Bukan bakaq saja yang tak dak akhlaq

Saya copy and paste tanpa izin dengan memohon maaf dan mengucapkan terima kasih kepada Zolkharnain Abidin:
Saya duduk berhampiran kumpulan peserta dari sebuah negeri. Saya mengenali mereka dan begitu pula sebaliknya. Ada yang bekas wakil rakyat dan sekarang memegang jawatan kanan dalam organisasi PAS negeri berkaitan.

Saya sakit telinga (dan sakit hati juga), semasa Aziz Bari dan Abu Hasan berhujah, mereka bercakap sesama sendiri dan sekali-sekali menyanggah hujah Aziz Bari dan Abu Hasan. Kadang-kala mereka iringi hujah penalis itu dengan ketawa. Mereka berhujah menyokong Presiden di tempat duduk masing-masing. Tumpuan saya terganggu, tambahan pula saya berusaha untuk mencatat semua hujah Abu Hasan.

Di penghujung pembentangan Abu Hasan barulah mereka agak diam apabila mendapati hujah-hujah Abu Hasan semakin mantap. Selepas makan tengahari, mereka tidak lagi duduk di tempat asal mereka.

Kalau beginilah mentaliti (dan akhlak) sebahagian pimpinan PAS (walau pun pimpinan negeri) apabila berhadapan dengan pangan yang mereka tidak persetujui, saya fikir PAS negeri itu tidak akan kemana. Mereka perlu tahu etika (sebenarnya adab) ketika berada di dalam majlis (baca selanjutnya dalam posting beliau bertajuk "Seminar memperkasakan parti - beberapa mulahazah")
Perwakilan negeri mana tu, Ustaz? Tak payah jawablah. Saja tanya ja. Elok tak tau dari tau. Tau pun jadi haru-biru pulak..

Kalau bakaq tak dak akhlaq, berdosa besar memang berdosa besar. Saya mohon ampun kepadamu, ya Allah! Tapi bakaq bukan pimpinan walau di peringkat mana pun. Maklumlah, blogger pemfitnah PAS..

Berkaitan:
Blogger bukan wartawan (Dr Abdul Wahab Arbain 9/11/09)
Selangor MB slams PAS delegates (Malaysian Insider 8/11/09)
Kalau beginilah sikap pimpinan PAS (Ngomelan Sysop 8/11/09)
PAS di pinggiran kecundang....!! (Kedah Lanie 8/11/09)
PAS tidak boleh ditegur (Detikdaily 8/11/09)
Bagi saya seminar yang telah berlalu sangat berjaya. Berjaya menggambarkan bahawa PAS memang tidak boleh ditegur. Kepada pengkritik pengkritik PAS saya nasihatkan berhentilah menasihati PAS. Ternyata PAS telah 'sempurna'. Atau jika anda hendak juga menegur, mintalah panduan dari pemimpin PAS cara cara menegur PAS. Tanyalah sekali apa yang patut ditegur dan apa yang tidak patut ditegur.

Kekadang untuk mententeramkan hati, teringat saya dengan pepatah orang tua 'biarlah si luncai terjun dengan labu labunya'. Semoga PAS tidak menjadi parti 'syok sendiri'. Sama samalah kita tunggu rumusannya pada PRU13 (sepenuhnya di sini).
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.
ImageChef Custom Images

  1. Pak bakaq ejen UMNO..ejen CIA, Mossad, M-16 dan ejen Freemason..hahaha..bakaq2..

  2. Persepsi yg PAS hy lah mesti di kuasai oleh ostad2 haruslah di hapuskan. PAS mesti lebih open jika ingin trs di sokong.. Syura Ulama' ttp merupakan kuasa tertinggi dlm PAS, so, jgn risau ttg soal dasar.. Pokoknya, PAS mesti berani berubah n tidak lagi menjadi parti 'old school'.. Buang perangai syok sdri n trime pndpt org dgn hati terbuka.. Jgn cepat melatah bila ade yg mengkritik.. Kaji la sebetulnya pndgn org lain sblm buat ape2 kptsn..

  3. banyak lagi pemimpin pas kena belajar, jgn samapi tak boleh ditegur. mentaliti pemimpin masih masih ketinggalan( tak semua ya) seperti penulis nyatakan tadi.

    perwakilan negeri yang hadir sepatutnya ambil ikhtibar daripada kedua-dua pembentangan yang sudi membuat analisis bukan dok sembang kosong kedai kopi. baik jangan datang cmtu.

    terima kritikan dengan positif untuk kemajuan dan pembangunan parti yang lebih baik. tak kan nak dok ditakuk yang lama lagi.

    yang kedua pas perlu lebih melahirkan pemimpin muda yang berbakat untuk masa hadapan.

    sekian salam perjungan untuk semua

    semoga Allah memudahkan perjuangan kita

  4. Bhai..

    Ntahler.... rimau ader didepan mata pun masih lagi tak perasan.... susah la macam nih... Masih ader chan nak berubah... tapi kalu takder niat nak berubah... gua tak dapat nak tolong la...

