Harakah Daily hari ini melaporkan Tok Guru Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan bersetuju untuk menasihatkan menantunya, Abdul Ariffahmi Ab Rahman supaya melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Malaysiakini pula melaporkan Ariffahmi melepaskan jawatan tersebut. Beliau mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini.
Saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Tok Guru yang mengutamakan kepentingan PAS dan perjuangan Islam melebihi perasaannya sebagai seorang bapa mertua. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Tok Guru kerana sekali membuktikan beliau adalah seorang hamba Allah yang boleh menerima nasihat rakan-rakannya dalam kepimpinan PAS. JazakaLlahu khairan kathira, Tok Guru!!
Tok Guru membuktikan kepada Allah s.w.t. bahawa beliau hanya bersifat "keras keng" dalam isu yang melibatkan kerjasama atau perpaduan antara PAS dan Umno di dalam satu pakatan politik. Saya sebut pakatan politik kerana saya tak pernah dengar Tok Guru larang PAS berkerjasama dengan Umno dalam soal membela rakyat Palestin yang ditindas umpamanya.
Dari jauh saya tunduk hormat sikap Tok Guru itu. Mudah-mudahan Allah berbelas-kasihan dan mengampuni segala dosa serta kesalahan Tok Guru. Itulah hadiah yang tidak ada tolok bandingnya kepada Tok Guru.
Saya memohon maaf kerana mengkritik tindakan Tok Guru melantik menantunya. Saya teringat komen-komen di bawah posting saya bertajuk "Hukum jika mereka bersalah!" pada 21/8/08 di mana kali pertama saya menyindir perkara itu:
Kepada Ariffahmi, saya juga memohon maaf kepada demo. Nothing personal, bro. Saya tak ada sebab nak bergocoh atau berseteru dengan demo.
Lebih dari itu, saya tidak ada kepentingan dalam PAS. Kalau saya teringin dan kemaruk sangat nak apa-apa jawatan dan projek dari para pemimpin PAS pun, mati beragan pun saya tak akan dapat. Bukan sahaja saya tak teringat nak mintak, kalau saya mintak pun depa tak akan bagi.
Nothing personal, Ariffahmi. Tema dalam beberapa posting saya mengenai demo sebelum ini hanya satu sahaja - mengelakkan fitnah.
Saya berharap Allah akan membalas tindakan Ariffahmi meletakkan jawatan itu dengan kebaikan yang melimpah-limpah. Ariffahmi, jazakaLlahu khairan kathira!!!

Anon 6: Sekarang kau nak hentam Tuan Guru Nik Aziz sebab lantik menantu dia pulak? Apa punya orang lah kau ni Bakaq...Saya berharap Tok Guru yang saya kasihi dengan ikhlas (saya berharap Allah mengiktiraf keikhlasan saya) akhirnya akan sudi memaafkan saya.
Anon 11: BAKAQ....HANG NAK CERCA ,MAKI,TEGUR ORANG LAIN TAK PA...TAPI HANG DAH LEBIH BAKAQ...HANG NAK HEMTAM TOK GURU NIK AZIZ PULAK.....BARUA PUNYA BAKAQ !!!!!
Anon 18: Jika saudara hentam TGNA anda telah menyakiti hati-hati Orang PAS so beradablah bila hentam TGNA.
Kepada Ariffahmi, saya juga memohon maaf kepada demo. Nothing personal, bro. Saya tak ada sebab nak bergocoh atau berseteru dengan demo.
Lebih dari itu, saya tidak ada kepentingan dalam PAS. Kalau saya teringin dan kemaruk sangat nak apa-apa jawatan dan projek dari para pemimpin PAS pun, mati beragan pun saya tak akan dapat. Bukan sahaja saya tak teringat nak mintak, kalau saya mintak pun depa tak akan bagi.
Nothing personal, Ariffahmi. Tema dalam beberapa posting saya mengenai demo sebelum ini hanya satu sahaja - mengelakkan fitnah.
Saya berharap Allah akan membalas tindakan Ariffahmi meletakkan jawatan itu dengan kebaikan yang melimpah-limpah. Ariffahmi, jazakaLlahu khairan kathira!!!

