Sedap!! Klik gambar di atas!

Kolonel Mat dan kelemahan PAS

Di bawah posting bertajuk "Yang bangang dan cerdik dalam PAS," seorang pembaca blog ini, Hussin, memberikan komen yang sangat menarik:
mengenali identiti ‘kolonel mat’ bukanlah satu pencapaian yang perlu dibanggakan. mengenalpasti siapa “yang dominan dalam gerakkerja” ‘kolonel mat’ bukanlah susah sangat. tetapi mengenalpasti orang dalam yang rapat dengan 'kolonel mat' adalah satu pencapaian.

“yang dominan dalam gerakkerja” ‘kolonel mat’ bukan asing bagi pas. ia merupakan seteru berdaftar pas sejak 1951 lagi. melihat ke belakang, apakah ‘kolonel mat’ tu wujud hanya semasa tgna? apakah yang membolehkan kelantan dimagerankan pada 1977 dulu bukan hasil kerja ‘kolonel mat’ masa itu?

mengenalpasti “yang dominan dalam gerakkerja” tidak sukar. apabila kita kenal musuh kita, kita juga akan tahu muslihatnya. ‘kolonel mat’ tidak akan berjaya dalam misinya tanpa kerjasama orang dalam. tugas utama “yang dominan” ialah mengenalpasti siapa yang perlu disasarkan. ‘kolonel mat’ hanya orang penghubung di antara “yang dominan” dengan “sasaran” yang telah dipilih untuk memusnahkan ketahanan pihak lawan (pas).

dalam politik, kerja2 untuk melumpuhkan pihak lawan tidak akan terhenti malah akan digandakan kerana kemusnahan musuh merupakan keuntungan kepadanya. yang penting bagi pas ialah mengenalpasti siapa orang dalam yang telah, dengan sukarela, secara terpaksa, menjual diri/dibeli, oleh ‘kolonel mat’. individu/kumpulan yang terlibat perlu diambil tindakan kerana sudah banyak maklumat parti sudah dikongsi dengan 'kolonel mat’ sama ada secara sukarela/terpaksa/dibeli tadi.

mengenalpasti mereka dan tidak mengambil apa2 tindakan terhadap mereka hanya mendedahkan betapa lemahnya parti yang dasarnya islam, yang bernama pas ini! dasarnya sahaja islam, tetapi tindaktanduknya jauh sekali.

episod ‘kolonel mat’ ni boleh dikaitkan dengan ‘pertemuan dalam gelap dan unity government’. ‘kolonel mat’ dalam episod ‘pertemuan dalam gelap’ bukan rahsia lagi. orang2 dalam yang terlibat juga dikenalpasti. tiada apa tindakan diambil oleh pas. kelemahan pas dalam menangani isu tersebut membolehkan “yang dominan” dengan ‘kolonel mat’ yang sama meneruskan agenda mereka. 'pertemuan dalam gelap' disambung dengan part 2 - unity govenrment. melalui orang dalam yang sama.

pas tidak mampu mengambil tindakan terhadap ‘kolonel mat’, apakah pas juga tidak mampu mengambil tindakan terhadap orang dalam yang telah sanggup menjadi agen lawan bagi menghancurkan pas?

wallahu'alam
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. lihat komen saya dalam open artikel di Tranungkite "meneliti dan membahas pemikiran Tok Guru"

  2. PAS akan musnah , hancur dan rosak dari dalam

  3. Apabila ada Kolonel Mat, mesti ada ketuanya yang berpangkat Jeneral. Mesti juga ada pembantu-pembantu yang berpangkat Leftenan Kolonel, Mejar, Kapten, Leftenan, Sarjan Mejar dan sebagainya.

  4. insyaallah semua akan dapat lihat nanti kebenaran nya,siapa kolonel mat tu,game dah hampir tamat.teruskan berdoa tok guruku nik aziz,Allah pasti akan mendengarnya,samada dikabulkan atau tidak yang pasti stiap doa pejuang Islam yang di zalimi akn dikabulkan juga,seperti mana pernah di sebut oleh almarhum ust fadzil noor,doa akan dikabulkan dalam 3 waktu, 1. dikabulkan dengan segera. 2.selepas kita mati. 3.di hari akhirat. wallahuaklam.

  5. Nak tau apa itu KONSPIRASI?
    Ini sebagai contoh sahaja..

    "Somewhere in February 2007, about ten of the most sought after Malay bloggers were called to attend a meeting, few blocks from Bukit Aman..

    The agenda is to topple Abdullah from his premiership using a well fine tune orchestrated informal movement within the bloggers circle..

    We also strategized our posting by creating chain of issues against Abdullah’s lifestyle, character, attitude and policies..

    One main important issue about this group of ten is that, most of us were UMNO members and one PKR and one blogger without any political link..

    Through the blog, we had managed to brand Abdullah as a liar."

    Contoh diatas adalah cacatan dalam blog Syed Azidi a.k.a KICKDEFELLA, bekas Pengurus Perhubungan Korporat yang diberhenti kerja oleh menantu Tok Guru Nik Aziz. http://kickdefella.wordpress.com/2009/03/22/hail-the-father-of-unity/

    Malah banyak lagi gelaran-gelaran yang diolah - mungkin diistilah persepsi oleh Pak Bakaq - dijaja dalam blog tersebut seperti Dolah kaki tidur, Pariah, Bapa Kemaluan dll.

    Akhir cerita Pak Lah memberi gelaran "EVIL" kepada Syed Azidi.. Mungkin kurang tepat.

  6. Anony No 5.. haha.. Memang aku ingat para bloggers mula dari Kickdefella sampai blog Bakaq ni menjaja keburukan Pak Lah. Tapi bila tiba masa Nik Aziz yang sering menyamakan diri dia dengan zaman Nabi dulu senyap pula Bakaq. Apa itu asobiyah? Asobiyah bukan sahaja fahaman kebangsaan tapi melindungi kebobrokan kaum yang mereka sokong. Itulah asobiyah yang sebenarnya. Dan tak ada yang lebih teruk daripada mereka yang menggunakan agama untuk kepentingan diri.

  7. Maka setelah berundurnya Pak Lah blogger-blogger yang konon nya bersama rakyat seperti Rocky dan anak Pak Samad kini kembali kepangkuan UMNO malah mendapat tempat dan "ganjaran" yang lumayan.

    Blogger begini bukan berpendirian - hanya menyamar untuk kepentingan diri.. Sebab yang ditukar hanya Chieftain - fahaman kebangsaan Asobiyah dan budaya amalan korup terus bermaharajalela didalam UMNO/BN.

    Gurkha-gurkha yang mempertahankan gerombolan kesemuanya adalah Mat Gelap dan Colonel Mat..

  8. salam
    ingat kan banyak2 akan kematian....semua kita akan mati...
    jadi jangan sangat pentingkan dunia sahaja

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008