Kerusi ja RM50 juta di Stadium Bukit Jalil

Dalam berita Bernama semalam bertajuk "Kerosakan Stadium Nasional Bukit Jalil RM214,000," Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek menyatakan, kerosakan melibatkan 224 buah kerusi stadium bernilai RM112,000. Kenyataan menteri, takkan nak bohong, kan!

Kawan saya, Matle tanya, dalam zaman tuntutan palsu, harga palsu dan nilai palsu ni (lihat laporan Ketua Audit Negara), kalau dibahagikan RM112,000 dengan 224 buah kerusi, maknanya RM500 sebuah kerusi.

Saya bukan tukang jual kerusi. Nak tuduh apa-apa lagi la aku takut. Tetapi, kami pakat-pakat dok tanya, kerusi apa tu?

Kapasiti Stadium Bukit Jalil ialah 100,000. Kalau 100.000 darab RM500, maknanya RM50 juta. Barulah kami tahu, memang kelas dunia Stadium Bukit Jalil tu. Kerusi ja RM50 juta.

Apa-apa pun, ni pulok sajak puak-puak kelate kito hok prah gi tengok bola:

NAIK BAH NAIK KETO
PULAH MUTO PUN ADO
HUJE TURUN PUN X CARO
NAK TENGOK BOLA KLATE KITO
BELI JERSI DAN SERBO MAKNIKO
NAK TUNJUK SEMANGT ORE KITO
BAKO BERANI GAGAH PEKASO
WARNA MEROH PILHE KITO
ADO HOK TINGGAL NGORIK ADO HOK TINGGAL ISO
NAK PAKAT GI TENGOK SEK KITO
LEPAR BEDIL LEPAR BOTO
GOMO KLATE GOMO SLOGE KITO
TP MAIN BOLA MACE CELAKO + BODO
MASUK FINAL KALOH SOKMO
SALOH PLAYER KO SALOH SAPO
AMBIK COACH DARI ESTET MANO?
PATUTLA MSIA REJECT DIO
BUBUH PEMAIN HOK TAK TAU GAPO
MAPUH NGA GITU DAH SEK KITO
NYAYO SUNGGUH KO PNYOKONG SETIO
SEDIH MAROH TOK SAH KIRO
KALOH BODO TIGA SO
MAAF SEMO KALU TERASO
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.
ImageChef Custom Images

  1. salam tuan , biar betul menteri sukan ni, saya trn final d bukit jalil 2.saya duduk bertentangan dgn tmpt2 kerusi d bakar. rasanya x sampai 10 kerusi yg terbakar.....kejadian bakar tu mula pn masa kena 3-0. lg pun stadium makin sikit org.. ramai dh nk berambus...

    ala... menteri sukan pn dtg x kan tak blh nampak. kalo nk tipu pn agak2 la geng. beratus la pulak rosaknya. tah2 d masukkan jum kerusi yg mmg sedia rosak dan sedia nk d ganti... mengatakan kerusi beratus2 rosak akibat final tempoh hari adalah sesuatu yg x masuk akal...

  2. Bila bab rugi kira kos ekonomi sekali Pak Bakar. Maksudnya dicampur sekali Accounting cost dan Economic cost/kos melepas. Kalau bab melepas ni, nak tau macam mana dikira kena pergi sekolah baliklah eh. Tak leh, tak leh online, dia kena bertaliqi Guru-Murid baru PAS.

    Lain kali kalu nak pilih ketua pilihlah ketua yang ada ilmu ekonomi bukan masuk kelas ekonomi sekerat jalan.

  3. brutal-brutal upahan UMNO yang lempar mercun dan bunga api serta membakar kerusi, mereka sengaja disuruh menyamar sebagai penyokong kelantan untuk memburukkan keadaan, masakan begitu mudah benda2 itu dibawa masuk kalau tidak ianya memang disengaja dan memang telah diatur, pendek kata ini semua mainan POLITIK UMNO, bola pun mahu dipolitikkan agar nama kelantan menjadi semakin buruk

  4. Bhai...

    Ate... oghang perak juge yang sumbatkan gol bagi pihak Kelate... hahahaha... oghang perak yeop ooi... hahahaha ...

  5. tolong check bro, betul ke dengar2 ade player/coach kena beli?

  6. pak bakaq ingat kerusi tempat duduk kat stadium bukit jalil tu sama ke dengan kerusi kat restoran taqwa?

