Sedap!! Klik gambar di atas!

Islam, Melayu atau mulut syaitan yang lebih utama?

Mengapa Umno siang malam berkerja supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat (PR)? Kerana Melayu? Kerana Islam?

Sebelum jawab soalan itu, jawab dulu soalan mudah. Yang mana satukah keutamaan parti perasuah? Rasuah, Islam atau Melayu? Yang mana yang nombor satu dalam senarai keutamaan parti pengkhianat Melayu dan penghina Islam itu?

Tak payah jawab dalam ruangan komen blog ini - aku tak larat nak bakulsampahkan maki hamun dan carut capai cybertrooper yang menjual agama dan bangsa untuk memberi makan anak bini mereka. Jawab dalam hati sendiri.

Untuk membantu menjawab soalan itu, cuba ingat siapa yang kata politik wang "bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini"?

Apabila dah jawab soalan itu, mari buat matematik mudah untuk menjawab soalan asal.

Di Selangor, kini ada 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Barisan Nasional (BN). Ditambah dengan seorang pak yet yang baru melompat, ada 21.

PKR ada 14 Adun, DAP 13 dan PAS 8.

Dengan kekuatan 21 orang itu, apa jadi kalau PAS isytihar keluar PR? Katalah PAS ikut titah perintah Umno, keluar PR dan tak payah masuk BN.

Kedudukan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) akan jadi 27 PR (PKR dan DAP), 21 BN dan pak yet BN dan lapan dari PAS. Keadaan akan jadi huru hara. Umno dan BN hari-hari akan jerit bahawa PR bukan majoriti dalam dewan. Hampa pakai pi la hujah apa pun, Westminster precedent ka, apa ka, BN akan tetap jerit PR tak ada majoriti di DUN Selangor.

Pada masa itu, siapa boleh menolak kemungkinan pengkhianat-pengkhianat mandat rakyat akan berkendak dalam gelap dan akhirnya nasib rakyat disumbat ke dalam mulut syaitan.

Mana lebih utama? Melayu, Islam atau nafsu syaitan? Banyak projek di Selangor, bib! (Kepada yang berkeras supaya jangan diungkit lagi sejarah berkendak politik dalam gelap, pergi suruh Allah s.w.t. padamkan cerita-cerita sejarah dalam al-Quran. Nak ungkit apa lagi kisah Ka'ab ibn Malik misalnya. Dia dah bertaubat dan dah tutup buku. Pergilah suruh Allah padamkan kisah Ka'ab dalam al-Quran)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Salam..

    Benarkah Presiden PAS dikelilingi dan dihimpit kumpulan tertentu..?!

    Presiden -.........Terengganu
    Timb. Presiden -...Terengganu
    S/U Agung -........Terengganu
    Ketua Penerangan -.Terengganu
    Ketua Dewan Ulama-.Terengganu
    Dr. Kayu -.........Terengganu

    Apakah yg akan berlaku? Kenapa ia berlaku..?

    'aku sokong PR'

  2. Kepada penyokong Hasan Ali di Selangor, kamu semua tak perlulah meletakan harapan yang tinggi menggunung yang Hasan Ali akan di maafkan oleh Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat, keputusan untuk memecat Hasan Ali telah pun dibuat tetapi secara rasminya akan diberitahu kepada rakyat selepas sahaja Jawatankuasa itu bersidang, kompom Hasan Ali akan di singkirkan itu maklumat dari bilik kebal PAS Pusat, tak tau la pulak kalau Tuan Ibrahim terbaca tulisan det ni dia akan ubah keputusan nanti.

    http://darulehsantoday.blogspot.com/2009/11/gugur-talak-3-sekiranya-lompat-parti.html

  3. Najib ada tersasul tempoh hari, bahwa salah satu muhyiddin punya kpi adalah rampas selangor, kerana najib dah berjaya mencapai kpi di perak! PKR adalah target utama muhyiddin kerana "iman" mereka tak sekukuh "iman" YB Pas dan YB DAP...

