Sedap!! Klik gambar di atas!

PAS, bersihlah!

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pencapaian terbarunya apabila kedudukan Malaysia yang merudum lagi dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Kedudukan Malaysia pada tahun 2009 terus menjunam ke bawah kepada kedudukan ke 56 berbanding kedudukan ke 47 pada tahun 2008.

"Baguslah, 1Malaysia, 1Rasuah. Najib sepatutnya berbangga kerana beliau sendiri yang membela politik wang apabila berkata perbuatan itu 'bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini'," kata Mohamad.

Beliau mengulangi rayuan supaya negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan badan hisbah atau ombudsman.

"Terutama kepada kerajaan-kerajaan negeri di bawah PAS, saya berharap agar semua usaha dan tindakan dapat dilakukan agar negeri-negeri di bawah pentadbiran PAS bukan sahaja bersih malah dilihat bersih," katanya.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bhai...

    Kalu PAS tak nak membersihkan dirinyer... hahahaha... tak dapat la nak menolong lagi...

  2. MACAM MENUNGGU BULAN JATUH KA RIBA LA PAK BAKAQ, NO WAY LAH....

  3. MACMANALAH AGAKNYA TAHUN 2010 NANTI AGAK-AGAKNYA NAIK KE NOMBOR 100 KOT....BARULAH 1MALAYSIA....

  4. kucing wat hal, ayam kna perli...eh eh eh

  5. PAS bersih ????? Bersih tahit kucing mu...orang UMNO bahan rasuah wat gi melancong..makan angin keluar asap je..PAS yang suci bersih pula bahan rasuah nak gi wat haji ???..bukan sikit tu, RM 65 ribu satu kepala..kalu 5 kepala, kali sendiri la..ini barangkali Pakej Haji & Round The World ke..orang kampung nak gi haji kena simpan duit titik peluh sendiri..nak cukup RM 10 ribu tu peluh sampai ke keting, habis hangit tahit ketiak..dah tua bangka baru boleh gi Mekah..tu pun kalu ada tempat kosong..orang hak ambil sponsor boleh gi tiap-tiap tahun..kalu setakat tok guru pondok ada ke sapa-sapa nak sponsor sebanyak tu..kalu nak sponsor duit sendiri jangan diharaplah puak-puak ni..tahit hidung masin je..nak sedekah 5 sen pun berat macam roda kereta lembu..kawe pun boleh beri sponsor setiap tahun kalu demo bui balak dan konrak billboard atau tanah ladang..baru la orang kata 'orang berbudi kita berbahasa'..

    ..sebenarnya ana tak nak ulas sampai begini sekali..tapi masih ramai puak ni hok tak reti..dok banding dengan pemimpin UMNO yang memang jenis tak pakai benda dah..tapi kita yang pakai benda ini, dah ada tiket one way ke syurga pun nak tiru macang puak-puak UMNO juga ke..orang terjun telaga tahit, kita pun nak rasa terjun telaga tahit juga ke..

    ..puak ni ngaji kitab mana ni, sampai tak reti natang gapo rasuah tu..hari-hari puak ni dok kutuk orang makan rasuah..tapi bila rasuah datang dekat dia, dia pun makan juga..rupa-rupanya dia sendiri tidak kenal apa itu rasuah..hahahaha..ada juga manusia pelik...


    Hj Markoko

  6. Bakaq,

    Baguih tul seruan hang. Pembersihan pertama yang PAS perlu lakukan adalah membuang semua kepala-kepala UG dalam pucuk pimpinan utama PAS pusat, negeri dan cawangan.


    bat8

  7. jawapan untuk ZAHID IBRAHIM orang yang gila punlisiti dalam PKR

    http://pjsenoi.blogspot.com/

  8. Politik Islam itu ibarat air mutlak, bersih dan membersihkan.

    Pemimpin2 parti Islam bukan setakat bersih, tetapi mesti "kelihatan" bersih drp segala unsur2 yg meragukan @ kelabu asap, dan yg paling utama adalah mampu membersihkan segala daki2 lama tinggalan umno/bn..


    Politik Sekular itu ibarat air mutannajis, kotor dan mengotorkan..

  9. Jangan lupa pemimpin politik Pakatan Rakyat juga sama2 menyumbang kepada kejatuhan Indeks Persepsi Rasuah. Dah lupa ke?

    Pemimpn PAS tiada terlibat rasuah tetapi lihat kawan sehidup semati bersama Pakatan Rakyat iaitu PKR. Berapa ramai bermasalah dengan rasuah? Kalau ikut cerita Dato Seri Anwar, asyik2 dia salahkan UMNO sengaja nak aniaya PKR. Sampai bila asyik nak salahkan orang.

    Jangan hidup asyik nak cakap berbelit2. PAS adalah berkaitan perjuangan Islam dan Islam itu agama lurus. kalau nak tubuhkan negara Islam, cakap terang2 dan jelas2 kepada pemimin DAP yang PAS tidak akan berkompromi tentang penubuhan negara Islam. Lepas iti barulah PAS boleh yakinkan orang Melayu yang PAS itu betul2 berjuang Islam. Ini asyik kata UMNO halang penubuhan negara Islam. Baru ada usaha nak haramkan arak di Selangor pun ditentang DAP. PAS bercakap saja tapi serupa saja macam UMNO. Kami ingat orang PAS akan buat sesuatu untuk Islam. tak nampak apa2 perubahan pun di selangor. PAS Selangor tak berjuang Melayu dan juga tak nampak berjuang untuk Islam.Hanya bercakap saja.

    Jangan ingat ramai orang Melayu Selangor nak sokong PAS PRU13. Jangan harap.Minta tolong bukan Melayu dengan bantuan DAP dan PKR mungkin boleh.

  10. Yang susahnya Mat Sabu hanya melihat dirinya saja yg betul...........orang lain tak betul...........betulkah begitu.
    tetapi Mat sabu berani kerana benar

  11. bravo abang mat...tahun depan kita pakat-pakat calonkan abang mat sebagai presiden pas! Takbir!

  12. Anonymous no. 3..Tolong tunjuk apa yang dikatakan mat sabu hanya melihat dirinya saja yang betul..orang lain tak betul..., dia seorang yang boleh terima teguran, bukan macam segelintir pemimpin PAS lain yang tak boleh ditegur..

  13. PAS ini dah susah nak dibersihkan kerana dah ada beberapa yang perkara telah menjadi darah daging. Mungkin golongan muda boleh diperbetulkan.

  14. pas ni kan pembangkang. sprm ni plak dok bawah umno

    kalau ada rasuah dalam pas, sprm terjun tak bertangga g siasat

    tp ada as kena dakwa rasuah? takde. so cakap berdasarkan bukti la

    n buktinya pas takde rasuah. so pas bersih dari rasuah. yang tak nampak tu antara dia dengan Allah

    pe ponnegeri d bawah pas ni cuma kedah ngan kelantan je. dua2 tu kena ada hisbah. bg mat sabu jd pengerusinya

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008