Cantik? Klik 

Pak Bakaq
Salamualaikum. Sudah lah.... kisah TGNA dan Arifahmi dah kira selesai lah. cukup! sekarang nih elok tengok Pak Najib naki habis pergi USA dan negara Trinidad Tobago, sebuah negara benggap macam Sri Langka nak cari business. Macam macam si benggap dari Malaysia nih. Jangan di cari Miss Trinidad Tobago yang buat Three-some dengan Miss Japan 2008 sudah. Pergi sana sini, habis dibuang dalam longkang duit cukai pendapatan saya dan rakyat kita yang lain.
Tapi kalau dapat Tunggao lepas tu HIV selepas balik dari Trinidad sudah kira bagui tuh!
Salam, gue tangkap sedih jadinye,,bila baca posting bakaq..gue pun mau minta maaf juga dgn TGNA..sebab gue pun entam dia juga sikit-sikit.pasal issue menantu..semuanye sebab sayang dgn PAS and TGNA lah gue entam..
semoga ALLAH AMPONKAN SEGALA KESALAHAN TGNA n D berhidayah and taufik..UTK ariffahmi semoga anda d murah kan rezki olih Allah..AMIN
Salam bro...
Cuba hang tanya bila pulak TGHH nak arahkan Hasan Ali untuk lepaskan jawatan? Yang ini lagi besar punya fitnah. Siap ada rakaman audio lagi.
Salam, saya tak pikir tok guru bekeras ataupun tuli dalam isu menantunya. keputusan yang dibuatnya hari ni mungkin dah lama ada dlm pemikirannya. sebagai politikus juga beliau bijak memilih time yang sesuai... seperti selepas pertemuan dgn pimpinan tertinggi pas, ini adalah bagi meminimumkan risiko. itulah kebijaksanaan tok guru "tangkas membunuh persepsi"
cayalah pak bakaq
saya bersetuju dgn pak bakaq... tidak dapat tidak kita mesti elakkan fitnah sblm ada puak2 lain yang mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan terhadap isu yang ada ni... mungkin keputusan yang diambil agak berat... namun dalam kepayahan mesti ada sinar untuk kita mencari kebenaran...
Saya tabik sama Pak Bakaq
PAS sepatutnya menerima pandangan semua ahli dan juga bukan ahli...Agaknya lepas ni isu apa pula yang akan muncul?
satu peringatan yang sangat baik.
kalau ada mana-mana pemimpin PAS yang berniat nak jadikan kuasa/jawatan yg disandang sebagai harta pesaka untuk anak dan anak menantu, elok lah beringat2 sikit tak kira dimana mereka berada....
SALAM PAK BAKAQ,TERIMA KASIH DIUCAPKAN BUAT PAK BAKAR KERANA ISTIQAMAH DGN PERJUANGAN,DALAM MENELITI PERJALAN POLITIK MASA KINI JIKA ADA 10 ORANG LAGI YANG SERUPA NGAN PAK BAKAQ MAKA AMBO RASO PARTI PAS(PKR) AKAN DAPAT MEMERINTAH MALAYSIA PADA PRU YANG AKAN DATANG.KITA PERLUKAN ORANG2 YANG BERANI MENYATAKAN KEBENARAN WALAUPUN IA PAHIT,HANYA INSAN YG BETUL2 IKHLAS NGAN PAS SAHAJA YG SANGGUP MELAKUKANNYA.AKHIR SEKALI TERUSKAN PERJUANGAN ANDA BAKAQ DAN KEPADA SESIAPA YANG PERNAH MEMAKI PAK BAKAQ PANDAI-PANDAILAH MINTA MAAF NGAN PAK BAKAQ.
Aku nampak pak bakaq tak ikhlas dalam memohon maaf kpd Tok Guru... harap pi la jumpa tok guru, tak pun telepon saja mintak maaf, bukan main posting saja kat dlm blog ni ( tokguru baca ke blog hang ni? Takut dia tak tau hang mintak maaf kat dia). Juga pi kat Arifahmi yg telah difitnah tanpa bukti kerana semata2 menjawat jawatan dlm keadaan dirinya menjadi menantu tok guru. Lepas ni mungkin dia boleh bekerja dgn pak bakaq mengusahakan blog atau paling kurang jadi arkitek utk menjatuhkan org-org yg berpotensi menggantikan tok guru. Selamat menghentam ......
pak bakaq ....
inilah resam org berjuang...w/pun kena kutuk dan hina..insyaAllah membuahkan hasil yg baik..
yg kena hina pak bakaq..hasil yg baik adalah utk Pas..jd kena teruskan laa perjuangan Pak bakaq.
Pak Bakaq,
Kes Kelantan dah beres.Jom selesaikan kes Selangor dan Geng UG Trengganu.Kita hentam mereka sehingga PAS bersih dan dapat menumpukan rancangan untuk PRU ke13.
apa la sangat sampah yg ada dalam pas
baik setelkan sampah bertimbun dalam kerajaan sekarang ni
jom jatuhkan umno kat kota siputeh
Pak Bakaq. Hang kena tekan PAS Pusat supaya nasihat Tuan Guru Nik Aziz pecat juga Setiausaha Politiknya kerana banyak kemelut berlaku di sekitar Tuan Guru Nik Aziz berpunca dari kegagalan Setiausaha Politiknya memberikan nasihat yang betul kepadanya. Ini katanya belum dicampur list salah laku Setiausaha Politiknya.
Bila SPRM masuk baru rasa nak letak jawatan. Mungkin juga nak menutup banyak kemungkaran yang masih belum dibongkarkan. SPRM teruskan lah siasatan dan hapuskanlah kemungkaran.
anom 16
Tak nak suruh SPRM siasat Parti yg sedang memerintah ke ? asyik kena pembangkang jer ,mana adil !! mananya ISU kapal selam 2 biji tu yg sampai mati wanita mongolia tu,,,Mana pergi azilah dan sirul ,,entah tengah enjoy dgn Razak baginda kat London !!!!! Mana pergi nya Pegawai kanan Polis yg ada 27 juta tuu !! Apa kaitan Musa & Ah Long !! sama lah kita renung !!!!Kuman di seberang laut nampak ,Gajah cat keris depan mata ,tak nampak ke wahai SPRM and anom 16 ???
Ingat kat Akhirat nanti sama-sama tengok lah ,kalau kat dunia ni tidak di adili dgn Betuul