  4. kalau Umno projek lebih utama..

  5. IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL

    Salam untuk pemilik blog, pembaca blog dan kawan-kawan yang saya hormati.

    Mohon maaf.

    Seperti yang kita tahu Akhbar Utusan Malaysia banyak mengeluarkan artikel-artikel menyentuh perkara-perkara yang memutarbelitkan fakta, menghasut, mengandungi tuduhan liar dan tidak berasas. "TV3 dan Utusan Malaysia merupakan pakar putar belit terhebat di alam media."

    Sedikit saya petik dari Blog DSAI

    "Utusan Malaysia, sebagai lidah rasmi pemerintah khususnya Umno sewajarnya bertanggungjawab untuk mengajak rakyat agar keluar daripada kepompong perkauman, sejajar dengan konsep “Satu Malaysia” yang digagaskan oleh Perdana Menteri yang baru. Tetapi adalah sangat mendukacitakan, dalam keadaan Malaysia hampir menjangkau 52 tahun kemerdekaan, Utusan Malaysia masih lagi memainkan polemik perkauman sempit sebagai modal politik murahan." - sumber: http://anwaribrahimblog.com/2009/04/16/utusan-malaysia-jangan-jadi-penyebar-perpecahan-rakyat/

    Hingga ke hari ini kita masih lagi belum melihat apa-apa perubahan yang dilakukan utusan malaysia.

    Maka saya ingin menjemput sahabat-sahabat yang saya hormati untuk bersama-sama MEMBANTU menyedarkan pihak-pihak yang terbabit.

    Sila buka pelayar web baru dan pegi ke MyUtusanMalaysia.blogspot.com

    Dengan ilmu dan pengalaman yang ada, anda boleh memberikan pandangan/komen untuk setiap artikel-artikel yang dikeluarkan oleh utusan malaysia setiap hari.

    Mungkin dengan cara ini, pembaca-pembaca utusan malaysia yang lain akan mengetahui apa itu "Racun" dan apa itu "Penyebar Fikiran Rakyat".

    Terima Kasih,

    MyUtusanMalaysia.blogspot.com
    UTUSAN MALAYSIA ONLINE + INTENSE DEBATE = MY UTUSAN MALAYSIA

  6. Bhai...

    Ikut calculation gua.. paling kurang akan melompat di Selangor adalah 10 ekor kongkang dan lotong.... jadi kemungkinan tue ader tinggi gak untuk BN dan setan BN berkuasa majoriti di Selangor dengan bantuan kongkang dan lotong...

  7. Seperti kata TGNA...denge syaite pun kito sanggup berpakat!!!

    Jadi persoalan yang harus dijawab oleh Bakaq Syiah ialah....apa yg PAS boleh dpt klu bergabung dgn UMNO dlm UG ni? Samada demi Melayu atau demi Islam. Walaupun kes UG ni dah brape kali tutup buku tapi ttp gak diungkit2 mcm xnak bagi dibenam. Dicari gak jln utk bongkah balik psl UG ni. (Dahsyat sifat Pak Bakaq ni). Ok...senaraikan....
    1.
    2.
    3.
    4.
    5.
    6.
    7.

    Ingat...jawab itu mestilah berpandukan fakta...bkn histeria...bkn pandai2 main pendapat sendiri...fakta ok. Bkn omong2....bkn agak2. Jgn ikut perasaan. Kata nak berhujah kan....silakan!

  8. Bakaq, PAS ditimpa perasan dan perasaan, raa diri dia molek benor..dia ingat semua dok nak mengorat dia siang malam. Poooraaahhh...

