Ariffahmi, persepsi selalu nombor satu!

Dalam berita bertajuk "Nik Aziz batal hasrat ke tanah suci," Harakahdaily hari ini melaporkan, Tok Guru tidak menyatakan mengapa beliau membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji ke tanah suci 18 November ini. Bagaimanapun, Mursyidul Am PAS itu menyatakan, beliau dan menantunya telah difitnah dan dikhianati (lihat juga berita Malaysiakini hari ini "Nik Aziz batal ke Mekah selepas tajaan dipertikai").

Kalau saya antara yang memfitnah dan mengkhianati Tok Guru, saya memohon maaf. Harap sangat memaafkan saya.

Tetapi, yang lebih penting dari itu, tindakan Tok Guru itu sedikit sebanyak telah berjaya membersihkan imejnya. Saya harap posting saya bertajuk "Persepsi selalu nombor satu, Tok Guru" pada 9/5/08 dahulu boleh dianggap relevan terhadap apa yang berlaku kini. Saya juga berharap sangat, tindakan Tok Guru itu dapat memperbaiki persepsi terhadapnya.

Saya tidak tuduh persepsi terhadap Tok Guru telah calar. Tetapi sekurang-kurangnya ia telah dicalar-calarkan.

Kalau benar Nordin yang taja pakej RM65,000 itu, saya tau hubungan Tok Guru dengan Din macam hubungan ayah dan anak. Sejak sebelum menjadi Menteri Besar pada 1990 lagi, saya anggap hubungan Tok Guru dengan Din sangat akrab. Tak ramai orang yang saya dengar panggil Ayah Ziz (dalam slang Kelantan la) kepada Tok Guru.

Kepada saya, Din adalah kawan saya. Dia tak pernah sakitkan hati saya.

Sebelum tahun 1990 dulu juga, saya tahu tak ramai orang berani pukul dinding rumah Tok Guru dan panggil "Ayah Ziz, Ayah Ziz" bila dia bawa orang nak jumpa Tok Guru. Selepas Tok Guru jadi Menteri Besar pun, lebih kurang begitu jugalah perangai dia.

Barangkali, sebab itulah ada orang yang panggil dia Din Tebolah. Saya pun panggil Din Tebolah (harap maklum, ejaan dan cara orang Kelantan sebut dengan slang depa tak sama). Saya mohon maaf kalau Din tak suka dipanggil begitu. Tetapi, tebolah pun, Din tak pernah sakitkan hati saya.

Tak ramai orang tau Din sanggup berhabis masa dan tenaga kepada Ayah Ziz dia dan para pemimpin PAS lain ketika dia tak kaya dulu. Saya tau. Dan, bila dia dah berniaga dan kaya, dia masih berebut berkelahi dengan orang nak jadi drebar Tok Guru. Oleh kerana dia dah jenis berhabis masa dan tenaga untuk Tok Guru dan para pemimpin PAS lain ketika dia tak kaya, saya tak heran kalau dia nak berhabis duit pulak bila dia dah kaya.

Walaupun Din baik, takkan Tok Guru tak tahu dua kelemahan Din yang saya yakin Tok Guru anggap macam anak dia sendiri. Pertama, Din orang berniaga. Walau macam ayah dengan anak sekalipun hubungan Tok Guru dengan Din, orang yang tak tau tetap melihat hubungan tersebut sebagai hubungan peniaga dengan penjawat awam.

Bila Tok Guru jadi penjawat awam, kedudukan Din sebagai peniaga boleh menjadi liabiliti jika diukur dari segi persepsi. Saya sebut sekali lagi, persepsi.

Kelemahan Din yang kedua ialah dia ramah terlajak.

Ramah terlajak pun kadang-kadang boleh mengakibatkan benda-benda yang kita tak seronok dari segi persepsi.

Ramai orang tahu, Din rajin menolong. Walaupun saya tak dak jawatan apa pun, tetapi kalau saya telefon dia dan minta seribu dua, saya berani kata gerenti dapat. Tetapi saya tak berani walaupun saya tengah sesak sangat. Saya tak berani sebab dia peramah sangat.

Saya nak sambung lagi bab persepsi ni. Kalau menantu Tok Guru betul sayang mertua dia, dia kena berundur sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Menteri Besar Kelantan Berhad (PMBK). Saya tak tuduh dia buat apa-apa kesalahan. Tetapi, tindakan itu penting untuk memperbaiki persepsi terhadap Tok Guru dan PAS.

