Ada pemimpin PAS yang berkeyakinan bahawa keberadaan parti itu dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP bagaikan berada dalam mulut harimau. Golongan ini juga mempopularkan istilah irtikabu akhafu ad-dharurain. Ada orang kata irtikabu akhafu al-mufsidain ('inda ijtima'iha).
Saya yang jahil tungkil ni bukan reti sangat. Yang saya faham ialah memilih mudarat yang lebih ringan dari yang lain - the lesser of two evils.
Yang depa nak kita percaya ialah bergabung dengan Umno tu lebih ringan mudaratnya.
Saya sikit pun tak nak mempersoalkan keilmuan ulama-ulama berkenaan (dan talabah-talabah yang berlagak ulama serta lazat sangat menjahilkan orang lain) dalam soal qawa'id fiqhiyyah atau kaedah-kaedah fiqh. Mereka mengaji. Allah Maha Menyaksikan, saya tak mengaji.
Tetapi saya yang jahil tungkil ini ingin mendengar syarah mengenai mudarat dan bahaya yang lebih ringan. Kayu ukur apa dan kaedah apa yang digunakan untuk mendakwa Umno adalah mudarat dan bahaya yang lebih ringan?
Bagi saya yang jahil ni, kalau keberadaan dalam PR bagaikan berada dalam mulut harimau, berpakat dengan Umno dalam soal pemerintahan pula bagaikan masuk ke mulut syaitan.
Keluar mulut harimau masuk mulut syaitan. Akhafu al-mufsidain 'inda ijtima'iha?
Saya yang jahil tungkil ni bukan reti sangat. Yang saya faham ialah memilih mudarat yang lebih ringan dari yang lain - the lesser of two evils.
Yang depa nak kita percaya ialah bergabung dengan Umno tu lebih ringan mudaratnya.
Saya sikit pun tak nak mempersoalkan keilmuan ulama-ulama berkenaan (dan talabah-talabah yang berlagak ulama serta lazat sangat menjahilkan orang lain) dalam soal qawa'id fiqhiyyah atau kaedah-kaedah fiqh. Mereka mengaji. Allah Maha Menyaksikan, saya tak mengaji.
Tetapi saya yang jahil tungkil ini ingin mendengar syarah mengenai mudarat dan bahaya yang lebih ringan. Kayu ukur apa dan kaedah apa yang digunakan untuk mendakwa Umno adalah mudarat dan bahaya yang lebih ringan?
Bagi saya yang jahil ni, kalau keberadaan dalam PR bagaikan berada dalam mulut harimau, berpakat dengan Umno dalam soal pemerintahan pula bagaikan masuk ke mulut syaitan.
Keluar mulut harimau masuk mulut syaitan. Akhafu al-mufsidain 'inda ijtima'iha?










Cantik? Klik 






mungkin alasan depa Iblis tu berasal dari malaikat agaknya? aduihhh..!
Ulasan Pak Bakar memang class. Setuju
Pak Bakar, tak der masalah untuk PAS bekerjasama dgn DAP dan PKR, tapi masalahnya kat sini pasal islam pon nak kompromi, itu yg masalah. Semuanya atas nama siasah syariah, sbb apa takut non muslim takut dgn parti PAS. Kalau macam tu tak der beza lar PAS, DAP dan UMNO. Beza UMNO dgn PAS keyword dia ISLAM dan MELAYU, kalau selalu sangat beralah dgn DAP dgn PKR,sesuai lagi ker PAS guna nama Islam. Cukup2 lar nak menghalalkan segala tindakan yg dilakukan atas nama siasah...............
Depa tu saja nak bagi kita penin. Kan senang kita lawan satu persatu, mula-mula kita lawan dulu Umno. Bila dah memang esok-esok kita tengok la pulak sapa patut kita lawan. Kuat sangat ka kita nak lawan semua sekali gus.
kan dah jelas tu.. tunggu aper lagi... pancung jer terusss...
Kerjasama UMNO dan PAS perlu diteruskan kerana dua dua akhirnya masuk syurga, lambat atau cepat sahaja.