    UMNo tak ada nak sebok tarik sapa sapa keluaq kecuali depa dok mai terisin, terhegeh, menadah muka kesian nak mai menyeberang...tak ada 'lompat' bulanan dari parti pembangkang ke dalam UMNO. Yang dok ada parti kera rejek terima kemasukan baru secara mingguan dari mereka yang dah cacat dan dipecat dari parti asal. Chua Jui Meng dan Zaid antara nama2 besar yang sudah '2nd hand' antara yang diterima masuk ke dalam PKR. Dapat barang rejek pun dah riuh sekampung..

    Hassan Ali nak masuk UMNO pun Mahathir dah kata...UMNO elok jangan terima..Badrul nak menyeberang pun Mahathir dah kata..UMNO kena tengok dulu..malah Tun berharap negara mempunyai pembangkang yang kuat. PAS boleh main peranan ini tetapi jangan kuat merapu, jangan selalu merujuk cakap cakap kedai kopi, jangan banyak sangat prasangka buruk hinggakan bayang bayang sendiri di sangka syaitan..

    Bakaq, jadilah orang budiman, jangan sampai kalau badan dicampak ke zoo, harimau pun tak mau makan..

  9. Penarik beca,

    Perang saraf yang dilakukan oleh Barisan Nasional khususnya UMNO memang hebat. Ditambah lagi kekalutan yang diwujudkan dalam parti PAS oleh orang-orang yang ada kaitan konspirasi.

    Perang saraf ini kalau dilayan akan merosakkan akal fikiran yang waras. Kita perlu bertenang ketika kita menghadapinya. Setiap hari ada saja masaalah baru yang akan ditimbulkan dari berbagai pihak... bagi pihak UMNO.

    Jika difikirkan secara mendalam mengenai pergolakan dalam parti Pakatan Rakyat sememangnya amat menakutkan bahawa kita akan kehilangan Selangor seperti Perak.

    Tapi sebagai jantan yang bertelur... Penarik beca perlu mencari idea yang lebih bernas tanpa rasa takut menghadapi perang saraf dari UMNO terhadap Pakatan Rakyat di Negeri Selangor atau dimana saja.

    Kalau berperang maknanya kita kena tahu apa jenis peperangan itu...? Senjata jenis apa yang menyerang kita, dan kita perlu persiapkan jenis senjata yang setanding dengan peperangan yang kita hadapi. Dalam peperangan walau pun kita lemah, musuh pun takut mati.

    Semua parti mengalami pergolakan dalaman dan masaalah yang dihadapi ada yang hampir serupa kecuali rasuah. Dalam keadaan ini memang ramai wakil rakyat dalam kebanyakan parti melelong diri dalam pasaran gelap.

    Sebenarnya dalam keadaan ini, semua pemimpin parti perlu mengenali lebih dekat setiap perwatakan dan kelakuan wakil rakyat mereka. Mana-mana wakil rakyat yang dilihat sudah mula meroyan dan bercakap seorang diri dihadapan wartawan seperti orang gila maka cepat-cepatlah mereka ini dikurung atau dicantas terus.

    Kita tidak perlu takut kehilangan Selangor jika kita benar-benar sudah bersedia menghadapi apa jua tipu muslihat perang saraf pihak musuh.

    Penarik beca.. tahukah anda bahawa Negeri Johor sebagai kubu kuat UMNO, jika kita selalu menyerang negeri itu dengan bom saraf yang hebat akhirnya mereka terpaksa menyerahkan negeri itu pada Pakatan Rakyat...?

    Percayalah Allah sentiasa berada dengan orang yang berakal waras...!!

