Sedap!! Klik gambar di atas!

Harimau terluka dan sagu hati

Dalam posting bertajuk "Selamat menghentam Husam!" saya tulis seperti berikut:
Dalam berita bertajuk "Nik Aziz tidak akan terima," Utusan Malaysia hari ini melaporkan Tok Guru Mursyidul Am berkata:
Menteri Besar itu berkata, selama ini beliau tidak menyebut mengenai kebaikan Husam kerana bimbang Exco lain akan berkecil hati.

"Saya selama ini tidak sebut kerana takut kecil hati Exco lain sebab mereka ada portfolio masing-masing, tetapi portfolio Husam iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan. Banyak fikiran dia selamatkan politik Malaysia," katanya.
Pujian Tok Guru yang lain tidaklah menarik perhatian saya. Tetapi, dari teropong buluh saya la, pujian yang di atas mungkin menyebabkan begitu banyak harimau di Kelantan yang luka parah.

Orang kata, harimau yang cedera akan mengamuk tak tentu hala. Kita tengok sahajalah bagaimana harimau-harimau terluka di Kelantan akan menerkam.
Saya harap tidak ada kejadian sedemikian berlaku. Tambahan pula, hari ini diumumkan sagu hati dalam Harakah Daily dalam berita berikut:

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. cayalah bro, cepat betul menangkap..

  2. HUSAM....HUSAM...HUSAM MUSA
    MEMANG TU LE NAMA NYE
    SALAM AIDILADHA

  3. Salam tuan blog, tolong siarkan,

    KISAH KEZALIMAN DAN PENYELEWEGAN DI MPKB-BRI , KOTA BHARU, KELANTAN

    Salam, Saya mewakili kawan saya, seorang pekerja kelas (“hamba abdi”) kelas bawahan di MPKB-BRI .. Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam”.

    Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji..

    Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat Penyelewengan pihak atasan (pihak pengurusan) MPKB-BRI…KONONYA SERAMBI MEKAH…BANDARAYA ISLAM.

    UNTUK MAKLUMAN PEMBACA, KAWAN SAYA INI TIDAK MISS PANGKAH PAS DAN BUAT KERJA2 BANTU PAS (TANPA UPAH) SEWAKTU SEMUA PILIHANRAYA UMUM/KECIL.

    INIKAH MODEL MAJLIS BANDARAYA UNTUK NEGERI PAKATAN RAKYAT ???

    Senarai kezaliman MPKB-BRI kepada kami :

    1. Kami diarahkan buat kerja lebih masa (OVERTIME) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gentian…INI AMATLAH ZALIM DNA KEJAM.

    2. Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong “melencong” beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alas an “Lawatan Sambil Belajar”TETAPI TIDAK MAMPU BAYAR GAJI OVERTIME PEKERJA KELAS BAWAHAN MPKB-BRI.. hanya 1 benda sahaja perubahan yang ada di MPKB-BRI.iaitu pensrukturan system jalan raya / aliran trafik di MPKB-BRI.

    3. MPKB-BRI SUDAH PAPA KEDANA..BANYAK HARTA MPKB-BRI DIJUAL..MALAHAN BANGUNAN MPKB-BRI SEKARANG ADALAH DISEWA DENGAN PKINK.


    Untuk pengetahuan semua, banyak bos-bos besar, ahli –ahli majlis di MPKB-BRI adalah bersikap / berperangai kuk besi ..firaun kecil.

    Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada Exco yang memegang portfolio MPKB-BRI, ahli-ahli majlis MPKB-BRI , pegawai-pegawai atasan / pengurusan MPKB-BRI


    Kami diugut akan dipecat / dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB-BRI jika perkara ini ke pihak kerajaan negeri / awam.

    Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di kelantan dalam PRU 13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak kerajaan negeri kelantan.

    Semoga rintihan kami ini mendapat perhatian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, exco dan adun-aduan sekalian.

    Bukan untuk tapi,kami mahukan “KEADILAN .. PEMBELAAN”

    KAMI HARAP PENTADBIRAN MPKB-BRI DIPANTAU SECARA KETAT DAN KALAU BOLEH ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI MPKB-BRI WAJIB DILAKUKAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ. KEPADA DATO HUSAM, KAMI HARAP ANDA DAPAT BERTINDAK, WALAU KAMI TAHU INI BUKAN PORTFOLIO ANDA.



