Sedap!! Klik gambar di atas!

Jualan Harakah merosot kerana lapor Presiden di muka depan?

Ketika menulis mengenai persepsi, dalam posting bertajuk "Kalau pemimpin pun jahat macam aku...," saya tulis:
Tanggapan kerana dasar perjuangan akhirnya boleh lunak. Kalaupun tanggapan tetap tidak lunak, orang boleh berkompromi kerana yang satu lagi tu jahat mengalahkan syaitan.

Tetapi, tanggapan kerana buruk kelaku sendiri hampir-hampir tak ada ubat lagi.
Suka tak suka, persepsi dicerminkan dengan apa yang berlaku. Apa yang berlaku sepatutnya jadi titik tolak untuk menentukan tindakan bagi memperbaiki persepsi.

Dalam politik, persepsi terhadap para pemimpin politik mesti diperbaiki, terutama dalam keadaan kita tak nampak pengganti yang layak kepada para pemimpin berkenaan.

Dalam PAS, secara peribadi saya tak nampak pengganti yang layak kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Tak nampak tak semestinya tak ada. Tetapi sejak awal, saya benar-benar tak nampak.

Penilaian saya mungkin melampau. Tetapi bagi saya, PAS tanpa kedua-duanya tak ubah seperti Umno tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Masalahnya, persepsi umum terhadap kedua-dua Tok Guru itu melorot ke bawah kalaupun tak jatuh merudum. Tak payah cerita fasal Umno. Apa nak marah kalau Umno melukiskan gambaran yang paling buruk kepada kedua-dua Tok Guru itu dan juga para pemimpin PAS yang lain. Itu memang kerja depa.

Untuk memulihkan kepercayaan terhadapnya, Umno mesti busukkan sebusuk-busuknya para pemimpin PAS terutama Tok Guru Mursyidul Am. Umno mesti melakukan itu semua jika dia nak survive. Umno tak ada pilihan.

Kita tak boleh nafikan kejayaan Umno membusuk-busukkan pemimpin PAS. Sedikit sebanyak Umno telah berjaya menggambarkan para pemimpin PAS sebagai pengkhianat Melayu dan meninggalkan perjuangan asalnya untuk menegakkan negara Islam kerana berkerjasama dengan dengan PKR dan DAP.

Soal betul atau tak betul soal lain. Tetapi, Umno dah berjaya melukiskan warna ngeri ke atas PAS.

Jalan paling mudah dan terang lapang untuk dipilih ialah menuduh Umno jahat, kurang ajar dan maharaja fitnah seperti yang dituduh kepada saya oleh beberapa ahli dan penyokong PAS.

Cukupkah dengan memilih jalan mudah itu sahaja? Cukupkah dengan memaki-maki Umno sahaja? Cukupkah dengan memaki-maki blogger jahat?

Bagaimana pula dengan bau busuk akibat "berak dan kentut" para pemimpin PAS sendiri terutama kedua-dua Tok Guru itu? Sebenarnya "berak dan kentut" para pemimpin PAS adalah masalah yang paling besar. Bisanya mengalahkan bisa tedung liar.

Bisa tedung liar mungkin membunuh seorang dua mangsanya. Tetapi bisa yang jahat dari "berak dan kentut" para pemimpin PAS sendiri boleh membunuh PAS dan perjuangan Islam. Anak cucu kita akan terus berada di bawah cengkaman Umno dan Barisan Nasional (BN) sampai entah bila.

"Berak dan kentut" para pemimpin merupakan masalah paling jahat yang melanda PAS kerana dua sebab.

Pertama, kesalahan mereka menyebabkan orang hilang kepercayaan kepada perjuangan yang berteraskan Islam dan juga kepimpinan ulama. Orang boleh kata, PAS pun macam Umno. Orang juga boleh kata, lagi tinggi serban, lagi kuat makan.

Kedua, buruk kelaku orang PAS yang mentaqdiskan para pemimpin mereka. Orang PAS marah kalau kita kata mereka memaksumkan para pemimpin mereka. Tetapi itulah yang mereka lakukan tiap-tiap hari. Istilah-istilah yang sepatutnya menjadi asas kekuatan perjuangan Islam dan ummah seperti thiqah dan wala' dijadikan candu masyarakat oleh ulama-ulama, para pemimpin, ahli-ahli dan para penyokong PAS.

Itulah yang sebenarnya berlaku. Hampa nak tuduh apa pun kat aku, tu hampa punya pasai.

Hari ini, seperti yang saya kata di atas, persepsi umum terhadap kedua-dua Tok Guru utama PAS itu melorot ke bawah kalaupun tak jatuh merudum.