  10. Aku faham hang kecewa Bakaq....sakit hati tak dpt tgk PAS berpecahbelah. Nak tgk PAs begaduh panjang. Sori lah jarum hang tak menjadi lagi. Jgn bersedih.
    Takpe lah...hang dgn geng2 Syiah hang yg serupa...teruskan berusaha mencari artikel2 lain..idea2 blog yg lain utk menjahanamkan perpaduan dlm PAS. Jgn dibiarkan hati hang yg busuk tu tak disiram dgn minyak...teruskan. Geramkan tgk mereka berdamai pulak. Tension nak tunggu Lembaga Disiplin bertindak....xper...tabur lagi fitnah2 hang.
    Oh yea...fahaman Syiah hang terbaru....apa Allah Taala buat dan tarok dalm Quran hang pun boleh buat jugak...klu dah jahil tungkil tu...dok diam2...tapi make sense gak...patut Syiah nak kawin lebih dari empat. Hahahahahaha............
    Mudah2an Allah Taala memecahbelahkan keluarga mcmana hang nak tgk PAs berpecahbelah. Amin.

  11. Kalau kite kaji macamana Amerika menjahanamkan Iraq...kite tgk konsep dia sama dgn apa yg Bakaq dan blogger2 yg seumpama dgn dia lakukan. Di Iraq, Islam dipecahkan kepada Islam Arab, Islam Kurdish dan Islam Turki. Mcm2 dilakukan agar Islam itu berpecah. Kemudian Islam Arab itu dipecahkan lagi kepada Islam Sunni...dan Islam Syiah. Dan dipecahkan lagi...ada yg ikut Imam A...ada yg ikut Imam B. Smpi ke hari ini...belum dpt bangkit umat Islam di Iraq utk melawan penakluk secara satu pasukan. Di Afghanistan pun formula yg sama juga digunakan.

    So berbalik kepada PAS...dicanangkan ada PAS Pro UG...ada PAS Pro Erdogan...ada PAS Kedah...berbanding PAS Terengganu...campur plak lagi PAS Kelantan dan PAS Selangor plak yg terkini. Matlamat dia apa? Sama supaya Islam itu hancur, berpuak dan lemah. Dah padam isu...ditiupkan lagi dgn kuat api permusuhan. bak kata pepatah...klu benda tipu diulang2 smpi 10x...akhirnya dipercayai jua.

    Dan yg menyedihkan...mereka2 ini bertopengkan Islam. Sungguh menakutkan. Berwaspadalah wahai saudara se Islam ku...mudah2an Allah menetapkan kite dlm ukhuwah yg elok.

  12. CAYA PAK BAKAQ......"Kepada yang berkeras supaya jangan diungkit lagi sejarah berkendak politik dalam gelap, pergi suruh Allah s.w.t. padamkan cerita-cerita sejarah dalam al-Quran. Nak ungkit apa lagi kisah Ka'ab ibn Malik misalnya. Dia dah bertaubat dan dah tutup buku. Pergilah suruh Allah padamkan kisah Ka'ab dalam al-Quran"

  13. Singkir hasan ali dan kumpulan UG yang menjadi boneka UMNO parti perasuah...

  14. kerana hasan ali dan kumpulan UG, TGNA dan ahli PAS tolak 100% sebab tu dibuat rundingan sulit, singkirkan barua UMNO dalam pas...

  15. UMNO parti perasuah, tolak UBN, parti perkauman!!!!

  16. point taken.. very sharp & on target.. Offensive & aggrasive mode.. yet calm & wiser

  17. singkirkan PTD dalam JAIS http://marul77.blogspot.com/2009/11/singkirkan-semua-ptd-dalam-jais.html

  18. pak bakaq, hang memang terror bab kilas hujah nih. aku pun tak terfikir nak jawab balik dengan hujah kaab bin malik... keliaaaa..

    aukauk88.

  19. SELAGI MUSTAFA ALI,NASARUDIN MAT ISA,BAKAR CIK, HARUNG TAIB,NASARUDIN TANTAWI, IDRIS AHMAD,TAK DI CANTAS MAKA BERLAKULAH APA YANG AKAN BERLAKU DALAM ELECION KE 13 IA ITU UMNO AKAN TERUS MERATAH DAN MEMBAHAM APA SAJA YANG HALAL DAN YANG HARAM. BADWI PAS

  20. Udah nama pun parti perasuah. Tapi aku heran laa, masih ramai lagi yang buta dan pekak! Takper, yang buta dan pekak, mereka ini kita kena bantu pimpin tunjuk jalan..

