Saya pernah sebut sebelum ini, biasanya seseorang itu diberi sagu hati, pemberian, hadiah, hamper, tajaan atau apa juga yang sejenis dengannya kerana kedudukan atau jawatannya. "People give because of your position," yang tu la yang selalu saya sebut kepada kawan-kawan.
Kalau ada anak orang kenamaan yang ditaja keretanya, adakah saja-saja ja orang nak taja? Kalau dia bukan anak orang kenamaan, adakah orang nak taja kereta untuknya?
Adakah orang akan taja Volvo V50 kepada bakaq a.k.a. ~penarik beca? Hello, ada dak?! Mungkin hampa akan jawab, "Woi bakaq! Kami tak gila la!"
Saya tau, ada juga sang bendul yang menghabiskan duit yang banyak kepada ulama yang dia sangka bagus sangat. Ulama tu dah tak ada jawatan dalam kerajaan pun. Baru-baru ini, dia membiayai kerja-kerja memperbaiki kereta ulama tu. Bukan sikit, dalam RM7,000.
Saya tak kisah, saya tak dengki. Nak dengki apa, rezqi orang. Tetapi, bila sang bendul tu kata ulama tersebut mewaqafkan dirinya untuk Islam, saya nak muntah!
Saya rasa sang bendul tu jauh lebih mulia dari ulama tu. Dialah yang sebenarnya banyak mewaqafkan hartanya untuk Islam atau untuk apa yang dia sangka untuk Islam. Kepada Allah, saya memohon agar dinilai jasa-jasanya itu. Dia jenis baik sangat. Tak kisahlah dia lurus bendul, sebab dia bukan pemimpin.
Tetapi, bila Tok Guru memberikan jawapan yang penuh husnul zan seperti yang dilaporkan dalam berita Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk "Nik Aziz akui dibiaya tunai haji," saya rasa tak patut begitu. Saya sentiasa mahukan seseorang pemimpin seperti Tok Guru melihat dua tiga lapis terhadap sesuatu perkara. Saya tak senang sungguh apabila seorang pemimpin seperti Tok Guru memberikan jawapan yang saya rasa naif sangat.
Saya juga sangat tak senang hati bila Tok Guru kata "nak ambil berkat". Kalau orang lain yang kata benda-benda gitu, tak pa. Tapi kalau Tok Guru sendiri yang kata, berbunyi tak sedap sungguh!
Saya masih yakin Tok Guru perlu melakukan dua perkara:
1. Memastikan pihak yang menajanya itu tidak pernah memohon atau menjalankan mana-mana projek atau konsesi di Kelantan. Jika tidak pernah, saya rasa dia boleh terima tajaan itu. Tetapi, kalau nak menjauhkan fitnah, elok jangan. Tok Guru kena ingat, Tok Guru ikon PAS. Puak Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang ni berkerja ligat nak memusnahkan nama baik Tok Guru. Ambo harap sangat, Tok Guru jangan bagi ruang untuk orang fitnahkan Tok Guru.
2. Jika pihak yang menaja itu pernah memohon atau menjalankan mana-mana projek atau konsesi di Kelantan, Tok Guru tolonglah bayar balik duitnya. Kalau Tok Guru tak cukup duit, saya sebagai penyokong Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS sanggup lancarkan kutipan derma untuk bayar balik duit pihak yang berkenaan. Saya akan mintak beberapa pemimpin PAS menjadi pemegang amanah sehingga cukup RM65,000 - buka akaun bank atas nama mereka.
Yang penting, integriti, Tok Guru!
(Takziah tidak terhingga kepada Haji Kamaruddin Jaffar atas pemergian isteri tercintanya)
Berkaitan:
Elakkan fitnah: Nik Aziz mesti suruh menantu letak jawatan (Lee Copper 11/11/09)
Nik Aziz akui dibiaya tunai haji, selipar pun ‘dicuri’ orang (Malaysian Insider 11/11/09)
PAS pertahan tajaan haji Nik Aziz (Malaysiakini 11/11/09)
RM65,000 for haj is not graft, says Nik Aziz
Kalau ada anak orang kenamaan yang ditaja keretanya, adakah saja-saja ja orang nak taja? Kalau dia bukan anak orang kenamaan, adakah orang nak taja kereta untuknya?
Adakah orang akan taja Volvo V50 kepada bakaq a.k.a. ~penarik beca? Hello, ada dak?! Mungkin hampa akan jawab, "Woi bakaq! Kami tak gila la!"