Kita berugama Islam dan orang lain masuk Islam bukan kerana lihat perangai orang Islam tetapi kerana kesucian Islam itu sendiri, kalau depa tengok perangai orang Islam mampuih depa tak mau masuk Islam.
Begitu juga PAS dan UMNO, jangan lihat kepada perangai segolongan kedua dua pemimpin, mampuih sampai kiamat pun takkan bekerjasama apatah lagi kalau ada batu ronsen macam bakaq dok pi nilai bahaya ringan dengan bahaya berat.
Kalau sekadar syaitan, Nik Aziz pernah berkawan malah syaitan pernah tolong PAS menang besar di Kelantan.
Maslahah ini sangat mudah untuk dimainkan oleh media politik semasa..
Berhati-hatilah..
Kadang2 yg terjadi adalah dari 'kecelaruan' pimpinan membuat statement yg selalunya mengundang fitnah dan kacau bilau..
Bakaq,baguih la kalau hang sedar diri kata hang ni jahil tukil. Pastu hang bersumpah pulak huna nama suci Allah yang Maha Mulia kata Allah menyaksikan bahawa hang memang jahil tukil. Cuma hang ni nampaknya ada sifat takabbur juga sebab dalam dok mengaku kata jahil, hang cuba juga nak ulas masalah kaedah fikah yang patut diserah kepada yang lebih mengetahui.Hang ni suka timbulkan keraguan la bakaq.
Wow...histeria giler bakaq syiah ni. Dah tak kire apa lagi dah...by all cost TGHH, DHA, Nasha mesti gak kuar dari PAS. Brape kali dah ckp xder UG pun x kire dah....Klu betul pun...jatuh murtad ke depa ni???? Ni lah dia sifat syaitan yg sebenarnya...siap bertopeng agama. Mencaci...menghina dan membenci sesama Islam smpi tahap sukkkk. Ini ke syiah yg ko dapat???? Org macam ko ni lah klu takdir Amerika nak takluk Msia....akan jadi pengebom berani mati yg sanggup bom masjid dan pasar. Chaitttt.
syaitan dengan harimau mana lebih bahaya? syaitan itu musuh kamu yang nyata
Salam.
Siapa pemimpin PAS tersebut? Ada bukti atau pakai tangkap muat cakap dlm blog aje?
SS, Semenyih.
harimau belum tentu kena makan..kalau masuk syaitan gerenti hancur dan porak peranda, pahtu akhirat pun tak selamat. Kalau syaitan berbangsa melayu bolih kot?
to penarik beca...apa la yang you dudok mumbling sana sini...baca tulisan you skrg semakin memualkan..you are not sharp rather than provoke saja..typical malay asshole..
jatuh bangun ummah memang pada orang orang yang mengaji agama. jelas akhir zaman yang akan mejatuh dan merosakkan agama pua puak ni jugak la. kalau tak kenapa ada istilah ulama' as su'
Pak Bakar..Saya malas nak komen banyak lah Pak Bakar..Saya dah berkawan dengan puak puak Pas ni di Kelantan sejak tahun 1971 lagi.Pada masa tu Aliran yg jelas menguasai Pas adalah dr Mazhab Sunnah Waljamaah tetapi bila Mazhab Wahabi mulai mempunyai tapak yg kuat..Pas bertambah bercelaru.Masa berubah..zaman beredar...tapi ahli dan pemimpin Pas sudah mempunyai mimpi dan impian yang berlainan dan kadang2 ada yg tidak berpijak dibumi nyata.Mengapa ahli/pemimpin Pas tidak mengkaji gerakan Alqaeda dan Talibban.Berjaya yang mcm mana kah gerakan ini?Adakah mengikut Acuan Islam Rasullallah atau Yahudi dan Amerika yang menang? Dan Islam di lihat ugama yang "Bobrok" dan itu yg pemimpin Pas mahu? DON
wahai anon#15,
pak bakar cerita pasal UMNO lwn PAS, yg hang bawak cerita mazhab tu pasal apa???
