Sedap!! Klik gambar di atas!

Go fly a kite la, Husam!

Mula-mula saya tak nak ulas sebab saya fikir cukuplah Mohd Sayuti Omar ulas dalam postingnya yang bertajuk "Husam hayati semangat unity government" (Tahniah Sayuti, ejaan betul kali ni). Aduka Taruna pun ulas dalam postingnya yang bertajuk "Bodoh punya Husam" (Hang jangan guna perkataan "Lu" terhadap Allah s.w.t. Sakit sangat hati aku. Hang boleh justify bagai-bagai. Tetapi 'uruf dan kebiasaan yang baik pun kena ikut jugak untuk mengelakkan fitnah. Aku tak mengaji. Hang mengaji tinggi. Dah mengaji tinggi, jangan buat kerja bodo).

Panjang pula cerita dalam bracket.

Pagi tadi, terasa nak tulis jugak fasal cadangan Haji Husam Musa tu (lihat Siasah 30/10/09 "Husam cadang pembangkang boleh jadi timbalan Exco Kelantan"). Geram. Sakit hati. Macam-macam.

Saya tanya orang-orang yang kuat sokong Husam tu. "Datuk nak main politik tu," kata salah seorang dari mereka (Dalam bracket lagi. Woi! Kalau hampa nak bubuh ganti nama Husam depan aku atau masa bercakap dengan aku, jangan guna perkataan Datuk. Benci sungguh aku. Geli! Jangan jalarkan perangai Umno dalam PAS! Aku pun reti hormat orang jugak. Tapi aku tak la bodo sampai lagu tu. Datuk la, burung belatuk la).

Bila penyokong kuat Husam tu kata lagu tu, saya tak la kata "kepala hotak hang!"

Boleh main politik. Tapi jangan pemimpin atasan sedap sangat nak main politik sampai orang bawah tak reti apa satu. Kasar ni, tetapi terpaksa sebut jugak dengan memohon maaf - we do not need any kind of political masturbation!

Penyokong Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS yang bodo macam aku ni hanya tau satu ja - kami tak nak sungguh-sungguh Umno jadi kerajaan. Bagi kami, Umno jahat. Period.

Kalau kami nak Umno duduk dalam kerajaan, jadi timbalan exco ka, jadi tukang mintak sedekah duit tauke Cina ka (selepas bersyarah perpeluh-peluh mengenai ketuanan Melayu), jadilah menatang apa sekali pun dalam kerajaan, baik kami undi Umno.

Nak habaq sekali lagi kot tak reti-reti, kalau kami nak Umno duduk dalam kerajaan walaupun sebagai pegawai GLC melalui lantikan politik, baik kami undi Umno.

Kami undi PAS sebab kami tak nak Umno duduk dalam kerajaan. Kami tau dalam PAS pun berlambak orang jahat. Berbohong mendukung Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS tapi perangai macam setan. Kami tau.

Tapi kami undi PAS kerana kami yakin masih ada orang baik dalam PAS. Dalam Umno, yang bawah-bawah tak boleh nafi ada yang baik. Yang di atas nu, kami tak nampak seorang pun.

Macam tu pun nak lantik jadi timbalan exco?! Bab ni, go fly a kite la, Husam! Kami pegang pendirian "bukan siapa yang cadang tetapi kepala bana apa yang dia cadang" (Imej di atas copy and paste tanpa izin dengan memohon maaf dan dengan ucapan terima kasih dari blog Sayuti).
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Salam bakaq.
    kena ajar dan sedar diri sikit........
    di negeri yang PR perintah siapa pembangkang.......bukankah pulang paku buah keras ?

    Cadang ? dalam bracket di ulangi.......kepala bana apa yang mencadang ?
    bukan isi hati....? Qasad,ta'rad,ta'yin nya apa ?

    Apakah perlembagaan persekutuan/negara tidak lagi di guna pakai ?
    Dasarnya apa ?
    Perlembagaan apa yang akan di pakai ?