  7. pak bakaq. Alhamdullillah. macam macam kes jahil menjadi jadi di akhir zaman di dunia malaysia ini yea. dapat pemimpin negara yang jahil lagi benggap, kes kes sekecil tunggao pun nak di buat isu oleh anak buahnya. adakah tamak sangat sehinggakan kontrak kerusi 10biji di jadikan 224 kerusi? mereka mereka ini angkuh tamak dan tak takutkan alam kubur yang menanti mereka. sebaik baiknya, dengarlah radio IKIM jam 645petang sampai 8malam dengar azan maghrib, tazkhirah etc. sesungguhnya orang orang munafiqin ini tidak lain hanyalah menipu diri mereka sendiri dan azab api nerekalah adalah tempat sebaik untuk mereka. Insya'Allah.

  8. Salam,
    bola kelate maju , tu demo dengki ...
    tok guru ada ,tan sri nuar ado ...umno ,pas sokong belako bola kelate ....
    kutipan +penonton penuh sokmo stadium...
    memang celako laa demo nie hok nak punoh bola kelate ...
    denda beratus ribu, kalu ko kelate ..
    perlis ,ganu pat-limo ribu jah ....
    kelate buat liga sediri supo singapura baru tahu ...

  9. pak bakaq..kerusi kat stadium bukit jalil tak sama dengan kerusi yg pak bakaq duduk kat resroran taqwa.

  10. Biasa la Mat Stroberi.. cakap merapu sokmo... belenja air kat tepi bibir.. geli aku...

  11. KITO KALOH TIGO SO
    SAKIK KATLOH AMBO BRASO
    NOK MAROH TOK TAHU KO SAPO
    JERSI MEROH NYALO NYALO
    INDAH KABA DARI RUPO
    KALOH MAIN SERUPO CELAKO
    SILAP TEKNIK KO APO
    MALU KORE TOKLEH CERITO
    PO KUBAR RABIK JAH BRASO
    MAIN MACE ORE TOK BESO
    TOKWI ORE MAROH BAKPO
    KO DEMO NOK GAPO
    DUIT PONG SUDAH SEDIO
    GI UMRAH SORE SO
    BINI COMEY KERETO ADO
    MAIN BOLA JAH KIJO DEMO
    BUKE SURUH TURUN GALLO
    KALU MAIN COMEY TAKPO
    KALOH PONG NAPOK BISO
    HABIH DUIT KITO RELO
    RELO JUAL AYE MOKWO
    KERNA NEGERI KELATE KITO
    KITO SAYE SOKMO-SOKMO
    KITO SAYE SELAMO-LAMO
    KEPADO PEMINAK SETIO
    LAIN TAHUN KITO CUBO
    INSYA'ALLAH TEMMUNG KAYOOOO

  12. kerusi recaro tu...itu yg mahal..tu masuk sekali cost duit poket dan duit kopi...kos duit minyak....campur dgn kos 'melepas'...nak dpt modal + untung baru = rm500 sebijik.

  13. bro....ini bukan jumlah kerusi aje..jumlah tandas yg jahanam...harta2 benda kt stadium habis jahanam...udah tentu selain bakar dorang dok sepak2, pijak kerusi tu..pegi sendiri stadium baru anda tahu..kepala cameraman berdarah, tu baru sorang..ramai lagi kot kene baling mercun...tukang jaga stadium nak padam api pon kene baling botol..tu yg nampak..yg terselindung apekan lagi..terok btol penyokong kelantan nih..ini xde kene mengena ngn politik PAS ke BN..ini perangai rakyat kelantan itu sendiri..

  14. Penyokong Selangor yang profesional dan bertamadun 100 kali lebih baik dari penyokong Kelantan....Viva Selangor

  15. dino coconoco, aku g sendiri tgk final.. aku ni bukan la minat sgt ma kelantan, jst nk tgk game ja. mmg aku x setuju la perangai penyokong mcm tu tp agak2 la nk menipu pn.. aku d stadium sampai hbs game.. kerusi yg kena bakar pn bukan byk.. apa hal sampai 2rts lebih ? agak2 la nk menipu pun.

    mcm na pn aku x setuju sikap penyokong kelantan yg baling mercun dan tgk gedebe.. x ramai mcm tu.. ramai lg yg marah drg sikap mcm tu. stail penyokong kelantan ni kita fhm bila dg ramai. cube ko org tgk final FA kelantan lwn sngor. aku rasa x la berani nk buat gadebe mc hr tu. ko org tau apa pasal? sebab penyokong sngor pn gedebe main mercun jugak.hahaha

  16. Itulah sebabnya bila pasukan negeri kelantan ini pun disponsor. Mungkin sponsor RM100,000. Tapi mungkin orang yang sponsor itu mendapat keuntungan dari pihak kerajaan negeri/persekutuan yang menteri orangnya orang Kelantan berlipat ganda. Siapa yang menjadi mangsa, pembayar cukai. Insaflah.

