Haji Mohamad Sabu mungkin perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin PAS. Ketika berucap dalam forum yang dianjurkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM), antara lain beliau berkata, perubahan pemikiran pada (pilihan raya umum) 8 Mac 2008, yang diibaratkan sebagai "tsunami politik", mungkin boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, tetapi belum cukup untuk melakukan reformasi sosial.
"Perubahan pemerintahan boleh, tetapi perubahan reformasi sosial jauh daripada boleh. Sebab kita lihat beberapa negeri Pakatan Rakyat ambil alih, tak berlaku reformasi sosial, hanya mengambil alih tempat. Tukar MB, tukar Exco, tukar wakil rakyat... (tapi) cara projek, cara kehidupan Menteri Besar, cara penguasaan harta...serupa!"
Beliau menambah, "bahkan kadang-kala menguatkan lagi status quo terutama sekali kuasa raja berperlembagaan, taat setia tak tentu hala sekarang ini!"
Mat Sabu menyatakan penghargaannya kepada mereka yang mengkritik Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang diheret ke dalam pertikaian tajaan ke Mekah. Sambil berseloroh beliau berkata, "bila ada tajaan, ada udang di sebalik mee..." (Baca sepenuhnya dalam Merdeka Review)
Berkaitan:
Tuan Guru Nik Aziz & haji dengan wang hadiah (Zaharuddin Abd Rahman 17/11/09)
"Perubahan pemerintahan boleh, tetapi perubahan reformasi sosial jauh daripada boleh. Sebab kita lihat beberapa negeri Pakatan Rakyat ambil alih, tak berlaku reformasi sosial, hanya mengambil alih tempat. Tukar MB, tukar Exco, tukar wakil rakyat... (tapi) cara projek, cara kehidupan Menteri Besar, cara penguasaan harta...serupa!"
Beliau menambah, "bahkan kadang-kala menguatkan lagi status quo terutama sekali kuasa raja berperlembagaan, taat setia tak tentu hala sekarang ini!"
Mat Sabu menyatakan penghargaannya kepada mereka yang mengkritik Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang diheret ke dalam pertikaian tajaan ke Mekah. Sambil berseloroh beliau berkata, "bila ada tajaan, ada udang di sebalik mee..." (Baca sepenuhnya dalam Merdeka Review)Berkaitan:
Tuan Guru Nik Aziz & haji dengan wang hadiah (Zaharuddin Abd Rahman 17/11/09)










Cantik? Klik 






Bakaq , Hang tak tahu nak tidoq kah!
bila mendengar ucapan atau ceramah mat sabu, sesorang itu terpaksa berfikir tentang apa yang tersirat disebalik ungkapanya.seseorang pendengar mungkin akan ketawa, merasa sedih, geram dan marah. inilah kelebihan mat sabu!
Pak BAkaq, tak ramai yang berfikiran macam mat sabu la nie, even Mahfuz dan yusuf husin bodoh sombong pun dah tersalut penyakit fiudal melayu klasik nie.Azizan Razak lagi laaa.. Mereka lupa apa dia Toghut dan siapa toghut sedangkan para rasul tidak di turunkan melainkan untuk mengajak manusia menjahui Toghut. RAJA TU SEBAHAGIAN NYA TOGHUT LAH... BUKAN bn JA YANG tOGHUT. BADWI PAS
mungkin Tok Guru tak sangka benda teknikal ni, si penderma pun kalau benar2 ikhlas , buatlah agar seolah tangan kanan beri tangan kiri tak tahu, banyak cara dan mekanismanya. Contohnya pakai proksi 20 org biasa barulah tak nampak sangat awak tu banyak duit, duit belana..
Pak Bakaq. salamualaikum. ini tanda2 ada orang dah mula nak dengki pada Mat Sabu supaya beliau tidak di pilih sebagai calon in Kota Seputih Bye-Erection nanti. mungkin para pemimpin dalam gelap UG nak letak Nasha dalam DUN Kedah pulak kot. malaysia buleh kan...
Bhai...
Kenapa perlu dikaitkan dengan mee... tak boleh ker dikaitkan dengan bihun ker... laksa ker... spaghetti ker... heheheh
Andaikata kita ikhlas dlm perjuangan islam, kenapa takut nak berkata benar...bukan ke betul apa yg mat sabu cakap tu...
Dah salah tu salak la ngapa nak marah kat si mat tu. Takkan N. Ajis tak tau itu salah atika. Takkan tak boleh tegoq sikit.
Salam, bakaq, gue setuju dgn apa yg bang mat kata..yeee kadang-kadang kita tuding jari ke hakim yang p holiday d New Zealand...tapi..bila kena dekat kita..semuanye bolih..