Jalan paling senang ialah seperti yang pernah ditulis oleh salah seorang tukang komen blog ini - lebih kurang dia suruh persetankan persepsi. Persetankan istilah kafir tu!

Satu lagi jalan paling mudah ialah tuduh blogger jahat macam aku nak musnahkan PAS.

Siapa mahu pilih jalan mudah itu, pilihlah. Carilah sebanyak-banyak nas untuk menjerkah blogger macam aku dengan ancaman siksaan neraka kerana berani bohong dan... lantak pi lah hampa nak kata apa pun!

Jalan yang paling susah ialah bagitahu Tok Guru Mursyidul Am supaya mengelakkan benda-benda yang mengundang fitnah untuk memperbaiki persepsi masyarakat terhadapnya. Tok Guru telah menolak tajaan Nudin Awang untuk ke Mekah. Saya tau hubungan Tok Guru dengan Nudin tak ubah seperti hubungan ayah dan anak. Bukan baru, tetapi sejak sebelum Tok Guru menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990 lagi.

Tetapi, bila Tok Guru menerima tajaan Nudin, orang tak nampak anak bawa ayah gi Mekah. Yang orang nampak ialah seorang peniaga yang dapat banyak peluang di Kelantan menaja Menteri Besar Kelantan pergi Mekah.

AlhamduliLlah, Tok Guru batalkan niatnya nak gi Mekah guna pitih Nudin. Saya terima kasih sangat-sangat kepada Tok Guru.

Tetapi, Tok Guru ada satu lagi masalah. Tindakannya melantik menantunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mengundang fitnah (lihat posting Asrol 19/11/09 bertajuk "Betul ke menantu Tok Guru memang Ir. atau jurutera bertauliah").

Saya tidak bincang sama ada budak tu jahat atau baik. Yang saya nak tekankan ialah persepsi masyarakat. Orang melihatnya sebagai kronisme. 'Uruf masyarakat hari ini meletakkan kronisme sebagai pantang besar. Ia dilihat dan dibuktikan jahat.

Tok Guru pertahankan tindakannya dengan mengambil contoh Nabi Muhammad s.'a.w.w. yang dikasihi meletakkan mertua dan menantunya di barisan pimpinan. Tetapi orang berhujjah bahawa Nabi melantik mereka berdasarkan merit mereka sebagai "سابقون الاولون". Sedangkan, mereka mendakwa, menantu Tok Guru ada "baggage" - saya tak tahu sama ada benar atau fitnah dakwaan terhadap Abdul Ariffahmi Ab Rahman dan saya laporkan begitu sahaja tanpa tapis apa yang saya dengar.

Saya tak perlu ulas panjang-panjang. Saya harap sangat Tok Guru tahu apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki imejnya.

Tok Guru Presiden pula busuk imejnya dengan kisah berkendak politik dalam gelap dengan Umno. Perkara itu bukan fitnah blogger jahat. Tok Guru sendiri yang lakukan perbuatan itu. Satu dunia dah tahu. Saya tak nak menambahkan ulasan.

Malang bagi Tok Guru, setiap kali dia mengulangi kenyataan "PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat (PR)," orang tak percaya.

Satu lagi persepsi umum terhadap Tok Guru Presiden ialah dia dilihat sentiasa mencari jalan dan helah untuk melindungi kawan-kawan yang didakwa "satu alirang" dengannya seperti Ustaz Nasharudin Mat Isa, Haji Mustapha Ali dan Datuk Dr Hassan Mohamed Ali. Sama ada betul atau tidak, itulah persepsi umum terhadap Tok Guru.

Tidak mengapa kalau mahu dipersetankan persepsi itu. Tetapi berapa orang yang tahu apa yang sedang berlaku? Ni saya nak bagi maklumat.

Sebelum saya tulis maklumat ini, sejak beberapa hari lalu saya dah tanya beberapa orang. Kesemuanya memberitahu saya bahawa setiap kali berita mengenai Tok Guru Presiden berada di muka depan akhbar Harakah, "sales down" atau "circulation jatuh". Maksudnya, jualan merudum. Saya petik apa yang mereka kata.

Maklumat yang saya terima mungkin rekaan dan fitnah. Mungkin semua orang yang saya tanya nak fitnahkan Tok Guru. Tetapi, bagaimana kalau maklumat itu betul? Kalau betul, itulah akibat persepsi.

Saya tak perlu nak berlagak baik dan menyatakan saya tak berniat nak jatuhkan Tok Guru. Saya dah kata, saya tak nampak pengganti yang layak kepada Tok Guru Mursyidul Am dan Tok Guru Presiden.