    KAMI SAYANGKAN PAS PERINTAH NEGERI KAMI,,

    KAMI BARU BERANI BERSUARA KERANA MELIHAT ADA SINAR SELEPAS PERGOLAKAN DI PMBK.

    KALAU TAK BERTINDAK SEKARANG, NECAYAA PRU 13, PAS TUMBANG DI KELATE,, DAN KAMI LAH YANG AKAN TUMBANGKAN PAS

    HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.


    INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRI
    KOTA BAHRU, KELANTAN

  4. Baca di bawah untuk bungaan rentak tari salah seekor harimau terluka:

    MB Kelantan: Nik Aziz digesa umum pengganti, pelan peralihan
    TERKINI

    Oleh Adib Zalkapli
    KUALA LUMPUR, Nov 23 – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digesa menamakan penggantinya ketika pentadbiran kerajaan negeri pimpinan beliau yang sudah cecah tahun ke-19, terus dibelenggu isu demi isu.

    Gesaan itu diketengahkan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

    “Saya secara peribadi rasa perlu Tuan Guru Nik Aziz menamakan pengganti atau sekurangnya bagi petanda untuk memudahkan proses (peralihan),” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

    Mohd Amar menambah: “Kalau berlaku tiba-tiba (perubahan pucuk pimpinan), mungkin orang yang naik (pengganti) memerlukan masa untuk menstabilkan keadaan.”

    Kata beliau, pandangan itu bukan bertujuan memaksa Nik Aziz berundur sekarang.

    “Cuma pada pandangan saya, Tuan Guru sudah ada dalam fikiran tapi tak mahu namakan kerana tak nak lukakan sesiapa.

    “Bukan suruh Tuan Guru berundur, lebih baik menamakan pengganti atau mencadangkan kepada parti... nak terus kekal pun tiada masalah,” katanya lagi.

    Nik Aziz menerajui Kelantan sejak 1990 selepas PAS menawan pada pilihan raya umum tahun itu.

    Mohd. Amar berpendapat bahawa pelan peralihan boleh mengurangkan kekecohan dan khabar angin.

    “Kalau peralihan kuasa berlaku dan jelas, mungkin kekecohan ini tak berlaku,” katanya.

    Dalam temu bual dengan Harakah, Mohd. Amar yang ditanya bagaimana agaknya keupayaan PAS atau kerajaan Kelantan tanpa Nik Aziz, berkata:

    “Saya rasa sokongan rakyat kekal, sebab pemimpin ni, dia datang dan pergi.”

    “Cuma mungkin kalau Tuan Guru tidak ada atau berhenti sebelum masanya, rasa tidak puas hati atau reaksi berbeza itu kemungkinan ada,” katanya.

    Menurut Mohd. Amar, jika dasar semasa yang diletakkan oleh Nik Aziz boleh dipertahankan dengan baik, beliau merasakan tidak menjadi masalah jika Menteri Besar akan berhenti apabila sampai masanya kelak.

    “Saya rasa rakyat ni menyokong PAS kerana dasar, cuma Tuan Guru dan peribadinya itu sebagai bonus besar yang menambah kepada perjuangan PAS.

    “Saya lihat daripada sudut itulah. Pemimpin ini silih berganti,” katanya lagi.

  5. Bakaq, di bawah ini artikel menarik Anual Bakri Haron. Awat hang tak ulas?

    Ada yang berkata, generalisasi Anual Bakri Haron ke atas mereka yang berumur 20-39 tahun dan 40-59 tahun is too general; unfair and discouraging to aspiring youngsters.

    By the way, secara kebetulannya Ariffahmi berada di dalam lingkungan umur 20-39 tahun manakala Husam serta Anual Bakri pula berada di dalam lingkungan umur 40-59 tahun.

    Anual Bakri Haron: Garam dan usia, guru kepada Nik Aziz

    Makhluk bernama usia penuh dengan keajaiban. Ia sebuah program perjalanan genetik yang berada dalam khazanah kehidupan. Ia tidak dapat dielakkan. Bagaikan tabii sebuah perahu yang menghilir, ia perlahan mengalir.