Mamat tu klo betul mau tGNA p mekah..buat haji..bagi dekat TGNA ajelah ..apapasal semua d sponsor..kan klo haji badal tu..sorang aje..klo..betul ikhlas,,,bila TGNA tak jadi bagi ajelah ke gue..eeee...ke TG yag lain..susah-susah bagi aje ke ust Hassan shukri ke..TG Hj salleh Sik ke....gue kadang-kadang memang sebal dgn pimpinan PAS ni..kadang lebih umno dari umno..klo d kedah tu..semuanye tak bolih kata...no and kritik MB...kena yes semuanye...hangpa ingat..n=yeeee..gue ingat lho semua jangan gembira adun seputih kosong..silap-silap bila pilihan raya kecil pas kalah dgn majoriti yang banyak...masa tu..jangan kata sapa-sapa..salah..salahlah diri sendiri yeeee..
Mat Sabu pun ke hulu ke hilir sapa TAJA ??? Kejap ke Filipina, lepas ke France lepas tu ..... buat apa agaknya. Siapa taja ya ??? Tak kan AJK lantikan pun macam menteri luar negeri BN kot. Cakap bolehlah Mat Sabu "TU IT" ini. Aku dah feed up dengan orang pandai cakap, tapi sumbangan idea dalam mesyuarat tak dak. Kes nak selesai masaalah kawasan pun yang di amanahkan utk beliau selesai pun tak leh nak selesai.Cakap boleh lah....
Pak Bakaq :
Kawe ingat Abe Mat menikus dah bila kalah dlm muktamar lepas. Tiba-tiba meletup! inilah baru anak jate. Semasa dia nak bertanding dulu kawe gi jumpa dgn semua perwakilan kecuali hak kawe malu. Kawe kempen suruh pakah Abe Mat, buke setakat tu saja, kawe siap berhujah, bahkan kawe dituduh menete (menentang) ulamak dan penyokong syiah. Tapi kawe juga ulamak dan kawe kuat ahli Sunnah, ore tak berani lawe. Kawe tegas pakah abe mat kita, pah ke lani ore kata kawe gong.. biar gong asal betul ...
Negeri Kelate ada calon dah, tapi kawe setuju dgn abe mat. bakpa? ... Rakyat lani nak manusia aktivis masyarakat, turun belarak sekali dgn rakyat, kena sembur gas sekali dgn rakyat, bercakap jelas, istiqamah dale perjuangan. Biar rambut keras supa jarum pun, kawe tetap saye abe Mat. Bila nak mari kelate, kita pakat gomo ore hak jadi kemucuk dale parti... buat cemar nama tok guru Allahuakbar hidup Isle.
salam Pak bakaq..
sepatutnya pemikiran macam abg mat ni la yang patut ada pada pemimpin kita..muhasabah le diri sikit..tang kain orang terlondeh kita nampak sedangkan tang diri sendiri x pakai baju kita buat tak tahu...orang lain sepatutnya menjadi cermin pada diri kita bukan bahan untuk sembang sembang lagho..ambik iktibar untuk jadikan hidup kita lebih baik..barulah otak tu berkembang ngan sihat...
Komen2 bab Kedah diatas tu saya setuju...tak jauh beza antara Pas dengan Umno."Rupa je Pas tapi amalan sama macam Umno"..kadang2 lebih corrupted lagi. Ramai back ground Al' Azhar, tapi cara kerja typical Melayu feudal....takut kan MB (dia saja yang betul). Yang MB pulak tak habis2 dok layan Sultan, 'sultan sana... sultan sini'.
Overall pemimpin Pas kat Kedah ni macam "syok sendiri n perasan bagus"....cara berkerja lembab macam 'siput babi', ISO kualiti kerja..macam zaman tahun 70an , mission dan vision extremely very local (kedahan)... lupa kan lah "global",pee la A.Star...sekor orang putih, jepun, german... hatta pak arab pun tak nampak. Pada hal Kedah kaya dengan tempat2 yang menarik ...... tapi nak buat macam mana... dah pemimpin nya 'otak kampong', lepas tu pemalas. 'Rumput dan lalang lebih tinggi dan panjang darpada padi'.... gambaran pekan A.Star...KOTOK.
Macam Raja Petra cakap le..."we want action, not rhetoric leader"
Elaun RM1 dianggap lawak, PKFZ rugi berbilion buat pekak
Saya tak tahu apa dah jadi dengan negara ini selagi Umno@BN dibiarkan terus berkuasa. Apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim melantik Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun RM 1 ramai yang anggap ia sebagai lawak dan sudah tandus idea untuk mendapat sokongan politik.
Tun Dr.Mahathir pula menyifatkan Anwar tidak pandai sangat ekonomi. Habis tu semasa beliau jadi PM lantik Anwar sebagai Menteri Kewangan adakah sesiapa yang paksa? Siapa yang tak pandai atau tak cerdik? Sekaligus sindiran Mahathir balik kena atas batang hidung sendiri.
Sebelum ini diumumkan kerugian Port Klang Free Trade Zone (PKFZ) mencecah berbilion ringgit tetapi ramai yang buat-buat pekak. Dari pemimpin Umno@BN yang atas-atas, SPRM semuanya macam buat-buat tak nampak.
Saranan siasatan dilakukan PAC diketuai Tan Sri Azmi Khalid agar semua dalang dan mereka yang terlibat diheret ke muka pengadilan dipandang sepi seolah-olah PKFZ cuma rugi seringgit dua. Tak perlu nak kecoh-kecoh. Kenapa jadi begitu?