    TGNA cakap sekali ja.....orang yang ada mata hati faham......

    Tazkirah jumaat konon........!!!!
    Apa dasar ?.......apa ?.......dasar tahi kambing bulat-bulat.......nak buat kerajaan perpaduan tahi kambing ?

    Duit,duit,duit.......lepas tu pegi haji,umrah....kot-kot orang percaya alim.....tebus dosa....!!!

    Dosa dengan Allah belum tentu lepas apatah dengan manusia......selagi manusia itu hidup kena mintak maaf.........ni mengaji natang apa ni....?



    Ramlee.

  2. Aku pun sama menulis bukan kerana nama, tak kira belah mana janji dengar saja nak pakat dengan Umno, nak bersetubuh dengan Umno kita kena lawan. Bukan lawan sebab apa tapi sebab dasar Umno tu yang tak pernah berubah. TGNA pun kata tak boleh pakat dengan Umno atas dasar politik! Tengok bola dengan Umno boleh, minum kedai kopi dengan Umno boleh, semua boleh tapi atas dasar politik no!

  3. Dato' Husam, toksah dok huloq benda yang orang tak kebuloq..lagipun benda ni dah bincang ke dengan Dato' Nik Aziz...jangan sampai Dato' Nik Aziz melenting 3,4 kali, huduhhh bangat.

    Dulu Dato' Husam bisikkan EGM pada Dato' Nik Aziz, tapi tak ada sambutan malah Dato Nik Aziz menerima kecaman luar dan dalam dalam dengan jolokan 'bangang'.....jadi janganlah cadangan Dato' kali ini mengheret dan memalukan lagi Dato' Nik Aziz..cukup cukuplah Dato' buat perangai..

  4. Akhbar Siasah dan harakah dicontrol oleh puak perpaduan. Puak erdogan loni tak ada peluang nak bersuara lantang dalam dua akhbar nih. kaedah yang disyorkan di kelantan tidak merugikan kerajaan Kelantan kerana PAS yang memerintah. remote control negeri kelantan di tangan PAS kelantan. tapi kalau buat kerajaan perpaduan di peringkat pusat, ini memanglah merugikan PAS kerana remote control ada di tangan barisan Nasional Nasional. semua syarat mereka yang buat....

  5. oooo...bila husam dan puak kelantan nak buat apa aja,semua betul dan baik belaka walau ada berbau mcm ug jugak. Bagus laa...sokong jangan tak sokong...kalau haji hadi semua tak betul,tak boleh,pro UMNO. Kalau geng dia,seeeeemua baik,betul,bagus. Kritik pimpinan utu rasional namanya. Pertahan PAS itu tak betul dan pro umno.

  6. Saya setuju dengan Hydzelan. Kluangman, hang mana tau yang cadangan EGM tu idea Husam? Hang berani ka jawab depan tuhan fitnah hang ni esok?

  7. Aku tak dapat bayang apa kan jadi kalau Nasharudin Md Isa yang bagi idea nih...

  8. alahai,bakaq...kalau husam cadang UG,pasti TGNA tak marahkan husam.Baginya husam adalah anak emas.kalau pemimpin pas bergambar dengan orang umno mesti dibediknya.aku dah bagitau dulu..pas hanya untuk kelantan.pas negeri lain jangan pandai2 nak buat idea2 bertentang dgn pas kelantan.
    pas kelantan masih berdabik dada dengan kejayaan pertahan kerajaan selama 19 tahun.mereka tidak sedar umno kelantan sangat lemah kalau dibandingkan negeri lain.
    jadi isu UG didalam kerajaan kelantan mungkin dipersetujui oleh TGNA dan blogger2 pro

  9. kepada hyzelan hasim.kalau tak pergi sidang dun kelantan ari tu.jangan nak salahkan media spt harakah dan siasah,jangan bagi komen yang menunjukkan kebodohanan kepada orang lain.kalau nak baca blog pro husam,bacalah blog aduka taruna.buatlah penilaian penulisan bakaq dan aduka tu...bakaq tulis direct saja tak ada corner2.,aduka pula menghina dan mencaci ulamak tanpa ingat dosa dan pahala.

