Sedap!! Klik gambar di atas!

Najib ada peluang halau hantu Altantuya

Saya tak pernah berkesempatan bercakap dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib pula tak kenal saya.

Saya teringin hendak bertanya Najib, mengapa beliau tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap penyiasat persendirian P Subaramaniam sebaik sahaja penyiasat itu membuat pelbagai tuduhan yang memburukkan Najib dalam akuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008?

Memanglah akuan bersumpah harganya RM4 sahaja. Tetapi, ini bukan soal harga RM4 atau 40 sen. Ini soal apa yang terkandung dalam akuan itu. Ini soal maruah Najib yang digambarkan lebih najis dari taik babi dalam akuan bersumpah itu. Maruah Najib tidak berharga RM4. RM4 bilion pun terlalu kecil harganya.

Jika Najib di pihak yang benar, tidak perlu direkacipta akuan bersumpah Balasubramaniam yang kedua selepas akuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008 itu? Nah, kalau orang memperlecehkan akuan bersumpah yang pertama kerana harganya hanya RM4 sahaja, bukankah akuan bersumpah kedua juga sama nilainya? Nobody can inflate the price of statuory declaration.

Jika Najib dipihak yang benar, apa perlunya operasi meghaibkan Balasubramaniam?

Jika Najib di pihak yang benar, bukankah penyiasat itu rakyat negara ini? Tidak perlu ke luar negara untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau. Najib pula pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Empayarnya di dalam Umno terlalu besar dan tak mungkin dapat dikalahkan oleh Perdana Menteri waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi mahupun menantunya, Khairy Jamaluddin.

Sukar hendak dibayangkan bahawa institusi perundangan boleh dimanipulasikan untuk menganiaya Najib. Orang-orang Umno tidak akan membiarkan perkara seperti itu berlaku jika, katakan, Abdullah dan Khairy mahu memanipulasikan mahkamah untuk memangsakan Najib.

Kini, Balasubramaniam dah nak balik Malaysia dan hidup seperti biasa. Biarkan dia balik dengan bebas tanpa sebarang gangguan dan ancaman.

Selepas itu, perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh Najib ialah mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau. Lawan apa yang disebut-sebut sebagai fitnah penyiasat itu di padang yang sama rata, iaitu mahkamah, walaupun tidak mudah bagi rakyat biasa di negara ini melihat mahkamah di Malaysia sebagai a leveled playing field untuknya.

Najib ada peluang untuk menghalau hantu Altantuya Shaariibuu.

Berkaitan:
Part 1: Lawyer: Najib 'linked' to Bala's disappearance (Malaysiakini 25/11/09)
Part 2: PI's lawyer:'Anwar not behind Bala tapes' (Malaysiakini 26/11/09)
Part 3: Two different parts in Bala's SD, explains PI's lawyer (Malaysiakini 27/11/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Balasubramaniam adalah sa orang yang jahil lagi bathil.

    Perdedahan terbaru hanya merugikan beliau dan keluarganya.

    Jikalau betul hendak dedah maka dedahkan dengan ada strategi.

    Kita perhatikan adanya Peguam di sebelahnya.

    Apa2 pun tidak akan berlaku ....AG mahupun IGP akan buat diam sahaja.

  2. Harga Najib cuma 20sen kut...

  3. Akuan sesumpah mana boleh pake?.....hehehehehe...ada lepeh

  4. takut terbalik laa pak bakaq..takut hantu altantunya pula yang halau dia dari putrajaya..

  5. Bhai...

    Errr.... Najib nie ader telor ker? Rasanyer dier dah takder telor... hahaha (jangan marah yer Najib oooi...)

  6. UlatdanKulat

    Tolong tulis hujah yang baik sikit. Aku siarkan. Aku tak reject komen orang Umno yang berakal hujahnya. Lainlah kalau aku rasa komen cybertrooper, memang aku buang terus.

  7. ambo rasa najib berpegang pada hadis: " berkatalah yang baik2 atau lebih baik engkau diam!"..........najib memilih berdiam diri, jalan selamat baginya. bukankah pemandu yang pura2 bisu sukar disaman polis lalu-lintas???....

  8. Nak buat gumana pak bakaq.n Nanti jadi macam Raja Petra Kamarudin[RPK],KENA SAMAN CABUT LARI.Apa geranti yang Bala tak lari ke India.RPK cabut lari,pun hingga kini belum jupa lagi.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008