Orang yang marah dengan apa yang saya tulis ini bolehlah maki hamun saya. Saya akan siarkan.

Tetapi, sambil menerima dan menyiarkan maki hamun terhadap saya, saya merayu sungguh-sungguh kepada kedua-dua Tok Guru ikon PAS itu agar memperbaiki tanggapan atau persepsi umum terhadap mereka.

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. tahniah BTN. ideamu dah masuk dalam darah hadi awang

  2. pak bakaq,
    persepsi saya ialah, dua orang tok guru ini tak dapat membaca pun apakah persepsi orang ramai terhadap mereka berdua. apakah mereka berdua mempunyai persepsi yang betul terhadap persepsi orang ramai ke atas mereka?

  3. salam pak bakaq,

    kalau dulu orang muslim dan non-muslim hormat sangat pada TGNA dan TGHH, la ni kebanyakkan depa dok cari alasan untuk masih terus hormat dan sanjungi kedua-dua TG ni. setakat ni kebanyakkan depa masih belum jumpa lagi alasan yang baguih untuk terus menyokong kedua2 TG dan Pas. orang kata kalau rotan tak buleh pakai, akar berguna. tapi masalah la ni akaq pun tak buleh harap! ni macam mana??

    aukauk88.

  4. "saya merayu sungguh-sungguh kepada kedua-dua Tok Guru ikon PAS itu agar memperbaiki tanggapan atau persepsi umum terhadap mereka".....itu yg sebetul-betulnya yg depa kena lakukan..caya lu bakaq!

  5. Kau silap bakaq...mmg UMNO suka tgk PAS merudum...tapi ini bkn kerja UMNO...ini kerja PKR. Tapi PAS tak sedar2 lagi. Cuba kau renung2 dan fikirkan...cui bono mat saleh kata! Siapa untung dari kecelaruan PAS?

    Ramai yg bersangka UMNO tapi sebenarnya adalah PKR sendiri. Kene faham konsep PKR. Hidup naik mereka adalah kerana Melayu walaupun ianya suatu parti satu Malaysia. Tanpa Melayu, PKR akan rebah. Semua orang faham kecuali yang buat2 tak faham. Dalam merebut kuasa dan undi Melayu, saingan utama kepada PKR hanyalah PAS dan bukannya UMNO.

    UMNO akan tenggelam tidak lama lagi dan selepas ianya kekeringan sumber, Melayu akan berpindah wadah. Persoalannya berwadahkan siapa? PKR atau UMNO. Inilah yang ditakuti PKR kerana PAS akan menjadi parti Melayu utama apabila tumbangnya UMNO. Lebih ditakuti dengan keinginan kuat PAS menubuhkan sayap bukan Islam.

    PAS juga tidak boleh dilihat berjinak2 dgn UMNO kerana jikalau ianya terjadi maka keperluan wujudnya PKR akan meruap hilang. Sebab itu sebarang usaha dan kata2 yg memberi persepsi bahwa PAS berjinak2 atau hanya berdekat2an,walaupun sebagai "courtesy" akan cuba diwar-warkan sebagai usaha utk mengkhianati Melayu dan PAS.

    Semua pihak sedar bahwa PAS tidak mungkin ditumbangkan dari luar. Bahkan seorang bekas Perdana Menteri Britain pernah berkata, "kita tidak akan dapat mengalahkan Islam secara berdepan dgn kekuatan fizikal.....,". Oleh itu, PAS hanya akan ditumbangkan dari dalam.

  6. Pak Bakaq,
    Pandangan Pak Bakaq ni,pandangan orang UMNO.Mana boleh orang Pas cakap macam ni.Orang Pas tak leh terima kenyataan pemimpin mereka buat silap.Tok Guru semua betul.Tak kan Tok Guru buat silap.Yang silap,salah,kroni,nepo,rasuah,penyangak dsb hanya pemimpin UMNO serta yang sewaku dengannya.

  7. Salam...

    Berikut adalah antara persepsi saya dan kawan-kawan rapat saya. Diantara 2 tok guru tu, kami lebih selesa dengan TGNA kerana:

    1) Keterampilannya
    2) Rasionalnya bila mengeluarkan sesuatu kenyataan
    3) Tidak terburu-buru membuat sesuatu kenyataan
    4) Bijaksana
    5) Lembut tapi berbisa
    6) Berkredibiliti
    7) Disegani
    8) Ketokohannya
    9) Bercakap dengan bahasa yang difahami oleh rakyat Malaysia (walaupun loghat k'tan)
    10) Dan banyak lagi...