  10. Bhai...

    Gua setuju ngan cadangan lu... Kita tolak UMNO keseluruhannya... takder sebahagian-sebahagian... period...

  11. Saya tertarik dengan tulisan Dr Ridhuan Tee..."Saya amat hairan, kenapa kita terhegeh-hegeh mahu naik roket bersama mereka menuju ke bulan? Sedangkan kita sudah tahu destinasi roket tersebut bukan ke bulan. Saya bimbang mereka yang membawa roket tersebut sudah bersiap sedia dengan payung terjunnya bila mereka tahu roket tersebut tidak boleh dibiarkan sampai ke bulan. Jika begitulah keadaannya, kenapa kita sanggup naik roket tersebut bersama mereka? Kenapa kita tidak tukar sahaja roket tersebut kepada lain pesawat yang sudah ada destinasinya cuma mungkin pendekatan berbeza?

    Tidakkah kita boleh duduk semeja dan berbincang untuk ke destinasi tersebut. Kalau pun tidak mahu menaiki bersama, sekurang-kurang mulakan langkah pertama, bersua muka atau duduk semeja membincangkan apakah langkah terbaik untuk sampai ke destinasi? Jangan terus bersangka buruk? Kenapa boleh bersangka baik dengan musuh yang sudah jelas niat buruknya?

    Kita perlu fikirkan bersama bagaimana nilai-nilai Islam boleh dilaksanakan di negara kita daripada bercakap soal hukum yang amat sukar dilaksanakan kerana majoriti-minoriti kita tidak besar. Mungkin Brunei, Pakistan dan negara Arab yang lain tidak sukar untuk melaksanakan hukum Islam. Tetapi di Malaysia tidak sedemikian geografi penduduknya..."

  12. menurut kata daud iraqi si husam ni bijak.. politiknya licik.. kerjanya belut.. matlamatnya berjaya..

  13. Yaa betul...kalau husam yang sebut kpd tgna,WAJIB tgna terima tanpa usul periksa dan pastu hambur dalam media tanpa melalui saluran yang sepatutnya. Tinggalkan musyawarah lalu hilang adab dan hormat. Satu lagi kena mau ingat, kenapa kekalahan bagan pinang aja yang disebut sedang majoriti TIPIS manik urai tak sebut sepatah pun. Inilah masa untuk nilai kelemahan dan keretakan yang sedang dialami pas kelantan....

  14. Betul Saudara Hydzelan kata tuh. Memang media harakah dan Siasah dikuasai oleh puak perpaduan. Cuba siasat siapakah yang berada dalam senarai lembaga Pengarah bagi kedua-dua akhbar tersebut? Buknkah Sayuti Omar juga berkuasa dalam akhbar Siasah?

  15. Pak Bakaq,

    Nak tanya sikit.Mana lebih keji dan teruk: Ajak UMNO bersama PAS,buat kenyataan dalam Dewan Undangan Negeri,secara terang-terang ATAU pi jumpa UMNO DALAM GELAP kemudian tak mengaku pulak.
    Husam Musa syorkan UMNO "menyertai" PAS,puak yang lagi satu tu nak menyertai UMNO untuk tubuhkan Kerajaan Perpaduan. Dua(2) kaedah dan hala-tuju yang berbeza.Kalau tak hadzir dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan semasa Husam buat kenyataa ni - sila jangan komen.Buat dosa saja.

  16. politikus malaysia ni mangkuk
    suka main-main
    kita tak pi mana ...

  17. Pak Bakaq! Aku penyokong PAS ni bekerja dalam kerajaan UMNO mcm mana pulak nih? Adik aku pula penyokong UMNO... mcm mana akan terjadi kalau PAS memerintah Malaysia satu hari nanti? Kena pecat ke....