    Adakala, ia tersangkut awal dan boleh kekal terhenti. Ada masanya, ia boleh terhenti sementara dan mengalir lagi untuk juga berhenti di tengah. Hanya orang yang ditakdirkan panjang usianya saja yang akan terus mengalir, rapat hingga kehujung. Hujung boleh bermakna 100 tahun misalnya.

    Dalam perjalanan merempuh tebing dan melayan selekoh di liku-liku cabaran hidup itulah orang yang berusia mengumpul garam.Garam itulah yang mengasingkan antara orang yang bijaksana dengan yang kurang. Tentu sekali air yang dalam lebih jernih.

    Dalam banyak hal, kematangan banyak tertakluk kepada usia. Jika tidak, masakan junjungan besar kita Nabi Muhamad s.a.w. dilantik dalam usia 40 tahun. Jika itulah had minimum bermulanya usia kepimpinan yang sihat maka itulah dalilnya.

    Namun, ini tidak bermakna yang pemimpin tidak boleh lahir lebih awal. Namun, jika kita bercakap soal “bench marking” dari isyarat yang digaris oleh langit, maka inilah idealnya. Bermula dari usia itu, Rasulullah s.a.w. menerima wahyu-wahyu suci. Di sana kita dapat saksikan betapa faktor kewarasan memainkan peranan.

    Dalam usia awal dewasa yakni antara umur 20-39 tahun atau disebut juga sebagai zaman vicenarian/tricenarian ini, manusia terlalu tinggi digerakkan oleh nafsu ammarah,emosi dan kecintaan untuk memenuhi kegelojohan cita-cita.

    Dunialah, apa lagi! Tanpa perimbangan dan kawalan agama, tamaknya akan sering melanggar tebing. Ia kerap terbabas.

    Jika dia seorang pemimpin parti atau organisasi dan kurang berhati-hati, dia akan banyak merempuh tembok amanah dan melanggar pelbagai disiplin yang barangkali dia sendiri yang rangkakan.

    Kadangkala, atas nama ghairah berdakwah, dia terlalu rajin mengingatkan anak buah tetapi dialah orang yang pertama melanggari kata-kata dari kuliahnya. Kemudian, dia lazimnya sibuk dan banyak membakar masa produktifnya untuk mempertahankan kesalahan diri dari kubu persembunyiannya yang bernama ego. Dalam mabuk kuasa dan populariti itulah, dia memalukan dirinya. Ini akan terbukti dalam jangka panjang.

    Manakala, usia pertengahan dewasa antara 40-59 tahun atau disebut sebagai tahap quadragenarian/quinquanarian pula adalah usia pembenihan dan pertumbuhan bakat kepimpinan yang terbaik.

    Zaman yang dikenali sebagai renaissance kewarasan ini adalah zaman yang subur dengan gelora sumbangan. Dengan bekal taqwa, ilmu dan keikhlasan, seorang mukmin sejati akan dapat disaksikan kegemilangan akhlaknya yang terpuji sewaktu menangani apa jua isu seputar amanah yang dipikulnya. Dia lazimnya berprestasi tinggi.

    Bagaikan kemuliaan seekor penyu, dia akan menelurkan ribuan jasa tanpa diriuhinya akan kehadiran "sayanya." Dia adalah air yang senuh setin. Keakuan dan ketrampilannya dipendamkan serahsia mungkin tetapi di sana orang seakan-akan tahu dia adalah sebutir geliga yang tergilap.

    Tanpa mengocak loceng kehadiran, sentuhannya masih terasa. Tangannya mungkin tidak kelihatan tetapi cakar-cakar amal yang mulia dari sentuhan dan tinggalan jasanya ada di terkesan di mana-mana.

  6. Husam stays cool as rumours churn
    Terence Netto
    Nov 24, 09
    6:34pm

    Asked his opinion on Kelantan executive councilor Takiyuddin Hassan's appointment today as deputy secretary-general of PAS, he characteristically replied: "Why don't you ask Mustapha Ali?"

