Jangan bunuh Hamirdin

Update 11.23 pagi

Ada pulak orang buat undian online mengenai Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini.

Posting asal

Dalam posting bertajuk "Biarkan Nik Aziz tulis blog," Dr Hamirdin Ithnin melaporkan:
"Harakah tak laku sekarang!" (Baca seterusnya di sini)
Dalam rencana Merdeka Review bertajuk "Liputan akhbar Cina: "PAS terus bersama PR"," dilaporkan ulasan dari akhbar Cina seperti berikut:
"Hadi Awang tidak memahami masalah PAS, malah nampaknya lebih tidak memahami dirinya. Beliau hanya menggunakan logik yang mudah, iaitu pertandingan bola sepak baru masuk separuh, mana boleh ketua pasukannya ditukar?"

"Teruknya, beliau tidak tahu pun peraturan asas dalam bola sepak. Di gelanggang, seandainya prestasi ketua pasukan tidak baik, apa yang dilakukan terlebih dahulu adalah menukarkannya. Kalau tidak, satu pasukan akan dibebankan olehnya... " (Baca seterusnya di sini)
Jangan pulaukan Merdeka Review, ia hanya melaporkan. Jangan bunuh Hamirdin, beliau hanya melaporkan (dont kill the messenger).

Bunuh bakaq tak pa. bakaq tulis fitnah untuk meningkatkan hits blognya demi mengejar impian untuk menjadi jutawan dengan menulis blog sahaja. Bunuh bakaq, PAS akan kembali solid dalam wahdatul-fikr dan wahdatul-'amal.

Berkaitan:
Mengurus persepsi . vol 1 (Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi)
Mengurus persepsi . vol 2 (Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi)
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.
ImageChef Custom Images

  1. Saya adalah penjawat awam yang berang dengan tindakan Perdana Menteri yang menyalahkan Cuepacs kerana isu Bonus.

    Rata-rata penjawat awam dinegara ini berasa terkilan kerana ketika Perdana Menteri menghabiskan duit rakyat kepada program Permata yang dinaungi oleh isterinya sendiri tidaklah pula dianggap salah dari segi moral?

    Kami hanya menuntut hak kami..Pohon ahli-ahli parlimen dari pembangkang menyuarakan masalah ini di parlimen kerana ketua-ketua jabatan di Pejabat Perdana Menteri sudah tentu tidak berani menyuarakan pendapat ini.

    Ketua-ketua penjawat awam di negara ini sudah tentulah menjadi kroni PM dalam isu bonus ini.

    Yang terkilan dan merana adalah golongan penjawat awam yang menerima gaji tidak setimpal dan berstatus miskin.

    Saya tidak tahu hendak diadukan kepada siapa keluhan suara ini..pohon ada tindakan dari ahli-ahli parlimen pas untuk menjadi suara kami. Sekian terima Kasih.

    Salam

  2. Anon 1

    Saya dah emailkan aduan Tuan kpd beberapa MP PAS.

  3. Bhai...

    Suara kritik depa nak bunuh... depa cuma mau suara puji dan sokong jer... sokong membawa rebah....

  4. Sebaik baiknya Penjawat Awam yang tidak bersetuju dengan cara Pengurusan Kerajaan adalah sse-eloknya berhenti dari jawatan Penjawat Awam itu. Penjawat Awam adalah amanah rakyat dan dari cukai pendapatan rakyatlah Penjawat Awam mendapat gaji nya serta bonusnya. Penjawat Awam yang berjumlah lebih kurang 1.8juta di Malaysia sebenarnya telah membebankan rakyat yang keseluruhannya tidak berpuashati dengan prestasi lemah Penjawat Awam, yang berkebanyakan bersifat malas dan menipu masa kerja. Mogok besar dikalangan Penjawat Awam mampu menukar pimpinan negara supaya rakyat dapat melantik pemimpin yang berjiwa rakyat dan efektive serta berfikiran positive. Keadaan di negara kini akan kelihatan sama seperti di Pakistan dan Afghanistan jika Penjawat Awam masih bekerja malas hidup dengan gaji buta. Berdosa sebenarnya, kerana menipu amanah rakyat 27 juta di malaysia ini.

  5. Salam Pak Bakaq,

    Haji Hadi kena letak jawatan sekarang? Undi di sini:

    http://nuraflah.blogspot.com/2009/11/haji-hadi-kena-letak-jawatan-sekarang.html

  6. salam Penari beca nih kan pernah kena simpan Isa.....