UMNO tolak islam ikut mazhab mangkuk apa pulok tu???
salam, mcm mana pun kita kena ikut acuan negara kita sendiri, berkerjesama dgn DAP dan PKR samalah UMNO berkerjasama dgn MIC, MCA, dan parti2 yg lain...
dari dulu dan sampai sekarang UMNO ni musuh yg kekal, dulu pun dia dah tendang Pas, apa jadi dgn Memali? apa jadi dgn lubuk merbau? apa jadi royalti terengganu? apa jadi dgn ISA..? sedangkan diorg Islam, so kita kena hapuskan syak wasangka, DAP lebih baik dr MCA, MCA adalah UMNO bg cina, MIC adalah UMNO bg India...
tidakkah kamu semua sedar, cukup lah kita ni baru diuji dgn kemenangan, terus jadi mcm ni, so ingatlah, semua ni ujian, sabar adalah kunci kejayaan, aku pun, kalau BN hapuskan ISA dan telus dlm semua kes rasuah, kes memali, aku pun akan undi BN balik, tp adakah langkah2 ke arah itu,,,?
satu je jln lg bg PR perintah satu penggal,semua sistem akan dibetulkan semula, InsyaAllah... Ke Arah 2 Parti sistem... yg akan menang adalah rakyat..nsyaAllah.
Anon #13, kalau hang tak suka baca kat blog ni..hang tak yah baca lar!
Tak perlu merungut dan mencarut-marut mcm yg lain2. Hang pi baca kat blog lain kan lagi baguih. Kalau nak komen, bertukar pendapat atau berhujah takpa la jugak.
Terima kaseh.
pak bakaq boleh tak huraikan atau dapatkan maklumat pasal wahabi ni??
yg aku tau dari pada ulama juga dan diwar-war kan sebagai salah oleh kamal artartuk di turki itu pun pasal kamal artartuk ejen amerika dan nak pecah belah kan umat islam..
tolong ye
Tuan2, kalau kita pakat jaga kepentingan melayu, orang2 melayu akan maju, bila semua melayu maju, insyaAllah islam akan turut maju, kerana orang melayu 100% adalah orang islam..oleh itu tuan2 hendaklah sokong calon2 melayu...
#13..mung ni supo bangkai, dok pahang starang!
Kerjasama UMNO dan PAS perlu diteruskan kerana dua dua akhirnya masuk syurga, lambat atau cepat sahaja. - mufti keluangman-
waaaa... terer jugak ko... tahu ye buleh masuk syurga??? hahahahha.... syurga tu bapak ko punya ke???
Pakat-pakat tanam saham memilih pemimpin zalim dan perasuah. Pakat nak pikul dosa di padang masyar. Cerdik kah kita? Perjuangan bangsa atau perjuangan islam ? mana lebih utama??? Al-quran dan hadis sebagai petunjuk yang jelas lagi terang. Kita tahu tapi buat-buat jahil.
Anom 8 & 13
Hey saudara hujjah lawan lah dgn hujjah !! Kalau tak der idea diam jer ler !!
Anom 9 ..
Pemimpin atasan PAS berceramah suruh rakyat /aku orang biasa ni lawan/tolak UMNO tapi ada pemimpin 2 (tak semua)bermesyuarat untuk berkerjasama dgn UMNO ..Pada awal nya nya tak mengaku ,mana ada perbincangan,mana ada,,, tapi akhirnya Pak Lah kata 3 kali dah bincang !!! Baru terkebil 2 nak jawap !!
Kita sebagai perjuang 2 Islam dalam gerakan ISLAM maka kita kena tunjuk contoh yg baik kepada kepada anak2 buah kita & kepada Non Muslim ...Dakwah lah mereka tapi jangan dalam gelap ..Baru lah orang yakin akan perjuangan kita...Baru lah orang non muslim tengok betapa indah nya Islam (orang Islam tak main judi /betina /RASUAH /ALI BABA BALAK/ TAK BEREBUT TANAH ....Baru lah non muslim tengok PAS & UMNO tu berbeda .....INI TAK asyik nak Kejar kan Kuasa(nak jadi MB ,Menteri/tim menteri dll)/nak buat Harta ....