    Mustapha, from Terengganu, is secretary-general of PAS, appointed by party president Abdul Hadi Awang, who is from the same state.

    HAHA, MANGKUK AYUN SUNGGUH ANIL NETTO NI. I REMEMBER SOMEONE FROM KELANTAN TOO ONCE SAID, "DON'T ASK STUPID QUESTION, OTHERWISE YOU WILL JUST GET STUPID ANSWER".

  7. taqiyudin tak masuk list bakal mb

    elok la dia g ke pusat

    list mb ada dua, husam ngan nik amar

  8. takiyudin yang baru jadi timbalan setiausaha agung kena menjawab dakwaan anon #7 sebab bawah portfolio dia. huh! makin banyak cerita buruk keluar. kesian TGNA.

  9. Bakaq, perkara kecil tetapi besar buat pekerja MPKB di atas jangan diperlekehkan sebab dulu BN tumbang pun lebih kurang atas masalah yang remeh juga.

    Elok tuan bisikkan pada yang berkenaan kerana terlampau banyak bisikan politik tetapi bisikan 'buat kerja' buat buat tak dengar.

    Kelantan bergantung banyak kepada Nik Aziz dan Husam, exco dan pemimpin PAS Kelantan yang lain lebih kurang 'haprak'. Kalau ditinjau ke Kedah, agaknya siapa pula yang Ustad Azizan nak puji ada seorang lagi macam Husam di Kedah.

    Banyak adu domba di Kelantan dan Husam macam sudah hilang kepercayaan kepada Nik Aziz untuk menamakannya sebagai pengganti, malah ketidakpergian Nik Aziz ke Mekah adalah satu tamparan untuk Husam yang bercita cita untuk memangku jawatan MB bagi mensohorkan dirinya layak di kerusi tersebut.
    Menantu Nik Aziz mungkin sebagai penghalangnya apatah lagi mungkin sebagai 'talibarut' UMNO untuk menghancurkan PAS Kelantan dari dalam...logik atau tidak, itulah alasan yang selalu digunapakai PAS bila terdesak.

    Nik Aziz terpaksa memuji Husam, sebagaimana pemimpin UMNO yang selalu saling berpelukan untuk menunjukkan kepada rakyat mereka semua o.k antara satu sama lain..sandiwara perlu diteruskan...
    Husam bukan sahaja dilihat cerdik oleh Nik Aziz tetapi juga oleh Anwar dan UMNO..

    Kecederaan Husam selepas ini akan lebih teruk lagi kerana ia akan diperguna dan diperkudakan oleh semua pihak.

  10. Why not we give these two gentlemen Husam and Takiyudin a fair chance to compete to becomes the next MB. Perception of the rakyat Husam is not clean.

  11. Salam Bakaq, wah makin seru jadinye..ramai harimau yang terluka..aduuuhhh sakitnye..yeee bagi yang nawaitu berjuang utk kekuasaan and perut,..emang terluka..

    tapi yang ikhlas,,enga ada apa-apaa...d angkat ke kekuasaan..bertambah takut dan tawaduk dia..enga d angkat kekuasaan..jadi shukur dia..yang penting hidupnye mesti ber takwa and menyumbang bakti seadanye....

  12. Tak tahu lah saya bijak atau tidak tindakan nik amar minta tok guru istihar siapa pengganti beliau, mungkin nik amar dah tak sabar nak "cas keting" datok mat yaakob..tak tahulah apa nak jadi dgn kerajaan islam ala pas di kelantan nin?

  13. Anon 12:37, Hang ni mangkuk mana? Kelantan cuma 1 jam flight dari KL. Pergi tanya kat Kelantan tu sapa bersih sapa yang buat hal. Pergi tanya orang Kelantan kat KL tu. Percepsi ni bukannya percepsi Mingguan Malaysia!

  14. Husam pun dah kenyang kasi lah orang lain pulak. Orang - orang politik siapa tak kenal. Apa yang dicakap lain yang dibuat.