  18. MasyaAllah Pak Baqaq oii!! Aku setuju dengan artikel ni. Sangat tak patut cadangan Husam Musa tu. Seolah2 kami yg dok kat bawah ni tak wujud lak. Aku kalau boleh parti barua UMNOBN ni biar dia jadik pembangkang yg bukan saja kat Kelantan malah kat mana2 negeri di Malaysia. Jangan dilantik mana-mana ahli parti barua tu untuk memegang mana2 jawatan penting sebab dorang ni memang dari spesis yang tidak amanah ... mereka tidak akan berubah. Sejarah telah membuktikan perihal kelakuan dan sifat mereka. Kalau ko tanya tanya aku ... personally, mati idup balik pun aku tak akan percaya dengan puak2 ni ... perangai macam sial!!

  19. Anon no 11

    aku tau penulis tu kepala lain macam. aku kenal dia. dia pernah kerja di Harakah beberapa bulan. tak pa kalau kepala dia lain macam asalkan cakapnya boleh pakai. tapi analogi gila pun hang nak guna?

    apa pun, nampak sedikit bertamadun komen orang-orang Umno dalam blog ni.

  20. Anon 17

    Sebelum tanya, fikir dulu. Takut nanti orang kata kita bodoh sebab tanya soalan bodoh.

  21. daud iraqi tukang sebar fitnah tu???

    cadangan husam... bodoh... tapi tak dibuat secara selindung macam hadi, nasa, stapa...

    tak terima... abis la...

    ni orang dah tak terima... duk pulun lagi lam gelap...

  22. kalau husam cadangkan semuanya baik belaka..tahulah nak cakap apa dgn puak2 husam ni.nak berjuang atas nama parti atau nak menonjolkan husam sebagai pemimpin agung.puak pkr memang suka kat husam.kerana satu aliran sewaktu dengannya.

  23. Pak Bakaq,

    Tahniah kepada Dato Husam Musa. Perangkapnya dah mengena.Sila baca keluaran terbaru Siasah.

  24. Assalamualaikum wbt.... Sungguh menarik komen2 yang ada dimuatkan..
    Salam hormat utk Abg Bakar..

    1. Lihatlah apa yang diungkapkan oleh si pengungkap, bukan lihat diri pengungkap.
    2. Belajarlah taktikal berbahasa dan memerangkap org dengan bahasa.
    3. Sejak menang 8 mac 08, saya melihat banyak komen2 yg kurang/tidak menunjukkan kesyukuran dan keikhlasan perjuangan demi ALLAH SWT.. Apakah kemenangan baru2 ini adalah kerana kerja penat lelah anda atau kerana... kerana ALLAH SWT mahu menguji kita?
    4. Marilah semua.. penyokong2 parti politik yang ada.. belajar lah dari Seerah Nabawiyyah, Hadith dan Al-Quranul Karim.. Belajar mengenal diri, mengenal musuh, mengenal gerak geri musuh, mengenal langkah2 musuh dan mengenal pembantu2 musuh yang terdiri dari " minal jinn nati wannass "

  25. Apa pun alasanya, atas dasar menghormati kawan-kawan di Perak yang berhempas pulas, berlintang pukang dikerjakan puak Umno/BN pada 28.10...Husam sepatutnya tidak mengeluarkan cadangan tersebut

  26. ok lah... aku terus terang je lahhhhh...

    CUBA KORANG PERHATIKAN... ADAKAH APA YANG YB HUSAM CAKAP ADA MENDAPAT SAMBUTAN DARI SAPER2 YANG PENTING DALAM UMNO????? ADA TAK???? KALO TAKDER... JAWAB NYER KENAPA???

    KALO DAPAT SAMBUTAN DARI UMNO.... KITER TGK APER JAWABAN RESPON DARI YB HUSAM???//

    BELAJAR2 LAH BERFIKIRAN YG LEBIH DARI SEJENGKALLLL....

