Aziz lebih dikenali dan diterima oleh orang ramai sebagai pemimpin PAS.

    Malang seribu kali malang,pandangan dua(2) orang ahli akedemik(termasuk Prof.Aziz Bari) ditolak oleh seminar itu.Ada pula pihak yang mencabar Prof.Aziz menyertai bidang politik kerana tidak dapat menerima "hakikat dan kebenaran" yang dikemukakan oleh 2 orang tokoh akedemik itu.Hasilnya merumuskan 5 resolusi yang dianggap sekadar melepaskan batuk ditangga,yang sudah diulang-ulang seperti memainkan piring hitam yang telah retak.

    Seorang teman dari pusat pengajian tinggi (melalui talipon) menyatakan,gulungan yang berumur antara 20-50 itu adalah mereka yang punya informasi dan maklumat sama ada melalui bacaan dan internet - maka mereka "mampu" membuat keputusan menolak Hadi Awang sebagai pemimpin yang berwibawa.Gulungan tua yang 46% adalah terdiri dari mereka yang "wala membabi buta" - tak tahu apa yang berlaku dan mendengar cakap orang saja manakala yang lebih 54% dari gulungan tua itu terdiri dari mereka yang duduk dikawasan bandar*(urban) yang sedikit sebanyak punya informasi dan maklumat.
    Kalaulah seminar yang telah diadakan itu menolak "mentah-mentah" teguran 2(dua) orang ahli akedemik tersebut - memang jelas PAS akan sekadar jadi parti pembangkang saja mulai dari PRU ke13 akan datang.Percayalah.

    mur 41-50 - itu pun sekadar 46%.

  7. anom 5 ,

    datang meeting ke tak datang ,,skrip dah siap dan di atuur dah olih STOPA and the geng ...percaya ke tak lantak kau orang lah ,tapi itu lah hakikat nya ...Tok guru tak nak dengar pandangan majority even dalam seminar khas tersebut... Apa kata TOK guru ke salah seorang yg Hadir yg tak suka seminar di adakan tapi mahukan EGM "anta tak setuju tak per " .. boleh confirmkan kata aku ini pada semua yg hadir !!! Mursyidul am pun kena herdik oleh ABC adn the geng..

  8. pak bakaq,dahlah isu pas.aku dah nak muntah.sebelum orang lain boring baca blog hang,lebih baik posting pasal hal lain.kau bagilah budak2 blogger baru kutuk pas.hang tak payah terikut2 rentak diaorang.hang blogger lama takkan nak tumpang semangkuk budak2 baru menulis.

  9. Ini lah pemimpin Pas. dah lama dah. Selagi dengan pemikiran jumud dan tak nak berubah tuggulah saat kejatuhannya. Zaman telah berubah yg mengaku pemimpin Melayu tak nak berubah.

  10. aku suka pas yang dulu. masa susah2 dulu. biar la pas susah selalu. itu semua ujian allan taala.yang penting niat kerana allah. teringat masa kecik2 ikut orang tua bawa gerombolan pemimpin pas buat ceramah. masa tu ceramah kat bwh2 pokok jer. naik bot merentasi sungai. tapi sekarang pas dah mcm elit dah. pemimpin2 pas dah tak boleh buat ceramah bwh pokok. bersidang bawah pokok ada la. yang paling aku meluat ada majlis hi-tea. ni yang aku paling menyampah. kalau dulu2 makan biskut hwa tai kering dengan roti tawar. aku nak pas jadi mcm dulu. takpelah jadi pembangkang selamanya.

    tok pengulu

  11. Orang batu rakit dah talak tiga sama ABC...kesnya macam2...daripada sekecil2 isu, bawa pulut gaul nyor 2 tongkol, hinggalah kepada isu menjatuhkan haji ambak dan berebut nak jadi calon PRU tahun 2004.

    Orang2 mcm ABC masih ramai dalam pimpinan pas Trg, sorry lah to say, jk umno Trg pecah seribu sekalipun, belum tentu pas boleh memerintah Trg dgn simple majority.

    Awang
    Kg. Maras, Batu Rakit.

  12. LAMA SANGAT JADI PEMBANGKANG - LEBIH 50 TAHUN ... TULE .... PAYAH ...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Forum Keadilan 15/3/09

Arkib

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Powered by FeedBurner

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008