  7. master of puppet -Metalica

    Bakaq cari penjaga patung tu dulu....

  8. anon 1,penjawat awam lah yg kuat menyokong umno,sampai kita org yg keja swasta pun terseksa,sokong la lagi,tak payah nak komplain..bawa2 la berubah..sampai bila rakyat nak kena perbodoh?

  9. Kerabat Arab beri RM7 juta hargai kejujuran Rosmah.

    NUR AFLAH, bagus u buat undian ini sahaja, ADAKAH ROSMAH JUJUR/IKHLAS? Ya @ tidak
    lagi baik darpada mengundi untuk memecahbelahkan PAS.

  10. Nur Aflah....
    Haji Hadi TIDAK boleh letak Jawatan, yang harus letak Jawatan ialah STOPA, NASA & Pak Asan Ali, 3 orang ini yg menjahanamkan PAS.

  11. Salam... semoga pak bakaq ikhlas dalam menyampaikan lontaran idea2nya... takut2 benda2 camni makan diri balik.. kat akhirat balasannya tersangatlah pedih... Kalo x ikhlas.. Sia2 je sume.. lagipun pak bakaq tersgt2 popular dah ni sekrg... ape2pun... semoga Allah berikan yang terbaik buat pak bakaq.. Ameen..

  12. Pak Abu (no 9)

    Saya pun tak tau macam mana nak ukur ikhlas tak ikhlas. Untuk lebih selamat kepada semua pihak, letak saja saya tak ikhlas.

    Saya tak nak popular. Saya hanya nak pastikan PAS dipimpin oleh ulama cerdik dan baik sehingga pemerintahan syaitan di negara ini dapat dihancurkan.

    Untuk apa popular kalau anak-anak saya nanti dan keturunan mereka merengkok di bawah pemerintahan syaitan!

  13. orang gomen sekarang gaji dah tinggi, kalau campur dengan elaun yg berbagai-bagai tu, ramai juga yg mendapat pakej lagi tinggi dari orang kerja swasta.

    kerja swasta pula setiap masa kena menjaga prestasi, orang gomen rata-rata (yg nampak, yg tak nampak mungkin juga lebih rajin dari orang swasta) curi rulang, borak-borak, extended coffee break, kerja lambat siap.

    lagi nak tuntut naik gaji! lagi nak tuntut bonus!

    kalau nak terkilan dgn Perdana Menteri menghabiskan duit rakyat, pekerja swasta pun turut sama terkilan. boleh kah pekerja swasta turut meminta bonus dari kerajaan?

    kami yg kerja swasta ni bonus pun tak tentu tahun ke tahun. apa lagi yg kerja sendiri, kais pagi makan pagi. boleh kah nak menumpang sama bonus pekerja kerajaan?

    - Putera Malaysia

  14. salam pak bakaq, ye la. aku perasan skang Harakah dah makin tak laku..aku sendirik pun dah malas nak beli dah...

  15. Ahim Kampong,

    Ada benarnya pandangan anda.Kalau yang 3(tiga)tu dah tak ada kemunkinan besar TGHA dapat diperbetulkan dan dibaik-pulih.Ana nak tambah seorang lagi - Bakar Chik.Untuk "mengneutralizekan" Geng UG(Trengganu) ni dicadangkan:

    (1) Ganti Nasaruddin Mat Isa - Husam Musa atau Nizar Jamaluddin
    (2) Ganti Mustafa Ali - Kamaruddin Jaafar (S/U Lama)
    (3) Ganti Hassan Ali,PJ Selangor - Khalid Samad atau Saari Sugib
    (4) Ganti Idris Ahmad - Mohammad Sabu atau Mujahid Yussuf Rawa.
    Dengan cadangan ini Dewan Harian PAS Pusat,tinggal seorang saja lagi Geng Trengganu,iaitu Hadi Awang.

  16. Anon 15, ko ganti semua pemimpin Pas kat atas tu dgn pemimpin Pas pilihan ko alamat tak der beza lar Pas dgn PKR dan DAP, semuanya liberal sbb nak menang punya pasal.......

  17. Jika tiada mustapa maka binasa lah hadi...

  18. akan ada nanti ulama cerdik impian pak bakaq...
    tapi for the time being - yang terlonggok depan ko tu je le

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Forum Keadilan 15/3/09

Arkib

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Powered by FeedBurner

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008