Sedap!! Klik gambar di atas!

Hujah lawan hujah la, JAIS oi!

Banyak pandangan dan tafsiran bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang saya tidak setuju dan tidak berkenan langsung, walaupun ada yang saya setuju seperti pandangannya tentang orang berpuasa yang tak nak gosok gigi.

Saya tak minat sikit pun Mohd Asri. Saya juga tidak pernah ulas sepatah pun tentang pandangan dan tafsiran beliau sebab banyak sangat yang saya tak setuju dan saya tak berkenan. Saya peduli apa dia pernah jadi mufti dan saya pula sang jahil. Tak setuju, tak setuju la.

Tetapi, saya lebih tidak setuju tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangkapnya malam tadi (gambar pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi di sebelah - sila klik untuk besarkan). Saya tak nak la kata bangang. Kalau bangang, tak payah kata bangang pun memang bangang.

Hujah lawan hujah la - seperti yang dilakukan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) seperti yang dilaporkan dalam berita di bawah. Bukan hujah lawan tangkap, bodoh oi!

Dengan tidak mahu mengaitkan penangkapan Mohd Asri kerana saya malas nak buat spekulasi, kepada saya, urusan agama di negeri-negeri berada di bawah sayap pengaruh Umno. Raja-raja Melayu sering mengingatkan, urusan agama di bawah bidang kuasa mereka. Mereka pula bersetia dengan Umno. Equation mudah sudah ada lebih kurang. Hampa fikir sendiri la.

Berkaitan:
Latar belakang penangkapan Dr Asri (Satu Umat 2/11/09)
Dr Asri diseret ke mahkamah (Malaysiakini 2/11/09)
Will former Perlis mufti be charged? (Malaysiakini 2/11/09)
JAIS targets ex-Perlis mufti for unauthorised lecture (Malaysian Insider 2/11/09)
Jais tahan Dr Asri (Utusan Malaysia 2/11/09)
Bekas Mufti Perlis anggap diri disabotaj JAIS (mStar Online 2/11/09)
Peguam syarie sedia temui bekas mufti
PGSM ada bukti dakwaan terhadap Dr Asri

Berita Harian (2/10/09): Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) bersedia bersemuka dengan Dr Mohd Asri Zainal Abidin bagi mengemukakan bukti dakwaan mereka terhadap bekas mufti Perlis itu dalam memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong membantah tawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kepada beliau.

Bagaimanapun, Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip, berkata persatuan itu bersama 15 badan bukan kerajaan (NGO) Islam mahu pertemuan itu diadakan secara tertutup kerana ia membabitkan isu dalaman dan tidak wajar dibahaskan atau disensasikan secara terbuka.

"Kita (PGSM dan 15 NGO Islam) sedia bersemuka dengan beliau dan mengemukakan bukti segala dakwaan yang dibuat terhadap Mohd Asri, mengapa beliau itu tidak layak memegang jawatan Yang Dipertua Yadim," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Mohd Asri yang mahu PGSM mengemukakan bukti beliau mencerca Imam Ghazali dan Imam Nawawi serta menolak hadis Imam Bukhari melalui ucapan atau tulisannya, iaitu antara alasan bantahan mereka terhadapnya.

Ia berikutan memorandum yang dihantar persatuan itu dan NGO terbabit kepada Yang di-Pertuan Agong pada 12 Oktober lalu membantah cadangan melantik Mohd Asri sebagai Yang Dipertua Yadim.

Mohd Asri mendakwa kandungan memorandum itu satu fitnah dan pembohongan kerana beliau dituduh tidak mengiktiraf iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah, mencerca solat hajat dan menolak hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari.

Memorandum itu turut mendakwa Mohd Asri mencerca ulama besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali.

Mohamad Isa berkata, dalam memorandum itu, PGSM dan NGO Islam menganggap pendekatan Mohd Asri hanya menimbulkan keraguan dan polemik merugikan kepada umat Islam seperti dalam isu pencegahan khalwat, isu penggunaan kalimah Allah dan amalan cabang dalam Islam dikatakan bidaah di kalangan umat Islam.

Sementara itu, beliau berkata, PGSM dan NGO Islam mengakui kesilapan mereka sehingga menyebabkan kandungan memorandum itu 'bocor' di dalam laman web PGSM sejak Khamis lalu.

"Namun saya mengakui kandungan memorandum itu memohon Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan supaya tidak melantik Mohd Asri menjadi Yang Dipertua Yadim," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya hairan dengan keputusan Mohd Asri yang 'menolak' lebih awal tawaran pelantikan jawatan sebagai Yang Dipertua Yadim kerana kerajaan belum membuat pengumuman rasmi mengenainya.