    TGNA mungkin ada melakukan kesilapan tetapi kami tetap menghormati beliau mungkin kerana kredibiliti serta ketokohan yang ada pada beliau. Beliau lebih bijaksana berhadapan dengan para wartawan berbanding TGHH.

    Tentang TGHH pula, terlalu banyak kesilapan serta kegelojohan beliau melaksanakan tugas-tugas pentadbiran (saya tak kata dakwah sebab saya bukan orang yang sesuai untuk mengulas tentang dakwah).

    Seperkara lagi, ustaz-ustaz ni selalu terangkan sesuatu dan diselitkan dengan bahasa Arab yang tidak kami fahami serta tidak diterjemahkan maksud sebenarnya dalam bahasa Malaysia. Kami tidak faham dan saya percaya ramai lagi yang tidak faham walaupun kami beragama Islam. Bila kami sendiri tidak faham, adakah ustaz-ustaz yang berdakwah dalam politik ni mengharapkan orang-orang bukan Islam akan menerima PAS?

    Juga ingin ditekankan, berlembutlah bila berdakwah. Jangan gunakan paksaan kerana lumrah manusia jika dipaksa mereka akan melawan. Lihatlah pertikaian antara TGHH dengan Karpal Singh suatu ketika dahulu sebagai contoh. Kenapa perlu dia paksa Karpal Singh menerima Islam? Sepatutnya dia kena tunjukkan kelembutan Islam dahulu pada Karpal Singh dan mereka yang sewaktu dengannya.

    Di situlah kelemahan ulama-ulama Malaysia ni kami perhatikan... suka memaksa orang lain supaya mengikut kehendak mereka.

    Oleh itu, kami dah bosan untuk mengikuti perkembangan politik terutama dalam PAS. Walaupun hati kami masih lagi kuat menyokong PAS tapi ingatlah hati ini boleh berubah pada bila-bila masa jika kami sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan PAS.

    Kami bukan minta anda semua menggadaikan prinsip-prinsip Islam tetapi kami harapkan anda menggunakan strategi yang berhemah serta tingkatkan keyakinan penyokong (bukan ahli). Berubahlah sebelum anda diubah (pinjam kata-kata Najib). Jika tidak berdakwahlah anda semua pada orang-orang PAS sahaja atau mereka yang faham bahasa Arab sahaja.

    Maaf jika ada kesilapan kerana kami bukanlah profesor dari mana-mana universiti. Kami hanyalah penyokong yang mungkin dianggap bodoh oleh segelintir ahli serta pemimpin PAS.

    Wassalam.

  8. PERSEPSI makna dia anggapan. Orang boleh beranggap macam-macam tetapi kenyataan atau truth itu lebih penting. Anggapan bersifat sementara kerana over time (masa) kenyataan/fakta akan keluar dengan sendirinya. Pemimpin dipilih bukan untuk satu dua hari..

    Dalam pimpinan, persepsi tidak penting. Persepsi hanya diberi keutamaan jika pemimpin itu jahat atau korap dan memerlukan topeng untuk menutup kejahatan. Dalam masa yang sama jika rakyat pulak bodoh dan biul untuk membeza antara baik dan buruk kepimpinan itu. Jika kedua-dua jahat, persepsi tidak perlu lagi.

    Dengan teknologi maklumat terkini, TRUTH akan keluar satu demi satu. Teropong ada dimana-mana..

    Yang lebih penting ialah rakyat itu sendiri. Rakyat bukan sahaja mesti cerdik dan bijak tetapi menghayati nilai-nilai yang baik. Orang kata you deserve the gomen you choose.

    Kesimpulan..bukan persepsi tetapi AKHLAK atau INTEGRITI.

  9. Semasa Rasulullah memimpin kerajaan Madinah, kroni (sahabat) Rasulullah dididik dan ditarbiyah dengan akhlak mulia tapi kroni Tok Guru masa loni terbiar begitu sahaja hanya untuk kepentingan perniagaan individu tertentu sahaja.

  10. Abang Bakaq,

    Saya dah tak lagi membeli malah membaca Harakah sejak lebih setahun yang lalu apabila terbongkar cerita liwat meliwat di dalam gelap...

  11. Nampaknya pak bakaq nak meneruskan perjuangannya yang belum selesai iaitu nak menghancurkan reputasi pas. Nak suruh semua orang beri tanggapan buruk pada pemimpin pas. Yang mana semua berita yg disebut tu hasil perkhabaran yang kurang pasti. Bukankah elok yang perkara buruk yang tak pasti benarnya tu didiamkan sahaja. Memang tak dak faedahnya kecualilah niat kamu nak bagi nama buruk kepada pemimpin pas tersebut.