Saya tak kenal Abdul Ariffahmi Abd Rahman. Walaupun pernah dua tiga kali terserempak dengan dia, saya tidak pernah cuba untuk mendekati dia. Nak cuba bersalam pun tidak. Tetapi, orang kata dia adalah seorang jurutera yang bertaraf jurutera professional. Saya tak tahu, itu orang kata. Tetapi, sekurang-kurangnya beliau seorang jurutera. Maknanya, dia dan keluarganya tak akan mati tak makan atau miskin macam saya kalau dia meletakkan jawatannya sebagai CEO PMBK.

Tolonglah faham, persepsi selalu nombor satu!
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.
ImageChef Custom Images

  1. komen sikit tentang cadangan zaid ibrahim agar TGNA jadi ketua PR.. bagi saya adalah yang terbaik.. cuma lebih baik lagi sekiranya cadangan ini diperhalusi disemua peringkat Parti khasnya PAS agar ada sedikit aturan dan draf yang jelas, jika sampai masanya nanti jawatan itu perlu dipertahankan atau bagaimana.???,,, kita tidak mahu sampai masanya nanti kredibiliti ketua itu akan dipertikaikan berikutan persepsi, malah realiti yang terjadi mungkin menjadi liabiliti PR pada masa akan datang...

  2. ariffahmi tak perlu berundur. persepsi orag dicipta oleh segelintir manusia munafik yang berkepentingan dalam pas kelantan.

    dulu sprm siasat gak tp dia brsih. kalau kali ni dia snagkut saya setuju dia undur. tp camne kalau itu fitnah, dan bila dia turun yang naiknya plak dari kalangan kroni puak2 munafik ni?

    nik aziz hanya mangsa keadaan. lgpon saya nampak macam yak kena bila ada penjawat dalam pmbk diberikan tugas khusu yang hanya memberi lapran kepada seorang exco negeri. bukan nak fitnah, tp macam ada tak kena

    walau betapa istimewa mana pun tugas dan kerja dia, bukankah sepatutnya dia melaporkan kepada nik aziz selaku pengerusi mbk dan mb? kenapa hanya khusus kpada exco?

  3. Terima kasih atas pengkisahan tentang Din Tebolah secara jujur ini. Sepatutnya cerita ini muncul sebaik isu tajaan haji Tok Guru mula digegerkan oleh media.

    Harap dapat lebih berhati-hati bila bercerita dan menapis banyak kali sebelum disiarkan.

    Niat yang ikhlas perlu seiring dengan cara yang betul.

  4. well said...pak bakaq

  5. msalahnye skang,snggup ke menantu mnjaga air muka ayah mertua die?..

  6. sangat setuju,seeloknya hindari dari melibatkan kaum keluarga dalam hal yg ada kepentingan dgn kuasa w/pun ia dilihat layak atau berkemampuan kerana kesan fitnah lebih buruk dari manfaat yg diperolehi.

  7. ada molek jugak tok guru tak pegi...
    ari tu tengok tuk guru nak jalan pun tak berapa nak larat... lemah je atur langkah...

  8. ya, saya paham apa yang cuba hendak disampaikan pak bakaq dalam isu ini..sy sokong..

    mungkin pak bakaq boleh buat dalam bentuk surat terbuka utk dituju khas kepada saudara Ariffahmi..atau mungkin juga boleh sahaja direct bertemu 4 mata bersama beliau..mungkin itu jalan yang terbaik...

    wallahua'lam..

  9. pak bakaq
    you are right

    elak persepsi yang boleh mendatangkan mudharat
    biarpun layak

    persepsi negatif lebeh mudah diterima
    biarpun salah
    itu sifat melayu

    sekali lagi
    elak persepsi negatif

    kecuali memang perlu sangat
    memang tak ada orang lain yang layak

    macam Rasulullah dengan empat sahabat utama
    menantu-mertua
    memang meraka bertaraf tinggi
    tiada tandingan lagi

    oleh itu tidak timbul - kroni nepotisma
    mereka diperakui oleh seluruh umat islam zaman itu
    kalau sekarang mereka itu bertaraf 'wali'
    zuhud-ulama-wara' - pemimpin dan sebagainya - serba lengkap

  10. kepada penarik beca,

    apa yang saya dengar terbalik pula. ini lebih teruk kerana is melibatkan Husam...

    saya dah confuse dah, siapa yang nak jatuhkan siapa ni???