Saya tau, ada juga sang bendul yang menghabiskan duit yang banyak kepada ulama yang dia sangka bagus sangat. Ulama tu dah tak ada jawatan dalam kerajaan pun. Baru-baru ini, dia membiayai kerja-kerja memperbaiki kereta ulama tu. Bukan sikit, dalam RM7,000.
Saya tak kisah, saya tak dengki. Nak dengki apa, rezqi orang. Tetapi, bila sang bendul tu kata ulama tersebut mewaqafkan dirinya untuk Islam, saya nak muntah!
Saya rasa sang bendul tu jauh lebih mulia dari ulama tu. Dialah yang sebenarnya banyak mewaqafkan hartanya untuk Islam atau untuk apa yang dia sangka untuk Islam. Kepada Allah, saya memohon agar dinilai jasa-jasanya itu. Dia jenis baik sangat. Tak kisahlah dia lurus bendul, sebab dia bukan pemimpin.
Tetapi, bila Tok Guru memberikan jawapan yang penuh husnul zan seperti yang dilaporkan dalam berita Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk "Nik Aziz akui dibiaya tunai haji," saya rasa tak patut begitu. Saya sentiasa mahukan seseorang pemimpin seperti Tok Guru melihat dua tiga lapis terhadap sesuatu perkara. Saya tak senang sungguh apabila seorang pemimpin seperti Tok Guru memberikan jawapan yang saya rasa naif sangat.
Saya juga sangat tak senang hati bila Tok Guru kata "nak ambil berkat". Kalau orang lain yang kata benda-benda gitu, tak pa. Tapi kalau Tok Guru sendiri yang kata, berbunyi tak sedap sungguh!
Saya masih yakin Tok Guru perlu melakukan dua perkara:
1. Memastikan pihak yang menajanya itu tidak pernah memohon atau menjalankan mana-mana projek atau konsesi di Kelantan. Jika tidak pernah, saya rasa dia boleh terima tajaan itu. Tetapi, kalau nak menjauhkan fitnah, elok jangan. Tok Guru kena ingat, Tok Guru ikon PAS. Puak Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang ni berkerja ligat nak memusnahkan nama baik Tok Guru. Ambo harap sangat, Tok Guru jangan bagi ruang untuk orang fitnahkan Tok Guru.
2. Jika pihak yang menaja itu pernah memohon atau menjalankan mana-mana projek atau konsesi di Kelantan, Tok Guru tolonglah bayar balik duitnya. Kalau Tok Guru tak cukup duit, saya sebagai penyokong Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS sanggup lancarkan kutipan derma untuk bayar balik duit pihak yang berkenaan. Saya akan mintak beberapa pemimpin PAS menjadi pemegang amanah sehingga cukup RM65,000 - buka akaun bank atas nama mereka.
Yang penting, integriti, Tok Guru!
(Takziah tidak terhingga kepada Haji Kamaruddin Jaffar atas pemergian isteri tercintanya)
Berkaitan:
Elakkan fitnah: Nik Aziz mesti suruh menantu letak jawatan (Lee Copper 11/11/09)
Nik Aziz akui dibiaya tunai haji, selipar pun ‘dicuri’ orang (Malaysian Insider 11/11/09)
PAS pertahan tajaan haji Nik Aziz (Malaysiakini 11/11/09)
RM65,000 for haj is not graft, says Nik Aziz
Nik Aziz akui tunai haji atas biaya individuThe Star (11/11/09): PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat deems it all right to accept sponsorship from individuals to perform the haj, saying it is not an act of corruption.
As such, the Kelantan Mentri Besar said he would accept an all-paid-for trip at a cost of RM65,000 borne by an individual for him to go to Mecca on Nov 18, where he is expected to stay for two weeks.
Nik Aziz said he was of the opinion that sponsoring such a trip could not be deemed as a bribe, saying it would only be bribery if the person offering to pay wanted something in return.
He said he had received numerous offers from many people who were willing to pay for the trip.
Sinar Harian (11/11/09): Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau bersedia menerima tawaran untuk mengerjakan haji daripada sesiapa sahaja asalkan tidak menyalahi perlembagaan Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mursyidul Am Pas berkata, sebelum ini pun dia jarang ke Makkah dengan belanja sendiri memandangkan ada sahaja individu yang ingin membawanya ke Tanah Suci.