  5. kalau betul PAS hormat kat ustaz ustaz
    pasai ape - hormat ustaz secara berpilih pilih

    kalau betul Pas hormat kat ustaz ustaz
    pasai apa syura ulama - dok diam
    kekecohan dah sampai kekemuncak

    kalau betul Pas hormat ulama
    pasai apa syura ulama - biarkan mursyidul am dibelasah
    apakah - mursyidul am - tak sekata ngan syura ulama
    kalau tak sekata - sebagai majlis syura - nasihat le mursyidul am

    kalau betul Pas hormat ulama
    mengapa ustaz sekolah ugama dan sekolah ugama tak dibela

    banyak lagi ...kalau ... kalau tu

  6. Depa ingat pas jemput 2 prof tu utk jadi PEMBODEK macam ABC dan Kamaruzaman tu ka? Hooii depa DUA tu buat survey, kajian dan analisa dan siap dgn data2 statistik...depa tu kata yg benar...kalu beginilah pemikiran pemimpin2 pas, memang sah lah pas masih ditahap primitif dr segi kebebasan berfikir dan berpolitik.

    Aku rasa buat seminar poligami lagi baguih!

  7. Salam Pak Bakaq,

    Kalau dah tak boleh di tegur, biaq depa mampyih pi la PRU-13 nanti.
    Biasa la... para ustad dan ulama, depa rasa ilmu dah cukup di dada
    pasai tu tak boleh di kritik.

    Ustad/Ulama bodoh sombong (ulama ada dua golongan dan ustad pun manusia biasa juga, nambak betina bogel serban letak tepi, bukannya maksum macam Nabi)

  8. bakaq

    Kalaulah betul yang ditulis oleh penulis tu, pemimpin-pemimpin PAS lebih bebal dari pemimpin UMNO. Memanglah pemimpin UMNO tu kaki rasuah tetapi sedih tul tengok pemimpin PAS yang jumud. Patut le selalu kena kencing dengan UMNO.

    bat8

  9. salam pak bakaq..
    kalu perwakilan daripada johor yang buat lagu tu..
    tobatlah..PRU 13 aku tak akan buat kerja-kerja nak memenangkan PAS Johor kalau mereka2 yang sombong ***** tu berhajat nak jadi wakil rakyat tempat aku nie..
    mungkin ni sikap sesetengah ustad-ustad PAS yang jumud..orang-orang mcm Aziz Bari & Abu Haasan nie ikhlas nak tengok PAS memimpin Malaysia bersama-sama PKR & DAP..
    kita nie kena ada mentatiliti yang PAS akan menggantikan UMNO di PRU 13..
    aku mintak sangat penulis artikel nie revealed je perwakilan mane yang buat perangai macam tu..orang2 macam nie yang selalu buat TGNA sakit jantung..
    tau tak yang peringkat bawahan nie tengah frust..panas..geram..
    aku nak ulang..kalau tak kerana Hukum Allah yang aku perjuangkan..dah lama aku tak sokong PAS..kalau di takdirkan Allah SWT ambik nyawa TGNA..erhm haru hijau ler arah tuju PAs nie nanti..(bukan aku nak membesarkan sgt TGNA..tapi direction dia clear buat kita yang kat bawah..org2 non muslim pun dekat dgn PAS nie pasal respect dgn cara dan pandangan TGNA...)

    Farid..Johor Bahru..PAS PULAI..

  10. pak bakaq... baiklah buat amal. cakap kat sinipun buat dosa jer... orang yang percaya cakap pak bakaq tu sama macam pak bakaqpun. pas tak rugi apa dengan pencacai macam ni.. huhu...

  11. Hang nak expect apa lagi dari puak Muawiyah ni Bakaq woi.. Puak ni jenih tak ada prinsip.. Prinsip berubah mengikut kesesuaian.. Puak jenih perasan jenih merak buih.. Untung Allah bagi puak ni menang awai-awai.. La baru nampak sejelas-jelasnya the true color of motherf**ker seseorang bila dah dapat kuasa.. Sori le..but that's the f**kin' truth..

  12. Pak Bakaq,
    Anon 3.43pm adalah sebaik-baik contoh,pihak yang akan menghancurkan PAS.Tak payah pergi jauh dan tak payah nak susah-susah mencari mereka.Makhluk perosak ini hidup biak dalam PAS sebab "Ibunya" ada diIbu Pejabat PAS.

  13. pak bakaq,
    saya rasa setengah puak pas ni rasa dia saja betui, jenih bodoh tak boileh diajaq , pandai tak boleh diikut, sombong bodo atau terlebih menuntut...............

  14. apa isu sebenarnyan? kita dah lebih pandai dari semua orang. saya baca blog ni pun naik meluat. dah hebat sangat tubuh parti baru yang lebih baik dari PAS. cakap macam-macam tapi ada berani ke nak jadi pemimpin ? layak ke diri jadi pemimpin ? pasal mengkritik orang no 1 tapi apa yang kita dah buat? sekadar cakap yang datanya dari hati yang cemburu, dengki, dan hasad. sudah-sudahlah...