  17. Kerajaan Mohd. Najib berkuasa keatas apa yang ingin dikuasainya. Kes video Linggam yang disahkan ada konspirasi antara Linggam dengan hakim dikatakan tidak melaku apa-apa kesalahan. Kes Anuar Ibrahim yang disahkan tiada perbuatan liwat oleh doktor pakar tapi masih dipertahankan untuk mendakwa dalam mahkamah. Ini mesti dijadikan persepsi terhadap Mohd. Najib dan UMNO-BN sehingga pilihanraya ke13

    Kes stadium Trengganu runtuh sehingga kini tiada lapurannya. Kes PKFZ sehingga kini masih dalam siasatan tanpa keputusan. Oleh kerana itu apa peliknya dengan tuntutan palsu yang dikeluarkan oleh Menteri Belia dan Sukan...? Ini juga perlu jadi persepsi.

    Siapa yang bodoh.. siapa yang bangang.... siapa yang bahalol... siapa yang bebal.. siapa yang jadi pencacai... siapa yang jadi haram jadah...? Rakyat malaysia yang menyokong tanpa menilai persepsi yang ditunjukkan patut menerima penghinaan itu termasuk aku.

  18. Tolong bagi aku contact untuk supply kerusi tu boleh. Aku nak quote RM480 je. Untung besar bro...

    MASYUKKKK...

  19. Aku quote RM350. Siapa berani bid?

  20. "Penyokong Selangor yang profesional dan bertamadun 100 kali lebih baik dari penyokong Kelantan....Viva Selangor"

    Biaq betoi..?! Aku dgr kat stadium Shah Alam, kalau Selangor kalah kerusi jugak akan jadi mangsa melepaskan perasaan geram@marah. Betul atau tak, kena pi tgk sendiri..
    Aku pun lama dah x pi stadium tgk bola, dah tak syok. Pi dgr ceramah okay gak..!

  21. INSAF LAH, DOKTRIN PERLAMBANGAN MENGHURAIKAN PERKATAAN GAMBARKAN TINGKAH LAKU. DUNIA JUGA SENTIASA BERCERITA MENGENAI SISTEM PERLAMBANGAN YANG SENTIASA HIDUP DAN MENGALIR DI SEBALIK KEJADIAN.

  22. "Penyokong Selangor yang profesional dan bertamadun 100 kali lebih baik dari penyokong Kelantan....Viva Selangor"

    SEBAHAGIAN penyokong pasukan bola sepak Selangor merusuh dengan membakar kerusi, karpet dan beberapa peralatan lain, di Stadium Shah Alam, malam tadi.

    Mereka turut mencabut kerusi dan melontarkannya ke padang, selain membaling botol dan tin minuman, memecahkan pasu bunga serta memecahkan cermin kaca pintu masuk orang kenamaan (VVIP), kira-kira jam 9 malam.

    Kebakaran itu kemudian dipadamkan kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan pasukan keselamatan stadium berkenaan, menggunakan alat pemadam.

    Kejadian berlaku selepas penganjur mengumumkan perlawanan di antara Selangor dan Melaka yang dijadual berlangsung jam 8.45 malam, ditangguhkan kerana padang digenangi air berikutan hujan lebat selama lima jam sejak jam 3 petang.

    Penangguhan itu mencetuskan kemarahan sebahagian penyokong Selangor yang kemudian bertindak liar hingga memaksa sepasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mententeramkan keadaan.

    Bagaimanapun, keadaan kembali terkawal apabila penganjur membuat pengumuman yang perlawanan berkenaan ditangguhkan jam 8.45 malam ini dan kira-kira 18,000 penyokong kedua-dua pasukan mulai bersurai.

    Berita Harian difahamkan, seorang pengawal keselamatan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan sesak nafas ketika dihimpit kumpulan penyokong yang merusuh.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Forum Keadilan 15/3/09

Arkib

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Powered by FeedBurner

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008