“Orang nak bawa saya pergi Makkah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Makkah ni jarang belanja saya sendiri. Orang tolong bayar. Semua orang berebut (nak bawa ke Makkah).
“Selipar saya pun orang ambil. Dia kata bukan curi tapi nak ambil berkat. Selipar saya di rumah saya tak boleh letak bawah, letak habis tak dok (hilang),” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, semalam.
Beliau berkata, sudah bertahun-tahun beliau diminta oleh orang-orang tertentu untuk pergi ke Makkah.
“Bertahun-tahun saya diminta oleh orang tertentu untuk pergi ke Makkah. Tahun ini dua orang nak hantar ke Makkah,” katanya.
Beliau berkata demikian kita diminta mengulas dakwaan pihak tertentu yang mengatakan beliau yang akan berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji tahun ini ditaja oleh individu tertentu.
Menurut dakwaan itu, Nik Abdul Aziz ditaja menunaikan haji dengan tiket ‘VVIP’ yang harganya mencecah RM65,000 seorang.
Ketika ditanya, adakah ia akan menimbulkan rasuah, Nik Abdul Aziz berkata, tidak timbul soal rasuah.
“Tidak timbul rasuah. Biar tentu dulu, kalau tentu rasuah saya tolak. Biar tentu rasuah benda apa (atas apa). Dia nak bawa. Dia nak bayar tambang.
“Alasan dia nak bawa saya, saya tidak tahu. Tahun depan pun ada lagi yang nak bawa,” katanya.








Cantik? Klik 




Bakaq, hang tulis berdasarkan persepsi kan? nik aziz kata tak rasuah tu pun mungkin persepsi dia sendiri..elok lah biar orang yg berwewenangan saja (SPRM) yg tentukan sama ada pakej haji or umrah tuan guru tu jatuh dalam kategory apa, rasuah ka, kroni ka or seakan2 rasuah tapi belum rasuah?
TGNA pun manusia bukannya maksum bakaq . Cuma kali nie TGNA tak dok sebelah pihak hang maka hang pun gelabah la no . Nak keluar kata2 kesat macam kat TGHH tak tergamak la pulak pasal dulu dok puja tinggi2 . Sampai kata ada PAS kerna ada TGNA . tak dak TGNA matilah PAS .
Macam2 boleh ...
apa la hang ni bakaq, biarle org nak ambik berkat tok guru tu, bukan semua org busuk hati, ada org yg betul ikhlas nak dekatkan diri ngan tok guru, belajar ngan tok guru, untuk keberkatan.
Saya amat setuju dengan ulasan Pak Bakaq bahawa tidak patut Nik Aziz terima tawaran biayai naik haji.Kalau Nik Aziz guru pondok tak ada masaalah.Tetapi jika Nik Aziz adalah Menteri Besar,maka ia sama dengan penjawat awam lain ia itu tidak boleh menerima biayaan atas apa sebab sekali pun demi menjaga integriti dan mengelakan fitnah.
Secara jujur Nik Aziz mengakui(Sinar Harian)perkara itu berlaku dan lain - lain perkara tentang berkat(selipar)yang sepatutnya tidak perlu.Jika perkara yang sama berlaku kepada orang lain berkaitan pembiayaan seperti ini(seperti kes Ketua Pengarah Badan Pelancongan)walaupun didapati tak bersalah oleh mahkamah tetapi moralnya amat rendah sebelum perbicaraan.Juga dilihat seperti "kayap" sangat.
Bagi kes Nik Aziz bukannya dia tak mampu dan haji baginya sudah tidak ada kefarduan lagi.Jangan lah jadi perangai macam puak yang tak faham Islam dan Undang-undang.Dibimbangi ia akan jadi contoh kepada penjawat awam di Kelantan.Kalau ada orang taja lawatan sama ada dalam atau luar negeri,mereka boleh jawab,ini bukan rasuah ,saya tak pernah beri projek kepada mereka.FIKIRKANLAH KESANNYA SECARA JANGKA PANJANG.
aku kalu ada duit bakaq, nak bawak gak tok guru sama ngan aku, hang jangan la sewel sangat, skit2 dah le. aku bukan apa, aku repect sangat ngan tok guru, hang tengokla cara hidup tok guru, kalu dengan cara hidup tok guru lani, aku rasa setahun boleh 5, 6 kali.biorle org lain nak ambik berkat, mana ada ustaz macam tok guru lani, payah nak cari, ustaz lani byk yg pakai kepiah pun malu, tah le aku pun dah tak respect kat byk ustaz dah lani.