  27. Masalahnya DUN Kelantan ada hansard tak? Kalau ada, kena check hansard pada hari kenyataan Husam itu dipetik oleh akhbar Sayuti.

    Kalau DUN Kelantan tak ada hansard, memang baboon nak mampos!!

  28. Husam ni bukan main lagi anti Kerajaang Perpaduang...adakah dia punya atitude 'dia boleh, orang lain tak boleh? UMNO tu jahat, wat kawan ngan orang jahat , mung pong jadi jahat gak husam!Amik gi lah nok jadi bengong!

  29. FULUS PUNYA HAL. REVERSE ENGINEERING.

  30. Aku setuju kalau Kelantan ada UG dengan Umno. Sebab Pas akan telan UMNO. Tapi kat Selangor tu kalau ada UG, Pas akan kena telan. Lapan kerusi nak jadi MB?
    Sifat UMNO ni, kalau dia kalah, dia akan ikut apa sahaja yang orang nak. Tapi kalau dia menang, semua dia nak sapu dengan apa cara sekalipun.
    Tahniah Husam sebab ideanya melangkaui pemikiran Pak Bakaq'. Itu le standard orang politik. Kalau pikiran tu sama sahaja semalam dengan hari ni, asyik-asyik mala', tak berkembangle Pas ni.

  31. PAS menang di Kelantan sbb PAS kuat, bukan sebab UMNO Lemah.

    sempat pergi ke berberapa Pilihanraya Kecil, memang jelas negeri2 lain PAS memang lemah.

    Fakta cth di Bagan Pinang. PAS hanya ada 4 cawangan di DUN tersebut, nak kata kuat mcmn?

    di Kelantan, setiap DUN paling sikit pun ada 20 lebih cawangan dan di dun aku mengundi ada 40 lebih Cawangan, 10 gali ganda dari bagan pinang.

    pengundi Kelantan

  32. JEMAAH PAS di negeri lain berkata, " Jangan kelantan kan kami !! "

    Aku kata.. saper yg nak "kelantankan" korang?? Korang memang lemah dan ini sangat diakui oleh JENTERA PILIHANRAYA NEGERI2 LAIN... tanyalah akar umbi.. tanyer boss2 yg duk atas tu aper diorang tau.. bercakap retorik, degung degang.. tapi negeri sendiri ntah haper.. tak yah negeri sendiri.. mukim & kampung sendiri.. aaahhhh famili sendiri pon lom tentu firm...

    Inilah soalnya.. berjuang Demi ALLAH SWT, keadilan & kebajikan ummat manusia atau demi poket sendiri...??

  33. Semalam ada kawan lama telefon saya. Saya pun agak terkejut dia telefon kerana dah lama tak bercakap. Saya pun berborak lama dengan dia. Dan tiba2 isu Husam Musa dan Siasah ditimbulkan.

    Dia kata mengikut maklumat yang dia dapat dari kawan2 dia dia di Kelantan, Husam Musa sedang bersedia untuk menyaman Siasah. Saya tanya kenapa? Dia kata lain yang dia sebut lain yang akhbar Siasah lapor.

    Saya mulanya terkejut juga bila Suyuti lapor dalam blog dia, bertajuk "Husam Hayati Semangat Unity Government". Dalam hati kecil saya berkata mesti ada sesuatu yang pelik ni.

    Rupanya betul. Memang Husam tengah marah (mengikut kawan saya ni) Bukan setakat tu, dia pun kena belasah dgn ramai blogger juga. Contoh "Bodoh Punya Husam" dengan "Go Fly a Kite".

    Bagi saya, oleh kerana berita ni datang dari Akhbar Siasah yang ditadbir oleh Suyuti maka kita semua wajib "MERAGUI"nya. Saya dah tulis berapa kali dan berapa kali dedah si Suyuti penipu.

    Jadi, kalau betul lah maklumat kawan saya ni, siap lah kau Suyuti. Masuk mahkamah lagi la kau.

    Tulang Besi

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008