    Saya adalah penyokong Husam TETAPI jika musibah ini adalah perancangan Husam untuk menjatuhkan Tok Guru & untuk menjadi MB, saya akan bangun menentang habis-habisan.

    janganlah kerana jawatan lupa semua tatasusila & adab jemaah, silap-silap tergadai maruah & negeri!!

    Jika husam adalah dalangnya, maka the most honorable thing for him to do is TO RESIGN from ALL POST in Kelantan Government & in PAS. lebih baik jatuh dengan bergaya daripada nanti dengan cara ditendang dan diaibkan. Saudara masih muda lagi, ada banyak masa lagi utk buat comeback.

    Jika Husam salah, bertaubatlah & mintak ampun kepada Nik Aziz. Tok Guru dah tua dah, tak tau selama mana lagi dia akan bersama dgn kita. jangan nanti menyesal kemudian hari...

  11. Persepsi persepsi jgk tp mesti diurus cara islam, kenapa perlu guna ubat barat yang ada campuran unsur haram bilamana ubat buatan islam masih ditangan dan komfom bersih lagi suci. (rujuk qur'an, sirah dll dlm menanggani kes2 persepsi).

    Paling malas, baca 'Mengurus Persepsi Vol 1,2,3' dari blog http://episodeperjuangan.blogspot.com/

    Nabi pernah dipersepsikan sbg gila, kaki sex, pemecahbelah dll...belajarlah dari sirah, apakah semua persepsi misti diberi laluan hanya krn "abad ini abad persepsi?"...persetan dgn persepsi sekiranya persepsi itu jika dituruti akan merugikan islam.

    Biarlah dimaki atau dikalahkan dgn persepsi yg menipu dari terpaksa menggadaikan kebenaran demi menuruti persepsi.

  12. MSO bergelak sakan sekarang....... tapi kebenaran akan terbukti...... siapa yang berjuang kerana Allah akan memperolehi ganjarannya......

  13. segalanya mungkin...
    insyallah rakyat akan semakin matang sekiranya pemimpin dapat mengaku kesilapan dengan permohonan maaf secara terbuka...kami sentiasa bersama TG Nik Aziz.

    tulis lagi pak bakaq

  14. dah betul la 2.yang benar tetap benar yang salah tetap salah.NABI pun ada buat salah dalam membuat keputusan inikan pula Nik Aziz.Yang tak salah ALLAH SWT aje.Betui dah 2.
    Chey Anak Gerik.

  15. diLA, hangpa tak kenal siapa itu Husam dan siapa itu Nudin dan siapa itu Ariffahmi dan siapa itu Kicks dan hangpa pun tak kenal siapa itu TGNA. Semuanya persepsi. Tunggulah SPRM siasat Ariffahmi dan Nudin. Siasatan ini boleh merubah persepsi seperti kata Tukar Tiub. Persepsi adalah satu maklumat untuk bawa perubahan.

    ZolSatibo

  16. sekarang Dato Seri Anwar ialah penasihat ekonomi di Selangor. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pianang ialah orang kepercayaan dia pula. Kelantan nak bubuh siapa? Ini semua mungkin( saya kata mungkin) gerakan bawah tanah Pakatan Rakyat nak memerintah secara baik atau kasar negara Malaysia tercinta.

    Pakatn Rakyat sukar maju ke hadapan jika ada golongan ulama seperti TGHA,TGNA, dan lain2.

    Fahamilah dan halusilah, pergerakan Dato Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada di UMNO dari bawah sampai jadi Ketua Pemuda, Timabalan Presiden UMNO.

    Mohon maaf jika ada unsur fitnah. Bukan niat saya untuk membuat fitnah. Cuma minta berhati2 semua. Jangan terlalu asyik benci kat UMNO sehingga tak nampak musuh dalam selimut.

  17. Ade hikmah isu ini di mainkan tk kira oleh pihak mn pn.. Yg plg utama adlh tok guru mendpt boost dlm populariti n imej.. Beliau skrg di lihat sgt2 bgs kerana mengutamakan jemaah & kerajaan drpd kepentingan peribadi..