salam pak bakaq,nampaknya selicik2 pak bakaq pun gagal melihat apa semua NI di sebalik serangan terhadapTGNA.Bukan kerja babi umno la... pak bakaq, kerja pa ali semua ni, umno tumpang tui ja. Ada dua jenis benda yang orang sanggup mampuih kerananya.1. AD DUNYA[DUNIA] 2.AKHIRAT.Yang dok taja tok2 guru para alim ulama al amilin, mereka ni mengharapkan keberkatan dan yang dok taja laki Najib dan yang seumpama dengannya nak kan habuan dunia dan projek.Kelakuan mereka sama ja cium tangan malah yang cari projek sanggup cium kaki.. Kebetulan TGNA ni jenis ulama merangkap MB pula.maka tentu ada dua2 jenis manusia tadi pakat terkam.. Yang tok guru habaq tu betoi dah... Tak kan hang tak kenal TGNA... Bakaq cik lagi kenai PA Ali lagi la... Presideng mengenali Tgna lebih daripado anok anok dia lagi...BADWI PAS
Bakaq Bakaq..kat mana-mana pun dalam dunia ni orang berebut-rebut nak hantar orang alim kat Mekah. Benda2 ni bukan baru malah dah zaman berzaman, bukan saja kat Kelantan. Malah kalau boleh, beras,kopi,gula,kain baju pun orang nak bagi.
Masjid, pondok yang berpaksikan orang alim kat Kelantan tu ingat bolih hidup dan bertahan tu dengan apa?
Tolong menolong diatas kebaikan bukan kejahatan itu dituntut. Salah orang..
Saya sokong pandangan Abuarif. terima kasih Pak bakaq kerana siar dan komen isu ini.
kalau potong jambul anak pun orang sanggup gi kerumun tok guru setiap pagi jumaat kat masjid tok guru... apa lagi pegi haji... orang yang berduit.. sanggup je keluar duit untuk belanja tok guru agar dapat pegi sama-sama... ambek berkat orang yang dipandang tinggi kerana ugamanya... biasa la nih...
takkan nak ambek berkat najib ngan rosmah kot... waddefak!!!
TOK GURU DAH TUA NAK BUAT BYK IBADAT PUN KORANG NAK FITNAH DIA.HAK ORG LA NAK BG KAT DIA.DIA KAN ULAMAK.TAKKAN LA DIA NAK BERPERANGAI MACAM KAKI RASUAH.ENTAH APA2 LA SAJA BUAT CERITA BODOH MACAM NI!
Salam..
Dalam hal ni aku setuju gak ngan pak Bakaq...susah nak baca hati org bila beri sesuatu pada kita..mungkin niat baik atau tidak tapi mesti bersebab.. yang pasti tanggapan org lain(ameno khususnya) pada TGNA yg merupakan icon PAS yg bersih pasti tercalar..kesempatan ini akan digunakan sebaik2nya oleh mereka dlm menjatuhkan integriti beliau..kemarau setahun boleh dihapuskan oleh hujan sehari, adakah hujan setahun boleh di hapuskan oleh kemarau sehari???? renung2kanlah..
DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA INDIVIDU YANG SPONSOR TOK GURU NIKM AZIZ KE MEKAH ADALAH INSAN BERNAMA DIN MARDI (DIA PERNAH KERJA DENGAN MARDI MASA DIA AKYAP DULU) YANG HIDUP MEWAH JASA DAPAT KONSESI MEMBALAK DARI KERAJAAN NEGERI KELANTAN, BUKAN SEKALI DAPAT TAPI BANYAK KALI. NAK KENAL DIA SENANG SAJA, DIA SUKA TUNGGU UNTUK BAWA TOK GURU KE MANA-MANA DENGAN KERETANYA SAMPAI BERGADUH DENGAN PEMANDU RASMI TOK GURU (DOLLAH) KERANA BEREBUT NAK BAWA TOK GURU. DIA JUGA SUKA BELIKAN MAKANAN PELIK2 DAN HADIAH2 LAIN UNTUK TOK GURU. DLL. WALLAHUA'LAM.