" Sheikh ana tak nampak ana ini liability kepada Parti ,ana tak nampak ,,,Ini perkara personal sheikh anta jangan bangkit kan sheikh !!Anta jgn ingat ana seorang jer yg minta Tanah ada pemimpin lain----lagi yg minta Tanah ""Yg jenis macam ni jgn duduk dalam syaf pempinan PAS !! AKU Malu !!! Kalau lah PAK CIK 2 & MAK CIK @ kat Kg tahu benda ini mampuih tak sokokng PAS lagi selagi masih ada pemimpin macam ini!!!
Mari lah sama 2 kita muhasabah kan diri kita..Pergi jahane UMNO selagi umno tak tukar dasar !!! wassalam
Apa masalah dengan berbeza mazhab?
Apa masalah kalau ada org ikut mazhab ke wahabi ke hatta shiah pun??
Masing2 ikut jerlah apa yang difikirkan sesuai.. permasalahan hanya hal2 fiqhiyyah ajer... tauhid nya sama.... 1 tauhid...
Kechoh la ummat Islam Melayu nih....
Yang penting UMNO syaitan mesti di tumbangkan!!!
Anon 9.01am,
Kalau badan kita kena bisul apa kita buat? Jawabnya: Pecahkan dan buang semua nanah-nanahnya.Kalau dalam perut ada tali perut yang kena kanser,apa kita buat? Jawabnya:Buat operasi dan buangkan tali perut yang kena kanser tu.Begitu jugalah dalam mana-mana parti politik.Pemimpin-pemimpin yang mendatangkan "masaalah" kepada parti dan jemaah - wajar dikeluarkan.Dr.Mahathir pernah jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri selama 22 tahun.Apabila mula menjadi "masaalah"kepada UMNO,dia diminta berhenti dari memegang jawatan Presiden dan juga PM.No problem.Tak pecah pun UMNO.Kalau kita teliti penulisan Prof.Aziz Bari dalam Sinar 2.11.09 - nama-nama yang disebut TGNA tu taklah sehebat mana.Saya ingin menambah: 4-5 orang yang terlibar tu sudah "dihujung zaman politik mereka".Sudah tidak prodaktif lagi.
Tentang komen saudara:"mencaci,menghina dan membenci....".Mereka yang berlapang dada menceburi bidang politik,bermati-matian pula nakkan jawatan tinggi - terdedah kepada caci,hina dan juga makian.Lagi tinggi jawatan yang dipegang,lagi banyak "seterunya" dan lagi banyak pengkeritiknya.Itu adalah lumrah alam.Kalau tak mau dicaci,dimaki-hamun - tak usah nak jadi pemimpin dalam parti politik.Yang alim,bersih,jujur dan istiqomah pun kena hentam apa tah lagi yang berperangai teruk.
Salam...bagaimanakah kehendak kita? Apakah yang kita mahu 100% menggunakan hukum Islam? Kalaulah kita ada kekuatan 100% boleh di percayai. Tanya kepada diri sendiri .. berapakah kekuatan Melayu di Malaysia.. Berapa kekuatan Islam di Malaysia. Jangan mimpi di siang hari. Kekuatan Islam di Malaysia sebenarnya tak seberapa. Tak ada semangat jihad dalam diri. Berapa kerat aje yang sanggup mati kerana Islam. Orang Islam sendiri menolak Islam dan hukumnya b erapa ramai? Kalau UMNO yang tengah tenat pun sukar hendak ditewaskan, bagaimana nak mengalahkan musuh kafir yang nyata? Fikir-fikir sendiri. Tidak ada perjuangan dicapai dalam sehari atau dengan cara mee segera. Tengok program PERMATA NEGARA... Perancangan UMNO untuk 50 tahun akan datang sudah dijalankan. PAS bagaimana? Pemimpin barisan kedua tak hormat dan ikut nasihat barisan pertama.... Generasi mana yang disediakan untuk lawan PERMATA NEGARA itu nanti?