  18. Cuba kau orang bayangkan...digantikan nama TGNA tu dgn TGHH ke...DHA ke...mau ko org ni dah meludah muka mereka...mau ko org yg taksub2 ni dah menghukum haji mereka sebagai haji marlboro. Nampak tak?

    Kalau dulu kerana persepsi....mereka2 ini harus dibuang dari PAS...nah skrg Allah nak uji pula kamu semua dgn tali pengukur yg sama!!!!! Mmg mudah kan apabila mengena btg hidung org lain...tapi klu kene btg hidung sendiri...owh...mcm2 alasan kan. Siap mengata nabi pun mengamalkan neotism dan kronisma!!!! Masya Allah....tak malu ke kamu? Nipis dan ceteknya pemikiran org2 yg taksub...Ya Allah....mereka ini seperti org2 Quraisy...menghina nabiku...Ya Allah. Mengata tidak pemikiran zahir tanpa mengetahui perancanganMu ya Allah.

    Skrg nampak tak kenapa nabi mengharamkan keturunannya dari menerima wang zakat! Kerana persepsi kan? Skrg nampak tak kenapa Allah tidak mewariskan nabi dgn anak2 lelaki? Krn takut Islam itu naik kerana nepotisma dan kronisma kan?

  19. Anon Sat, Nov 14, 2009 at 11:55 AM

    Komen Tuan terpaksa edit:

    Setuju pandangan anta tentang Din Tebolah ni. Ana teringat lagi dulu bagaimana ****** terkulat-kulat depan ana dll bila Din mengingatkan ****** kisah dia taja cincin kahwin adik ******. Dia ni bukan apa, nak tunjuk dia rapat dengan orang besar jer, bukan nak mengungkit pun. Dengar cerita dia ler gak yang pi cakap kat orang kisah dia taja MB ni. Apa pun, ada ler hikmahnya tu.

  20. rujuk kepada kandungan kenyataan akhbar di blog ramli kapak jangak.

    kenape dalam transkrip PC Kickdefella tak cerita pasal syarikat global media channel di mana syed azidi adalah Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat itu


    penjawat awam tp jd ceo sykt lain..sapa berani nafikan yang syed azidi adalah ceo di Global Media Channnel dan Pegawai Perhubungan Korporat di PMBK..

  21. sir,rasanya tak elok kalo cakap "nabi pun ada wat salah"

  22. aku heran sungguh masing-masing dok buat telahan tentang ariffahmi ni.Dia kan pernah di siasat Sprm dan didapati bersih.Orang macam ni la yang kita nak suruh jaga kepentingan kita.Psai dia menantu tok guru,jadi kita bina persepsi negatif,kalau begitu salah la orang islam zaman nabi lantik Ali jadi Khalifah kerana dia menantu nabi.Pasai apa depa lantik ali. Pasai akhlak dia.ilmu dia dan amanah dia yang hebat.
    Hangpa suka ka tugas tu diberi pada orang yang rasuah,kaki kelentong,penzina ,pemabuk dan suka cakap bohong.Persepsi ni kita yang bina,kalau kita tau dia baik dan bersangka baik,Allah kan balas persepsi baik kta tu dengan rahmatNya.

  23. Chey Anak Gerik tulis - NABI pun ada buat salah
    Mana SALAH Rasulullah ? BUKTIKAN !!!
    Bab ini sy tak leh terima ... kan Rasulullah tu MAKSUM.

    Pak Bakaq,
    Rasanya lebih baik jika Din Tebolah ni sponsor mereka yg benar-benar miskin (tak berkemampuan) utk naik Haji. TGNA pula lebih baik gunakan duit sendiri (dari gaji/elaun MB) utk naik haji - ini lebih telus. Tak de sapa nak ungkit, WIN-WIN situation.

    Tapi bab samakan dgn kisah Rasulullah tak leh masuk Makkah tu sy TAK SETUJU BENOR.

    Nani Cheras.

  24. Bila Paklah lantik Kj,korang kutuk sakan,bila TGHH lemah korang kata Paklah dalam dalam PAS,la ni siapa sebenarnya yang sesuai digelar camtu?

    Jgn kiaskan nabi dan khulafa arrasyidin dalam soal lantikan,zaman tu zaman bagaimana,kena faham fiqh alwaqi` la,TGNA bukan maksum,maka wajar sesorang menasihati dia..apa nak jadi jika semua MB/CM lantik puak gerabak dia je,alasan layak.