"Kami kesal dengan Mohd Asri memperbesarkan dan mencari publisiti terhadap perkara yang menjadi hak dan budi bicara mutlak Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan. Ini adalah isu dalaman yang sepatutnya diselesaikan secara perbincangan tertutup dan berhikmah," katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom ketika dihubungi berkata, ia tidak sepatutnya menjadi isu kerana tiada pelantikan baru atau pengganti bagi mengisi jawatan itu dibuat oleh kerajaan.

Difahamkan, tempoh jawatan Yang Dipertua Yadim sekarang, Datuk Nakhaei Ahmad sudah dilanjutkan sehingga 2012.
"Kami sedia berdepan Dr Asri"
Sinar Harian (2/11/09): "Kami bersedia pada bila-bila masa bersemuka secara peribadi dan berbincang dengan Dr Asri tetapi berpendapat isu ini tidak wajar dibahaskan serta disensasikan secara terbuka," demikian kata dua yang diberikan Presiden Peguam Syarie Malaysia (PPSM), Mohamad Isa Abd Ralip yang juga jurucakap bagi 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain berhubung tuntutan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin yang mahukan bukti beliau menghina Imam Ghazali, Imam Nawawi dan menolak amalan Furu' (solat hajat, bacaan Yasin, talkin).

Mohamad Isa berkata, isu terbabit tidak perlu dijawab secara terbuka kerana Dr Asri sebelum ini sudah banyak kali mengeluarkan kenyataan meragukan dan bimbang jika perdebatan ini berterusan akan menyebabkan masyarakat keliru.

"Dr Asri banyak menimbulkan keraguan dan polemik yang merugikan seperti isu pencegahan khalwat, penggunaan kalimah Allah dan isu amalan furu' yang dikatakan bidaah dalam kalangan umat Islam.

"Kami tidak mahu terus mengikut rentak yang dimainkan Dr Asri kerana menerusi perbahasan itu nanti bukan sahaja soal hukum-hakam agama akan timbul tetapi juga keaiban dia (Dr Asri) akan tersebar jadi perkara ini tidak elok untuk tatapan umum," katanya di sini, semalam.

Mohamad Isa yang diminta mengulas tindakan Persatuan Peguam Syarie Malaysia sendiri menyiarkan memorandum yang disifatkan sebagai edaran dalaman menerusi laman webnya bagaimanapun mengakui perkara terbabit adalah kesilapan teknikal dan bukannya niat untuk memperbesarkan isu.

"Kami mengakui bahawa memorandum yang bertujuan sebagai edaran dalaman terlepas ke pengetahuan umum menerusi laman web kami tetapi kami telah menariknya pada jam enam petang hari yang sama Dr Asri menyebarkan salinan memorandum kepada pihak media," katanya.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. PGSM pun kena lawan hujahla oi! Kenapa nak bersemuka secara tertutup pulak? Tunjukkan bukti yg diminta tu, bagi orangramai tau yg Dr Asri buat tu salah! Kalau tak boleh tunjuk bukti, tak payah nak berbelit-belit, taulah awak peguam yg suka berbelit!

  2. sokong supaya lawan hujah pendokong wahabi ini dengan hujah...bukannya tangkapan...adakah tangkapan dilakukan untuk menakut2kan asri supaya jangan sertai pas?

  3. pak bakaq ,
    setuju tak setuju tak berkenan dengan dr. asri bukan sebab dia bekas mufti
    dan pak bakaq jahil , sbb kalu pak bakaq jahil , blog ni jadi blog jahil
    dan sbb ia bukan blog jahil ,maka babi tak leh cari makan .
    Tapi sbb penerimaan kita terhadap sesuatu ilmu dan skima yg kita pakai
    mcm pak bakaq yang kadang-kadang cenderong bangat pendapat syiah
    bagi aku pandangan dr.asri pandangan biasa ...
    malah kadang-kadang tak best dan dan agak kuno mcm kaum tua
    walau ada yang muda dan segar tapi tak de best mana
    banyak ustad ustad boleh pikir cam tu , yang agak melucukan
    tun mahathir dan marina teruja dengan seorang ulama yang kononnya .. blabla
    tapi jauh sekali dr.asri sesat or whatever , wahabi , tu semua karut ,
    yg cuba gambarkan dr.asri extreme tapi aku nampak dia kadang-kadang
    pengampu - type of ketua pemuda nasarudin le tapi asri pandai mensmartkn dirinya
    tu kelebihan dia , alim ? banyak ustad-ustad lain pun alim mcm dia
    cuma nak tanya pak bakaq , siapa punya main ni ? hasan ali ? why ?
    itu hari ustad harun taib pi rumah dr.asri nak 'ejas' apa ?
    nak ganti nasarudin mat isa yg dah terjejas imej dgn big asri
    geng ug tu dah pakat-pakat nak tinggalkan hasan ali sorang-sorang ..
    biar dia mampuih sorang-sorang , ka apa cerita

  4. jaga-jaga serampang bermata-mata...