Mudah je kerana ia melibatkan bekas dan pemimpin atasan kerajaan Umno@BN. Kalau seorang kena habis yang lain-lain terbongkar dan terjebak. Masing-masing cuba buat muka selamba seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Jadi isu seperti lembu korban, kepala lembu dan elaun seringgit akan dijaja serata ceruk kampung supaya orang melupakan penyelewengan yang berlaku di era Umno@BN.
Maka ramailah terutama kaki ampu yang mengeleng-geleng kepala macam lembu yang menunggu masa untuk dikorbankan raya haji ni nanti!
kalau dalam hati kita ni, bahagian tamak dan mabuk harta boleh dibedah dan dibuang, kalau aku jadi mb aku akan mintak spaya dibuang bahagian ti dai hati aku
biar tak inat nak kumpul duit
tp maslahnya tak boleh. n pemimpin kita ni boleh ke hadapi dugaan2 camtu
Tahniah kepada bang mat sebab dia cakap serupa saja kepada sesiapa saja. Kalau benda tu tak boleh cakaplah tak boleh. Segan dan takut sebab apa. Dua benda orang cakap kita tak boleh harap, 1-duit 2-pompuan.
Kebobrokan akan dijawab dgn dalil dan nas yg bersandarkan kepada agama, ambik berkat, maslahat umum dan sebagainya...jikalau guru kecing berdiri, anak murid kencing berlari..harap hangpa faham2 sendiri lah.
Pak Bakaq,
TGNA dah tak jadi nak pergi Mekkah bermakna dia tak kebulog dengan tajaan itu.Habis cerita,tutup buku(betul-betul tutup) dan tak payah nak buang masa lagi.
Aku dah letih.....kekadang fikir punya fikir betul juga kata setengah orang... "ORANG PAS BODOH". NAK MENANAG DAH MENANG....NAK PERINTAH DAN PERINTAH.... aku rasa PAS ni hanya layak jadi PEMBANGKANG sampai kiamat.
Aku orang PAS jugak....Mungkin???????? AKU YANG BODOH
Betu3....
Bagi jer kat rakyat miskin yang belum gi haji. Rase nye tak susah nak cari orang yang tak mampu kat Kelantan tu. Kat kedah pon ramai lagi yang nak pi haji tapi x mampu. Kan kate nak jadi pemimpin kerajaan rakyat. ....
Pak Bakaq, PAS yang kita sayangi ini seperti petak sawah yang subur untuk ditanami dengan benih yang baik lalu kemudiannya dibajai dengan sempurna. Sayangnya kita hanya mempunyai petak sawah tetapi tidak mempunyai benih dan baja yang baik. Pemimpin PAS terlalu mudah melakukan kesilapan mudah dan mudah melakukan kesilapan. Paling nyata mereka tidak bijak membuat kenyataan akhbar. Pemimpin atasan kerajaan boleh dijadikan contoh; hanya bercakap sesuatu kepada wartawan berasaskan kepada nasihat khusus yang diterima beberapa minit sebelum pertemuan dengan wartawan, dan jika tidak ada, akan mendapat input semasa daripada pakar yang berada di sekeliling mereka. Pemimpin PAS [saya nampak] ghairah membuat kenyataan akhbar atau kepada wartawan daripada diri mereka sendiri tanpa [baca: rela] mendapat input daripada pakar [baca: penyokong / ahli parti yang pakar]. Satu demi satau kesilapan mudah dilakukan yng akibatnya payah untuk ditangkis. Pemimpin PAS harus senang hari dan gemar mendapat input orang lain yang menyokong PAS dan mempunyai pengetahuan. Bukan ikut selera sendiri dan bukan sentiasa kelihatan seronok buat lawak kepada wartawan [saya tidak menyindir...]. Menghadapi Yahudi sukar tetapi tidak sesukar menghadapi UMNO kerana Yahudi ada arang yang tercalit di muka. UMNO kelihatan ayu tetapi kasar, tenang tetapi bergelora di dasar, simpati tetapi tersimpan dengki, et cetera.
geli nya aku dengar orang2 yang dok naik kan nama mat abu nih,kalo takat cakap degar2 kat kedai kopi macam dia saja yang dok jaga parti ,tukang minum kopi boleh la percaya! waktu parti berhadapan saat2 genting waktu meeting ajk pusat pasal perlu atau tidak egm,mat sabu dan syed azman lari mana?alasan kata tugas parti di luar negeri?apa penting sangat ka kerja luar tu?takat nak hantar bantuan derma kat luar tu hang kirim kat posmen pon sampai mat ooi! apa bodo sangat hujah u n sayed azman nih?sebiji macam cikgu pa kerja buat u 2 orang nih.play save.
Pergi Haji amboi mahal sungguh satu orang RM65,000. Pergi naik Airbus A380 1st class dan dekat Mekah duduk suite hotel Hilton dan Madinah duduk suite hotel Oberoi.
hj mat sabu jangan sekali kali dipinggirkan dalam arus perdana pas nanti rugi sebab dia ada aura.....
-anak biak-