  12. Ianya bukan hanya berkaitan Presiden Pas atau Pas semata , sebenarnya orang dah muak dgn politik semasa, dah dekat 2 tahun dah pilihanraya umum berlalu, suasana politik kat Malaysia tak reda2, orang sekarang sibuk menghadapi kemelesetan ekonomi global, sibuk cari duit untuk sesuap nasi, ahli politik Malaysia tak habis2 dgn politik, rakyat Malaysia akan berminat dgn politik balik 2-3 tahun akan datang bilamana bahang PRU 13 terasa,.................Benda ni bukan hanya berkaitan dgn Pas semata , rakyat malaysia dah boring dgn semua parti politik........ Yg nampak pandai skit menyembunyikan masalah dalaman adalah DAP..........yg lain paham2 sendirila.....wasslam...

  13. hmmm..betul jgk..jarang beli kalu ada gamba presiden kat depan..gamba nik aziz atau azizan beli..

  14. nak beli apa harakah..kalau dah blog dan tko..dah memadai..berita harakah semua dah basi.Ni bukan soal gambar sapa yg muncul.Betul jgk kata Azeman,muak dah dengan politik,bila org semua tak betul,semua tak boleh,kalau kita buat fuhh seribu dalil dicari untuk justifikasikan perbuatan kita,bagai ayah dgn anak la,Rasulullah suka kronila,perpaduan melayula,Ug la,apa apa jela alasan dan dalil bg sedap hati sendiri.

    Aku mmg cukup benci keadaan la ni...tapi kita benci ada kesan apa?taraak,lantak korangla..menang pun kalau asyik kene pijak,takdak guna gak.

    Perbandingan boleh saja dibuta,Allah jadi manusia ni pelbagai gaya dan cara,kelemahan dan kekurangan,sebab tu manusia ni takleh hidup seendiri,kena bantu membantu..

  15. pak bakaq,wa pun dah lame,x beli harakah,bace tue adelah,kalo bapak wa beli,tp klu nk beli sndri mcm dlu2,xe la kot..

    -isu2 byk yg dah basi,pndangan2 tak kritikal sgt n basi,malah yg wat wa brbulu sgt,stopa ali jd abang besar dlm harakah tue..

    -mayb harakah prlukan org baru untuk kesegaran...

  16. pandangan bakaq sebijik pandangan muhyiddin.betulkah...blog penarik beca lebih hit dari harakah.sebenarnya hang nak bgtau malu2...kut.hang sindir kat harakah.pandailah hang..untuk pengetahuan bakaq.semua media cetak dan album semuanya jualan sangat merosot disebabkan media baru.bukan sahaja harakah.hang ada internet kan..selidiklah baik2 tentang tohmahan tu.guna otak bukan pakai kepala lutut bakaq oii..
    bakaq,hang ni memang pandai macamana nak hit blog kau.aku pun tabik.sepatutnya 2 Tokguru ikutlah strategi macam hang.dalam ceramah mesti buat fitnah dan khabar angin tentang pemimpin umno.bakaq rasa mungkin berduyun2 makhluk di malaysia pangkah pas.
    oleh kerana 2 tokguru ada agama,mereka tidak memfitnah pemimpin umno dan menyebar berita kurang pasti kepada rakyat.bakaq..cara mereka ini kurang diminati oleh golongan muda.pkr sebuah parti popular bg golngan muda.cara strategi politik menarik minat muda mudi.sebarkan fitnah dan menyakinkan rakyat cerita yg dibawa.cuba bakaq tengok rating rancangan melodi tv3 dan muqaddam,manakah rating paling tinggi?bagi aku blog hang sebijik macam MELODI.

  17. Berkata benar walaupun pahit Bakaq....

    Gerakkan satu tunjuk emosi seperti pemuda umno kelantan yang bodoh tu ...tunjuk emosi rakyat semua menyokong Tok Guru sebab bls bla bla bla....Tidak puashati dgn Tok Guru sebab bla bla bla....

    Biar dia pikirlah lepas tu ...kalu dia tak reti jugok jahane gi lah...

  18. Pertama saya setuju dgn pandangan Jebon. TGNA lebih bijak dan terbuka dalam pendekatannya walaupun terdapat kesilapan seperti isu tajaan menunaikan haji.