  5. ini adalah usaha terancang "org2 amno dlm jais" untuk memburukan PR diselangor. Org akan ingat...berita penangkap ini adalah atas arahan dan persetujuan kerajaan selangor yg dipimpin oleh PR.

    amno sanggup lakukan apa saja... demi untuk menawan kembali Selangor.

    tu pon hangpa x nampak lagi??? kayu ka batu hangpa nie?

  6. bijak... lepas "depa' tangkap pastu persoal pulak... RON (ros+Na) dah tanya apa kewajaran tangkapan tersebut?? nampak sangat baling batu sembunyi tangan... pastu buat xtau. Org pon kata JAIS dibawah kerajaan selangor yg arahkan/setuju.

    kita tunggu apa pulak komen MB selangor atau hassan ali lepas ni??

  7. JAIS yg tangkap...yg lain plak kene bangang. kau ni syiah giler ek bakaq!!!!! Marah lah JAIS PKR kau...ngok punye syiah.

  8. Anonymous anonymous sekelian berhentilah jadi bacul. Kalian tak akan jadi bijak dan taqwa selagi baling batu sembunyi tangan, dah sepak tapi tak mengaku dan apa apa ajelah perbidalan untuk hangpa ni. Muluat la aku baca, berapi tapi nak bgtau nama pun takut.

    Semua isu mesti di tangani dengan hujah lawan hujah walau terang terang benda tu salah pihak yang nak menegakkan kebenaran perlu berhujah.

  9. yang pak bakaq pi siarkan anon 7 yg tah apeape pahal haha
    tak pasal pasal pak bakaq terpaksa memaki bodoh padanya
    tu yg kekadang seronok ketawa layan blog tu haha
    tapi baguih juga pak bakaq balun spesis babi babi ni ..

    cerita dr.asri ? bukan ada pun cuma .....
    sbb baru-baru ini cerita member nak masuk politik ...
    jadi barangkali orang dah boring - asyik2 anwar , nik aziz , hj hadi ,
    nizar , hasan ali , ong tee keat , koh tsu koon blabla
    orang nak tengok muka baru , apa ? dr.asri nak masuk politik ?
    so semua bagi reaksi - sokongan ka , pekena ka , ..
    eleh ... perangai "Malaysia" dari dulu

  10. memang dah syarat macam tuh.....siapa pun kalau banyak ilmu tapi tak de tauliah memang akan kena tahan. Macam orang pandai bawa kereta tapi tak de lesen pun kena tahan juga

  11. apa la.. tangkap la artis yang dok tunjuk mangga.. ok la jugak

  12. pak bakaq..kenapa tak setuju dgn asri?beliau adalah golongan cerdik pandai dalam keilmuan agama.banyak rujukan kitab2 mazhab2 yg dikajinya.kalau pak bakaq jahil tentang agama,pergilah mendengar kuliah agamanya.saya tak pasti apakah pak bakaq seorang syiah spt yg digembar gemburkan.saya tak suka khabar angin tetang hal itu.saya ingin pak bakaq mengaku tentang hal ini.
    tentang tangkapan jais tu,spt yg dirancangkan oleh pihak dengki kat asri.banyak teori mengatakan pkr cuba memalukan asri sbb isu muhabalah,ada juga teori hasan ali cuba mengalih isu.yadim juga dikatakan terlibat tapi yang pastinya jais adalah dibawah pengaruh umno.bagi aku pulak,tak ubah mengeruhkan pakatan selangor.isu ini akan dijadikan modal politik umno.spt baling batu sembunyi tangan.jais dibawah kerajaan negeri,sudah tentu rakyat akan marah.maksiat diselangor berskala besar tidak dibanters,kenapa pulak dakwah disekat.
    cubaan umno selangor untuk menjatuhkan pakatan setakat ini tidak berjaya.isu kaum,isu moral,kepala lembu,ug dan terakhir sekali lompat parti.ini adalah percubaan
    g berani dibuat oleh pihak terbabit.semoga Allah menglindungi para ulamak.

  13. hujah memang lawan hujah...yang berlaku tu pun baling batu sembunyi tangan juga...tak gitu ke???