Ini lah Islam P A S. Hangpa dok buat TGNA macam sami Budhha je. TGNA tu ada gaji dak 18 tahun jadi MB. Sepatutnya dia pun jagalah intergriti dia sebagai MB dan Mursyidul Am Pas. RM65,000 tu banyak. Kalau bantu rakyat di DUN dia adalah lebih berfaedah. TGNA contohilah seperti Umar Abdul Aziz yg berjaga malam mencari rakyatnya yg hidup tak seberapa.
Bila ketua hakim ditaja percutiannya korang melalak macam halilintaq. Ketua hakim tu orang jahil, aku boleh terima lah. Bila Nik Aziz pun disponsor, pegi haji pulak tu, hangpa pakat kata boleh kot....Awat ? sebab dia dok pegang kunci syurga, hangpa semua takut nak tegoq? Atau hang semua dah tak dak teloq?
Cuba hari ni ada orang taja Najib pi haji mesti hangpa tak cukup bandwith nak mengutuk. Kalau orang yang menaja tu nak ambil berkat selipar ja, tak pa la jugak, tapi nak ambik berkat taja sampai RM60,000 tu apahal. Itu untuk tahun ni saja, tahun2 sebelum tu dan tahun2 akan datang tu lagu mana. Ini sorang Tok Guru saja yang kita tahu, tok2 guru lain lagu mana. Ini bab pegi haji ja kita tahu, bab2 lain lagu mana?
Awat dah takdak orang miskin ka kat Kelantan nak ditaja pi haji tuh? Sorang RM10,000 ja, RM60,000 boleh taja 6 orang tau!
kalau UMNO hantaq perwakilan ke MEKAH,hampa kata rasuah,kalau UMNO hantaq tok imam pi MEKAH hampa kata rasuah,kalau ada toke balak hantaq ketua2 bahagian pi MEKAH hampa kata rasuah..kalau hampa..berkat..ambil berkat..pirahhhh
aku sokong pak bakaq 100 peratus
Orang yg ada kuasa dah dimaklumi dilarang menerima apa-apa pemberian walaupun orang yang memberi ikhlas. Meskipun barangan yg diberi tak nampak tapi untuk mengelakkan persepsi negatif dan menjaga integriti perkara itu hendaklah dielakkan. Tapi sifat manusia ni dia suka dapat sesuatu benda tu free walaupun dia berduit. Dah orang nak bagi, terima sajalah, lagi pula ke Mekah, tempat suci pulak tu. Kalau saya pakai duit sendiri lagi baik.
Mana pergi YB Pas yg selalu sibuk sgt pasal integriti tu masa kempen di bagan pinang itu hari? Terima pakej haji 65,000.00 tak ada kena mengena dgn integriti ke? Aku sokong kalu SPRM siasat MB dan menantunya sampai ke akar umbi...
haji itu supaya kita menjadi ibrahim,ismail,hajar,muhammad,putera tunggal kaabah dan ahlul bayt baginda semua. mungkin nik aziz boleh mengambil iktibar dari tindakan sayyidina ali kwj terhadap gabenornya di mesir yang menghadiri jamuan makan ( sekali je ) golongan berduit dizaman itu. KEADILAN DAN KEBENARAN TAK PILIH BULU. ayatollah sayyed ali khamenei dan almarhum ayatollah bahjat boleh menjadi ikon zuhud,takwa dan tawadhuk dizaman kontemporari ini.SALAWAT KE ATAS MUHAMMAD DAN IBRAHIM DAN SALAWAT KE ATAS AHLUL BAYT BAGINDA BERDUA SEHINGGA AKHIR ZAMAN. DAN KEBERKAHAN KEPADA PENCINTA DAN PENGIKUT SETIA MEREKA SEMUA.
Salam. Saya percaya maksud Pak Bakaq di sini bukannya untuk mengatakan Tok Guru mengambil rasuah dan saya juga percaya bahawa Tok Guru yang saya sayangi itu bukannya begitu. Point yang Pak Bakaq utarakan di sini ialah 'kewajaran' tindakan tersebut, kerana Tok Guru adalah seorang MENTERI BESAR. Maka, tindakan seorang MENTERI BESAR tidak sama kesannya seperti seorang guru/ustaz/pengajar. Elakkanlah benda yang boleh memberi persepsi yang tak elok,itu maksud beliau. Wallahu a'lam.