  21. pakcik,

    bangsa amno memang special sikit di malaya ini. ketuanan mereka lebih mulia dari melayu hee hee hee. kalau sebut politik wang itu bukan rasuah. sbb itu kalau depa malkan politik wang sprm tak boleh masuk campur. itu hal dalaman parti.

    kalau orang gomen buat claim terlebih sepuluh hinggit itu salah guna kuasa huhuhu. sprm akan berkejaran meyeret mereka ke muka pengadilan. kalau pun sprm nak heret bangsa amno pi mahkamah atas sbb politik wang itu tindakan sia2 dan bangang. sbb apa teman kata gitu...nanti kingan si korek korek akan cakap itu politik wang tara sama dengan itu rasuah. jadi hakim tu tepaksa sakap korek korek korek

  22. Islam

  23. PKR tak habis2 duk tukar pemimpin PKR. PAS baru nak start.PKR dah lama bermula sejak menang PRU12. Hanya DAP masih macam tu. Tak berubah.

    Masalah PAS dan PKR sebenarnya berpunca diri sendiri. Hasan Ali dan Khalid Samad terang2 duk lawan keris. TGNA pula style komando, tembak ramai2 sekali gus. TGHA duk tunggu apa nak jadi, jadilah.Mungkin tunggu bersara dari politik. Husam asyik nak gaduh dengan siapa kiat pun tak tau. Nasha entah apa benda dalam fikiran dia. Nak jadi Ustaz ke atau jadi ahli politik. Nizam ula tak habis2 nak terus jadi Menteri Besar. PAS dah lintang pukang. Mungkin PAS Kedah saja yang masih tenteram

    Untuk perjuangan Islam, kita sandarkan kepada ulama2. tapi sama2 ulama pun dah kecoh. Dr. Asri dengan Jais dah berperang pula.

    Selagi nama Melayu, sama saja PAS,UMNO dan PKR======Pendekar Bujang Lapok. Politik Kampung .

    Mungkin kita semua berada di akhir zaman. Ayuh bukan ahli politik,kita semua lupakan PAS, lupakan UMNO, lupakan PKR. Kembalilah semua kepada Al-Quran dan Hadis.

  24. makaseh bakaq
    memang pelik la benda2 yang berlaku sari 2 hari ni,hasan ali sedang kumpulkan pas2 kawasan di selangor untuk jelaskan benda2 yang dah jelas semua orang tau,inilah bila orang salah diberi peluang untuk kehulu kehilir untuk menjaja yang apa dia buat selama ini adalah tak salah,nak tergelak aku tengok lakonan anak ali ni,dulu takda masa langsung nak bagi ruang untuk bertemu dengan ahli2 pas,dah rasa macam nak kena buang ni barulah rasa penting nya ahli2 pas ni. yang pelik pulak tu pengerusi majlis dalam program membela hasan ali ni adalah mad zin yang sebelom ni adalah orang yang paling kuat sekali di selangor menentang hasan ali.he he he,tapi rasa aku la hasan akan diselamatkan oleh setopa ali dan presiden,yang menyiasat ahli penal forum perdana,yang kena siasat pengerusi forum perdana,tempat rujuk ahli panel forum perdana(harun).dalam bab ni kita kena malu la ngan umno,orang luar dari kepimpinan jadi pengerusi disiplin parti,aku ahli pas memang tak puas hati langsung dalam bab ni,macam tak telus jer.

  25. pengundi kena tipu ngan asan ali said...

    ahli panel forum perdana akan umumkan,bahawa tiada ada kes untuk melibatkan pengerusi forum perdana dengan kesalahan2 yang dituduh,maaf tiada kes,kes ditutup,semua dah selesai.keputusan nya kukuhkan pakatan rakyat,?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008