  14. anonymous konon.. inilah contoh2 manusia yg samada tak reti nak isi nama dlm kolum nama atau memang tak tau cara... ATAU MEMANG TAK BERIMAN LANGSUNG KEPADA HARI AKHIRAT & HARI PEMBALASAN

  15. Aku simpan dulu komen aku, aku nak tunggu apa Dato Nik Aziz kata...kalau dia kata JAIS bodo, aku pun akan turut kata JAIS bodo, kalau Dato Nik Aziz kata JAIS betul, aku pun akan turut hangguk dan kata JAIS betul... aku tak seberani pak bakaq bagi ulasan sebelum 'idola' aku berbunyi..

    Rancang tak rancang, ramai dah kata..ini kerja UMNO...jadi betul ke tak betul..aku terpaksa puji UMNO bijak dan baguih sehinggakan buat ke tak buat pun orang PAS punyalah 'fobia' pada UMNO macam takut dengan hantu.

    Nampaknya saat dan ketika untuk PAS terhempas dah tak lama lagi dah...

  16. Bakaq,

    Hang tak perasan ke baru2 ni Istana ada buat statement. Di Selangor hanya raja, mufti dan pengarah JAIS boleh bercakap berkenaan isu agama. Exco agama pun tak diberi laluan. Ahmad JAIS lagi tak boleh. Dlm isu ni, puak2 bangang dalam JAIS yg masih mentaliti sesat UMNO yg merancang. Cuma Allah juga merancang bahkan lebih baik. Hang tengok la nanti, last2 UMNO juga akan terperangkap walau PR tak menang isu ni.

    Sama mcm MAIPP (Pulau Pinang), YDP tak mau letak jawatan walau kerajaan negeri bertukar sbb dibackup oleh Raja. Benak betui UMNO ni...

  17. Ketua Pengarah Jais tahu kes yang sebenar

  18. pak bakaq, saya takmo cakap pasai dr.asri ni..yg saya nampak lagi hebat adalah dalam keratan utusan, "jgn persoal kabinet saya??-najib" ..amboi ...hebat betui..
    kenapa rakyat ni bodoh sangat ke sampai orang yg kalah pun buleh naik lagi..??

  19. ooo...satu lagi...ingat tak dulu saya penah komen pasai PAS bergabung dgn UMNO??dari blog sukj..??ingat ke? hahahahha...nampak gaya masih kuat pengaruh puak2 nie kat dalam PAS...apa yg kita nak harap lagi kalau semua macam bangang...

  20. Siap tak kenal Dr. Asri ni mulut celupar macam Tok Guru. Selalu ceramah nak kutuk perli orang, agak kasar juga perlinya tapi bab perkara yang remeh. Pandang rendah Syed Syed dari Yaman ni. Tapi dia tak sedar kalau taada orang Yaman yang bawak Islam ke Nusantara entah - entah dia ni jadi ketua Sami dekat Kuil buddha terbesar di Asia dekat Tumpat tu. Jangan terlalu bangga diri, riak.

  21. Bila sebut je nama Ali, Fatimah, Hasan dan Husin Dr. ni kata ada unsur syiah. Apalah jenis manusia ini.

  22. malam ni aku p dengar drmaza kata apa,nanti aku cerita kat hangpa pas tu kita analisa ramai2.........tak mau serkap jarang




    al-manar

  23. ini semua kerja pencacai haram jadah yg asyik gila kuasa,kerja tak buat,tapi hentam org nombor satu

  24. Asri adalah seorang Wahabi yang tak mengaku Wahabi.Bahaya dia ni..kalau masuk PAS, rosak PAS.Baguih la kena tangkap, bagi sedar sikit.Jangan ingat hang ja betoi.~pakcik

  25. WAHAB, WAHAB, WAHAB, KAU LAKSANA BULAN. BOLEH TAK KAU JADI BULAN. MEMANG TAK BOLEH, BEGITU JUGA DENGAN JAAFAR BARZANJI PAKAR SYAIR. ZAMAN KITA ADA P. RAMLEE. ZAMAN DEPA DULU ADA JAAFAR. APA NAK HERAN. LEPAS TU KUTUK ORANG YANG BERZANJI.MELAUN.

  26. Buat apa nak sibuk kata orang Yaman asyik makan daun kaf untuk steam. Tapi kat Malaysia ini yang minum air ketum, hisab ganja, cocaine, morphine, heroin dan macam- macam pil lagi, hang buat diam, taada usaha nak memulihkan mereka ini. Cakap kosong macam tu Mat Sabun pun boleh buat,

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008