    Kedua saya setuju dgn pandangan Azman. Terlalu banyak cerita politik. Ekonomi negara masih tidak stabil. Rakyat kebanyakannya bersusahpayah bergelut untuk sesuap nasi. Kedua2 pihak, BN dan Pakatan Rakyat, walaupun mahu mempertahankan kedudukan masing2, hendaklah tidak lupa keperitan rakyat bawahan. Jangan terlalu sibuk urusan politik hinggakan usaha memulihkan ekonomi samada di peringkat negara atau negeri tidak dilaksanakan bersungguh2.

  19. "PAS tanpa kedua-duanya tak ubah seperti Umno tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad." Bukan kedua duanya Pk bakaq...sorang saja...PAS tampa TGHH tak ubah seperti Umno tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad...TGHH perosak PAS...MadDay perosak UMNO..

  20. sebenarnya ada betui kata pak bakaq ni..

    terus terang saya kata bahawa TGHH dah 'tepu' jadi presiden..idea dia dah kering..tak tau nak bawa jemaah ke mana..slow dan tak bertenaga...tak sesuai zaman kini yg perlu sentiasa kuat dan berwawasan kalau nak jadi ketua..

    idea, perancangan, hala tuju, prinsip perjuangan, kesepakatan, kerjasama, strategi, sifat kepimpinan dan sebagainya mesti jelas dan up to date.

    TGHH kelihatan longlai dan lesu serta seperti hilang arah dan hilang fokus dalam perjuangan. cara dia defend isu2 tertentu, membuat apa2 kenyataan dan sebagainya kelihatan longlai dan tidak yakin..

    kadangkala TGHH kelihatan kabur dengan misi dan visi dalam perjuangan bersama pakatan rakyat..malah kelihatan mudah terpengaruh dengan adu domba umno..

    TGNA pula ada calarnya apabila kelihatan 'turut berkronism' dalam pentadbirannya bila anak menantu jadi'orang besar2'. satu kesamaan dalam umno..

    jadi saya setuju bila pak bakaq kata harakah merosot dan sebagainya..sebab sebenarnya dah 'tak ada nilai berita' kalau membaca hal2 yg berkaitan dengan presiden sendiri umpamanya kerana faktor di atas..kalau tak baca pun dah tahu 'dia nak kata apa'..

    apalagi kalau tok pa sendiri pun (ada kaitan UG) jadi orang kuat harakah...

    jadi..pesepsi tadi betulla...

    tengok harakah..teringat tok pa ali...terus tak jadi beli...

    tengok harakah..nampak TGHH...terus tawar hati nak beli..

    apa pun..saya setuju dengan pak bakar..

    malah saya boleh andaikan bahawa pas akan kalah teruk PR13 jika kepimpinan pas tak 'diperbaharui'...kecuali TGNA..masih relevan dan tetapmenjadi ikon pas...

    TQ

  21. Pelan MCA Yang Membahayakan Posisi Barisan Nasional

    Retakkan di dalam parti MCA pada masa ini sememangnya membahayakan masa depan Barisan Nasional. Apa yang malangnya adalah ini merupakan masa yang terbaik bagi Barisan Nasional untuk menolak Pakatan Rakyat ketepi dan menguatkan posisinya.

    Pakatan Rakyat kini dilanda pelbagai masalah dalaman.

    Dapat dilihat bahawa PAS sekarang terpaksa bertungkus lumus menangani isu menantu Nik Aziz yang dikatakan terlibat dalam skandal rasuah di Kelantan. Ketua PAS di Selangor iaitu Datuk Hasan Ali pula sekarang nampaknya berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor melalui pertikaiannya dengan polisi-polisi DAP.

    Di sebelah PKR pula, bisikan di kalangan orang ramai adalah mengapa Saudara Anwar Ibrahim telah nampaknya mengundur diri daripada menjadi muka depan PKR. Beliau dikritis kerana kerap berada di luar negara dan tidak memberi perhatian kepada masalah dalam negara.

    Tambahan pula, beliau telah menghantar Tian Chua sebagai gantinya untuk ke Sarawak bagi menangani masalah besar PKR di Sarawak. Tian Chua pula di dalam bahaya kehilangan kerusi Parlimennya apabila didapati bersalah menggigit ahli polis.

    Barisan Nasional pada masa ini sepatutnya mengambil kesempatan untuk mencuri langkah daripada Pakatan Rakyat tetapi malangnya masalah MCA menghalang perkara ini daripada berlaku. Apabila rakyat membaca suratkhabar, mereka dapat melihat bahawa kedua-dua Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat mempunyai masalah besar dan pertelingkahan dalaman.