Salam 1malaysia untuk bakaq n family
1. Sekadar nak tanya sket kalau2 ada maklumat. Datok Khalid Jiwa ada tangkap apa2 projek ke kat mana2 jajahan di Kelantan. Kalau tak da ok la takat tu je soalan aku.
2. Mana2 VVIP yg berduit nak taja org ke Mekah bolehlah pelawa Ust Ahmad Awang atau mana2 ustaz yg kerap atur pengajian rata mesjid dan surau.
Takat tu ja, banyak2 pun nanti jadi merapu. MAD BALING
SALAM TO ALL
Pak bakaq dan yg sewaktuu dgn nya, aku nak tanya hang ,salah ke orang buat kebaikan ? membiayai orang untuk buat kebaikan SALAH KE ? Keikhlasan orang
pak bakaq boleh ukur ker ? Setahu aku ALLAH sajer yg tau !! OOh nanti orang umno akan guna kesempatan ini untuk bantai TOK GURU & Ahli PAS !!
Pak bakaq orang umno memeng tuu kerja depa biaq pii lah !!! Adat orang dalam perjuangang sekali -sekala akan kena balun ,kalau boleh tepis ,tepis lah kalau tak leh mengelak tahan sajer lah !!!! Bila pak bakaq ada peluang balun umno ,ligang lah dan kalau Pak bakaq tahu ada lagi puak UG buat hal ,maka balun lah secukup nya !!!Dah tuu kerja pak bakaq !!!
Pak Bakaq,kalau aku Bagi kat hang V50 2.5T pak bakaq nak tak ??
Salam,
org lain bagi alasan yg sama dgn tok guru kelak kita kena telanlah. tok guru boleh why not me?? contoh melalui teladan. lead by example.
saudara murtadza (anom 19)
Aku setuju pandangan saudara tuu... !!!!
Untuk menjaga integriti alangkah lebih banyak pahala jika wang yg diberi itu, diberi pulak kepada orang2 susah , yang teringin nak menjejak kaki ke tanah suci, ya Allah berlipat ganda pahalanya...kita hanya diwajibkan pergi haji sekali sahaja dalam seumur hidup itu pun kalau berkemampuan, sedangkan kuota untuk pergi haji semakin tahun semakin berkurang...bagilah kepada yang belum lagi pegi haji. Kalau la boleh di pertimbangkan kewajaran nya kembali supaya tak di pandang serong. Sebagai pemimpin yang menjadi idola, yang membawa bersama imej Islam jagalah adab/tertib supaya tak menjadi fitnah.
~tukaq tayar~
SALAM
Kalau lah perkara di atas berlaku pada kita , agak 2 lah kita ambik tak ? Atau kita ambil 10,000 naik haji muassasah (pakej biasa) dan selebih nya bagi kat 5 orang miskin untuk pergi Haji !!!Atau kita ajak mereka pergi ke Paris (moulin rouge) !!
Sekadar bertanya
Anon 24. Amat bersetuju dgn pandangan saudara. Tapi apa kan daya, godaan dunia tidak ada batasannya. Dalam ibadah pun, ada godaannya.
TGNA tak sepatutnya menerima hadiah tersebut. Atau jika orang tersebut nak sangat TGNA pergi haji disponsor baik minta TGNA berhenti jadi MB.
Mengurus persepsi ni mustahak. Kebenaran biasanya jadi persoalan bila POLITIK jadi andalan. Tu sebab Dr MAZA bagus tak join politik.
Walaupun aku kagum dengan TGNA tapi tak wajar langsung walaupun tujuan yang sponsor TGNA adalah untuk berdamping dengan TGNA yang zuhud tersebut. Jelas bila ada dua mudarat di sini, maka ambillah mudarat yang lebih ringan. RM65k boleh derma kepada orang susah ke sebagainya.
Elok MACC pergi siasat TGNA yang aku kagumi tersebut kerana mengurus persepsi sangat mustahak untuk elakkan wujud salah tanggapan. Keadilan untuk semua dan tiada selective prosecution.