  15. SALAM. FASA KEDUA TELAH BERMULA! SI BAKAQ GELIGA TELAH MENDUGA RUPANYA!

    abdul ariffahmi abdul rahman – moga awan berarak lalu
    November 25, 2009 in Uncategorized

    Mengapa menghulur mawar kepada ayahanda di hari terakhir, kemudian menikamnya sebaik keluar dari Kota Darul Naim? Ayahanda bukan Pak Lah yang menutup pintu sehingga anda terpaksa menggunakan blog mengkritiknya dan menikam Ariffahmi. Mengapa tidak terus mengkritik Ariffahmi di depannya sebagai mana saya dan yang lain. Tiada seorang pun yang digertak ayahanda kerana mengkritik menantunya itu. Tidakkah anda ada tulang belakang yang gagah? Ke mana pergi tulang belakang anda?

    Aib anda ada disimpan di sisi bukan sedikit, bahakan ramai, tetapi setiap muslim tidak gemar melondeh apatah menambah perisa fitnah yang membakar diri. Tak perlulah mengajak Ariffahmi ke mahkamah, cukuplah anda bersiap ke mahkamah untuk kes saman fitnah timbalan presiden PAS ke atas anda. Jika timbalan presiden terasa penangan fitnah anda, apa pelik untuk kami merasa penangan yang sama. Itu lebih mudah buat anda. Sekadar menantu. Sambil – sambil tu bolehlah anda mula berfikir untuk bikinan ‘ Bicara Tentang Kita – 2′. Mungkin meletup dan ada hadiahnya daripada dunia perfileman.

    Oh ya, berapa jumlah yang anda minta daripada Ariffahmi untuk menerajui Darul Digital? Siapa pula yang anda kutuk di hadapannya hari itu?

    Malang buat anda. Orang lain datang untuk belajar ugama daripada ayahanda, tetapi anda datang untuk memuji dan memuja ayahanda. Akhirnya inilah yang anda dapat. Mungkin anda tidak bersalah. Yang pasti bersalah ialah orang yang membawa anda ke Kelantan dan sedang menyuci diri membebas diri daripada anda di depan ayahanda.

    Saya mengucap tahniah kepada tuan presiden dan rombongan yang telah memainkan peranan meyakinkan ayahanda perlunya mengekang fitnah yang sukar dipadam. Ayahanda telah akur dan bersedia berkorban dan mengorbankan.

    Saya mengucap tahniah kepada ipar saya kerana mendengar nasihat saya agar sentiasa bersama ayahanda. Pertahan jika disuruh dan berhenti jika disuruh. Ariffahmi adalah maruah seorang tuan guru. Saya melarangnya bercakap walaupun beliau berhak bercakap dan mempertahankan diri. Fitnah apabila datang tidak mengenal Uthman dan Ali, apatah ayahanda, apatahlah lagi Ariffahmi sendiri. Dia semakin diam semakin selamat.

    Tetapi tiada tahniah daripada saya buat orang yang telah meleburkan semangat amal jamaie di dalam jamaah dan perjuangan parti. Susah berbahasa pada orang – orang yang hidup menumpang tuah bauan mawar jirusan ayahanda. Merajuk pun masuk akhbar. Macam artis.

    (IN CASE TAK PAHAM, ISTILAH "pembantu – pembantunya yang setia" DAN "orang – orang yang hidup menumpang tuah bauan mawar jirusan ayahanda" ADALAH MERUJUK KEPADA HUSAM MUSA DAN ANUAL BAKRI HARON)

  16. SALAM. FASA KEDUA TELAH BERMULA! SI BAKAQ GELIGA TELAH MENDUGA RUPANYA!

    abdul ariffahmi abdul rahman – moga awan berarak lalu
    November 25, 2009 in Uncategorized

    Tetapi isu PMBK lebih bersifat dalaman. Ada sesuatu yang tidak kena yang mula dirasai ayahanda. Saya doakan ayahanda menemui jawabannya. Jawabannya ada di sekeliling ayahanda di sisi pembantu – pembantunya yang setia yang tidak pun terfikir untuk membuat onar dan masalah selain membantunya dengan setia.

    Saya tahu mereka tidak menyetujui perlantikan Ariffahmi. Tetapi mereka telah berusaha untuk membantu menjadikannya harapan yang terlangsai buat ayahanda. Tetapi ada yang tidak begitu. Ada yang hanya berusaha untuk membersih diri sendiri dan meninggalkan ayahanda dalam perangkap dan kekeliruan.