    Sudah sekian lama masalah dalaman MCA timbul tetapi masih lagi tiada penyelesaian. Pelan Damai Besar Ong Tee Keat adalah pelan yang kosong selagi pelan tersebut tidak disokong oleh Pemuda MCA dan Wanita MCA.

    Pelan ini dilihat oleh rakyat sebagai satu perjanjian buruk di antara Chua Soi Lek dan Ong Tee Keat yang mengetepikan pandangan majoriti ahli MCA yang jelasnya telahpun menolak pimpinan Ong Tee Keat pada mesyuarat yang lepas.

    Apa yang menjadikan perkara ini lebih teruk adalah fakta bahawa Ong Tee Keat sekarang lebih sibuk dengan masalah dalaman MCA daripada memfokuskan dirinya kepada tanggungjawabnya sebagai Menteri Pengangkutan.

    Mengapakah Ong Tee Keat tidak mahu mengadakan undian baru bagi pemimpin MCA? Inilah jalan yang paling muda serta demokratik bagi menyelesaikan kesemua masalah parti tersebut. Letakkanlah masa depan parti ke dalam tangan ahli-ahli. Inilah cara yang paling bagus.

    Selagi MCA bergaduh, Barisan Nasional tidak boleh melawan Pakatan Rakyat secara efektif.

  22. Saudara anonymous,

    Nik aziz dan Hj Hadi adalah manusia macam kita semua juga. Oleh itu mereka pun boleh buat silap.

    Nik aziz hadapi sindrom kebencian melampau sesama saudara seagama. Orang Melayu ramai yang tertanya-tanya dengan sikap Nik aziz ini. Kenapa terlalu bencikan UMNO. Teruk sangatkah UMNO?

    Saya pun bukan ahli UMNO. Namun saya dapat rasakan yang UMNO pun banyak jasa, malah melebiihi jasa PAS pada Melayu. Teruk sangatkah UMNO? Maksud saya terlalu zalimkah UMNO?.

    Soalan ini perlu dijawab oleh Nik aziz samada sekarang atau kemudian hari. sikap Nik aziz tidak bantu perpaduan sesama Islam. Nik aziz selalu cakap yang dulu UMNO khisanati PAS ketika PAs dalam BN/. Betulkah? Malah ayah saya semasa dia hidup cakap tindak tanduk PAS ketika itu banyak seperti mahu jadi gunting dalam lipatan.

    Saya tak tahu salah siapa. Namun tak ada peluang untuk berbaikkah? Tak adakah satu tokoh dalam UMNo yang baik? Tak kan begitu kot.

    Sokongan Melayu pada PAS merosot bila PAS jadi kuli DAP dan tidur pula sebantal dengan PKR. Lupakah Hj Hadi atau Nik aziz yang satu masa dulu Mohd sabu jugalah orangnya yang mencabar Dr mahathir memecat Anwar kerana liwat? Lupakah? Atau gadaikan kebenaran kerana nafsu nak berkuasa.

    Pas selalu cakap nak tegakkan Islam. Cerminlah diri. Penceramah PAS banyak memaki hamun dalam masjid. Saya dengar sendiri. ramai jemaah gelengkan kepala . Berdiam bukan makna mereka setuju tetapi sebab mereka tak nak buang masa menjawab.

    Ubahlah perangai. Kalau mengaku nak tegakkan Islam, IKUT PERANGAI RASULULLAH SAW. Baginda tidak memaki hamun. Baginda tegas tetapi lemah lembut, berbudi bahasa. NAh sekarang bayangkan Mohd sabu berucap. Bayangkan bahasanya berbanding kalau Rasulullah bersabda.

    Dan kenapa memfitnah Tun dr Mahathir. Ucapan beliau disiarkan separuh-separuh. Beliau berucap di Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau menyentuh kes Anwar. Saya tahu saya berada didewan itu. Hanya separuh ucapabn beliau diucapkan. Jadi SEOLAH-OLAH beliau zalimi Anwar. walhal separuh lagi ucapan sengaja tidak ditunjuk.

    Macam ini kah perangai PAS yang konnonya nak bela Islam. Dari apa yang saya nampak, UMNO lebih jujur daripada PAS.

  23. PAS WAJIB SEPERTI ASAL DAN BUKAN SEPERTI GAMBARAN KINI.PAS UNTUK KERAJAAN PUSAT BERSAMA PAKATAN RAKYAT,YANG MANA KEARAH UMNO MASUK UMNO,YANG MANA TETAP PAS KEKAL PAS.INDAHKAN PAS SEPERTI ASAL BUKAN BERGEMBIRA MENDAPAT LIPUTAN DALAM MEDIA UMNO ARUS PERDANA.

