Berita di bawah disiarkan oleh Harakahdaily pada 2/4/08, tak sampai sebulan selepas Pakatan Rakyat menang di lima negeri pada 8/3/08. Saya harap ia tetap relevan dengan apa yang berlaku sekarang.
PAS memperjuangkan hisbah sejak sebelum 1990, iaitu sebelum PAS memerintah Kelantan. Seingat saya, hanya kerajaan Terengganu 1999-2004 di bawah PAS yang kelihatan mengambil daya usaha mengenai hisbah. Yang lain, saya tak nampak. Tak nampak tak bermakna tak ada. Lagi pun, banyak yang kita tak nampak.
Ah, tak payahlah ulas banyak-banyak. Baca sajalah:
It's called 'watchdog' journalism (Malaysiakini 14/11/09)
Menarik hari ini:
Selamatkan Tok Guru (Sheih 14/11/09)
Rakaman dialog bloggers dengan Ustaz Nasa/DatoHasan (baiaah taalik) - Abdul Rahman Abdul Talib 14/11/09
PAS memperjuangkan hisbah sejak sebelum 1990, iaitu sebelum PAS memerintah Kelantan. Seingat saya, hanya kerajaan Terengganu 1999-2004 di bawah PAS yang kelihatan mengambil daya usaha mengenai hisbah. Yang lain, saya tak nampak. Tak nampak tak bermakna tak ada. Lagi pun, banyak yang kita tak nampak.
Ah, tak payahlah ulas banyak-banyak. Baca sajalah:
Kerajaan Pakatan Rakyat perlu tubuh badan HisbahBerkaitan:
Wed | Apr 02, 08 | 7:28:02 pm MYT
KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Semua kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah lima negeri mesti menubuhkan badan Hisbah untuk memastikan ketelusan yang disandarkan kepada sistem yang dipercayai, kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar.
"Bukan pengisytiharan harta Exco-exco sahaja yang boleh meningkatkan keyakinan umum terhadap kerajaan-kerajaan tersebut, tetapi yang lebih penting lagi ialah kepada siapa harta diisytiharkan dan adakah perisytiharan itu disiasat oleh badan yang bebas," kata beliau ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim tentang keputusan untuk mengisytiharkan harta Menteri Besar serta Exco-exco kerajaan negeri itu serta keluarga mereka.
Beliau berharap badan tersebut yang dipanggil ombudsman oleh umum akan ditubuhkan dengan segera oleh kelima-lima kerajaan negeri yang berkaitan.
"Kita tidak mempersoalkan kejujuran sesiapa. Tetapi hukum alam seolah-olah menetapkan kejujuran sahaja tanpa sistem yang memelihara kejujuran itu boleh menyebabkan individu-individu yang jujur juga terperangkap dengan situasi yang mereka hadapi," jelas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Sebab itulah, satu sistem yang memelihara dan memastikan kejujuran individu yang berkaitan mesti diwujudkan melalui badan hisbah tersebut.
"Dengan adanya badan hisbah, Menteri Besar, Exco-Exco dan pegawai-pegawai kerajaan boleh mengisytiharkan harta mereka kepada badan itu.
"Bukan setakat isytihar sahaja, tetapi boleh disiasat jika badan itu berpendapat ada keraguan yang mesti dijelaskan dan seterusnya mengambil tindakan susulan," katanya.
Jika harta-harta diisytiharkan kepada Menteri Besar sahaja, katanya, ia tidak memadai untuk dilhat sebagai ketelusan yang selama ini dituntut oleh rakyat.
"Kita jangan lupa, rakyat mengundi kita kerana sudah jemu dengan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh Barisan Nasional (BN).
"Mereka bertindak mengundi PR kerana mengharapkan ketelusan dan satu anjakan dalam pengendalian kuasa yang mereka amanahkan.
"Kita mesti buktikan bahawa tindakan mereka itu berbaloi. Worth it," kata Mahfuz.
It's called 'watchdog' journalism (Malaysiakini 14/11/09)
Menarik hari ini:
Selamatkan Tok Guru (Sheih 14/11/09)
Rakaman dialog bloggers dengan Ustaz Nasa/DatoHasan (baiaah taalik) - Abdul Rahman Abdul Talib 14/11/09






Cantik? Klik 




Masalahnya tuan, MB Kelantan Mursyidul Am. Apa2 tak kena dalam Kerajaan Kelantan pun siapa berani nasihat atau tegur Mursyidul Am? Kalau Presiden tu Fadzil Noor lain le. Ana cadangkan selepas ini Mursyidul Am dan Presiden tak boleh jadi MB dan PJ mana2 negeri. Haru-biru kerajaan dan parti jadinya. Cukuplah mereka jadi pemandu dan penegur saja.
Masalah dengan Tok Guru ni dia banyak husnul zan. Dia sangka semua orang baik dan lurus macam dia juga. Itu yang menyebab dia kata kita dalam PAS ni cukup dengan dakwah je. Sokong ditubuh JK Hisbah di Kelantan. Ustaz Yahya Othman ex EXCO boleh jadi Pengerusi. Datuk Razak Salleh ex SUK boleh jadi timbalan dia.
Kalau awal-awal dulu pernah ada JK Pemandu untuk pandu kerajaan negeri. Kini ntah ada ntah tidak. Kalau ada pun macam mana JK Pemandu nak memandu kalau JK Pemandu sendiri dah dikira "bermasalah" dan dah dismash teruk oleh yang nak dipandu.
semua benda tarbiyah hilang lepas husam jai exco
Tak semesti dinamakan jabatan hisbah. Di Kelantan sudah ada MPKB BRI (Majlis Perbandaran KOta Bharu Bandaraya Islam. Apa yang penting cuma lakukan penambahan dan pengisian yang lebih bermanafaat dalam agensi (badan) tersebut untuk berperanan aktif dalam merealisasikan amar maaruf dan nahi mungkar. Mengapa susah-susah nak habiskan duit pulak untuk buka jabatan baru, menambah pegawai baru dan membayar gaji? Lebih baik berjimat cermat. Amat Maaruf bukan hanya sekadar mencegah muda mudi minum arak secara terang-terang saja. Bahkan ia lebih daripada itu termasuklah mengawasi terhadap sebarang penipuan dan kecurian di pasar-pasar tempatan sebelum diserahkan si pesalah kepada pihak polis.
aku dah malih. penat!
masih ada yang bongok, sikit-sikit husam..ini tadak lain dengki dan busok punya hati.
SELCAT adalah HISBAH, nama berbeza kongsep sama. Jgn jadi hasan anak ali, kritik tapi tak tahu apa-apa.
Jika SELCAT adalah seperti hisbah atau ombudsman, maka adakah jawatankuasanya yang dianggotai oleh Adun Pakatan Rakyat dipengerusikan oleh Speaker DUN dari Pakatan Rakyat bersedia menyiasat sekiranya wujud mana-mana dakwaan salah laku yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan di Selangor termasuk MB? Persepsinya tidak! Takkan Pakatan akan siasat Pakatan?
selcat bukan hisbah lah. nak bagi komen, tapi tak tahu apa-apa. nasib baik anti rasuah dan malaun dalam selimut 14.00 pm dah terangkan perbezaannya. kalau tak, ada la orang bodoh sombong yang mengaku dirinya serba tahu
Hahhh? Kelantan belum tubuh hisbah or something likes SELCAT? Patutlah nampak makin ber celaru..aku patut puji mahadey bila minta nik aziz berundur.