    Adapun blogger Kickdefella yang melakonkan watak Jebat yang berusaha membela si Tuah rakan pujaannya, saya tidaklah bersedia menyalahkannya sepenuhnya. Beliau berhak melakonkan watak itu atau menulis skrip agar filemnya menjadi meletup. Itu bidangnya semenjak dulu. Saya pun seronok menonton ‘Titanic’ dengan ceritanya yang ditokok tambah agar menjadi lebih mendalam kesannya terhadap penonton.

    Beliau bukan ahli PAS seperti katanya. Semasa beliau dibawa ke Kelantan dengan taraf kerakyatan ‘ahli PAS kelas VVIP’ yang pertama kali diwujudkan, ramai mana yang terpegun dengan jumlah wang yang sanggup dibelanjakan untuk menjayakan dua misi berbeza yang tergalas. Satunya untuk ‘bersama’ ayahanda menjatuhkan kerajaan Pak Lah. Satu lagi, ada yang tahu dan ada yang tak tahu. Saya takkan beritahu.

    Beliau mungkin telah diberi kursus intensif untuk menjadi pahlawan dan kawan kepada pejuang PAS. Tetapi modul kursus mungkin cacat sehingga beliau seperti tiada mengenal erti adab untuk menegur ayahanda, idola dan pujaannya yang pernah menggeli – gelemankan hati saya lewat hamburan puji – pujiannya yang melampau. Lainlah jika ayahanda kini adalah musuhnya yang perlu ditentang seperti Pak Lah dulu. Lainlah jika begitu.

    Beliau bukan peneguk arak, tetapi serangannya seperti peneguk arak yang bersahaja dalam kemabukan. Menaruh madu di dalam racun dan menitik zam – zam di gelas arak.

  17. Anon 4,
    Apabila Husam menjawab pertanyaan Anil dengan jawapan:"Why do"nt you ask Mustafa Ali?" adalah suatu jawapan yang punya maksud dalam, dan Anil "do not ask stupid question" kerana Anil tahu "hubungan" antara Husam dengan Takiyuddin.
    Husam memberi jawapan ini kerana perlantikan Takiyuddin adalah atas "kehendak" Mustafa Ali.Presiden ikut saja apa Mustafa Ali buat dan cadang.Begitu ramai orang lain yang layak jadi Pen.S/U Agong soalnya kena apa dipilih Takiyuddin? Munkin Mustafa Ali boleh memberikan 1000 sebab tetapi ramai juga yang "tahu dan faham" akan otak Mustafa Ali.Takiyuddin dapat dijadikan "sumber maklumat" kepada Geng UG Trengganu tentang apa yang berlaku diKelantan,tambahan pula Takiyuddin dikira rapat dengan istana Kelantan.Ya,Mustaffa,Ya Mustaffa - orang tahu anta punya kepala.

  18. SDR BAKAQ DAN NIK ABDUH, KEBETULAN ANA TAU DAN NAK TOLONG JAWAB DUA SOALAN NIK ABDUH INI:
    Oh ya, berapa jumlah yang anda minta daripada Ariffahmi untuk menerajui Darul Digital? Siapa pula yang anda kutuk di hadapannya hari itu?
    JUMLAH YANG SHEIH KICKDEFELLA UNTUK MENERAJUI DARUL DIGITAL ADALAH RM10,000 SEBULAN.
    SHEIH KICKDEFELLA WAKTU ITU BERSELISIH FAHAM DENGAN BOSSNYA, HUSAM MUSA, DAN ORANG YANG DIKUTUKNYA DI HADAPAN ARIFFAHMI HARI ITU ADALAH SI HUSAM MUSA INI, ENTAH APA2 YANG TAK DIKATANYA TENTANG SI HUSAM MUSA INI HARI ITU.
    WALLAHUA'LAM.

  19. Bagi orang orang PAS yang dah melencong bacalah kembali buku BALA BALAK 0leh Mohd Sayuti OMAR. Semoga semua mendapat hidayah. Amin.

  20. Dengar - dengar cerita Dato' Takiyuddin akan dilantik CEO PMBK. Tahniah.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008