  24. Kalau PAS lebih bertujuan untuk menyokong pemimpin tertentu disebalik untuk memperjuangkan Islam baiklah PAS tukan Nama kepada PArti Seban/kopiah putih. Soal perjuangkan Islam tah kemana tapi lebih pada serban siapa lebih tinggi dan baik dari siapa. Memang patut pun Allah turunkan bala kepada pemimpin-pemimpin yang songsang perjuangan nya.

    Kalau PAS tak nak berubah suatu masa nanti akan ada PARTI yang benar-benar memperjuangkan ISLAM dan parti itu bukan PAS.

  25. ya la berak dan ketut itu busuk baunya. tetapi masalahnya yang pak bakap punya bau BABI pun tak masuk dekat. tak percaya ke???? cuba la test.

    P/s: ini lah bahaya kalau budaya syiah cuba di bawa masuk. wassalam....

  26. PAS Stand Alone La Please!

  27. harakah mesti letak muka bakaq dimuka hadapan.kah,kah,kah.muka bakaq mesti letak kat tandas awan,kah,kah,kah.mesti berebut nak buang air.kah,kah,kah.tengok muka bakaq terus sakit perut,kah,kah,kah.

  28. Apala nak jadi dgn hangpa ni. Tak ketahuan hala betui.

  29. Jgn kita sibuk nak mengata dua2 tok guru ni. Org umno berkali ganda lebih teruk. Cth; mana lg teruk antara pegi haji org sponsor atau tak semayang? Kita dok sokong pemimpin umno ni, korang penah check ke diorang ni semayang ke tak? Kalau aku, camana bagus pon ko memimpin tp kalau tak semayang, sori la aku nak sokong! Bila pilih pemimpin mestila utk dunia akhirat. Kalau x semayang, camana nak memimpin kita masuk syurga? Lu pikirla sendiri!

  30. jual ngan ahli je pon dah untung

    yg lain2 tu buat tambah je

  31. semua kita sayangkan kepada kepimpinan yg ada..cuma masa dah tiba untuk kita berkorban sikit bagi memastikan perjuangan kita tetap relevan dengan masa, bukan tenggelam bersama labu-labunya..

    mana-mana pemimpin yg dah 'tepu kepimpinan' seperti presiden sendiri, timbalan presiden dan beberapa orang lagi bolehlah 'berehat' dan bagi peluang kepada lain pemimpin untuk meneruskan perjuangan..apa guna terus 'bertakhta' jika empayar semakin lama semakin menjadi 'sekangkang kera'.

    di bawah adalah antara pemimpin yg perlu berehat...

    -TGHH
    -Nasarudin
    -mustapha ali
    -abu bakar chik
    -hasan ali

    dan ramai lagi..

    mereka di atas boleh dilantik untuk jadi ajk pas pusat..

    pendapat saya...

  32. orang umno teruk tak payah kita pertikai pasal itu memang 'trade mark' mereka..kita tak payah ikut atau tak payah tiru..

    yg penting ialah bagaimana kita nak perbetulkan 'keterukan' kita sendiri??...demi kekuatan parti pada masa depan..

  33. Salam,

    Aku ni memang penyokong tegar PAS, dan penyokong tegar TGNA, TGHH. Tapi aku mintak tolong lah, tolong berhati2 bila wartawan menghulurkan mikrofon utk mintak komen ! Aku tengok hampir KESEMUA pemimpin PAS memang suka beri komen, tak reti cakap "no komen".

    Akibatnya banyak benda telah menjadi manipulasi akhbar UMNO/ Be End ! Isu kerajaan perpaduan (DAN LAIN2 ISU hampir2 PAS terburai ! Kenapa? Sebab pemimpin suka beri komen, kurang cermat. Perangkap mai dekat..dia masuk kedalam ! Maaf cakap .

  34. Salam. 2 perkara,Pertama Harakah (merosot jualan); kedua TGNA/TGHH.

    Saya harap Harakah dapat memperbaiki mutu kewartawanannya. Antara kelemahannya:-

    i) Lemah penguasaan bahasa (BM), meleret2, berulang; frasa dan ayat yang tidak kemas

    ii) Menyiarkan berita yg orang ramai sudah maklum kerana ia telah beberapa hari disiarkan internet (blog-blog);

    iii) Mensensasikan sesuatu bahan berita yg pada orang ramai bukannya ada nilai sensasi ! Sebaliknya apa yg pembaca aggap penting diketahui, harakah tidak pula menyiarkannya !

    iv) Menyiarkan berita yang kurang penting

    v) dall kelemahan.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008