Macam mana ni, bro, siaran buletin utama TV3 8 malam tadi menyebut sprm putrajaya mengarahkan sprm kelantan membuka kertas siasatan kepada tuan guru atas isu ini???
kalau nik aziz ada INTEGRITI dan PRINSIP, orang nak taja dia atas sebab paling MULIA sekali pon nik aziz akan TOLAK! malah nik aziz patut ARAHKAN orang yang nak taja dia tu supaya sedekahkan sahaja kepada fakir miskin yang teringin nak ke mekah!
ini nik aziz siap BANGGAAAA cakap ada orang taja dia tu. siap cakap lagi 'ramai orang nak taja saya pi mekah!' perrrghhhhhH! riaknya! di tambah lagi, 'orang curik selipar saya nak ambik berkat pon ada'! ni apa ke benda ni wei? siap cakap sampai RM65,000 ni. ambek berkat kena melalui selipar atau nik aziz pi mekah ka? ni bidaah sesat apa ni? ni ajaran apa ni? mendewa dewakan manusia mengalahkan maikel jekson!
nik aziz MUNGKIN adalah seorang tok guru, tapi jangan lupa, nik aziz juga adalah PENJAWAT AWAM yang di amanahkan RAKYAT untuk MENTADBIR negeri. orang kapir yang tak paham agama di negara maju pon akan tolak segala bentuk pemberian walau atas alasan paling muliaaa sekali pon.
Susah nak cari pemimpin yg zuhud macam Umar Al khattab dan Umar Abdul Aziz sekarang. Pinjam skit ayat Dr Abu Hasan , sapa yg tolak persepsi adalah primitif, persespsi adalah imformasi .........
itulah kelebihan yang ada pada ulama.bagi orang yang selalu berdamping dekat dengan ulama,dah faham benda macamtu,orang nak ambil keberkatan ulama,yang hangpa sakit hati sangat pasai apa???RM65K tu,sikit la..ada ulama lain yang terima lebih dari itu lagi pun ada,sebab dia bukan MB Kelantan,so media/orang ramai tak peduli lah.Lebih baik hangpabaca quraan,zikir banyak2 dari mengumpat,fitnah banyak2,maut at anytime menanti kita semua termasuklah aku..
Anon 9:57
nak taja ulama mana sekalipun, sampai berjuta juta pun org tak kisah.
tapi bila PENJAWAT AWAM, maka boleh terjatuh dalam kategori rasuah.
kalau TGNA sekadar Mursyidul Am, bukan Menteri Besar, dia nak ambik tajaan haji bernilai RM 2 juta pun tak dak sapa nak marah.
Kalau penjawat awam, boleh terima replika kristal je laaaaaa
letak jawatan Menteri Besar laaa kalau nak ambik tajaan
-ex-ROTU-
Seorang sahabat Nabi, telah diberi hadiah yang lumayan. Nabi S.A.W bertanya kepada sahabat yang memegang jawatan penting di negeri yang dikuasai oleh Negara Islam Madinah ,apakah cerita sahabat baginda itu menerima sesuatu dari seseorang . Lalu sahabat itu menjawab: "Betul , tetapi itu cuma hadiah".
Lalu Nabi S.A.W berkata kepada sahabat yang baginda kasihi , apakah hadiah tersebut akan diberi kalau sahabat itu tidak punya jawatan yang penting. Dipendikkan cerita, Nabi S.A.W meminta sahabat tersebut memulangkan kembali 'hadiah' kepada si pemberi.
Moral kepada cerita yang boleh dibaca dalam beberapa kitab Sirah Nabi S.A.W, bahawa pemimpin tidak boleh menerima sebarang hadiah selagi dia ada jawatan yang penting kerana ditakuti akan mendatangkan kemudaratan dalam banyak hal.
Oleh pendapat Pak Baqak adalah tepat dan bersesuaian dengan ajaran Islam.
Oleh :Putera Islam Malaya.
Terbaru sy bace TGNA dah tak jadi pergi haji tahun ni.
Insya ALLAH, tahun depan lah kut ... belanja sendiri.
AMIN
Nani Cheras
ish2 pak bakaq.. hang ni.. hampeh.. meluat aku tengok hang nih.. dah2 laa tuh.. Think positive k.. kalo ko x puas hati sgt.. g laa lapor sprm tuk siasat Tok Guru... Dipersilakan dengan segala hormatnya.. Hampeh..
7000 biaya keta volvo tuk ulama yang nak gi dakwah.. banyak pahala tuh.. tapi tak tau laa kalo pak bakaq dah tak nampak bnda-bnda camni nih.. mata kelabu dengan dunia kot..
saya sokong pak bakaq , saya kerja 30 tahun himpun duit tak cukup cukup lagi nak pi mekah.apa salah ajak saya sama . tapi biarlah duit titik peluh sendiri lagi berkat.