    Tajaan gi haji,ikut mana pun setuju ngan pak baqaq,ikhlas ke apa ke,kena tolak,sedangkan peg kerajaan pun tak boleh ini pulak ketua kerajaan yg punyai poer segalanya.yang menaja lak ada kepentingan(bisnes)..ikut mana kona pun tetap salah.Tapi kalau korang dah taksub melampau carila alasan sesuai untuk pertahan.

    Mail

  25. Saya tak perasan Chey (no 17) tulis: NABI pun ada buat salah dalam membuat keputusan.

    Tak betul tu, Chey.

    Chey gi tengok posting sebelum in bertajuk "Penjahat mempertahankan Nabi"

  26. Tak pernah baca Quran ke....surah 'abasa....bagaimana nabi ditegur oleh Allah kerana mementingkan dakwah kpd org besar Mekah dari seorg tua yg buta?????? Bengap punye org PAS!!!!!

  27. Anon 26

    Katakan hang datang nak cakap dgn aku, kemudian aku paling muka aku ke lain dan aku buat muka masam kat hang, apa hang rasa? Mungkin hang kata aku kurang ajaq. Awat? Hang ingat Nabi Muhammad s.'a.w.w. kurang ajaq ka? Sedangkan, dia diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq.

    Nabi tidak akan lakukan perbuatan yang bertentangan dengan amanah Allah kepadanya, antara lain untuk menyempurnakan akhlaq.

    Hang nak bangkitkan hadith yang memburuk-burukkan Nabi tu?! Peduli apa aku apa orang kata, aku tak percaya that so called hadith. Itu rekaan untuk memburuk-burukkan Nabi. Asbabun-nuzul yang direka-reka untuk memburukkan Nabi.

    Itu bukan hadith sebab hadith tidak boleh bertentangan dengan ayat al-Quran:
    Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia (al-Qalam ayat 4)

    Adakah berpaling dan bermuka masam termasuk akhlak yang amat mulia?!

    Tolong hentikan penghinaan kepada Nabi Muhammad yang saya kasihi!

  28. Salam Pak bakaq,

    entahle tak abis2, sinajis nak fitnah tok guru, bab perak lagi lucu, kat tv hari2 ada berita n muka zamreeeee mamak tu.

    bab ariffahmi ni aku tak brp setuju ngan cdgn hang, biorle sprm siasat dulu. sbg org islam kita kita bersabar.

    tapi aku setujula kalu arifahmi letak jawatan lepas didapati tak bersalah. Ini akan melonjakkan pengaruh dan kredibiliti tok guru. baru puas hati depa.

  29. pak bakaq oiii....byk sungguh cyber khinzir umno dlm blog ko? ko bela ke????

  30. salam semua... Tok Guru benar, Ariffahmi benar dan Husam pun benar. Kesah yang berlaku sekarang semuanya angkara musuh-musuh Islam yang mahu menjatuhkan Islam...Percayalah....yang benar tetap benar, yang batil akan musnah. Itu janji Allah swt.

  31. Salam Pak Bakaq and brader semua,

    Isu PMBK ni nampak dah kalut sangat.
    Saya risau sebab isu ini adalah unsur negatif kepada kita.
    Apapun perkembangannya, isu ini tetap berwajah negatif kepada kita.

    Saya risau kerana ada persepsi yang cuba mempengaruhi minda kita bahawa imej TGNA naik melambung tinggi kerana memecat Ariffahmi. Alasannya kerana ini bukti menunjukkan TGNA sanggup berkorban demi parti kita. Persepsi ini salah

    Persepsi sebenar di luar sana, di kalangan rakyat Kelantan ialah TGNA amat lemah, tidak berkasrisma dan tidak mengikut lunas-lunas Islam dalam pentadbirannya. Bukti mengutamakan kronisme yang diamalkan oleh TGNA tidak dapat mengabui dengan cara mengorbankan Ariffahmi sahaja. Itupun setelah TG Hadi Awang dan lain-lain campur tangan.

    Oleh itu saya berharap kita tunggu dan lihat kejujuran SPRM menjalankan tugas mereka. Apapun keputusannya kita hendaklah MENDAHULUKAN KEBENARAN dan ISLAM DIUTAMAKAN.

    Terima kasih atas keikhlasan Pak Bakaq dalam posting persepsi selalu nombor 1.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Forum Keadilan 15/3/09

Arkib

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Powered by FeedBurner

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008