  15. pak bakaq oii...
    macam-macam yang tak serius... barangkali tak bersedia terima perubahan

  16. sebenarnya sikap besar kepala dari serban yg ada pada pimpinan PAS semasa memerintah kerajaan Terengganu 1999-2004 inilah yang membuatkan PAS Trg kecundang dalam masa satu penggal sahaja(2 kali dah). semua tingkah laku pimpinan UBN yang dikutuk selama ini diamalkan mereka dalam tahun 1999-2004, dengan gelojoh dan bernafsu sekali
    (stim masih tinggi masa tu....).

    lebih malang lagi, gerombolon inilah sekarang ini yang cuba menguasai halatuju PAS Pusat dengan memagari Presiden PAS. Gerombolan ini perlu di pencenkan supaya tidak merebak segala penyakit PAS Trg keseluruh jentera organisasi PAS Pusat...menurut kajian biologi, komponen yang sudah luput tempuh (expired) perlu dilupuskan supaya tidak membusuk dan membawa mudharat kapada seluruh komponen2 yang lain.

    kalau pun komponen lama mahu di kitar semula, ianya tidak boleh di letakkan di ruang utama, tetapi cukup untuk di letakkan di ruang "komponen gantian (spare part)" shj.

    ok rehat kejap, nak pi beli ABC kat pantai BB.

  17. punca segala masalah PAS pada hari ini ialah STOPA, dia ejen UMNO dulu, kini dan selamanya......kenapa HADI percaya sangat kat dia nie...ada apa-apa ke?

  18. bawah adalah statement runtuhnya akidah...azab kamu pak bakar membenarkan kata-kata ini berlaku.--->

    Kalau dah tak boleh di tegur, biaq depa mampyih pi la PRU-13 nanti.
    Biasa la... para ustad dan ulama, depa rasa ilmu dah cukup di dada
    pasai tu tak boleh di kritik.

    Ustad/Ulama bodoh sombong (ulama ada dua golongan dan ustad pun manusia biasa juga, nambak betina bogel serban letak tepi, bukannya maksum macam Nabi)

  19. blog kamu menyebabkam mudah sangat orang mencerca dan menghina,
    blog kamu ini lah yang membawa manusia bersikap bukan akhlak seorang muslim
    tunggulah akibat dan pedoman dari Allah Taala buat kamu,
    sekelip mata pasti Allah menghitung dan mengambil segalanya

  20. Bakaq, pas adalah parti islam yg diurus oleh manusia2 yg tidak bisa menerima teguran untuk berubah ke arah yg lebih baik..ambo nak tanya hang, islam ka yg ajar depa jadi lagu tu?

  21. Komen Umno fasal jatuh talaq aku tak siarkan. Memang aku tak berani sebab aku tak ada bukti.

    Bab jatuh talaq bukan persepsi. Ia dakwaan. Dakwaan kena ada bukti.

    Siapa yang kata begitu? Di mana? Dalam perjumpaan dengan blogger Umno? Pi tanya orang yang cerita hal tu.

    Tanya juga Zainol Abideen yang cerita tentang bab cerai tu. Siapa yang cerita kat dia? Nasharudin Mat Isa? Hassan Ali? Tanya depa.

    Apa pun, kalau ia benar, ia memang gila!!

    Mampoih pi la kalau Umno yang tanya tu tak puas hati dengan jawapan ini.

  22. Salam to all

    anom 13 ,,kalau dah meluat baca jgn baca ..pergilah baca laman web lain yg kena dgn selera hang ..siapa yg paksa anta baca ? Itu pendapat penarik beca, kalau tak setuju bawa lah fakta & gunalah sebagai hujjah,lawan lah secara ilmiah ! jgn lawan mcm budak tadika kemas ,malu den !!!

  23. HAHAHAHA PAS PARTI SEMPURNA ......
    SAYA TAK AKAN MENGKRITIK PAS LAGI .......
    DAN MINTA AZIZ BARI BERHENTI MENGKRITIK PAS .....
    SEBAB PAS DAH SEMPURNA ......
    HAHAHAHHAHA.........

  24. Saya adalah penjawat awam yang berang dengan tindakan Perdana Menteri yang menyalahkan Cuepacs kerana isu Bonus.

    Rata-rata penjawat awam dinegara ini berasa terkilan kerana ketika Perdana Menteri menghabiskan duit rakyat kepada program Permata yang dinaungi oleh isterinya sendiri tidaklah pula dianggap salah dari segi moral?

    Kami hanya menuntut hak kami..Pohon ahli-ahli parlimen dari pembangkang menyuarakan masalah ini di parlimen kerana ketua-ketua jabatan di Pejabat Perdana Menteri sudah tentu tidak berani menyuarakan pendapat ini.

    Ketua-ketua penjawat awam di negara ini sudah tentulah menjadi kroni PM dalam isu bonus ini.

    Yang terkilan dan merana adalah golongan penjawat awam yang menerima gaji tidak setimpal dan berstatus miskin.

    Saya tidak tahu hendak diadukan kepada siapa keluhan suara ini..pohon ada tindakan dari ahli-ahli parlimen pas untuk menjadi suara kami. Sekian terima Kasih.

    Salam

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Forum Keadilan 15/3/09

Arkib

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Powered by FeedBurner

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008